Ummat2 dahulu tidak di kurniakan Basmalah! 2hb Jun 2010

Suhbah pada 2hb Jun 2010

Ummat2 dahulu tidak di kurniakan Basmalah!

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Madad ya Sahibal Imdad, kami memohon pertolongan syurgawi, wahai Gr Shaykh di atas bumi, moga2 kamu di kurniakan tambahan ilmu dan kuasa.

Assalamu’alaiakum wahai yg hadir, dari jenis manusia dan Jinn. A’uzubillahiminash shaitan nirrajeem

Bismillah hirrahman nirraheem. Bismillah hirrahman nirraheem memberi kami kuasa dan kemuliaan dunia dan akherat. Kamu di anjurkan utk berZikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, sekurang2 nya 100 kali setiap hari.

Setiap kali kamu berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan menemui khazanah2 yg tidak kehabisan/terputus (menurut keyakinan masing2).

Manusia akan menyesal pada Hari Pembangkitan, “Mengapa aku tidak berzikir dengan Bismillahirrahmanirrahim dengan sebanyak2nya sewaktu saya di dunia?” Mereka akan menyesal, apabila mereka melihat kurnia2 Allah yg di kurniakan keatas mereka yg telah berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem. Wahai manusia, jika kamu sedang duduk bersantai2 dan kamu tidak sibuk, zikirlah dengan Bismillah hirrahman nirraheem, maka semua di keliling mu akan di atur ……dengan sempurna, dan kamu akan tenang dan bahagia. Kamu tidak perlu berusaha dan berhuru-hara utk mencapai apa2, segala2nya akan terurus dalam kehidupan mu, melalui zikir Bismillah hirrahman nirraheem.

Wahai ulamak2 Salafi, benar atau tidak, apa yg saya katakan ini?

Kamu akan mengatakan (jika kamu tahu), “Wahai Shaykh, Bismillah hirrahman nirraheem adalah pedang yg tidak dapat di kalahkan, ia adalah pedang ilahi (sebutan Bismillah hirrahman nirraheem)”

Jika kamu mahu berceramah mengenai fadhilat yg di kurniakan kpd manusia apabila ia zikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, dan kamu berceramah seluruh hidup mu, kamu hanya akan dapat menerangkan segelintir dari fadhilat nya sahaja.

Jika kamu lapar, dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kenyang. Jika kamu dahaga, akan hilang kehausanmu dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem. Jika kamu tahu rahsia Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan buang segala teknologi dunia ini, kedalam tandas (kerana ia tidak ada manfaat yg dapat di bandingkan dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem)!

Kamu mesti kembali kpd kerohanian, kamu mesti singkirkan teknologi, jgn habiskan kehidupan yg sangat berharga ini, dengan menjadi hamba shaitan. Teknologi di bawa shaitan, maka jgn menjadi hamba shaitan. Sebut sahaja Bismillah hirrahman nirraheem sentiasanya.

Ia mempunyai fadhilat yg banyak, tetapi kamu telah menerokai hanya SEDIKIT dari kehebatannya sahaja! Jika kamu memohon utk satu cawan susu, dan kamu ke penjual susu, dia akan bertanya, “Di mana cawan mu?” Dan jika kamu mengeluarkan cawan yg sangat KECIL sekali, dan kamu memohon utk susu sebanyak satu liter, tidak mungkin cawan yg begitu kecil dapat di isi dengan susu yg sebegitu banyak.

Apakah maksud kiasan ini? Wahai manusia, bukalah hati mu, buka akal mu, siapkan dirimu supaya kamu dapat bergerak dalam Lautan Bismillah hirrahman nirraheem! Sayy Isa membangkitkan mayat dengan Bismillah hirrahman nirraheem! Jangan was2 atas kehebatan zikir Bismillah hirrahman nirraheem! YAQEENlah!

Kami menggunakan hanya sedikit dari kehebatan Bismillah hirrahman nirraheem. Wali2 yg di kurniakan rahsia Bismillah hirrahman nirraheem, jika ia menendang bumi ini dan memerintahkan bumi ini keluar dari lingkarannya, pasti bumi akan terkeluar dari lingkaran/orbitnya.

Wahai manusia , kamu mesti yaqeen, kamu telah meninggalkan keyakinan akherat, dan kamu menyelam ke dalam najis dunia, dan itu menyebabkan kamu kehilangan peluang keemasanmu utk meningkat kehadrat ilahi.

Selepas Allah mencipta Luh Mahfuz, Allah telah mencipta PENA, maka PENA itu berdiri dan bertanya, ” Ya Tuhanku, apakah yg patut saya menulis di Luh Mahfuz?” Menjawab soalan Pena itu, Allah memerintahkan PENA utk menulis Bismillah hirrahman nirraheem! Itulah perintah pertama utk PENA menulis di Luh Mahfuz, gambarkan kehebatan Bismillah hirrahman nirraheem!

Berapa lamakan PENA itu menulis Bismillah hirrahman nirraheem? Menurut ilmu syurgawi yg telah sampai ke Wali2, ia telah menulis selama 700 tahun. Bukan waktu menurut waktu di dunia ini! Hanya Allah tahu berapa lamakah tulisan pena itu menulis Bismillah hirrahman nirraheem,  menurut waktu dunia ini. Dan wakilNYA (Sayy Muhammad) di beritahu berapa lamakah pena itu telah bertulis sebenarnya. Maka apabila seorg menyebut Basmalah, Allah memberinya pahala seperti 700 tahun berzikir dengannya.

