Ajarlah manusia menurut tahap kefahaman masing2: 14hb June 2010

Suhbah pada 14hb June 2010

Ajarlah manusia menurut tahap kefahaman masing2

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Kami amat bersyukur pada Allah yang telah mengurniakan kami dengan kalimah ‘Bismillah hirrahmanirraheem’. Kalimah tersebut adalah kurnia yang paling besar kepada hamba2 NYA, ia adalah kemuliaan yang tertinggi, ia mencukupi bagi manusia.

Assalamu’alaikum kepada mereka yang beribadah soleh, kami memohon dari Allah, dari kurniaNYA yang tidak terhingga, agar kami menjadi hamba2 yang berbahagia. Allah berfirman, “Wahai hamba2KU, berbahagialah, dan bersenang hati lah terhadap KU (dan kehendak KU atas mu). Ikutlah/ta’at lah WakilKU, dialah yang paling di muliakan, dan tertinggi kedudukannya di sisiKU, KhalifahKU. Bersenang hati lah terhadap Baginda Nabi (saw). KurniaKU akan sampai kepada setiap mahluk di dalam alam semesta ini, dan ia akan sampai kepada mu , melalui hamba pilihanKU, dari awal sehingga abadi.”

Kesyukuran yang tidak terhingga/ternilai kepada Nabi kesayangan kami, yang melalui Baginda, setiap kurnia sampai kepada kami, melalui kemurahannya.

Assalamu’alaikum, wahai yang hadir. Hadirlah! Jangan lepaskan peluang ke emasan yang diberikan pada mu ini, bersyukurlah selalu, dalam setiap detik dan saat. Bersyukurlah! Berterimakasihlah!

Bersyukur terhadap Tuhan MU. Manusia adalah mahluk pilihan Allah, maka bersyukurlah. Orang2 Wahhabi di penjarakan di dalam empat tembok – haram, kufur, bidaah dan shirik. Mereka telah memenjarakan diri di dalam penjara tersebut, dan segala kefahaman ilmu telah di angkat dari mereka. Selain haram, shirik, kufur dan bidaah, mereka tidak pelajari/memahami apa2 lagi. Orang2 Wahhabi tidak menerima apa2 dari kebenaran, maka saya tidak akan melayani mereka. Jika kamu berbual dengan seekor kucing dengan sungguh2 sekalipun, kucing itu tidak akan memahami apa2 pun.

Di kalangan kaum Arab, ada sekumpulan manusia seperti ini yang terkunci disebalik empat tembok ini. Maka saya mengajar kepada mereka yang mahu belajar dan berusaha untuk memahami apa yang disampaikan, bukan kepada mereka yang tidak mempunyai daya kefahaman (seperti kaum Wahhabi). Nabi (saw) bersabda, “Ajar manusia menurut tahap kefahaman masing2.” Buat apa kamu menghabiskan waktu untuk mengajar ilmu hisab yang mendalam, kepada anak2 kecil? Mustahil bagi mereka untuk memahami apa yang di terangkan. Akal mereka tidak akan dapat mengerti apa2 dari pelajaran ilmu Hisab yang di ajar/sampaikan itu.

Ilmu Hisab, adalah seperti jalan yang amat luas yang membawa manusia untuk memahami ilmu2 yang lain. Seluruh ilmu yang lain, di bina di atas Ilmu Hisab. Tanpa Ilmu Hisab, kamu tidak akan memahami ilmu2 yang lain. Dunia ini di dirikan atas Ilmu Hisab. Galaksi ini juga di bina atas kira2an Ilmu Hisab.

Manusia yang mahu sampai ke batasan alam ini (ada yang sedang mencuba), mereka tidak akan sampai dengan ilmu mereka, tetapi dengan Ilmu Hisab yang mendalam, boleh mempertingkatkan kemampuan manusia yang rendah sehingga kefahamannya lebih luas dari alam ini. Hanya sebahagian manusia yang sampai kepada tahap itu, mereka mengerti apabila mereka melihat ‘persembahan/pertunjukan’ kebesaran Ilahi, iaitu seluruh alam ini. Ilmu Hisab boleh menaikkan taraf manusia dari yang rendah, sehingga ia sampai ke batasan alam ini.

Apakah fahamanmu, wahai kamu yang berilmu? Adakah kamu sangka yang Allah mencipta hanya satu alam ini? Ilmu Hisab yang mendalam, boleh memimpin manusia ke ufuk kefahaman yang jauh lebih mendalam, mereka boleh sampai ke batasan alam ini. Melalui ilmu hisab, kamu boleh mencapai apa yang sebelum nya mustahil bagi manusia capai. Ilmu Hisab boleh membawa kamu ke luar alam ini, tetapi ia akan sampai kesatu tahap di mana Ilmu itu sendiri akan menyerah diri, ia tidak lagi dapat memimpin manusia untuk meneroka lebih jauh dari itu. Maka manusia di beri kekuasaan melalui ilmu Hisab. Ilmu Hisab dapat menunjukkan manusia sesuatu.

