Seorang hamba tidak patut menyombong diri: 7hb June 2010

Suhbah pada 7hb June 2010

Seorang hamba tidak patut menyombong diri

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum kepada semua para Nabi dan orang2 aleem. Salam ini adalah seruan ilahi yg membawa kurnia untuk kami dari syurga. Dengar, wahai manusia, saya berada di sini untuk mewakili guruku. Saya adalah hamba yang lemah, hamba yang tawadduk, yg tidak mempunyai apa2. Saya sedang cuba untuk mengosongkan diriku, saya sedang berusaha untuk menafikan yang diri ini punya kehebatan dan kebolehan. Saya sedang berusaha untuk menjadi zarrah kecil dalam lautan hamba2 yg mulia. Wahai manusia, kamu mesti hadir dan kamu mesti belajar.

Assalamu’alaikum, salam itu berasal dari syurga. Salam membawa rahmat, barokah, nikmat dan cahaya ke dalam kehidupanmu. Assalamu’alaikum, saya tujukan salam ini kepada kamu dan keatas mereka yg beribadah soleh. Kami mesti ikut contoh Nabi akhir zaman! Dia adalah manusia yang paling dikasihi, yang paling mulia, yang paling di puji, yang paling banyak di kurniakan kebaikan, di sisi Allah! Kami patut berasa bangga menjadi Ummat Baginda Rasul (saw).

Sebutlah A’uzubillah….supaya kamu jauh dari shaitan, kerana shaitan mahu menjauhkan manusia dari kurnia Allah. Maka sebutlah A’uzubillah….wahai pemimpin kami yang suci, lindungi kami supaya kami tidak terjatuh ke dalam jerat2 shaitan. Wahai manusia, hadirlah dalam Suhbah ini dan dengarlah nasihat.

Pelajaran ini bukan satu persembahan, yang saya mengadakan untuk menyombong kepada kamu. Tidak ada erti untuk seorang hamba menyombong! Wahai manusia yg lalai! Mengapa kamu menyombong? Adakah kamu fikir, yang seorang hamba, yang memakai pakaian perhambaan, patut menyombong? Perbuatan yang di lakukan atas dasar menyombong diri, adalah perbuatan yg sangat bodoh sekali. Itu adalah sesuatu yang sangat menghinakan manusia, sehingga ia jatuh ke derajat yg paling rendah sekali. Tiada erti untuk menyombong di hadapan Allah, itu adalah perbuatan yang tiada erti. Tidak patut bagi seorang hamba untuk menyombong di hadapan Raja sekalian Raja. Itu adalah kemuncak kebodohan dan kejahilan. Itu adalah derajat yang PALING RENDAH sekali. Manusia yang menyombong adalah demikian!

Wahai manusia, tinggalkan tabiat shaitan itu! Itu adalah keinginan shaitan, yang ia masukkan ke dalam diri sebenar manusia, shaitan meniup ke dalam manusia sifat untuk ingin di kenal dan di sebut dan menggalakkannya untuk menonjolkan dirinya supaya di pandang dan di puji, supaya ia jatuh ke tingkatan yg paling rendah ddi antara seluruh makhluk. Penyombongan adalah perbuatan yg tiada erti.

Perbuatan menyombong itu di arahklan kepada siapa? Kepada manusia lain! Manusia lain adalah seperti kamu, mereka juga di pakaikan dengan pakaian yg sama seperti mu, iaitu mereka pun hamba seperti kamu juga! Bayangkan, dua orang hamba, yang sama miskin, yang sama fakir, yang kedua2nya bergantung kepada Allah untuk rezqi dan hidupnya, menyombong diri terhadap satu sama lain! Dan mereka lakukan kesombongan itu di hadapan Raja yang memerhatikan mereka berdua!

Tetapi ini adalah cara fikiran manusia dalam abad ke 21! Kamu menyombong kerana kamu mempunyai pakaian yang cantik? Kamu menyombong atas gelaran tiruan kamu? Atas harta mu? Atas kedudukan mu? Atas dunia mu? Sedarlah wahai manusia, kamu adalah seorang hamba! Hamba tidak boleh menyombong! Itu adalah ajaran yang di ketahui oleh seluruh orang2 aleem!

Adalah terlarang untuk orang2 menyombong. Shaitan jatuh kerana ia menyombong! Ia menyombong terhadap seluruh ciptaan. Apabila Allah memakaikan manusia dengan pakaian kemuliaan.

Shaitan berkata, “Saya telah cuba mempamerkan diri saya kepada seluruh alam, tetapi sekarang Allah telah memuliakan manusia (dan bukan diriku) dengan kemuliaan, saya tidak boleh menerima haqiqat itu!” Itulah sebab shaitan jatuh.

Manusia memikirkan dalam akal mereka, yg mereka mempunyai haq untuk menyombong. Wahai manusia, datang dan belajar! Kesombongan menjatuhkan manusia ke dalam kegelapan yg berterusan, ke dalam masaalah yg tidak ada akhirnya, ke dalam penderitaan yg tidak berhenti.

Manusia yang suka menyombong, mahu di pandang sebagai manusia yg melebihi yang lain, “Kami bukan orang biasa seperti kamu.” Ulama’2 suka menonjolkan dirinya sebagai manusia yg berlainan dari manusia biasa.

