Tanda kejahilan manusia dalam zaman ini: 25th June 2010

Suhbah pada 25th June 2010

Tanda kejahilan manusia dalam zaman ini

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum kepada mereka yang beribadah soleh.

A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem. Bersyukurlah kepada Allah, yang kami adalah dari Ummatun Habeeb, Nur Arshillah (Arash Allah). Itu adalah kemuliaan yang tertinggi bagi kami.

Begitu ramai para Nabi telah wafat bersama Ummat2 mereka. Kemuliaan setiap Ummat, ada kaitan dengan kemuliaan Nabinya.

A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem Bismillah hirrahman nirraheem.

Kami bertaubat, ya Tuhan kami, ampunkan kami.

Kamu semua telah di kurniakan kemuliaan yang sebesar2nya kerana telah di jadikan sebagai Ummat Rasulullah (saw). Apakah buktinya? Apabila Allah memberitahu kepada para Nabi dan Rasul yang datang sebelum Rasulullah (saw), mengenai kelebihan menjadi Ummat Rasulullah (saw), mereka semuanya bermohon agar mereka meletak jawatan mereka sebagai Nabi bagi Ummat mereka, dan mereka di izinkan menjadi salah seorang dari Ummatun Habeeb. Mereka lebih senang menjadi salah seorang dari Ummat Nabi Muhammad (saw), daripada menjadi Nabi, padahal kemuliaan menjadi Nabi bukan kemuliaan sebarangan. Ia adalah kedudukan yang amat mulia sekali. Mereka telah berdoa, “Ya Allah, kami ingin menjadi Ummat Nabi Muhammad (saw), kami sanggup tidak menjadi Nabi kepada Ummat kami sendiri.”

Tetapi Allah tidak mengkabulkan doa mereka. Allah memberi mereka kemuliaan keNabian, dan Allah memberi kemuliaan kepada kami sebagai ummat Baginda Rasul (saw). Hanya doanya Nabi Isa (as) di terima…maka hanya dia akan kembali sebagai Ummat kepada Nabi Muhammad (saw).

Nabi Isa (as) yang telah di pelihara selama dua ribu tahun lamanya sejak di angkat ke langit, dijanjikan oleh Allah, yang dia akan di kirim untuk menjadi Ummat Nabi Muhammad (saw). Nabi Isa (as) akan di kirim pada dalam zaman jahilliyyah, iaitu zaman kejahilan.

Nah, inilah zaman demikian! Ini adalah kebenaran! Buktinya? Kamu, Ummatun Habeeb, tidak lagi mensyukuri kemuliaan yang telah di kurniakan kepada kamu, sebagai Ummat Nabi Muhammad (saw), seolah pemberian itu tidak ada nilai langsung. Itu adalah tanda kejahilan manusia pada zaman ini. Maka dalam zaman demikian, Nabi Isa (as) akan datang kembali ke bumi ini buat kali keduanya, dan beliau akan menyempurnakan apa yang belum diselesaikan sewaktu dia di utus sebagai Nabi kepada kaum Bani Israel dahulu.

Nabi Isa (as) akan datang sebagai Ummat Nabi Muhammad (saw), dia akan datang ke bumi atas perintah Ilahi, dia akan memakai SERBAN, Mahkota orang Islam. Dia tidak akan berpakaian sebagai seorang dari Bani Israel, dia akan mengikuti Shariat Nabi Muhammad (saw). Anehnya, orang2 Arab membelakangkan pemakaian serban, mereka membenci serban, dan mereka membenci orang2 yang memakai serban. Orang2 yang bergelar salafun soleh (ulama’2 Salafi), dan pengikut2 mereka (golongan Wahhabi), mereka membelakangkan pemakaian serban (padahal itu adalah mahkota orang Islam), dan jika mereka ternampak sesiapa memakai serban (amamah), mereka berkelakuan seperti telah bertemu dengan seekor ular.

Kamu telah di perintahkan untuk mengikuti contoh orang2 Islam, tetapi orang2 Arab telah membelakangkan Sunnah ini. Nabi (saw) bersabda, “Serban adalah mahkota orang2 Arab. Sesiapa yang memuliakan pemakaian serban, Allah akan memuliakannya, dan sesiapa yang membelakangkan nya, Allah juga akan membelakangkannya.” Orang2 Arab menolak hadees ini, mereka mendakwa yang ini adalah hadees palsu atau hadees dhaif (lemah). Ini adalah kerana kejahilan diri mereka.

Rasulullah (saw) telah mengajurkan agar kamu memakai serban. Dalam Al-Quran, Allah berfirman, yang Allah telah mengirim Malaikat2 untuk membantu dalam perang Badr, dan semua di antara malaikat2 itu memakai serban! Wahai Wahhabiyyun, pakai lah serban! Nabi Isa (as) tidak akan datang tanpa serbannya! Malaikat2 yang menaiki kuda untuk membantu Ahli Badar, mereka memakai serban yang ‘berekor’! Nabi pun memakai serban yang ber-ekor. Nabi (saw) bersabda, “Wahai Sahabat2ku, Malaikat2 telah sampai untuk membantu kami, dan mereka menunggang kuda, dan mereka memakai serban yang ber-ekor.”

Moga2 Allah mengirim seorang dari kekasihnya, untuk memperbetulkan orang2 Muslim, dan seluruh dunia. Nabi Isa (as) akan memakai serban dan beliau akan membawa pedang di pinggangnya – itu menandakan yang beliau tidak datang sebagai Nabi dari Bani Israel, dia datang sebagai Ummat Nabi Muhammad (saw).

Sesiapa yang memakai serban, tidak akan di timpa musibah. Sesiapa yang tidak memakainya, akan di landa musibah. Wanita yang membuka hijabnya, juga akan di landa musibah dan ketakutan, dan mungkin mereka akan terkena panah penyakit, dan mereka akan jatuh sakit, sehingga para doktor tidak dapat mengobati penyakit yang berasal dari panah beracun itu. Panah itu akan membawa sakit kepala yang amat parah. Berhati2, musibah2 ini semuanya sudah hampir sekali.

Kamu boleh memilih cara Sunnah atau kamu boleh menentangnya, itu adalah pilihan mu. Kaum lelaki dan wanita yang mengikuti cara berpakaian Islam akan terselamat dari dilanda musibah. Enam dari setiap tujuh manusia, akan di timpa kemurkaan Ilahi dan mereka AKAN MATI MENGEJUT apabila ianya diturunkan.

Maka jangan tinggalkan Sunnah Nabi (saw), jika kamu mahu selamat dan aman di dunia dan akherat.

لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ‌ۖ

La ikrah fiddeen

Tidak ada paksaan dalam agama (2:256).

Kamu mesti berpakaian sebagai Muslim, baik lelaki maupun wanita, jangan seperti beruk moden yang berpakaian dengan tidak sopan.

Kami memohon agar kaki kami berjalan di atas jalan yang benar, agar Allah senang dan redha atas kami. Demi kemuliaan dia yang di muliakan oleh Allah, Nabi awal dan akhir, Sayyidina Muhammad (saw). Fatihah.


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.