Suhbah pada 15hb June 2010
Perbezaan Sahabat2 Nabi Isa dan Nabi Muhammad
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Sebutlah… A’uzubillah himinasy syaitan nirrajeem. Sebutlah… Bismillah hirrahmanirraheem.
Kami memberi penghormatan dan salam kepada seluruh mahluk yang suci dari alam langit dan di bumi, dari timur ke barat, dari utara ke selatan. Mereka yang suci akan mencapai kemenangan pada akhirnya. Shaitan dan murid2nya, pengikut2nya, khalifa2nya serta kuncu2nya berada di bawah telapak kaki ku.
Shaitan menyangkakan yang dia berkuasa, dia cuba mempengaruhi manusia untuk percaya yang dia sangat hebat dan dialah yang memegang seluruh kuasa! Allah swt berfirman, “Aku berkuasa atas segala2nya.” Maka apakah kuasa yang di pegang shaitan? Shaitan mempamerkan dirinya sebagai mahluk yang hebat, supaya manusia terkeliru dan percaya yang dialah yang paling berkuasa. Sebenarnya, shaitan tiada kuasa walau di atas seekor semut sekali pun. Allah swt sahaja yang berkuasa atas segala2nya.
Ini adalah Suhbah (pertemuan) yang tawadduk. Pertemuan ini adalah satu-satunya majlis yang di beri kelebihan untuk menguasai seluruh bumi ini, dan untuk menguasai seluruh manusia, dan juga untuk melindungi/menyelamatkan seluruh manusia di atas bumi ini dari cengkaman shaitan.
Seorang pelindung lebih dari mencukupi untuk seluruh bumi, maka kami memberi salam atas dia yang mengendalikan segala2nya di atas bumi ini, dan di bawah tanah juga. Assalamu’alaikum, wahai Qutbul Mutasarrif – dialah yang mentadbir di daratan, dan di lautan – dia di beri kekuasaan untuk mentadbirkan semua itu. Tidak perlu Allah menangani Shaitan, tidak. Allah memberi kuasa kepada Qutbul Mutassarif untuk memberi nasihat dan amaran kepada seluruh manusia agar mereka tidak terjebak dalam jerat shaitan.
Allah mencipta virus (Kuman) yang sangat kecil, yang tidak dapat di lihat di bawah mikroskop pun. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menakutkan seluruh manusia, Allah mengirim mahluk yang sekecil kecilnya untuk mengancam dan menghuru-harakan seluruh manusia! Virus tersebut amat kecil sekali, sehingga tidak dapat di lihat, walau menggunakan mikroskop. Manusia menggigil ketakutan kerana ancaman mahluk yang begitu kecil yang mereka tidak dapat melihat atau memerangi. Manusia tidak tahu cara yang bagaimana dan terbaik untuk menghapuskan virus itu.
Allah berfirman, “Aku mencipta manusia dalam keadaan sangat LEMAH sekali.” Lemah, adalah perkataan yang tiada yang dapat memahami, selain Allah, Pencipta kami. Dan semua adalah di bawah penguasaan Allah, tiada mahluk yang dapat melakukan sesuka hatinya. Setiap dalam ciptaan ini, mesti di kuasai, dengan sepenuhnya, oleh Allah.
Hanya satu wakil syurgawi di atas bumi, sudah mencukupi untuk menguasai seluruh mahluk, di manapun mahluk2 itu berada, baik di daratan, maupun di lautan, di langit, atau di bawah bumi. Dia yang mewakili Allah, dia mengambil kekuatannya dari Lautan Kekuasaan Allah. Tetapi shaitan menipu manusia yang dialah yang berkuasa.
Manusia sentiasa dalam ketakutan apabila mereka menghadapi apa yang mereka tidak dapat lihat dan mengatasi, kerana manusia di cipta dalam keadaan sebegitu lemah. Semua ciptaan di bawah kekuasaan Allah, dalam Lautan kekuasaan Allah, dan Allah mengutus seorang Wali, atas kehendak NYA, untuk menguasai segala2 di atas bumi.
