Tanggalkan kasut mu, wahai Musa: 19hb June 2010

Suhbah pada 19hb June 2010

Tanggalkan kasut mu, wahai Musa

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, kami memohon barokah dari Mu dan keampunan MU, ya Tuhan kami. Kami menyampaikan setinggi pujian atas dia, tiada pujian atas mahluk yang setaraf dengan pujian baginya, iaitu untuk Sayyidina Muhammad (saw). Allah berfirman, “Wahai kekasih KU, wahai hamba KU yang paling di puji, wahai hamba yang paling di muliakan, AKU mencipta ciptaan ini untuk MU.” Mereka yang jahil, menyangka yang alam ini di cipta tanpa apa2 tujuan. Tidak! Alam semesta ini di cipta untuk memuliakan seorang hamba, untuk menghormati seorang hamba – jika kamu tidak tahu, kamu akan berada di bawah kaki2 Jinn dan shaitan.

A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem. Shaitan adalah mahluk juga, dan wakil2nya berada di dalam setiap insan. Tidak ada manusia yang dapat terlepas dari kehadiran/pengaruh shaitan. Di dalam setiap diri manusia, ada shaitan.

Wahai ulama’2 Salafi dan doktor2 Shariah! Adakah agama ini sakit, sehingga ianya perlukan doktor untuk merawatnya? Adakah shariat Islam itu cacat, sehingga ia perlukan doktor untuk membantunya? (Ini adalah sindiran kepada mereka yang menggelar diri mereka sebagai DOKTOR dalam Shariat Islam).

Manusia tidak memerlukan doktor biasa, mereka perlukan doktor jiwa, kerana manusia zaman ini sebenarnya sakit jiwa! Doktor2 shariat juga termasuk golongan ini, mereka mendakwa bermacam2 perkara yang tidak benar. Ada cerita yang lucu/kelakar yang saya akan sampaikan. Dengarkan lah…

Ada seorang yang tidak siuman yang pergi ke rumah sakit jiwa, dan dia di sambut oleh seorang doktor. Doktor itu berkata, “Selamat datang ke rumah sakit yang terkenal ini.” Pesakit itu berkata, “Aku di utus oleh syurga sebagai Nabi yang baru, untuk memperbetulkan aqidah semua orang yang sesat, supaya mereka tidak lagi berada di atas jalan yang sesat.”

Doktor itu bertanya, “Siapakah dirimu/namamu?”

Pesakit itu memberi kad pengenalannya. Tertulis di kad itu, “Orang yang membawa kad ini, dia mendakwa yang dia adalah Nabi yang baru, yang di utus untuk perbaiki pendapat/aqidah manusia.”

Doktor itu lantas membawa pesakit itu ke dalam sebuah bilik yang penuh dengan pesakit2 yang lain. Maka pesakit yang lain, apabila melihat kedatangan pesakit yang mengaku Nabi itu, bertanya, “Siapakah pesakit yang baru ini?”

Doktor itu berkata, “Dia adalah seorang pesakit baru, dia mendakwa yang dia adalah Nabi yang di utus untuk manusia untuk membetulkan aqidah mereka, supaya mereka bangkit dalam keadaan baik pada Hari Hisab.”

“Siapakah namanya?” tanya seorang pesakit tua yang berada di dalam bilik itu.

Doktor itu berkata, “Dia menyembunyikan identitinya yang sebenar, tetapi dia mengaku dia adalah Nabi yang akhir.”

“Apakah namamu?” pesakit tua itu bertanya lagi. Pesakit yang mengaku Nabi itu berkata, “Nama ku adalah shaitan.”

