Allah mencipta malam hari untuk berehat dan beribadah, bukan untuk berpesta! 21hb June 2010

Suhbah pada 21hb June 2010

Allah mencipta malam hari untuk berehat dan beribadah, bukan untuk berpesta!

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Kurniakan barokah dan pujian yang setinggi2nya, pujian yang tidak terhingga, untuk kekasihMu dan KhalifaMu, Sayyidina Muhammad (saw), yang Engkau telah ciptakan alam ini untuknya.

Kurniakan kami dukungan kerohanian, bukan dukungan materi, yang akan menambahkan kemuliaan kami di dunia dan di akherat.

Assalamu’alaikum wahai wakil Sayyidina Muhammad (saw), yang mentadbir bumi ini dari enam penjuru. Jika Allah memerintahkan, walau satu atom pun akan dapat mentadbir alam ini.

Manusia adalah makhloq yang di ciptakan dan di angkat, serta di puji oleh Pencipta mereka, DIA yang telah mencipta seluruh ciptaan.

Bilakah permulaan ciptaan , dan bilakah ia akan berakhir? Tiada yang tahu, selain Allah. Kerajaan Allah, tidak mempunyai batasan. Tiada makhloq yang tahu bilakah ciptaan telah bermula, dan bilakah ia akan berakhir. Azaliyyun abadiyyun….dari pra-abadi ke abadi….apakah makna perkataan ‘ABADI’? Kamu hanya mengenal perkataan nya sahaja, tetapi tiada makhloq yang dapat memahami haqiqat perkataan ‘ABADI’ itu sendiri. Walau untuk memahami haqiqat satu atom – bilakah ia di cipta, apakah tugasnya/tujuannya/misinya, dan bilakah ia akan binasa – tiada yang tahu!

Manusia adalah makhloq yang makhloq2 lain tidak dapat mengenal sepenuhnya, kewujudan manusia dibaluti misteri. Hanya hamba2 pilihan Allah yang akan memahami sesuatu dari rahsia itu. Tiada manusia yang memahami KESELURUHANnya mengenai keajaiban terciptanya manusia, tetapi akan ada yang akan memahami sedikit dari rahsia2nya.

Jika Allah mengurniakan kefahaman ilmu atas manusia, manusia pun tidak akan dapat memahami ke tahap sehingga mereka dapat mengerti apa sebenarnya yang di maksudkan oleh Allah. Contohnya, manusia mengenal sedikit mengenai atom dengan secara am nya. Tetapi setiap atom mempunyai identitas/kewujudan/fungsi yang berlainan. Allah tidak akan mencipta dua atom yang serupa. Buat apa mencipta atom demi atom, jika semua atom serupa? Lebih baik mencipta hanya satu atom sahaja jika begitu.

Setiap ciptaan/atom memiliki sifat2 yang khusus yang Allah kurniakan dari diriNYA, dan setiap ciptaan/atom memuji Allah dengan pujian yang khusus dan tersendiri, dan ia di beri rupa yang berlainan dari yang lain.

Assalamu’alaikum wahai ulama’2 Salafi.

Jangan menggelar dirimu ulama’. Ulama’ bermakna orang aleem. Adakah kamu mendakwa yang kamu adalah orang aleem? Adakah kamu di bolehkan menyombong sedemikian? Orang yang mengaku aleem, bermakna, dia mengaku yang dia mengetahui segala2nya!

Dalam satu hikayat, seorang yang mengaku sebagai aleem Salafi berkata kepada murid2nya, “Tanyalah apa yang kamu mahu tahu, saya akan menjawabnya, dan jawaban saya nanti akan membawa kepada mu, cahaya kefahaman.”

Maka salah seorang muridnya bangun dan bertanya, “Wahai aleem Salafi, kamu berkata yang kamu tahu segala2 dari timur ke barat, maka saya mahu bertanya kepada mu, di antara timur dan barat, berapakah ukurannya?”