Assalamualaikum kepada semua yang hadir. Ada yang hadir dan melihat dari bawah , ada yang dari atas ku, dan ada yang mengintip di tingkap2. Saya di arahkan oleh DIA yang maha Esa, yang apabila, DIA berfirman, JADI, maka JADI lah! Allah tidak akan melibatkan diriNYA dengan sesuatu yang tidak ada nilai di sisiNYA.
Wahai ulamak2 salafi, selamat datang! Kamu mempunyai berita baik untuk saya? Ceritakan kepada saya, bagaimana kamu dapat berjalan, dapat memikirkan, dapat mendengar dan melihat?
Bukankan semua itu kurniaan dari Allah, atau ianya timbul dari kebolehan kamu sendiri? Ajarlah manusia mengenai diri mereka sendiri! Bagaimana sebutir biji kecil boleh hidup dan tumbuh? Bagaimana tumbuh2an dapat berbunga dan berbuah? Bagaimana manusia dapat bergerak dari timur ke barat?
Sayyidina Ali (karamallah wajhi) berkata, “Berilah cahaya kepada manusia. Pimpin dan bimbinglah mereka dari alam kegelapan dan was2, kepada alam yang bercahaya dengan kebenaran serta keyakinan.” Keluarkan dari mereka segala sifat was2, dan beri mereka keyakinan, keyakinan yang Allah lah yang mentadbir alam ini!
Mereka mesti di beritahu, siapa yang mentadbir alam ini. Atas perintah siapa segala2nya dapat bergerak dan tersusun? Manusia terkagum dengan luasnya alam angkasa lepas, walau mereka dapat bergerak dengan secepatnya cahayapun, akan memakan masa satu billionan tahun untuk melintasi alam angkasa lepas. Tetapi manusia tidak benar2 memahami haqiqat sebenar2nya manusia dicipta. Siapa yang mencipta manusia? Mengapa Allah menjadikan alam angkasa lepas sebegitu luas sekali, sehingga manusia tidak dapat menghitung waktu dan ruang itu?
Siapa yang mengenal dirinya, maka dia mengenal TUHANNYA. Belajar mengenai dirimu, sebelum kamu cuba memahami keTUHANAN. Kamu mesti fahami manusia (insan)! Belajar mengenai dirimu. Manusia adalah WAKIL Tuhan semesta alam! Kamu berada di sini sebagai Khalifa Allah. Kamu mesti kenal kemuliaan, misi, dan batasan manusia, kamu mesti tahu kurnia2 yang membawa manusia kepada KESEMPURNAAN.
Manusia yang mengenal dirinya, akan SUJUD kepada Allah. Bukan 5 kali sehari, tidak…bahkan kamu akan mahu meletakkan dahi mu dalam keadaan sujud buat selama2nya, sehingga abadi!!
Kamu akan sujud buat selama2nya. Perkataan ABADI menjadikan hati manusia itu tenang, bahagia, seronok dan aman sekali, kerana lautan2 nikmat akan terbuka buat mereka. Allah yang mencipta lautan2 itu, tidak memerlukan lautan2 tersebut, semuanya dicipta adalah untuk hamba2NYA.
Hamba2 NYA di beri kemuliaan, mereka ada hubungan dengan Allah, mereka adalah ciptaan Allah yang Maha Kuasa, Maha Pencipta. Mencukupi bagi mereka di cipta oleh Allah, dan mereka dapat menikmati apa jua yang Allah kurniakan.
Manusia mesti bangkit dari tidur nya, mereka mesti sedar atas kelalaian nya, yang mereka di kelilingi oleh segala macam nikmat2 dari Allah, mereka mesti bersyukur yang mereka telah di cipta.
