Ambillah kunci kefahaman dari pembimbingmu: 13hb June 2010

Suhbah pada 13hb June 2010

Ambillah kunci kefahaman dari pembimbingmu

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Wahai semua yang hadir, Assalamualaikum wrh wbkt. Kami mulakan dengan pujian atas manusia yang mengenal yang mereka adalah hamba, dan mereka bersifat tawadduk, dan mereka sedar mengapa mereka di cipta, dan mereka menjalankan tugas dan misi mereka di bumi ini dengan sebaik baiknya. Matlamat hidup manusia adalah hanya untuk beribadah semata mata sebagai HAMBA2 Allah.

Assalamualaikum wahai yang hadir. Wahai yang hadir, dengarkan lah, jangan mengintip sesama kamu! Shaitan mengirim pengintip untuk memerhatikan apa yang di sebut oleh orang lain, dan untuk mencari kesilapan dalam perbicaraannya, supaya mereka dapat memalukan orang itu di khalayak ramai.

Allah akan melindungi orang sedemikian, orang yang lemah, orang yang kamu sentiasa mencari kesilapannya. Kamu akan di halang dari melihat kesalahannya, dan dari mendengar perkataannya, dan lidah mu akan di kunci supaya tidak dapat menghebohkan kesilapannya . Moga2 Allah mengurniakan kami perlidunganNya dari pengintip2 tersebut.

A’zubillah…..Ya Allah, jauhkan kami dari shaitan, dan kuncu2nya.

Selagi kamu tidak ingin mendengar kebenaran – kamu adalah manusia yang pekak. Selagi kamu tidak mahu melihat kebenaran – kamu adalah manusia yang buta. Selagi kamu tidak berbicara yang benar – kamu adalah manusia yang bisu.

Mereka yang demikian, tidak mahu kebenaran sampai kepada manusia lain.

Mereka yang di atas kebenaran akan sentiasa di selubungi dan di lindungi oleh Allah, sehingga mereka yang mengintip tidak dapat melihat dan memahami apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya, tingkatan mereka yang mengintip adalah lebih rendah dari binatang.

Mereka mempunyai mata, tetapi mereka tetap buta. Mereka ada telinga, tetapi mereka adalah tuli. Mereka ada lidah, tetapi mereka bisu.

Sebenarnya, Allah menginginkan bagi hambanya, untuk melihat yang HAQ, mendengar yang benar dan memahami yang benar sahaja! Itulah tawaran dari Ilahi untuk manusia, untuk melihat dan mendengar dan mempertahankan HAQ.

Bismillah, YA ALLAH, jadikan kami manusia yang menyaksikan kebenaran MU buat selama2nya.

Walau binatang2 pun menyaksikan kebenaran. Setiap zahrah menyaksikan kebenaran Allah juga.

Firman Allah, “Setiap ciptaan menyaksikan ke ESAan Allah.” Jika kamu beriman kepada keNabian Muhammad (saw), kamu akan di bimbing, kamu tidak akan di tinggalkan dalam kesesatan. Kamu akan diberi inspirasi, supaya kamu sedar, berubah dan kembali ke pangkal jalan.

Jika kamu menyerahkan dirimu untuk dibimbing, Guru2mu yang bertanggungjawab ke atas mu akan mengirim pelajaran kepada mu, supaya kamu sedar akan kesilapan2 mu. Murid2 akan sentiasa di nasihati, sehingga mereka memahami/mengerti mana yang benar dan mana yang salah.

Kamu boleh menuang susu dalam periok atau ke dalam cawan, yang penting bukan bekasnya, yang penting adalah isinya. Maka, dalam membimbing murid2, yang penting, murid2 mesti memahami! Kamu yang menghadiri Suhbah ini, kamu adalah seperti murid dalam sekolah tadika, dan guru2 yang membimbingmu memperbaiki kesalahan2 mu agar kamu menjadi lebih baik.

Ada kalanya, saya mengatakan sesuatu, yang pada zahirnya, kedengaran berlainan dari pesanan2 sebelumnya, tetapi maksudnya adalah sama. Kamu boleh minum air dari tanganmu, dari cawan emas, dari cawan perak ataupun dari periok biasa, itu tidak penting, yang penting, isinya adalah air.

Para Guru sentiasa melihat dan memerhatikan apa yang kamu ucapkan dan mereka memperbaiki setiap kesalahan kamu.

Jika yang hadir dalam Suhbah ini, hadir dengan kefahamannya sendiri (tanpa mahu berganjak dari kefahaman yang sesat), mereka tidak akan memahami apa2.

Sentiasalah berada dalam keadaan yang kamu telah di perintahkan untuk ikuti/taati. Tidak penting, CARA2 yang di gunakan untuk mengajar Islam, yang penting, murid2 mesti memahami apa yang di sampaikan. Pemimpin2 kami sentiasa memerhatikan apa yang kami ajar. Jika kamu hadir dengan kefahamanmu yang salah, tanpa membuka hatimu untuk menerima fahaman yang betul, kamu tidak akan berhasil. Pusat kefahaman adalah HATI, bukan AKAL.