Orang ‘aleem’ itu menjawab, “Itu adalah soalan yang sememangnya penting, tetapi saya tidak pernah mengukurnya. Itu adalah soalan yang terlalu sukar bagi saya, tanyalah soalan lain yang lebih mudah.”

Maka murid yang kedua pula bangun dan bertanya, “Kamu berkata yang kamu mengetahui segala2nya, maka tolong beritahu saya berapa helai rambut terdapat dalam janggut mu?”

Orang ‘aleem’ tersebut menjadi marah mendengarkan soalan itu, kerana dia tidak dapat menjawab, lantas dia berkata, “Jangan bertanya soalan2 yang demikian! Soalan2 kamu semuanya merupakan soalan2 yang remeh dari orang2 yang jahil. Ada ke tidak soalan lain?”

Murid yang ketiga pula bangkit lalu mengemukakan soalan nya, “Kamu telah memberi izin untuk kami bertanya, maka sudah lama saya memikirkan perkara ini. Setiap kali saya memandang di keliling khemah saya, terdapat banyak semut. Maka saya telah menangkap seekor semut yang agak besar.” Orang aleem itu mendengar dengan khusuk/asyik, kerana dia ingin menunjukkan kepandaiannya.

Maka murid yang ketiga menyambung lagi, “Semut ini ada dua bahagian, bahagian kepala dan bahagian punggung/belakangnya. Saya terkagum dengan ciptaan semut ini. Ia makan dari arah/bahagian kepalanya. Adakah usus semut ini berada dalam bahagian depan atau bahagian belakangnya?”

Orang aleem itu bertambah marah, kerana dia tidak dapat memberi jawaban yang memuaskan kepada muridnya itu. “Duduklah kamu semua, dan jangan bertanya apa2 lagi.”

Maka ketahuilah, Allah suka kepada hamba2 yang taat dan tawadduk, DIA membenci orang2 yang sombong! Allah tidak suka mendengar manusia menyombong dan membanggakan kelebihannya. “AKU tidak mencipta manusia agar dia meyombong, AKU mencipta mereka untuk merendahkan dirinya dan beribadah kepada KU.” Maka jangan menyombong diri! Itu adalah sifat yang Allah tidak suka berada dalam diri manusia, kerana manusia di cipta untuk keta’atan.

Wahai orang aleem, KUN TALIBAN (jadilah murid), telah sampai kepada mu (melalui Suhbah ini), ilmu syurgawi, dan saya di arahkan untuk memberitahu kamu, bahawasanya, setiap insan perlukan Guru untuk membimbingnya. Memang ada soalan yang remeh yang tidak perlu kamu mencari jawabannya. Tetapi memang ada soalan2 yang kamu mesti/wajib mengetahui jawabannya, maka BELAJARLAH! Kamu di cipta untuk belajar, bukan untuk berdansa! Kamu di cipta dengan sesuatu TUGAS/MISI!

Kamu tidak di cipta untuk memuaskan nafsumu dengan nikmat2 dunia ini! Tetapi manusia zaman ini memandang ke arah orang2 Barat/kafir. Mereka perhatikan orang2 Barat dapat mewujudkan berbagai2 cara untuk merasakan kenikmatan dan memuaskan nafsu mereka, dengan cara2 yang haram dan terlarang. Mereka yang jahil mula tertarik dengan cara hidup begitu. Kamu terkejar-kejar untuk meniru cara hidup mereka, dan akhirnya, kamu mengamalkan cara hidup yang serupa – iaitu melayani hawa nafsu dengan sepenuhnya tanpa ada batasannya. Kamu tidak memikirkan akibat perbuatan2 maksiat yang dilakukan, yang menjadi perbuatan harian orang2 yang mabuk ini.