Manusia suka memandu kereta yg baru, dan mahu di pandang dan di puji! Siapakah dirimu? Siapakah dirimu utk menyombong?

Nabi (saw) bersabda, “Aku duduk seperti hamba, aku makan seperti hamba.” Tidak perlu ribuan hadees utk membimbing mu ke jalan yg benar! Ajaib sekali! Allahu akbar! Manusia yg sombong mengatakan, “Aku Maha Besar!” Ia tidak mengatakan, “Allah Maha Besar. Baginda mengajar kami dengan satu hadees. Hadees itu bermakna, “Aku datang kepada mu, wahai manusia, sebagai hamba, untuk mengajar manusia, yang mereka adalah HAMBA ALLAH.”

Jika Rasulullah (saw) mengajar hanya hadees ini sahaja, pelajaran dalam hadees itu cukup untuk memimpin manusia ke atas jalan siratal mustaqeema! Mencukupi!!

Saya hanya mengajar apa yg perlu (utk perjalanan mu). Untuk mempelajari sesuatu, kamu mesti merenungkan ilmu itu. Ramai yg belajar, tetapi mereka tidak memahami! Mencukupi bagimu untuk mempelajari hadees ini sahaja! Tulis lah dengan khat dari dakwat emas! Letakkan hadees ini di hadapan Raja2 dan Presiden2 dan org2 yg mengaku tinggi derajat mereka. Letakkan hadees ini di hadapan mereka ini, supaya mereka sedar! Tiada yg dapat menyamakan dirinya dengan derajat Rasulullah, tetapi Baginda tidak sombong. Hadees ini mengajar seluruh Ummah, dan ia memberi keamanan kepada seluruh Ummah, dan hadees ini mendatangkan ketenangan kepada manusia di dalam perbuatan mereka dan di dalam hati mereka, manusia yang memahami hadees ini akan berada di dalam lautan ketenangan.

Kamu faham apakah penyakit yg menyebabkan seluruh Ummah jatuh tanpa boleh bangun kembali?

(soalan ini di tujukan kpd doktor2 shariat). Kesombongan! Jika Rasulullah (saw) mengajar HANYA Hadees ini, maka ia mencukupi bagi seluruh Ummat. Hadees itu mengandungi pelajaran yang terkandung di dalam ke-empat2 kitab2 suci. Lapan patah perkataan, yang erangkumi ajaran seluruh Kitab2 suci.

Hadees itu menerangkan misi hidup manusia. Misi Nabi isa (as) bukan untuk di salib! Tidaklah demikian! Nabi Isa (as) mengajar bahawasanya, misi sebenarnya, adalah untuk mengajar manusia yang ia adalah manusia yg paling lemah di sisi Allah. “Aku tidak mempunyai apa2 kebolehan/kehebatan/kehandalan. Aku adalah makhluk yang lemah sekali, hanya Allah yang Maha Hebat!”

Manusia yang tidak mengaku apa2 kebolehan, tidak boleh di cederakan oleh senjata dunia ini, hanya mereka yang mengaku kehebatannya dapat di cederakan. Misi manusia adalah utk menjadi HAMBA. Manusia di cipta untuk menjadi hamba kepada Tuhan semesta alam.

Ajaran awal yang di perintahkan atas mansuia, adalah ini – Allah mencipta Adam (as) , dan Adam di pakaikan dengan pakaian perhambaan (Adam tidak di biarkan bertelanjang). Adam di pakaikan dengan pakaian kemulian dan kedudukan nya adalah kedudukan kemulian dan ketinggian NYA, dia di pakaikan dari lautan Kemuliaan dan Ketinggian Allah.

Adam (as) tetap tidak sombong, walau di pakaikan dengan pakaian kemuliaan dan ketinggian. Maka Allah berfirman, “Aku pakaikan Adam dengan pakaian kemuliaan dan ketinggian KU, untuk menjadi wakil KU, di antara kamu. Sujudlah kpd Adam!” Allah memerintahkan malaikat2 untuk sujud kepada Adam (as). Malaikat2 sujud apabila mereka melihat ketinggian Allah yang di beri kepada manusia, kerana manusia telah di pakaikan dengan pakaian kemuliaan syurgawi.

Shaykh Muhideen berkata, “Kemuliaan bagi Adam (as) adalah, bahasanya dia di jadikan dari sesuatu yang tidak pernah ada, dan di kembalikan kpd kekosongan (iaitu menafikan kebolehannya).” (Dari kosong, kembali kosong). Tiada yg boleh mengaku dirinya HEBAT, hanya Allah sahajalah yg Maha Hebat. Manusia di beri kemuliaan, ia tidak di beri kehebatan, kerana hanya Allah yg Maha Hebat. Shaitan mengaku dirinya hebat, maka ia jatuh.

Tiada sekutu bagiNYA, hanya DIA yg Maha hebat, tiada yg dapat menjadi sekutu bagiNYA. Manusia hanya di beri kemuliaan, tetapi Allah tetap yg Maha Kuasa. Mustahil ada di dalam alam ini, yang mempunyai kehebatan, selain Allah.

Ya Allah, ampunkan kami, demi kemuliaan dia yang paling mulia di sisi MU, Sayyidina Muhammad (saw).

Fatihah

This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.