Mereka yang berniaga dalam agama (iaitu mengajar untuk keuntungan dunia), tidak akan berhasil.

Sesiapa yang hadir dengan hati yang tertutup, tidak akan berhasil. Bukalah hatimu.

Jasad manusia tidak penting sama sekali. Ia sangat kecil. Kefahaman manusia, sangat LUAS sekali, lebih luas dari langit dan bumi! Itulah kemuliaan yang di kurniakan kepada manusia. Tiada mahluk lain yang di berikan kurnia tersebut. Itu satu dari tafsiran Ayat, yang Allah berfirman, “AKU akan mengangkat manusia menjadi KhalifaKU di bumi!” Itu adalah kemuncak kefahaman bagi mahluk. Tidak ada mahluk yang akan memahami setaraf manusia! Mereka tidak akan memahami kebolehan kefahaman manusia, TIDAK ADA MAHLUK yang LAIN yang TELAH DI BERI KURNIA KEFAHAMAN TERSEBUT.

Maka belajarlah. Anehnya, kamu menutup hati mu! Mengapa? Kamu membelakangkan lautan2 ilmu dari alam2 yang tidak terkira banyaknya, ilmu yang tinggi dan mulia, yang menghasilkan pujian dan kehebatan bagi manusia. Itu adalah kebolehan yang Allah telah kurniakan atas manusia.

Kebolehan manusia untuk memahamai, lebih luas dari berbillion alam ini!!! Itulah kehebatan yang Allah telah kurniakan ke atas manusia, ALLAHU AKBAR.

Subhanallah, Sultanallah, KarimAllah.

Manusia di cipta dalam keadaan jahil.

Apabila kamu lahir, kamu tidak tahu apa2. Sebenarnya, kamu telah di beri ilmu, tetapi ia belum terbuka lagi.

Mengikut ukuran jasad kamu yang kecil, tidak mungkin kamu dapat memahami seluas itu, tetapi Allah yang Maha Kuasa, menjadikan sesuatu yang mustahil itu, tidak mustahil bagi manusia.

Kamu telah di beri kekuasaan dan kehebatan juga, untuk memahami dengan seluas2nya.

Hadir dalam Suhbah, dengan rohani mu, bukan hanya dengan jasadmu. Kebolehan jasadmu sangat terhad, kebolehan rohani mu sangat luas/hebat sekali.

Allah mengutus Nabi (saw) untuk membuka jalan bagi manusia supaya dapat menghampiri Allah.

Para Nabi di utus untuk membuka jalan. Ajaran Nabi2 membuka tingkatan dan derajat yang tinggi untuk pengikut2 mereka. Mereka membuka haqiqat2, yang kamu tidak akan dapat melalui dengan hanya membaca buku2. Kamu hanya akan sampai ke derajat, fahaman dan haqiqat yang tinggi, hanya dengan berguru dan bergaul dengan orang2 demikian.

Para Nabi, pada zahirnya, adalah manusia, tetapi kerohanian mereka, adalah dari syurga. Mereka membawa ke pintu2 syurga akan SETIAP dari Ummatnya. Setiap manusia mesti memiliki kunci SUCI untuk membuka pintu2 syurga.

Ada berbagai2 kunci yang kamu mesti warisi untuk membuka pintu2 kepada lautan2 ilmu di sisi Allah. Setiap kali kamu membuka satu pintu, kamu akan melihat kebesaran Allah, dan kamu akan terkagum dan terpegun dengan kebesaranNYA.

Kamu akan berubah setiap kali kamu membuka satu pintu. DIA adalah Maha Esa, dan Nabi adalah Khalifa TunggalNYA juga. Moga2 Allah ampunkan kami, ajaran demikian, kamu tidak akan temui dalam mana2 kitab2.

Walaupun pelajaran ini tertulis dalam kitab2, kamu tidak boleh mewarisi kunci2 tersebut dari buku2!! Setiap khazanah dari Ilahi, mempunyai kunci yang khusus. Seorang Khalifa yang telah menerima kuncinya, akan bersama malaikat2 (satu, atau dua, atau tiga, atau 70), dan mereka akan membuka khazanah itu!

Kamu sebenarnya belum memahami apa2. Ilmu Ilahi tidak ada kesudahannya. Inilah akhir zaman, maka sekarang di buka rasa ilmu ilahiyyat dan ilmu surgawi, untuk menyiapkan manusia untuk mewarisi derajat2 yang tidak pernah mereka fikirkan selama ini.

Manusia sangka yang ciptaan ini teratur dengan sendirinya, padahal, ada yang Maha KUASA yang mengatur segala2nya.

Moga2 Allah mengampun kami, dan moga2 kami di kurniakan kefahaman sehingga kami sampai ke derajat syurgawi, dan supaya kami meningkat seterusnya tanpa berhenti. Hal meem mazeed? (Ada lagi untuk kami?)

Moga2 kami di ampuni demi Rasulullah (saw). Moga2 Allah mengurniakan kekuasaan kepada Ruh kami untuk memahami.

Fatihah. Terimakasih kerana sudi hadir, wahai yang hadir.


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.