Jalan yang lurus hanya satu, jalan sesat banyak sekali: 20hb June 2010

Suhbah pada 20hb June 2010

Jalan yang lurus hanya satu, jalan sesat banyak sekali

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Sebutlah A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem, Bismillah hirrahman nirraheem

Ya Tuhan Kami, kurnia Engkau atas kami, yang kami dapat melafazkan Bismillah hirrahman nirraheem, telah memberi kami kemuliaan abadi.

Setiap saat, kami di hujani dari lautan rahmat Allah. Ya Allah, kurniakan kami tambahan lagi dari rahmatmu.

Seluruh alam semesta milik Allah dan kekuasaan di beri pada Qutbul Mutassarif, dia di beri otoriti dan kekuasaan di atas bumi ini. Jika dia tidak menjaga bumi ini, walau sesaat sekalipun, bumi ini akan terkeluar dari putarannya, dan ia akan hilang dalam angkasa lepas yang luas. Dia (Qutbul Mutassarif) dapat menguasai sehingga 100 000 bumi, dalam masa serentak! Wahai ulama’ Salafi, kamu mendakwa yang kamu mengetahui segala2nya, padahal kamu tidak tahu apa2. Kamu tidak percaya akan kekuasaan Qutbul Mutassarif? Allah telah berfirman dalam Surah Yasin (Ayat 82), “Jika AKU menghendaki sesuatu, Aku sebuntukan JADI maka ia akan TERJADI,” yang bermaksud, “Jika AKU memberi kuasa kepada hambaKU yang lemah untuk memelihara seluruh alam semesta, dia akan memperolehi kebolehan untuk melakukannya, walaupun aku menjadikan manusia dalam keadaan lemah. PerintahKU dapat menjadikan dia sangat hebat. Jika AKU menyuruh dia untuk memandang seluruh alam ini dengan serentak, dia akan memperolehi kebolehan untuk melakukan nya dengan sekelip mata dengan perintahKU.”

Mengapa kamu (wahai ulama’2 Salafi) tidak menceritakan kehebatan dan kekuasaan Allah? Allah telah mencipta makhloq2 yang tinggi besar, yang lebih besar dari ufuk dunia. Setiap manusia yang suci, pun mempunyai batasannya yang tersendiri, tetapi di sebalik batasan itu, ada batasan lagi, kerana setiap yang di miliki oleh Allah, adalah tidak terbatas.

A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem. Shaitan selalu menghampiri kamu untuk menyesatkan kefahaman kamu. Jalan yang lurus hanya satu, tetapi jalan yang sesat, banyak sekali, tidak terkira banyaknya. Pada suatu hari, Rasulullah (saw) duduk dengan para Sahabat2nya. Dia melukis hanya satu garisan yang lurus di atas pasir. Dan baginda melukis banyak lagi garisan2 bengkok ke kiri dan kanan garisan yang lurus itu. Maka jalan yang lurus itu satu sahaja – dari Allah dan kembali kepada kepada Allah, dari awal sehingga abadi. Jalan yang sesat, yang bengkok2, banyak sekali. Shaitan berusaha supaya manusia jatuh kearah jalan kesesatan.

Kehendak ego kamu pun sangat luas sekali. Setiap jiwa mempunyai kemahuan yang berbeza2. Jika ada satu billion manusia, maka ada satu billion permintaan/kemahuan/kehendak dari nafsu/ego yang berlainan. Maka shaitan membisik kepada ego dalam setiap jiwa, untuk mempunyai permintaan/kemahuan/kehendak yang berlainan dari manusia yang lain, supaya setiap manusia mempunyai kehendak yang berlainan dan bertentangan – dengan itu akan terjadi kekacauan, pergaduhan, pertelingkahan dan permusuhan apabila setiap manusia cuba mempertahankan pendapat/kemahuan masing2.

Siratul Mustaqeem adalah jalan yang tunggal sahaja. Semua yang berjalan di atas jalan yang satu itu mesti bersatu hati. Itu adalah jalan dari pra-awal sehingga abadi, itulah jalan yang membawa kepada keselamatan. Tetapi, kehendak manusia yang jahil/lalai tidak terletak di atas jalan itu.

Setiap manusia mempunyai pemikiran yang berlainan, kamu tidak akan tahu apa yang sedang mereka fikirkan. Setiap manusia mempunyai kekasih. Dan manusia sentiasa merindui kekasihnya, dan mahu menemuinya dan bersamanya. Walaupun kekasihmu sudah berumur seratus tahun, tetap kamu sayang dengannya, dan pada pandangan mu, wajahnya masih lagi jelita. Setiap manusia menginginkan seseorang yang mengasihinya, dan dia juga inginkan dirinya untuk di kasihi. Tetapi jika kekasihmu berdiri/berjalan di atas jalan yang salah….bagaimana?

Allah sentiasa memberi kurnia kepada hamba2nya, “Semua mereka menggilakan Laila (kekasihnya).” Laila adalah kiasan bagi waktu malam, manusia yang kasih kepada Allah selalu berusaha untuk berjaga di waktu malam untuk bersama kekasihnya, iaitu mereka sentiasa dalam khalwat dengan Allah.

