Jangan meniru cara hidup orang2 yang tidak beriman: 18hb June 2010

Suhbah pada 18hb June 2010

Jangan meniru cara hidup orang2 yang tidak beriman

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum. Wahai kamu yang lalai, wahai bahlul2 (Maulana Shaykh Nazim bergurau/bercanda), mintalah ampun dari Allah demi kemuliaan Rasulullah.

Assalamu’alaikum , A’uzubillah himinasy syaitan nirrajeem, bismillah hirrahman nirraheem.

Kami memohon dengan tawadduk dari Allah, di mana hanya mereka yang di terima kesucian nya berada.

Mereka mengarahkan saya supaya memberi Suhbah ini, untuk semua yang berada dari timur ke barat dan dari utara ke selatan, untuk membangkitkan mereka yang sedang mabuk kerana mereka yang mabuk tiada akan memahami apa2. Mereka adalah seperti binatang2, yang tidak memikirkan dan memahami apa2. Mereka berada di tingkatan seperti binatang2, mereka tidak berfikir, mereka hanya mencari hiburan untuk kepuasan nafsu mereka, mereka hanya mencari kepuasan dalam makan dan minum sahaja. Itu adalah darjat manusia apabila kamu bertambah dekat kepada Hari Pembangkitan (apabila sampai ke akhir zaman).

Manusia zaman ini tidak mencari apa2 selain mencari kepuasan melalui makan, minum, persetubuhan dan mencari pakaian yang baru – itu sahaja yang menjadi tumpuan mereka, iaitu untuk mencari kenikmatan untuk jasad mereka, sebanyak mungkin.

Manusia sering bergaduh dan berperang di antara mereka. Mereka mencari kenikmatan yang seluas2nya untuk jasad mereka sahaja, dan mereka sanggup bergaduh untuk mencapai matlamat itu.

Wahai ulama’2 Salafi, selamat datang!

Nabi bersabda, “Siapa yang hidup, meniru cara hidup sesuatu kaum, akan di bangkitkan dengan kaum demikian.” Adakah itu hadees yang benar? Ulama’2 Salafi mendakwa ini adalah hadees dhaif. Ulama’2 Salafi tidak berminat untuk mengajar makna hadees ini. Jalan yang di ajar dalam Al Fatihah – ikutlah jalan yang lurus, Allah menganjurkan yang manusia di ajar supaya berada di atas jalan yang benar.

Allah mahu memberi kemuliaan kepada manusia, kerana mereka adalah KhalifaNya di atas muka bumi. Tetapi sebahagian ulama’2, khususnya ulama’2 Salafi, mereka membaca Fatihah tetapi mereka tidak mengamalkan – ihdi nas siratal mustaqeem– ‘tunjukkan kami jalan yang lurus’. Kamu mesti ikut – siratalladzi na an’amta alaihim – itu bermakna, memang ada sebahagian manusia yang telah berada di atas jalan itu, mereka memelihara jalan Ilahi, mereka mentaati nasihat syurgawi.

Allah berfirman, “Wahai hamba2KU, dengarlah! Taatilah! Mintalah dari Ku, supaya AKU meletakkan kakimu di atas jalan lurus, itu adalah kurnia KU, kurnia dari Ilahi kepada sebahagian manusia.” Hadees Nabi (saw) yang di atas, berdasarkan pada Ayat2 dalam Fatihah ini, yang kamu akan di bangkitkan bersama mereka yang kamu turuti/cintai.

Maka kami yang lemah ini, tidak dapat mengikut persis jalan orang2 pilihan, dan tidak sanggup meniru seluruh perjalanan mereka, maka kami mesti, sekurang2nya, meniru sebahagian apa yang mereka telah lakukan.

Manusia boleh hidup, dengan mengikuti cara hidup orang2 Barat/Kafir, atau dia boleh meniru cara hidup orang2 Islam, terpulang kepada manusia untuk membuat pilihan. Jika kamu dapat meniru walau satu peratus dari kehidupan orang2 Islam dahulu, kamu akan berbahagia. Tetapi kebanyakan kamu gemar meniru cara hidup orang2 Kafir. Ketahuilah, mereka yang meniru cara hidup orang2 Barat, cara hidup itu DI LARANG UNTUK orang2 ISLAM. Anehnya, ulama’2 tidak menekankan ajaran ini kepada Ummat Muslim, supaya mereka berhenti dari meniru cara2 kehidupan orang2 Kafir.