“Tunggu sebentar,” berkata pesakit tua, dan dia membuka, lalu memeriksa sebuah buku besar yang ada bersamanya. Dia menggunakan cermin matanya, dan mencari cari sesuatu di dalam buku besarnya itu….dan dia berkata, “Wahai doktor, orang ini adalah penipu, saya tidak pernah utuskan seorang Nabi yang begini bodoh sekali. Jangan membuat fitnah, ambil shaitan ini dan bawa dia keluar dari sini, dia akan menjadikan manusia keliru atas kehebatan diri ku pula.” (Pesakit tua yang membaca buku itu sangka yang dia adalah Tuhan)

Mengapa saya mencerikan cerita yang lucu/kelakar ini? Setiap manusia mendakwa yang dirinya mempunyai kedudukan/pangkat yang tinggi, mereka saling bergaduh kerana ego yang sentiasa mahu di sanjung, di hormati dan di ikuti. Jika ada yg mengaku dirinya Nabi, ada pula yang mengaku dirinya Tuhan! Maka jika ada yang mengaku berilmu/hebat, ada pula yang akan mendakwa yang dirinya adalah yang lebih hebat ilmunya atau lebih tinggi kedudukannya.

Manusia zaman ini memandang diri mereka sebagai orang2 yang berkedudukan. Mereka memandang diri merekalah yang mengatur segala2 nya. Mereka ini adalah manusia yang jahil. Ada juga sebahagian manusia memandang diri mereka lebih tinggi dari Nabi! Seolah-olah merekalah yang menguruskan segala2nya, seolah2 mereka adalah Tuhan! Mereka menyangka merekalah yang mempunyai kekuasaan untuk mengatur kejadian2 di dunia ini.

Sekarang, dunia ini di penuhi dengan pembunuhan, kezaliman dan kejahatan, sehingga manusia lebih selamat jika mereka tinggal menetap di dalam hutan. Perbuatan zalim ini semuanya adalah ajaran2 shaitan. Ia mengajar manusia yang mereka mesti memandang diri mereka sebagai mahluk yang tinggi dan hebat. Sebenarnya, dalam syurga , tidak ada mahluk yang mempunyai sifat2 shaitan, tiada mahluk yang memasang jerat2 dan perangkap2. Seluruh jerat2/perangkap shaitan di pasang di bumi, bukan di langit. Di dalam alam yang gelap gelita, shaitan memasang jerat2 dan perangkap2nya, dan manusia yang buta pasti akan jatuh kedalamnya. Shaitan adalah NAGA yang bertopeng sebagai teman syurgawi kamu, ia memberi kamu janji2 palsu. Maka, oleh kerana telah merebak ajaran2 sesat dalam dunia ini sekarang, tidak ada tempat yang selamat dari pembunuhan, kebakaran dan kejahatan!

Jika kamu benar2 doktor Shariat (seperti pesakit tadi yang mendakwa dirinya Nabi), apakah manfaat gelaran mu itu, jika kamu tidak menangani masaalah2 ini? Adakah kamu senang hati apabila melihat kekacauan2 di merata dunia ini? Adakah kamu berasa senang dan bangga melihat bangunan2 mencakar langit yang di bina di Makkah dan Madina sekarang ini? Orang2 Islam di larang dari membina bangunan lebih dari dua tingkat! Namrud adalah manusia yang mula2 membina bangunan yang tinggi untuk memerangi Allah, mengapa kamu mengikut contoh Namrud? Mengapa kamu (ulama’2 Salafi) tidak menasihati pemerintah kamu (supaya tidak membina bangunan2 mencakar langit di Makkah dan Madina) ? Kamu takut kepada manusia tetapi kamu tidak takut kepada Allah? Kamu meremehkan hukum Allah! Allah akan menyoal kamu di akherat, “Mengapa kamu tidak memberi fatwa yang mengharamkan pembinaan bangunan2 yang mencakar langit?”

Sebagai adab, sebagaimana Allah menasihati Nabi Musa (as), “Tanggalkan kasutmu, kamu berada di tempat yang suci.” Maka nasihat Allah itu adalah hukum buat kamu semua untuk selama2nya. Dari Ayat itu, Allah mengajar kami semua untuk beradab. Kasut manusia membawa kekotoran. Maka bila kamu berada di tempat yang suci, tanggalkan kasutmu!

Kamu semua akan dapat memahami Ayat ini, atas daya fahaman masing2.

Apakah hikmah ajaran dari Allah melalui Al-Quran ini, yang Allah memerintahkan Nabi Musa (as) untuk menanggalkan kasutnya di tempat yang suci? Siapakah Nabi Musa (as)? Dia bukan calang2 orang, dia adakah Wakil Allah. Setiap Nabi yang di utus kepada manusia, mengajar Ummat masing2 untuk mejadi orang yang bersih. Bersihkan dirimu, dan hatimu, dan akalmu, dari kekotoran yang shaitan taburi atas dirimu. Bersihkan akalmu dari kebatilan apabila kamu menghadap Allah.

