Gunakan neraca atas setiap perbuatanmu: 6hb June 2010

Suhbah pada 6hb June 2010

Gunakan neraca atas setiap perbuatanmu

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Madad ya Rijallallah. Wahai manusia yg di kurniakan pertolongan dan kekuatan syurgawi. Satu manusia demikian lebih dari mencukupi utk membantu keperluan bumi ini seratus kali. Ini adalah kurnia Allah, kpd Sayyidina Muhammad (saw).

Jika kamu memberi penghormatan, kamu akan menerima penghormatan. Jika kamu melakukan kebaikan, kamu akan menerima kebaikan syurgawi. Setiap perbuatan mu mesti di lakukan hanya utk Tuhan mu (ikhlas). Walaupun perbuatan kami hanya sebesar zarrah di sisi Allah, balasan Tuhan mungkin seperti sebsar bumi ini. Kamu mungkin memberi sesuatu yg kecil sahaja, tetapi balasan DIA mungkin di luar jangkaanmu. Apabila Allah mengurniakan, walaupun pemberian DIA itu sedikit sahaja, tetapi apa yg kecil di sisiNya, adalah sesautu yg sangat besar di sisi makhlukNYA.

Kurnia Allah adalah menurut kebesaranNYA, DIA memberi sesuatu dari pentadbiranNYA yang hebat, pemberianNYA adalah sesuatu yg fikiran manusia tidak akan dapat mencapai. Manusia tidak dapat mencapai kefahaman mengenai walau bahagian yg sekecil sekali dari pemberian Allah yang Maha Luas. Moga2 Allah mengampunkan kami semua.

Wahai manusia, selamat datang. Allah senang terhadap mereka yang hadir, dan apabila Allah senang terhadap hambaNYA, Allah mengurniakan kepada hambaNYA tanpa berhenti.

Mengapa kamu mengejar dunia ini? Pemberian Allah yg kecil, melebihi harta dan khazanah dunia ini, ribuan kali. Sebenarnya, kamu mengejar dunia ini kerana kamu tidak punya akal (yang memahami haqiqat hidup). Contohnya, jika di sebelah kananmu, kamu di tunjukkan segunung intan berlian dan di sebelah kiri mu, kamu di tunjukkan segunung sampah. Manakah yang kamu akan memilih?

Manusia sekarang di dalam keadaan yang ia di persembahkan gunung2 yg penuh dengan intan, tetapi ia meninggalkan gunung2 intan tersebut, dan ia mengejar sampah dan najis dunia ini.

Manusia demikian tidak berakal.

Maka, tinggalkan tabiat tersebut, dan datang dan ambillah dari kurnia ilahi. Kurnia ilahi memberi kamu nikmat yg kamu tidak dapat gambarkan. Para Nabi dan Rasul di utus oleh Allah utk menunjukkan manusia cara untuk mencapai gunung2 intan, dan para Nabi dan Rasul mengajar manusia untuk membandingkan gunung2 intan itu dengan gunung2 sampah dunia ini. Walaupun di beri petunjuk, sebahgiaan manusia tetap membelakangkan gunung2 intan!

Intan dari bumi ini, hanya mempunyai dua warna – putih dan merah jambu. Tetapi gunung intan yg di kurniakan kepada manusia, terdiri dari intan yg berbagai warna, warna2 yg sangat menawan hati. Ia begitu indah, sehingga, jika kamu memandangnya, kamu akan jatuh tersungkur kerana terkejut.

Shaitan berkata, “Wahai manusia, jangan percaya berita ghaib mengenai gunung2 intan, ambillah dari apa yg saya mempersembahkan dari gunung2 sampah ini, itu lebih baik utk mu.”

Wahai manusia, assalamu’alaikum. Moga2 Allah memberi kamu kefahaman yg baik. Selagi kamu belum memiliki kefahaman yg baik, kamu akan tinggalkan gunung2 intan dan mengejar najis dunia ini. Assalamu’alaikum hamba2 Allah, assalamu’alaikum wahai Qutbul Zaman, yg mentadbir urusan seluruh bumi ini. Salam kepada mereka yg mencari bahagian dari kehidupan abadi mereka. Manusia demikian adalah manusia yg berakal, di bandingkan dengan manusia yang sentiasa mencari sesuatu yg sia2 (dunia), yg akan berakhir dengan kerugian.

Manusia zaman ini mentaati shaitan dan kuncu2nya, mereka membelakangkan nasihat dan petunjuk para Nabi dan Rasul dan pengikut2 mereka. Kami memohon untuk mengikut petunjuk syurgawi, supaya dapat mewarisi pemberian syurgawi.

Contohnya, ramai manusia mentaati shaitan dengan menghisap rokok. Pasti, itu adalah sesuatu yg mentaati shaitan. Mereka mengikuti cara hidup shaitan, dan mereka sedang cuba mencari nikmat dari pokok tembakau itu, dan mereka membelakangkan rasa nikmat akherat. Dalam waktu seorang menghisap satu batang rokok, manusia yg lain yg beramal dalam waktu itu, boleh sampai kepada nikmat kehidupan abadi. Ramai mansuia yg mengadu dalam hati mereka, mereka mengadu dalam akal mereka, dan mereka mencari jalan supaya jasad mereka boleh rasa nikmat dan kebahagiaan. Itu adalah mustahil (selagi mereka mencari nikmat melalui merokok), kerana mereka menggunakan cara yg salah. Setiap kali mereka merokok, mereka jatuh kedalam lembah yg gelap sekali. Selagi mereka merokok, mereka tidak akan rasa nikmat, tetapi mereka akan rasa kesusahan dan penderitaan.