Nabi (saw) bersabda, “Ajarlah manusia menurut kebolehan masing2.” Ilmu yang di kurniakan kepada Nabi Muhammad (saw), tiada nabi yang lain yang dapat sampai ke ilmu itu, walau malaikat2 pun tidak dapat sampai ke haqiqat tersebut. Malaikat Jibrail (as), apabila ia sampai ke batasan kefahamannya, dia berhenti (di Sidratul Muntaha). Apabila Nabi (saw) mengajak Malaikat Jibrail (as) untuk turut serta bersamanya untuk meneruskan perjalanan mikraj nya, Malaikat Jibrail (as) berkata, “Jika aku melangkah walau sejauh rambut yang di belah sejuta kehadapan, aku akan di bakar, dan aku tidak akan dapat kembali kepada keadaan ku ini lagi.”

Maka mereka yang sombong dengan ilmunya, mesti berserah diri kepada Alah dan merendahkan diri di hadapan Allah. Kami mengajar atas kemampuan masing2 untuk menerima, Nabi malarang kami dari mengajar melebihi itu, manusia tidak akan dapat faham lebih dari itu.

Lihat di sekeliling mu, dunia ini akan binasa satu hari kelak. Bumi ini kecil , kalau di bandingkan dengan bintang2 di kelilingnya. Maka , rendahkan diri mu kepada Allah, yang telah mencipta alam yang serba luas ini.

Berbagai perkara yang mesti di ajar/sampaikan pada manusia, tetapi manusia cepat bosan kalau di nasihati mengenai haqiqat hidup, mereka adalah manusia yang jahil dan mereka tidak mempunyai kefahaman.

Manusia yang bangga dengan ilmunya yang sedikit, atau dia sangka yang dia telah sampai ke kemuncak kefahaman, mereka akan tumbang dalam penghinaan. Kefahaman setiap manusia adalah berlainan/berbeza beza. Setiap ilmu meningkatkan manusia, setiap yang kamu renungkan mengenai ciptaan mesti membawa kamu kepada Sang Pencipta. Sang Pencipta yang mencipta Ilmu Hisab, Ilmu Fisiks, Ilmu Sains dsb.

Tanpa Sang Pencipta, tidak akan ada ilmu mengenai tumbuh2an juga. Setiap ciptaan adalah tanda kebesaran Allah, yang membawa kamu kepada penyaksian kepada kehebatan dan ke Esaan Allah.

Jangan membuang waktu yang berharga untuk menasihati mereka yang jahil dan extremis. Lebih baik kamu menasihati seekor keldai. Mungkin keldai itu akan memahami sebelum orang2 jahil/ekstemis tersebut, cuma keldai itu degil tabiatnya. Maka tinggalkan mereka semua, yang suka menuduh orang2 Islam sebagai melakukan yang haram, shirik dsb.

Mengapa Nabi mengajar selama 23 tahun? Jika agama ini hanya terdiri dari shirik, bidaah, haram dan kufur, mengapa Allah mengutus Baginda untuk 23 tahun? Maka tinggalkan orang2 Wahhabi dengan fahaman sesat mereka. Itulah batasan kefahaman mereka, biarlah mereka melaung2kan ajaran mengarut mereka, atau menuduh kamu, mereka tidak akan mengerti, jangan buang masa untuk menasihati golongan manusia demikian.

Moga2 Allah mengampunkan kami, dan moga2 kami dan orang2 Wahhabi akan dapat ditemukan dengan guru yang dapat membimbing kami semua menuju ke hadrat Tuhan alam ini. Tinggalkan orang2 Wahhabi bersama fahaman karut mereka. Kamu ikutlah jalan Sultan Anbiya, itu mencukupi bagimu, dan ajarlah manusia menurut peringkat pemahaman masing2. Mungkin hanya segelintir manusia yang akan hadir untuk belajar, tetapi itu lebih baik dan mencukupi.

Yang lain, tinggalkan mereka semua, mereka semua berada di tahap pemahaman mereka, mereka akan di penjarakan dalam kefahaman mengarut. Manusia perlukan seseorang untuk membuka kunci hati mereka. Jika hati mereka tertutup (seperti ulama’2 Yahudi yang mendakwa hati mereka tertutup), tinggalkan lah mereka.

Jika kamu bertemu manusia yang hatinya terbuka, ajarlah, nasihatilah. Jika hati mereka tertutup, tinggalkan. Setiap manusia akan berada di derajat yang tinggi atau rendah, terpulang pada kemahuan /kehendak diri masing2.

Pendengar yang hadir, kami mohon di kurniakan kefahaman, yang dapat menyelamatkan kami dari dunia kegelapan dan membawa kami ke dunia yang bercahaya. Itulah misi setiap Nabi, Allah mengutus hamba2 pilihanNYA, untuk memimpin manusia dari alam kegelapan ke dunia bercahaya.

Ada manusia yang rasa bahagia dan nekmat dalam kegelapan, maka tinggalkan mereka dalam keadaan demikian sahaja.

Moga2 Allah mengampunkan kami. Kami boleh berkata2 jutaan tahun mengenai kebesaran Allah, maka tidak akan habis pujian atas NYA. Moga2 kami di ampuni demi kemuliaan Rasulullah (saw). Syukur kepada Allah atas kurnia Allah yang berterusan tanpa hentinya.

Fatihah. Bi hurmatil habeeb, bi hurmatil fatihah. Fatihah.


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.