Jgn merendahkan martabat Rasulullah (saw): 26hb June 2010

Suhbah pada 26hb June 2010

Jgn merendahkan martabat Rasulullah (saw)

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Wahai Tuhan kami, kurniakan kpd kekasihMU, Sayyidina Muhammad (saw), tambahan kemuliaan, dan kurniakan juga keatas Ummatnya, lebih2 lagi kpd sebenar2 pengikut2nya.

Assalamu’alaikum

Salam awal kpd pendukung kami di atas bumi ini (Grand Shaykh), dia yg dukungannya merupakan satu bantuan dari syurgawi buat kami semua. Dengan pertolongan tersebut, kami dapat berjalan di atas jalan yg benar.

Bantulah kami, wahai hamba2 Allah yg di terima di sisi Allah, yg dalam hati mereka , hanya mengandungi ALLAH, tiada selain DIA (mereka tiada mencintai dunia) .

A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem.

(Maulana berdiri utk menghormati Allah). Shaitan tidak suka menghormati Allah dengan berdiri demikian. Maka ia akan di lontar ke dalam Jahannam, samping biadapnya. Mereka (dari kalangan manusia dan Jinn) yg tidak suka berdiri utk menghormati Allah dan RasulNya, akan mewarisi Api itu juga.

Mengapakah ulama’2 Salafi, menggelar perbuatan kami ini (iaitu berdiri apabila mendengar azan atau bacaan Al-Quran, atau apabila nama2 Suci Allah di sebut), sebagai sesuatu yg mungkar? Jika seorang Raja akan hadir dalam sesebuah majlis, walau orang2 yg berkedudukan tinggi (org2 berpangkat) dalam majlis makan itu, tidak akan duduk sehingga Raja sampai di majlis itu, bukan kah begitu? Maka, wahai ulama’2 Salafi, kamu berdiri utk menyambut kedatangan Raja mu (Raja Saudi), kerana itu adalah adab (protokol) dlm majlis demikian. Kamu (wahai ulama’2 Salafi) sanggup menanti tibanya Rajamu, sebelum kamu duduk, utk menunjukkan adab dan penghormatan yg tertinggi kpd Raja yg memerintah seluruh negeri mu. Tetapi jika kamu melihat seseorang yg berdiri utk menghormati Rasulullah (saw), Nabi kepada seluruh Ummat, kamu menggelar itu sebagai perbuatan shirik, kufur, bidaah atau haram. Padahal kamu memberi penghormatan yg tertinggi kpd Raja mu, dan kamu sanggup berdiri utk menghormati Raja mu, yg lebih rendah pangkatnya/darjatnya dari Rasulullah (saw). Sungguh aneh sekali. Wahai manusia, berdirilah sebagai tanda hormat kpd Allah dan RasulNYA, dan kamu akan di kurniakan tambahan kemuliaan dan kekuatan.

Telah di riwayatkan, Nabi (saw) bersabda, “Pada malam Mikraj, saya bertemu sekumpulan malaikat dalam keadaan berdiri sahaja, mereka tidak pernah duduk, dan mereka bertasbih dan memuji Allah secara berterusan tanpa henti.” Sesiapa pun yg berdiri utk menghormati nama Allah yg Maha Tinggi, mereka adalah seperti malaikat2 ini yg berdiri sepanjang hidup mereka utk memuji Allah. Allah senang sekali terhadap mereka yg berdiri dan memberi pujian tertingginya kpd NYA.

Dalam Shariah, ulama’ menggunakan Qias (kiasan), bukan? Oleh kerana Malaikat2 berdiri utk memberi penghormatan yg tertinggi kpd Allah, adakah perbuatan malaikat2 itu di tolak juga? Pasti tidak, Allah senang terhadap malaikat2 demikian. Maka, dengan mengambil contoh dari malaikat2 itu, mengapakah kamu (ulama’2 Salafi) menolak amalan tersebut utk berdiri bagimenghormati Allah dan RasulNya?

Dalam perjalanan Mikraj, Nabi (saw) melihat satu lagi kumpulan malaikat2 yg ruku’, mereka tidak pernah mengubah posisi mereka. Maka jika ulama’2 Salafi melihat kami ruku’ utk menghormati Allah, mereka juga menolak amalan tersebut. Mereka mendakwa yg perbuatan itu adalah sesuatu yg di luar Shariah Islam. Sebenarnya, merekalah yg tidak memahami apakah Shariah Islam itu. Nabi telah melihat ramai sekali malaikat2 yg sedang ruku’ dalam perjalanan Mikrajnya, aneh sekali yg ulama’2 Salafi menolak adanya Mikraj pun!

Nabi (saw) telah berangkat ke tingkatan yg lebih tinggi, dan Baginda melihat ramai malaikat2 yg sedang sujud kpd Allah pula, mereka tidak pernah mengangkat kepala mereka dari posisi sujud kpd Allah. Mengapa ulama’2 menolak amalan manusia yg sujud di hadapan kebesaran Allah?

Pelajarilah Mikraj Nabi, dan pelajarilah makna2/tafsir/rahsia disebalik apa yg di lihat oleh Rasulullah, dan pelajarilah apa yg di kurniakan kpd Ummatun Habeeb juga. Kami semua adalah manusia yg lemah sekali.

Kamu (ulama’2 Salafi) tidak memahami Shariah, kamu ikut ulama’2 Wahhabi membabi buta sahaja, kamu tidak memahami, dan kamu tidak pernah merasakan kemanisan iman. Kemanisan agama hanya akan di beri kpd mereka yg memberi penghormatan yg tidak terhingga kpd Allah dan Baginda Rasul (saw) sebagai manusia yg paling di kasihi di sisi Allah.