Untuk mengajar shariat sememangnya amat mudah, walau anak2 kecil boleh diajar. Tetapi ajarlah manusia tentang TUJUAN atau matlamat hidup mereka di muka bumi ini, agar mereka akhirnya sampai ke sisi Allah dengan selamat, dan mereka sedar, mereka berada di bumi ini dari awal sehingga akhirnya, sebagai wakil Allah dan hambaNYA.
Ketahuilah, setiap kezaliman dan setiap kejahilan akan menjadikan manusia BUTA. Ia menjatuhkan manusia ke dalam lembah kegelapan.
Wahai ulamak2 Salafi, apa yang di bawa oleh para Nabi dan Rasul? Adakah mereka membawa hidangan makanan? (Seperti yang di hidangankan kepada Sahabat2 Nabi Isa, Al-MAidah) Sahabat2 Nabi Isa meminta dari Nabi Isa (Nabi yang sangat penuh mukjizat dan kehebatan), sesuatu yang remeh sekali, mereka meminta hidangan makanan sahaja! Hidangan makanan dari langit! (Al-Maidah) Derajat mereka begitu rendah sekali, kalau dibandingkan dengan Sahabat2 Nabi Muhammad (saw). Pernahkah Sahabat2 Nabi Muhammad (saw) meminta hidangan makanan dari langit?
Wahai ulamak2 Salafi, dan doktor2 Shariat, mengapa kamu tidak mebezakan antara Sahabat2 Nabi Isa (as) dan Nabi Muhammad (saw)? Hidangan syurgawi mengandungi 11 macam makanan. Itu adalah makanan untuk keperluan jasad mereka, mereka meminta menurut nafsu jasmani mereka. Mereka tidak meminta sesuatu bagi keperluan ROHANI mereka.
Dalam zaman ini pula, manusia pun meminta makanan syurgawi untuk jasad mereka sahaja. Itu sahaja yang kamu perlukan dan yang menjadi permintaan kamu semua. Kamu hanya mahukan sesuatu yang membawa nikmat kepada jasad mu dalam kehidupan kamu di bumi ini.
Bandingkan permintaan Sahabat Nabi Isa dan Nabi Muhammad (saw), Sahabat Nabi Muhammad (saw) tidak pernah meminta hidangan makanan. Jika mereka telah meminta itu, Allah akan mengirim makanan dari langit sehingga Hari Qiyamat untuk Ummat Muhammad. Sahabat Nabi (saw) sanggup mengikat perut mereka dengan batu kerana lapar, tetapi mereka tidak meminta makanan dari langit.
Itulah perbezaannya, betapa tingginya kefahaman ilmu para Sahabat2 Nabi Muhammad (saw).
Apabila Ruh kamu tinggalkan jasad kamu dalam kematian, atau sangkakala di tiup, peluang kamu untuk mempertingkatkan diri, akan terhenti. Maka bangitkan lah Ummat Muhammad! Ummat ini sibuk dengan sesuatu yang SIA2, di dunia dan akherat. Mereka sibuk dalam malayani.
(Malayani: Perkataan2 yang sia, mencampuri urusan orang, dan menyibukkan diri dengan perkara2 yang tiada manfaat dan faedah. Maulana menganjurkan kamu untuk meninggalkan malayani.)
Mereka menyibukkan/melalaikan diri mereka dengan sesuatu yang tiada manfaat bagi diri mereka atau masyarakat mereka. Shaitan menjadikan manusia lalai dan lupa. Manusia tidak mencari jalan untuk menghilangkan kelalaian mereka. Mereka mengaku pandai, tetapi mereka sebenarnya dalam kejahilan. Dengarlah, dan lakukan yang terbaik bagi Allah.
Ya Allah, ampunkan kami, dan kirimlah pada kami pemimpin yang akan membangkitkan kami dari kelalaian, sebelum Hari Qiyamat, moga moga kami sampai di sisiMU dalam nikmat dan selamat.
Ya Allah, perbetulkan lah kami agar kami selamat sampai di sisi MU, kirimkan kepada kami dari Lautan Belas Kasihan MU, Fatihah.