Jalan yang lurus adalah jalan yang suci: 8hb June 2010

Suhbah pada 8hb June 2010

Jalan yang lurus adalah jalan yang suci

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum kepada semua yang hadir, di sisi saya, dan kepada semua yang mendengar (melalui internet). Tiada perbezaan di antara pendengar (di internet) dan yang hadir di sini, yang penting, bukan di mana kamu berada, tetapi adalah untuk kamu memahami ajaran2 yang disampaikan. Ramai yang hadir dan ramai juga yang mendengar, tetapi hanya segelintir sahaja yang memahami. Manusia demikian mempunyai nilai di sisi Allah dan RasulNya.

Assalamu’alaikum saya ucapkan kepada setiap Wali, dan kepada semua orang2 yang beriman, dan juga kepada mereka yang berjuang. A’uzubillah dan Bismillah….kami mesti cuba melarikan diri dari seluruh kejahatan. Guru segala kejahatan, adalah shaitan. Shaitan mempunyai jerat dan tipu helah yang tidak terkira, untuk memerangkap manusia. Ia selalu berusaha untuk mengambil manusia dari air yang jernih dan membawa mereka ke air yang keroh dan bernajis.

Para Nabi dan shaitan mengajak manusia ke arah yang bertentangan. Yang menghairankan, manusia lebih suka menyahut seruan shaitan, kerana mereka dapat rasakan nikmat apabila berpoya2 dalam najis. Manusia demikian adalah manusia yang kotor jiwanya.

Seluruh manusia di bahagi kepada dua golongan – yang bersih dan yang kotor.

Allah memperlihatkan kepada manusia apakah itu air yang suci, agar mereka dapat membezakan dengan air yg bernajis. Air mata-air yang jernih dari bumi adalah air yang bersih. Para Nabi mengajar manusia dari sumber air mata-air syurgawi. Sebahagian manusia sebaliknya lebih gemar mengejar sumber air yang bernajis, ini adalah manusia yang mabuk. Jika seseorang terminum air najis itu, ia akan ketagih, seperti orang yang ketagihan arak. Pemabuk memikirkan mengenai minuman arak setiap malam, pada sangkaannya, apa yang di rasakan itu, adalah nikmat. Manusia yang menjadikan kebiasaan meminum air najis, akan melakukannya berterusan, kerana bagi mereka, itu adalah nikmat yang besar.

Dalam longkang yang di penuhi dengan air yang bernajis, kamu tidak akan menemui selain dari tikus mondok. Tikus2 itu akan berkata, “Ini adalah kawasan kami, kami memerintah di sini. Ikuti kami, dan kamu akan seperti kami, kamu akan bahagia. Kami adalah raja dan permaisuri di sini. Setiap yang datang dan mencampuri aktiviti kami, kami akan memberi mereka kenikmatan dan gelaran2 (palsu).” Manusia yang masuk ke dalam perangkap itu, tidak akan dapat keluar. Maka, mohonlah keselamatan di sisi Allah agar kamu tidak jatuh kedalam perangkap sedemikian.

Para Nabi menyeru kepada manusia, “Turuti kami, ikutlah golongan kami, untuk mencapai kenikmatan yang haqiqi.” Tetapi sebahagian manusia menolak seruan para Nabi, mereka menafikan kehidupan selepas kematian, mereka hidup hanya untuk hari ini sahaja, mereka tidak percaya atau pedulikan kehidupan akherat. Para Nabi menyeru manusia untuk menjauhi kejahatan dan bisikan2 shaitan, mereka menyeru manusia kepada kehidupan yang suci.

Manusia yang sesat, apabila mereka melihat manusia yang mengikuti jalan yang suci, mereka akan berkata, “Apa yang mereka percayai semuanya kolot semata2, mereka tidak rasai apa yang kami nikmati (dengan melakukan perkara2 maksiat).”

Ini adalah zaman di mana manusia telah menjadi mabuk dengan kehidupan dunia. Seluruh nikmat dunia ini menjadikan jasad dan kerohanian mereka mabuk. Shaitan menjemput manusia untuk mengikutinya. Shaitan mengadakan iklan di merata tempat, mereka menyeru manusia kepada kehidupan yang penuh pesta dan yang dapat memenuhi segala keinginan2 mereka. Mereka di ajak untuk melupakan kehidupan akherat, dan hidup untuk mencari kepuasaan hari ini. Shaitan menganjurkan agar mereka mencari kepuasan melalui jalan2 ingkar.

Manusia yang jatuh ke dalam dunia itu, tidak mahu keluar darinya, mereka mahu berpesta sterusnya sehingga mereka mati di dalamnya. Gambarkan, tikus mondok tidak akan meninggalkan longkangnya, ia lahir di dalam najis, hidup di dalam najis dan akan mati di dalam najis. Manusia zaman ini tidak menghiraukan kerohanian mereka, mereka memandang seluruh ilmu mengenai kerohanian sebagai fahaman yang kolot, mereka memandang kehidupan dunia mereka sebagai yang moden dan canggih, dan mereka menumpukan perhatian mereka kepada mencari nikmat untuk jasad mereka sahaja. Aneh sekali, manusia merasakan ini sebagai zaman kecanggihan dan kemodenan! Adakah manusia mencapai sesuatu kemuliaan dengan kehidupan modennya? Tidak, malahan moral mereka hancur dan binasa.