Kamu (Ulama’2 Salafi dan golongan Wahhabi Arab) hanya menganggap yg Nabi adalah manusia biasa. Mengapa kamu tidak berkata kpd Raja (Saudi) mu, “Engkau adalah org biasa seperti aku juga.” Kamu berani utk mengatakan demikian kpd raja mu? Kamu tidak berani, tetapi kamu berani utk perkata demikian kpd Rasulullah (saw)!

Walau dengan raja duniawi mu pun, kamu tidak setaraf dengannya, apa lagi kalau di bandingkan dirimu dengan Rasulullah (saw). Raja mu di beri kurnia yg tidak seperti apa yg di kurniakan kpd mu, iaitu Rajamu memiliki KERAJAAN seluruh negerinya. Nah, apa yg kamu miliki,apa yang menjadi kepunyaan mu? Bagaimana kamu dapat menyamakan dirimu dengan kedudukan Rajamu? Maka, bagaimana kamu dapat sama kan dirimu dengan Baginda Rasul (saw), seolah2 kamu dan juga Baginda, hanyalah manusia biasa sahaja?

Kamu tidak boleh berkata kpd Raja mu, “Berdirilah dari tahta mu, saya mahu duduk di sana.” Maka, jgn sekali kali mengatakan, “Rasulullah (saw) adalah seperti aku, dia seperti org biasa.”

Tidak!

Dia adalah Wakil Tunggal kpd Tuhan semesta alam, Tuhan yang Maha Esa. Baginda berkata dengan wahyu Allah. Baginda berkata2 dengan bahasa syurgawi, dan bahasa yg lebih tinggi dari itu pun. Adakah manusia demikian sama seperti diri kamu (yg rendah ini)?

Selama 1 200 tahun, Ummat Islam memahami Islam yg sebenarnya, tetapi dengan timbulnya fahaman sesat dari golongan org2 Wahhabi, itu telah menodai kesucian ajaran Islam. Kemukakan buktimu, yg kami (alhi Sunnah wal jemaah) adalah di atas jalan yg sesat, jika kamu benar (dan pasti kamu tidak akan dapat membuktikan). Kamu membawa fitnah, dan jika kamu tidak berubah, nescaya Allah akan mengazab mu di dunia dan akherat.

Nabi bersabda, “Ikutilah kumpulan yg ramai dari Ummat ku.” Jika ummat Muslim berpecah, kamu di perintahkan oleh Rasulullah (saw), supaya menyertai kumpulan majoritas. Kumpulan org2 fahaman Wahhabi hanya terdiri dari kumpulan yg kecil, mengapa mereka tidak mengikuti Ahli Sunnah wal Jemaah, yg merupakan kumpulan majoriti?

Walau dengan harta mereka yg melimpah2 , golongan Wahhabi tidak dapat mengembangkan fahaman mereka yg menyeleweng itu di kalangan Ummat Islam. Maka saya menasihati mereka ini, ikutilah golongan majoriti, iaitu golongan Ahli Sunnah wal Jemaah.

Saya sedih yg doktor2 Shariat dan ulama’2 Azhari, tidak berdiri utk menentang fahaman Wahhbai dan utk mempertahankan ajaran2 Suci Ahli Sunnah wal Jemaah. Ulama’2 Ahli Sunnah mesti mempertahankan Islam yg benar. Mereka sibuk mengarang kitab2, yg hanya di gunakan sebagai bantal (iaitu buku2 karangan mereka hanya di simpan oleh yg membelinya, dan tidak membawa apa2 manfaat). Mengapa kamu tidak berjihad fi sabillah, iaitu, utk mempertahankan sebenar2 Islam!

Jika kamu tidak berbuat demikian, cahaya akan dihilangkan dari wajahmu, dan wajahmu akan menjadi gelap, dan kamu akan mati dalam keadaan yg mengerikan, dan jasadmu akan membusuk, sehingga mereka yg di keliling mu, akan melarikan diri dari mu. Itulah balasan Allah atas mereka yg tidak mempertahankan kesucian Islam dari di nodai.

Wahai ulama’2 Ahli Sunnah wal jemaah, berdirilah, bangkitlah, dan tentangilah shaitan dan ajaran2 yg menyesatkan, yg di bawa oleh nya.

Saya akan mengulangi nasihat nasihat ini setiap hari!

Ulama’2 Ahli Sunnah wal Jemaah mesti bangkit utk menentang fahaman Wahhabi, kerana fahaman itu sangat dasyat kesannya ke atas Ummat Islam, ia membawa kebinasaan Aqidah dan akhlaq kpd Ummat ini. Islam adalah menara yg mereka tidak akan dapat membinasakan sama sekali, Allah akan memeliharanya.

Moga2 Allah mengampunkan kami, demi dia yg kami mengharapkan shafa’atnya, moga2 kami semua di kurniakan fahaman yg benar. Fatihah.

Serangan terhadap ulama’2 Salafi dan fahaman Wahhabi adalah mencukupi utk malam ini. Sesiapa yg merasakan nasihat ini sebagai sesuatu yg batil, mereka akan duduk bersama shaitan2. Akhirnya, ajaran Sufi akan muncul sebagai ajaran yg bertahan di atas bumi ini, fahaman Wahhabi adalah seperti kereta yg tidak mempunyai minyak/bensin lagi.

Allah akan mengirim azab yg keras terhadap mereka yg berada di atas jalan yg sesat dan juga atas mereka yg menyebarkannya. Bala’ bencana seta musibah akan menimpa pemimpin2 yg jahat, dan juga akan tercetus di dunia org2 Kafir.

Sekarang HAQ telah sampai, dan kebatilan akan binasa. Fatiha.

This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.