JANGAN menghadap Allah dengan diri/hati/akal/pemikiran yang kotor. JANGAN menghadap Allah dengan fikiran yang kotor dan jahat. JANGAN menghadap Allah dengan sangkaan atau Aqidah yang salah dan sesat. Tanggalkan ‘kekotoran’ mu, sebelum kamu menghadap Yang Maha Suci! Hadaplah Allah dalam keadaan suci dan bersih! Beradablah, wahai manusia, wahai hamba2 Allah! Tafsir Ayat di atas sebenarnya adalah, “Jika kamu mahu dekat kepada KU, bersihkan diri/hati/akal/fikiran/sangkaan, serta aqidah mu.”

Sebab itu, orang2 Islam menanggalkan kasut mereka, sebelum masuk ketempat yang suci seperti masjid2. Kasut adalah lambangkan kekotoran hati kamu. Adalah menjadi satu kesalahan besar, apabila orang2 Nasrani dan Yahudi , memasuki tempat ibadah mereka, tanpa berwudhuk, tanpa mandi hadas, tanpa menanggalkan kasut mereka. Mengapa? Kamu kan masuk ke tempat yang suci/bersih. Tempat solat/sembahyang adalah kawasan suci lagi bersih, kamu mesti masuk kawasan berkenaan dalam keadaan bersih juga. Zahirmu dan bathinmu mesti di bersihkan. Dengarkan lah apa yang Allah ajarkan pada mu ini.

Ambillah ilmu yang sebenarnya dari ajaran Allah, langsung dari ajaran Al-Quran, tujukan arah hatimu ke arah yang benar. Jangan mengubahkan perintah2 Ilahi mengikuti ego/nafsu mu, jangan menyesuaikan perintah2 Allah dengan kehendak mu, sesuka hatimu. Sebaliknya, kamu mesti tunduk kepada kehendak/perintah Ilahi. Nabi Isa (as) menanggalkan kasutnya, dan ia melutut di hadapan Allah. (Lihatlah adab seorang Nabi yang agung!)

Dalam fahaman yang cetek kebanyakan manusia, mereka hanya memandang perintah untuk menanggalkan kasut, adalah kerana kasut itu kotor. Sebenarnya, kasut itu melambangkan kekotoran zahir dan batin, yang kamu mesti sucikan dari diri mu dengan taubat dan beramal soleh. Moga2 Allah mengurniakan kami semua kefahaman yang lebih mendalam.

Saya meninggikan suara, bukan terhadap diri manusia, tetapi terhadap PERBUATAN manusia yang melampaui batas, yang melanggar perintah2 Ilahi. Orang2 Nasrani/Yahudi pun mesti mengambil pelajaran dari Ayat ini. Sekarang, ajaran Ilahi sudah mula berkembang di bumi ini, tetapi manusia menyembunyikan diri mereka dari petunjuk Allah, dan mereka lebih senang berada dalam kegelapan dan kesesatan. Dalam perayaan Tahun Baru, kelihatan kawasan perayaan itu di gelapkan iaitu pada saat masuk nya Tahun Baru. Manusia senang dengan kegelapan begitu , sehingga mereka berkata, “Alangkah baiknya, jika kegelapan ini berterusan buat selama2nya.” Maka manusia lebih senang meninggalkan kawasan yang bercahaya, dan menuju ke tempat2 yang gelap.

Mengapa? Ketahuilah, tempat2 bercahaya tidak akan menerima kekotoran (kerana jelas akan dapat di lihat), hanyalah tempat2 yang gelap yang akan di penuhi dengan maksiat2, kejahatan/kekotoran kerana semua itu boleh di sembunyikan di dalam kegelapan. Maka lari lah kamu semua dari kegelapan, dan majulah kepada cahaya petunjuk yang benar!

Moga2 kami di ampuni Allah, demi kemuliaan dia yang paling mulia di sisi NYA, Sayyidina Muhammad (saw).

Fatihah.

This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.