Saya bertanya kepada ulama’, “Apakah pendapat kamu mengenai nasihati2 yang kamu dengar malam ini?” Apakah kamu sedang memikirkan/melakukan sesuatu untuk membawa manusia ke jalan salafus soleh (jalan orang2 soleh dahulu)? Ulama’ zaman ini mesti belajar bahawa perkataan KUFUR sebenarnya, menerangkan cara hidup manusia zaman ini yang ingkar, di seluruh dunia. Mereka tidak mentaati ajaran Allah .

Para Nabi telah membawa manusia nasihat ini “Sesungguhnya, inilah jalan yang LURUS.” Ulama’ mesti menasihati ketua2 negara dan pemimpin2 manusia, nasihat mesti dimulakan dengan pemimpin2 negara terlebih dahulu. Cara hidup yang menentang cara hidup Islam, adalah kekufuran. Selagi kamu hidup dalam cara yang menentang Islam, kamu tidak akan dapat menjawab Allah pada Hari Pembangkitan. Allah akan menghukum mu. Kamu akan di hadapkan kepada Allah dan DIA akan menyoal mu. Mengapa kamu tidak memberi amaran kepada manusia, yang cara hidup mereka tidak menurut cara hidup Islam? “Wahai manusia, cara hidup mu, tidak ikut landasan Islam!”

Kamu tidak berani menasihati manusia untuk meninggalkan cara hidup orang2 yang beriman, kerana KAMU SENDIRI HIDUP demikian! Kamu juga ikut cara hidup orang2 barat! Kamu sendiri memeluk kefahaman orang2 Barat. Kefahaman orang2 Islam dahulu, benar2 memahami AGAMA MEREKA. Apa yang datang dari negara2 barat, bukan untuk kami, bukan untuk orang2 Islam.

Matahari terbit dari timur, maka ikut cara hidup orang2 orientalis (di mana matahari terbit). Mengapa orang2 orientalis zaman ini, mengikut cara hidup orang2 barat, (di mana matahari terbenam)?

Islam tidak menerima cara hidup barat, KERANA KEHIDUPAN MEREKA TIDAK SUCI! Bagaimana kamu akan dapat pertolongan Allah dengan berbuat demikian? Sekarang, negara2 Islam memeluk cara hidup orang2 barat! Mengapa kamu tidak menegakkan cara hidup Islam? Cara hidup Islam adalah seperti bulan purnama pada malam yang gelap, dan kegelapan itu adalah cara hidup orang2 barat yang seperti najis.

Tetapi orang Islam memakai kacamata yang membutakan mereka kepada kemurnian Islam. Adakah kamu takut kepada musuh yang mempunyai bom/senjata yang di katakan hebat? Jika kamu benar2 beriman, kamu akan takut kepada Allah, bukan kepada senjata2 mereka yang memusuhi mu. Jika Allah memberi kamu pakaian keselamatan, tiada yang dapat mencederakan mu. Takutlah pada Allah, itaqullah. Jika Allah memeliharamu, tiada senjata yang dapat mencederakan mu. Jika Allah tidak memberi izin, kuman virus tidak boleh menjangkiti mu! Semuanya berlaku hanya dengan izin ALLAH.

Wahai manusia, mengapa kamu tidak meneliti apa yang di ajar (kepada kanak2 dan pemuda-pemudi) di sekolah2 kamu? (Mereka tidak belajar mengenai Pencipta mereka!) Pernahkan manusia mencipta apa2? Mengapa kamu mentaati ciptaan, dan membelakangkan Sang Pencipta?

Kamu mentaati berhala2 musuh Islam, kerana kamu takut kepada mereka. Al Quran bukan lah buku cerita, ia adalah kitab yang membawa kefahaman. Nabi Ibrahim (as) hidup di zaman manusia menyembah patung2 berhala. Manusia beriman kepada kehebatan berhala2 ini, mereka percaya yang setiap berhala mempunyai kehebatannya sendiri. Nabi Ibrahim (as) berkata, “Wahai manusia, kamu mengukir berhala2 ini dengan tangan mu sendiri, dan kamu memberi rupa kepada batu, dan kamu menamakan ia Tuhanmu?” Sebenar-benar Tuhan mesti memiliki kekuasaan yang meliputi seluruh alam ini! Satu Tuhan mencukupi, kerana Tuhan boleh melakukan segala2nya. Jika ada lebih dari satu Tuhan, pasti mereka akan bergaduh/berperang!

Allah dapat melakukan segala2 nya! Bumi ini di cipta oleh NYA, DIA merupakan Zat yang kamu tidak akan memahami dengan sepenuhnya, kamu hanya akan dapat memahami satu titik dari lautan kebesaran Allah.

Batu yang di ukir, tidak mempunyai kuasa. Pengukir dapat memberi rupa, tetapi ia tidak dapat mengisi kebathinan berhalanya.

Manusia zaman ini lalai, dan mabuk! Mereka tidak pernah memikirkan perkara2 ini. Saya tidak pernah mendengar di mana2 Universiti, yang mereka mengadakan diskusi mengenai Tuhan semesta Alam!

Ulama’ Salafi hanya pandai menghukum2 amalan orang Islam – haram, shirik, bidaah, kufur, maksiat.

Mengapa pemerintah tidak membuka jalan supaya pemuda-pemudi di beri pengajaran mengenai ke Tuhanan? Manusia mesti mengenal Tuhannya, mereka mesti mengenal kedudukannya! Manusia yang telah mengenal Allah dan dirinya sendiri, akan berkata, “Allah Tuhan KU!” Allahu Robbi.

Allah memerintahkan seluruh manusia untuk mengubah cara hidup mereka, sehingga mereka berada di atas landasan yang benar. Jika tidak, kamu akan di timpa musibah, maka senantiasalah bertaubat kepada Allah! Fatihah.


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.