Allah tidak mencipta manusia untuk mencari kepuasan nafsu di dunia ini! Semua manusia mempunyai tugas mulia masing2 (yang telah di tetapkan oleh Allah), yang mesti di tunaikan sewaktu kamu berada di atas bumi ini. Bukan sahaja rakyat biasa yang mempunyai tugas, walau Raja2 pun ada tugas masing2.

Tetapi manusia mengabaikan tugas mereka. Mereka membelakangkan nasihat Ilahi, dan mereka hanya mencari jalan supaya ego/nafsu mereka benar2 puas dan berbahagia. Mereka hanyut dalam dunia gelora nafsu. Mengapa kamu (ulama’2) tidak menasihati mereka? Lihat bagaimana mereka makan, minum, berhias, lihat kepada tempat2 kediaman dan pejabat2 mereka, lihatlah! Manusia menjadikan malam hari waktu berseronok dan berpoya2! Allah mewujudkan siang dan malam dengan sebab yang tertentu – siang hari adalah untuk mencari rizqi, dan malam hari adalah untuk berehat/beribadah.

Lihat manusia zaman sekarang – terutama orang2 yang kaya raya. Mereka tidur pada siang hari, kerana terlalu kaya, mereka tidak perlu bekerja lagi. Mereka menanti ketibaan malam hari, untuk memulakan pesta dan hiburan dan mencari kepuasan nafsu.

Apakah nasihat Rasulullah (saw) atas perkara ini? Nabi (saw) bersabda, “Jangan izinkan anak2 mu keluar dari rumah selepas waktu maghrib, kerana itu adalah waktu shaitan2 dan kuncu2nya mula berkeliaran.” Maka kamu dan keluarga kamu tidak di galakkan keluar rumah selepas azan maghrib. Mengapa pemerintah2 Islam tidak menghentikan manusia dari bergerak pada waktu malam, dan mengapa mereka tidak menutupi tempat2 hiburan?

Assalamu’alaikum, wahai yang hadir. Mengapa ulama’2 tidak menerangkan ajaran ini? Sedikit demi sedikit, Nabi (saw) mengajar Ummatnya selama dua-puluh tiga tahun lamanya. Mengapa pemuda-pemudi di biarkan meronda/berkeliaran/berlepak2 selepas maghrib sehingga larut malam?

Perbuatan demikian menentang Shariat Islam!

Allah akan menyoal mu, wahai Ulama’2! “Adakah engkau mempertahankan dan menegakkan undang2 KU?”

Adakah benar atau tidak, apa yang saya telah di arahkan untuk menasihati mu? Jika kamu menafikan kebenarannya, laknat Allah akan menimpa mu! Jika kamu dapati yang nasihat ini benar, ta’atilah, dan elaklah dari meniru cara hidup orang2 kafir. Nasihat ini sangat penting. Jika kamu tidak melepaskan cara hidup orang2 Barat dari hidupmu, akhirnya, negaramu akan menjadi seperti negeri2 Iraq, Iran, Turkey dan Egypt…di negeri2 ini dan hampir di merata tempat telah menjadi kacau-bilau dan dirimu pun akan kehilangan ketenangan dan kamu tidak akan berada dalam keselamatan lagi.

Anjurkan/Galakkan kebaikan, dan halanglah kejahatan. Amar ma’ruf, nahi minkar.

Saya tidak mengaku punya apa2 kehebatan, tetapi ini adalah nasihat yang sampai ke hatiku untuk di sampaikan kepada orang2 Islam sedunia, kerana KEMATIAN sekarang berada di atas kepala mereka, dan mereka yang menentang nasihat ini, mungkin akan mati terkejut dengan tiba2. Sesiapapun yang membelakangkan nasihat yang baik, akan di bawa oleh shaitan ke jahannam. Sebaliknya, nasihat dari Nabi (saw) adalah sesuatu yang memimpin kamu ke Jannatul Firdaus.

Ya Allah, ampunkan kami, atas setiap perintah MU yang kami abaikan, demi kemuliaan dia yang paling mulia di sisi MU. Fatihah.


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.