Allah telah memberi kamu cara utk mengukur perbuatan2mu.

Apakah erti Ayat2 Quran in dari Surah Ar-Rahman:

وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ  أَلَّا تَطۡغَوۡاْ فِى ٱلۡمِيزَانِ  وَأَقِيمُواْ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواْ ٱلۡمِيزَانَ

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9) (Surah Ar-Rahman 55:7-9)

Untuk siapa mizan (neraca) itu? Untuk binatang? Untuk malakat? Untuk Jinn? Atau untuk manusia?

Ayat itu adalah dari Surah Ar-Rahman, Allah memerintahkan manusia utk menggunakan neraca, supaya ia menimbangkan perbuatan2 nya, supaya ia tahu nilai setiap perbuatannya jika di timbang dalam neraca Allah – itu adalah kurnia Allah kepada manusia.

Untuk apakah neraca itu? Untuk menimbang apa? Untuk menimbang gamdum atau beras? Untuk menimbang apa? Terangkan jika kamu tahu, wahai yg mendakwa dirimu ulamak. Di manakah Allah meletakkan neraca itu? Di dalam beg2 atau kotak2 dalam rumah kamu? Adakah di situ terletak neraca?

Neraca adalah untuk manusia! Ia adalah untuk manusia menimbangkan AMAL mereka! Neraca adalah untuk manusia menimbangkan permintaan mereka juga. Neraca bukan untuk menimbang harta dunia ini, kerana harta dunia tidak ada nilai di sisi Allah.Sekarang kami menggunakan neraca elektronik untuk menjual beli. Adakah Allah berniaga bersama manusia (dengan adanya neraca ilahi)? Neraca itu adalah untuk menimbang amal dan usaha manusia. Untuk menimbang akal, hati dan jasad kami.

Seluruh dunia Islam mengejar cara hidup yg kotor sekarang, mereka meninggalkan neraca Allah, dan mereka ikut cara hidup orang2 Barat/Kafir, iaitu dengan mengamalkan demokrasi. Siapa yang memberi manusia otoriti untuk melakukan demikian? Adakah undang2 dunia seperti undang2 akherat/Al-Qur’an? Wahai ulamak2, mengapa kamu tidak bersuara, mengapa kamu tidak mengajar manusia utk menegakkan hukum2 Islam? Zaman ini, pemerintah2 Islam, mengadakan hukum2 yg menentang Quran untuk menindas rakyat mereka. Wahai manusia yg tidak takut kpd Allah, mengapa kamu tidak menerangkan perkara ini kepada pemerintahmu, kamu takut kpd manusia, tetapi tidak takut kepada Allah.

Gunakan neraca Allah atas setiap perbuatan dan lafaz kata mu. Kamu mesti menggunakan neraca itu! Apakah nilai undang2 dunia di atas neraca ilahi?

Saya tidak pernah melihat dalam Al Quran, yg manusia di galakkan bersukan, tetapi sekarang, negara2 Islam mempunyai Menteri Sukan! Mengapa negara Arab Saudi mempunyai pasukan bolasepak? Bolasepak di haramkan dalam ke-empat-empat kitab suci! Sekarang, pemuda2 kami melatihkan dirinya dalam bolasepak. Itu adalah haram. Allah mencipta Jinn dan manusia utk BERIBADAH kpd NYA, bukan untuk menumpukan kehidupannya kepada sukan. Kamu berjuang untuk memenangi Piala Dunai? Apakah erti perjuangan itu? Allah akan menyoal mu di akherat kelak.

Pada suatu ketika, Ibrahim Adham, yg merupai Sultan yg hebat, sedang memburu.

Ada sebahagian manusia yang memburu untuk rizqinya. Tetapi seorang Sultan memburu, sebagai hobi sahaja. Apabila Ibrahim Adham sedang mengikuti seekor sang kancil, ia terdengar pesan dari alam ghaib. Suara itu berkata, “Adakah kamu sangka yang kamu di cipta untuk sukan, memburu dan berpoya2?” Kemudian ia mendengar pesan lagi, “Wahai Ibrahim, adakah kamu sangka yg kamu di perintahkan oleh Tuhanmu untuk memburu (sebagai tujuan hidup mu)?”

Manusia zaman ini gila bolasepak. Dua puluh dua orang mengejar satu bola, itu adalah perbuatan yg sangat bodoh sekali, dan permainan ini di tontoni oleh jutaan orang yang juga tidak berakal. Mengapa ulamak2 Islam tidak mengharamkan sukan ini? Tiada ulamak yg berani menghalalkan sukan itu juga. Jika kamu tidak dapat membezakan halal dan haram, bagaimana kamu akan menerima kurnia ilahi?

Wahai mansuia, taatilah perintah ilahi, tetanglah ego dan kemahuan mu (berhenti merokok dan berhenti bermain/menyaksikan bolasepak), jika tidak, kamu akan di bawah pengaruh shaitan dan pengikut2nya. Gunakan neraca untuk menimbang nilai bolasepak di sisi Allah! Apakah manfaatnya untuk orang2 beriman?

Mengapa kamu tidak menggunakan neraca untuk menimbang setiap perbuatanmu? Kamu akan di soal di akherat dan kamu akan di balas, jika bukan hari ini, pada Hari Pembalasan Moga2 Allah mengirim pembimbing, yg akan membimbing kami menuju kepada kehidupan mulia di dunia dan akherat. Fatihah. Tasawwuf adalah Ruh Islam, jika sesiapapun menolaknya, mereka akan di timpa bala’, maka belajarlah!


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.