Maka manusia mesti berzikri dan bergantung kepada Bismillah hirrahman nirraheem, jika tidak, mereka akan menyesal. Mengapa kamu tidak berzikir dengannya?

Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan kpd Nabi Adam sekali sahaja dalam hidupnya, supaya taubatnya di terima, kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di angkat kembali (waktu yg singkat sahaja, kemudian Nabi Adam di lupakan bacaannya). Lihatlah, bacaan yg sekali menculupi utk taubat Nabi Adam di terima.

Kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan ke atas Nabi Nuh, supaya ia membaca Bismillahi majreha wa mursaha, iinna rabbi la ghafururraheem , bacaan ini adalah supaya Bahtera Nuh itu selamat dalam banjir yg hebat . Lihatlah, bacaan yg sekali mencukupi utk menyelamatkan mereka dari balak/musibah yg paling hebat sekali. Kemudian bacaan ini di angkat kembali oleh Allah (Nabi Nuh di lupakan bacaannya).

وَقَالَ ٱرۡڪَبُواْ فِيہَا بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡر۪ٮٰهَا وَمُرۡسَٮٰهَآ‌ۚ إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Hud 11:41)

Kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di turunkan kpd Nabi Ibrahim (as) dan ia di gunakan oleh Nabi Ibrahim supaya ia di selamatkan dari Api yg di nyalakan Namrud (apabila ia di lontar ke dalam Api itu), kemudian bacaannya di angkat dari Nabi Ibrahim. Lihatlah, bacaan sekali mencukupi utk mengalahkan musuh dan meredakan Api!

Kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan kpd Nabi Sulaiman (as) supaya ia dapat menguasai Jinn dan Manusia, dan supaya ia dapat menawan Ratu Balqeesh, kemudian ia di angkat darinya. Lihatlah, bacaan sekali dapat menguasai dan menjatuhkan seluruh makhloq di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman (as).

إِنَّهُ ۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُ ۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Surah An-Naml 27:30)

Kemudian Bismillah hirrahman nirraheem di kuirnaikan kpd Nabi Musa (as) supaya ia dapat membelah lautan merah, kemudian di angkat darinya. Lihatlah, dengan bacaan sekali, Bismillah hirrahman nirraheem dapat membelah lautan yg dalam, dapat mengatasi masaalah yg tidak munglkin tercapai dengan teknologi.

Dan kemudina di kurniakan kpd Nabi Isa (as), supaya ia di angkat dari bumi dan tidak di salib, kemudian bacaannya di angkat dari Nabi Isa (as). Lihatlah bacaan sekali dapat menyelamatkan Nabi isa (as) dalam keadaan yg cukup merbahaya.

Maka Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan kpd sebahgiaan Nabi sahaja (sebelum Rasulullah) dan hanya utk waktu yg singkat, utk di gunakan pada waktu yg genting.

Hanya UMMAT Muhammad (saw), yg di kurniakan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem (Ummat2 dahulu tidak di beri ini), kamilah yg paling bertuah sekali, kami adalah ummat kpd dia yg paling di kasihi di sisi ALlah, Sayyidina Muhammad (saw).

Hanya Awliya mengenal karamah dalam Bismillah hirrahman nirraheem, Awliya menggunakan Bismillah hirrahman nirraheem utk membantu ummat Nabi Muhammad (saw), tanpa Bismillah hirrahman nirraheem mereka tidak boleh membantu sesiapa pun.

Syurga/Langitlah yg mentadbirkan bumi ini. Sesiapa yg sebut Bismillah hirrahman nirraheem, menjalin hubungan dengan syurga/langit, maka ia menjalin hubungan dengan pentadbir,  maka ia akan memperolehi pertolongannya. Berita baik bagi mereka yg punya hubungan dengan makhloq2 syurga/langit. Tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu tidak akan berhasil. Hasil yg sebenarnya, adalah dari bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.

Setiap zarrah bergantung kpd Bismillah hirrahman nirraheem. Bismillah hirrahman nirraheem membawa rahmat seperti hujan, tanpa Bismillah hirrahman nirraheem kamu akan kecundang. Jika kamu menanan tumbuhan tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, ia tidak akan hidup. Seluruh teknologi tidak ada erti (tidak dapat memberi penghidupan / nyawa)! Satu Wali yg sebut Bismillah hirrahman nirraheem lebih hebat dari seluruh teknologi.

Wahai manusia, jadilah hamba Allah, sesuaikan dirimu, supaya kamu dapat mewarisi khazanah dari Bismillah hirrahman nirraheem, Bismillah hirrahman nirraheem akan membuka hati yg terkunci dan akal yg buntu – seluruh penyakit zahir dan bathin dapat obati oleh Bismillah hirrahman nirraheemBismillah hirrahman nirraheem mencukupi, ia lebih dari mencukupi sebenarnya.

Ini adalah sedikit ilmu dari lautan yg luas sekali. Kehidupan syurgawi kamu adalah kehidupan yg manis, maka jgn menjadikan ia masam kerana di tipu shaitan. Shaitan menipu manusia dengan teknologi, kerana ia yg menganjurkan manusia supaya bergantung kpd nya (dan bukan kpd Allah). Setiap kali manusia membaca Bismillah hirrahman nirraheem, perkerjaan/hajatnya akan tercapai dengan mudah dan shaitan akan terhalang, tetapi manusia zaman sekarang, meninggalkan Bismillah hirrahman nirraheem, maka jalan yg mudah. menjadi sulit sekali.

(Maulana solat syukur 2 rakaat)

Fatihah.


This entry was posted in 2010 @id, Juni, Suhbah @id and tagged . Bookmark the permalink.