Apabila saya berjumpa dengan Pope, saya perhatikan matanya, dan matanya menujukkan yang dia (seperti seluruh manusia di atas bumi ini) juga sedang mencari sesuatu, selain dari apa yang telah beliau memperolehi (kedudukan tertinggi sebagai ketua jemaah Katolik).

Dari matanya, kelihatan Pope mencari sesuatu yang orang biasa tidak akan faham, hanya manusia yang berada di darjat yang setaraf dengan nya akan mengerti. Atas arahan Ilahi, saya memeluknya, dan saya mengambil dari dirinya (Pope), semua yang menjadi bebannya, saya telah mengambil semua yang menjadi bebanannya dari kebathinannya! Sebab itu dia menghampiri diriku dengan cepat, maka kekuasaan dari Ilahi dalam diriku, menggerakkan saya untuk mendakap erat dirinya. Selepas di peluk, jasadnya Pope menjadi ringan seperti sehelai bulu dari sayap burung, padahal dirinya itu sangat berat sebelum saya memeluknya. Pope telah menziarahi banyak negara…beliau tidak menemukan apa yang di cari selama ini, dan beliau telah meminta dari Ilahi, untuk bertemu seseorang yang dapat memberi nya dukungan dan pertolongan untuk menghampirkan dirinya ke hadrat Ilahi. Beliau telah ditemukan dengan saya dalam keadaan dirinya yang penuh dengan beban, tetapi setelah beliau berpisah dari saya, keadaan nya bertambah ringan dan tenang.

Maka, begitulah… setiap manusia mempunyai permintaan dalam jiwanya, tetapi setiap mereka mempunyai permintaan yang berlainan/berbeza. Hanya mereka yang di hati mereka telah memperolehi hubungan/talian dengan Ilahi, akan memahami apa yang mereka pinta dan cari.

Pope telah meminta untuk di lepaskan dari beban jasadnya, dan agar beliau dapat meningkat ke langit/syurgawi. Ramai yang bertanya kepada saya, “Apa yang kamu bualkan dengan Pope?” Maka saya menjawab, saya bertanya kepada beliau, “Kamu mahu bernikah/berkahwin?” Beliau enggan. Dan dia tanya saya kembali, “Kamu bahagia dalam perkahwinan?” “Tidak,” saya bergurau, dan dia berkata, “Aku juga demikian!”

Sebenarnya, itu adalah perbualan yang seolah2 seperti perbualan biasa untuk manusia biasa mendengar, tetapi perbualan kami sebenarnya sangat mendalam, cuma orang biasa tidak akan mengerti. Manusia seperti beliau, sentiasa mencari jalan yang benar. Beliau tidak mencari kepuasan nafsu dan egonya.

Wahai manusia, moga2 Allah mengampunkan kami. Pope kemari, kerana beliau meminta sesuatu untuk diri sebenarnya, tetapi ulama’2 Salafi tidak merasakan tarikan tersebut, maka mereka tidak ke mari untuk bertemu saya. Aneh sekali ya, orang yang beragama lain telah ke mari untuk meningkatkan dirinya, tetapi mereka yang menggelar diri mereka ulama’, tidak ke mari. Saya memang tidak ada kuasa, tetapi jika kamu menghampiri saya, kamu akan memahami apa yang saya telah di kurniakan oleh Allah. Apa yang Allah telah beri pada saya, adalah sesuatu yang khusus. Pope telah mengambil bahagiannya, dan beliau telah ‘terbang’ dari sini. Saya berkata, “Tujulah ke hadrat Ilahi,” apabila saya melihat dia terbang, dan dia telah menjawab, “Begitu juga kamu!”

Itulah kemahuan orang2 yang memahami. Allah mengajar manusia, “Berlaku benar, meminta dari mereka yang benar, dan hampiri KU tanpa kekotoran ego mu. Buang kekotoran nafsu mu, dan hampiri KU, dengan kemahuan mu yang suci, jika tidak, kamu tidak akan mencapai apa2 di dunia atau di akherat.”

Ajaran dalam Suhbah ini adalah lautan yang mendalam sekali, yang tiada dasar (maka berusahalah untuk memahami dan beramal dengan nya). Suhbah ini bukan dari saya, hamba yang lemah, ia adalah kurnia Ilahi untuk membangkitkan manusia. Maka, kami bermohon untuk dianugerahkan kurnia tersebut.

Manusia zaman ini tidak memahami apa yang mereka sedang cari, maka mereka saling berbunuhan dan saling menyusahkan satu sama lain, mereka menipu dan menyakitkan sesama manusia, mereka membawa penderitaan kepada manusia lain. Tujuan mereka hanya untuk menyusahkan dan menyakitkan manusia. Maka manusia sekarang berenang dalam kezaliman, sehingga manusia yang merasakan azab itu, lebih senang mati dan kembali kepada Allah, untuk hidup dalam kebaikan di sisi Allah, daripada menderita di atas bumi ini (akibat perbuatan zalim yang mereka terpaksa menanggung dari manusia2 yang tidak memahami maksud hidup masing2).

Maka tumpukan niat mu hanya untuk Allah, carilah tempat mu di sisiNYA, jangan tukar arahmu, jangan keluar dari siratal mustaqeem, moga2 kami di ampuni, demi kemuliaan dia yang paling hebat dan mulia di sisi Mu, demi Sayyidina Muhammad (saw), ampunkanlah kami.

Fatihah.


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.