Tidak ada kemuliaan bagi kamu dalam mencontohi cara hidup orang2 Kafir! Mengapakah ulama’2 tidak menerangkan dan mengajar makna hadees ini? Yang anehnya, manusia belajar Islam di Universiti2 di negeri Kafir! Untuk apa? Adakah itu sebenar2 ajaran Islam? Walaupun Universiti2 di negeri Barat menggunakan panji2 Islam, ajaran mereka bukanlah sebenar2 ajaran Islam. Sijil yang mereka beri kepada mu, tidak ada nilai, jika mereka TIDAK BERIMAN kepada ALLAH dan jika mereka tidak mengikuti cara hidup orang2 Islam yang sebenar2nya! Hanya dengan belajar Islam sahaja, untuk mendapatkan sijil, tanpa mengamalkan cara hidupnya, tidak ada nilai di sisi Allah.

Mereka mesti mengucap La ila ha illallah, Muhammadur Rasululullah. Mereka mesti belajar dan benar2 beriman kepada Allah dan rasulNYA. Hanya hamba2 Muslim yang akan dapat mencapai kedudukan di sisi Allah, yang tidak akan tercapai melalui sijil2 palsu ini. Jalan yang lurus mengandungi lautan ilmu yang tidak mungkin dapat di ajar dalam masa yang singkat. Maknanya, walau kamu belajar di Universiti untuk 3 atau 4 tahun, waktu yang singkat itu tidak mencukupi untuk benar2 memahami sebenar2 Islam itu apa.

Mereka yang mendengar ini akan mengadu yang ianya terlalu mendalam. Jika kamu di masukkan ke dalam kuburmu nanti, kamu akan di panggang di atas besi panas, dan di masukkan dalam keranda yang berapi, baru kamu akan tahu keadaan kubur , baru kamu akan mula mahu belajar. Jangan menjerit apabila kamu melihat dan merasakan keperitan itu nanti.

Maka, jangan mengikuti cara orang2 Kafir. Setapak demi setapak, kamu sedang mengikuti cara hidup orang2 Kafir! Wahai pemimpin2 yang tiada berakal, apakah yang telah kamu ajarkan kepada pengikut2mu, sehingga kamu tidak malu untuk mempromosi cara hidup orang2 Kafir? Allah akan menyoal kamu kelak atas ajaran2mu!

Sekarang, manusia mengajar dan mengamalkan cara hidup yang batil (cara hidup orang2 Kafir/Barat/sesat), cara hidup yang tidak akan di terima di sisi Allah. Jika mereka (orang2 Kafir) melangkah dengan kaki kiri, kamu mesti melangkah dengan kaki kanan mu! Bersalahan dengan cara hidup mereka! Tetapi, sayang sekali, kamu meniru mereka dengan asyik sekali, kamu mengambil cara hidup orang Inggeris dan Amerika sebagai cara hidup kamu yang kamu idam2kan. Esok hari, kamu akan meniru cara hidup orang2 Cina dan Russia pula.

Apabila kamu mengaku beriman dalam kubur nanti, apabila kamu mengucap Kalimah Tauhid, malaikat2 akan berkata, “Kamu adalah pembohong!” Malaikat akan mengemukakan bukti, yang kamu telah hidup dengan mengikuti cara hidup orang2 yang tidak beriman. Wahai manusia…ingatlah, sedarlah, kamu akan mati, dan kamu akan menghadap malaikat2 untuk di soal. Wahai orang2 Muslim, hiduplah sebagai sebenar2 orang Muslim! Jangan membelakangkan cara hidup orang2 yang beriman!

Moga2 Allah ampunkan kami, ini adalah malam Jumaat pertama dalam bulan Rejab yang mulia ini (bulan Allah). Cuba meningkat setapak demi setapak, kembali kepada cara kehidupan orang2 Islam, supaya kamu selamat di dunia dan di akherat. Jika tidak, kamu akan di azab dalam hidup ini, dan kamu akan di azab dalam kubur dan juga pada Hari Pembangkitan.

Moga2 Allah ampunkan kami semua.

Fatihah.


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.