Tujuan utama manusia adalah untuk mencari keredhaan Allah: 27hb June 2010

Suhbah pada 27hb June 2010

Tujuan utama manusia adalah untuk mencari keredhaan Allah

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Wahai Tuhan Kami, kurniakan dari barokah MU yang tidak terbatas, kepada dia yang paling mulia dan paling tinggi darjatnya di sisi MU, iaitu Sayyidina Muhammad (saw), dan kurniakan juga ke atas pengikut2nya. Salam kepada Qutbul Mutassarif – wahai Sultan di atas bumi ini, bantulah kami.

Assalamu’alaikum wrh wbkt, wahai yang hadir. Kemari…datang dan dengarlah (dengan khusyuk), tinggalkan hasutan shaitan dan bisikan2 shaitan.

Cuba lah berusaha menjadi sebenar2 hamba Allah, itu adalah sesuatu yang bermanfaat. Jika kamu menghasilkan selain dari itu, iaitu, jika kamu menghasilkan dunia, itu tidak membawa apa2 manfaat bagi mu.

Berbillion manusia berada di dalam kubur mereka sekarang, dan mereka semua sedang menangis, menangis, menangis!

Kamu tidak dapat mendengar tangisan mereka, dan nescaya jika Allah mengizinkan kamu untuk mendengar, kamu akan jatuh tersungkur, dan mati ketakutan apabila kamu mendengar rintihan, laungan dan pekikan mereka yang sedang menderita dengan dasyatnya di alam kubur!

Ini adalah perjumpaan (Suhbah) yang tawadduk, dan tujuan utama dari Suhbah ini, hanya supaya kamu sedar dan bangkit, ia adalah PERINGATAN bagi mu, supaya kamu akan sedar dan bertanya – SIAPAKAH DIRIKU SEBENARNYA? Ke mana akan aku pergi dari sini (dunia ini)? Siapa yang mewujudkan ku, padahal, dahulunya, aku tidak wujud. Dan selepas waktu yang singkat di bumi ini, aku akan di matikan, dan aku akan menjadi sesuatu yang DI LUPAKAN buat selama2nya….(Renungkanlah! )

A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem

Beri lah waktu untuk mengingati Tuhan mu.

“Kami hanya mencari keredhaan MU, ya Allah.” Tujuan utama, dari ajaran Ilahi, adalah supaya Allah senang terhadap kamu, redha terhadap mu! Berita baik, berita terbaik, bagi insan yang dapat menyenangkan Allah terhadap diri nya. Apakah selain itu dalam hidup, wahai manusia yang jahil?

Apa yang kamu cari dalam kehidupan mu? Kamu tidak akan bahagia atau senang di dunia atau di akherat, selagi kamu tidak mencari keredhaan Allah. INI ADALAH SESUATU yang AMAT PENTING SEKALI untuk kamu sedari! Kamu patut hanya mencari keredhaan Allah dalam kehidupan mu ini. INI ADALAH TUJUAN HIDUP MU, wahai manusia!

Wahai ulama’2! Inilah ajaran yang mesti kamu bawa dan sampaikan kepada manusia! Ajar kepada murid2 mu, “Wahai manusia, jika kamu tidak menjadikan Tuhan mu senang dengan mu, kamu tidak akan mencapai apa2 kebaikan/kepuasan, di dunia dan di akherat.”

Allah menyifatkan kehidupan dunia ini sebagai ayyaman ma’dudat.

أَيَّامً۬ا مَّعۡدُودَٲتٍ۬‌ۚ

Ayyyaman ma’dudat

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu (waktu yang singkat/terhad sahaja) (2:184)

Ayat ini bermakna, “Wahai manusia, puasalah kamu, buat beberapa hari sahaja.” Ayat ini bukan sahaja mengenai puasa Ramadhan yang di wajibkan, ia juga memberi tanda/peringatan kepada manusia, yang mereka akan berada di dunia ini, buat beberapa hari sahaja, yang boleh di kira. Lihatlah, Al-Quran adalah lautan ilmu. Ada manusia yang akan hidup hanya sehari, ada yang akan hidup 10 hari, ada yang hidup 365 hari, ada yang hidup 10 tahun, ada yang hidup 40 tahun dan ada yang hidup selama 100 tahun.

Setiap itu adalah waktu yang sangat singkat, yang dapat di kira, waktu yang terhad, kalau bandingkan dengan kehidupan akherat yang kekal abadi, yang tidak dapat di hitung lamanya.

Wahai ulama’2, mengapa kamu tidak memberi peringatan?

فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ

Oleh itu, berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). (87:9)

Allah memerintahkan supaya kamu mesti beri peringatan kepada manusia. Ingatkan mereka, yang mereka akan hidup buat waktu yang singkat di bumi ini, mereka tidak akan hidup buat selama2nya.

Malaikat Maut, dia akan datang pada bila2 masa, apabila tertulis yang waktu mu telah tamat di bumi ini, dan dia akan timbul di hadapan mu dengan tibatiba, dan dia akan berkata, “Kembalikan amanah mu (Ruh).”

Ruhmu adalah amanah Allah kepada mu. Sebelum kamu lahir, Ruhmu berada di Alam Arwah. Apabila jasadmu sedang di bentukkan, sel demi sel, dalam rahim ibumu, Malaikat2 telah membawa Ruhmu dari alam Arwah, dan memasukkan Ruh itu ke dalam jasadmu yang sedang di bentukkan itu. Bilakah saat yang jantung seorang bayi mula berdenyut? Doktor pun tidak akan tahu, bilakah saat yang tepat yang Ruh itu masuk ke dalam Jasad. Siapa yang memerintahkan jantung itu untuk mula berdenyut? Kepada siapa si jantung itu tunduk dan patuh kepada perintah untuk mula berdenyut? Allahu Akbar. Hanya DIA lah yang Maha Berkuasa.

Saat yang kamu akan di hidupkan, Allah, Penciptamu, menghantar malaikat untuk membawa Ruhmu ke dunia. Ruh setiap manusia di bawa oleh Malaikat yang khusus, mereka hanya akan melakukan tugas itu sekali sahaja dalam seluruh hidupnya, untuk manusia yang berkenaan. Malaikat itu akan keluarkan bayi dari rahim ibunya, dan akan meniupkan Ruh ke dalam jasadnya, dan pada waktu itu juga, akan di tetapkan, tempoh lamanya, yang Ruh itu akan berada dalam jasadnya. Malaikat itu tidak akan membawa Ruh orang lain selepas itu.

Seluruh manusia di atas bumi ini adalah orang orang yang bodoh/bahlul sekarang. Mereka tidak sedar bagaimana mereka di cipta dalam rahim ibu yang sempit, dalam ruang yang dipenuhi dengan air. Subhanallah! Manusia tidak sedar, tidak merenungkan, tidak mensyukuri.

Ya Tuhan kami, ampunkan kami.

Mengapa kamu (wahai ulama’2) tidak mengajar manusia berkenaan dengan perkara ini?

Kaum lelaki tidak di izinkan berjalan tanpa menutupi kepala mereka. Menutup kepala adalah tanda penghormatan kepada Allah. Hanya pada hari Arafah, apabila kamu didalam Ihram, kamu di izinkan membuka songkok mu. Selain itu, selalulah menutupi kepalamu, dengan alas/songkok.

Fahaman Wahhabi akan binasa. Orang2 dari golongan Wahhabi, akan di azab oleh Allah dengan kematian yang mengejutkan, kerana mereka berada di atas jalan yang sesat. Mereka menggunakan ‘hatta’ untuk mengalas kepala mereka, dan mereka berpakaian mengikut cara Barat, bukan dengan pakaian2 Sunnah. Mengapa mereka tidak memberi peringatan dan ajaran yang benar kepada manusia? Mereka menentang Ahli Sunnah wal Jemaaah, kerana Ahli Sunnah mengamalkan Sunnatul Rasul.

Saya adalah manusia yang paling lemah, yang tidak berdaya. Nyamuk pun lemah, tetapi ia telah dapat mengalahkan Namrud dan tentera2nya. Saya adalah manusia yang lemah, tetapi jika Allah mengizinkan, saya akan mengirim tentera yang ghaib kepada mu, untuk menghancurkan mu (wahai golongan Wahhabi). Oleh itu, peliharalah lidahmu. Jika tidak, kamu akan menerima musibah dari arah atas mu dan dari bawah mu. Maka jangan menyerang/menentang saya, wahai orang2 Wahhabi, kerana kamu berada di atas jalan yang sesat. Kamu mesti berguru dengan mereka yang benar/siddiq. Siapakah dari golongan Siddiq yang telah diangkat sebagai Pemimpinmu?

Wahai manusia, berhati2 dan berwaspada lah! Allah mengajar manusia dengan sangat teliti. Benar2 lah berwaspada terhadap apa yang kamu lakukan, sebutkan dan niatkan, kerana shaitan selalu bersama mu, satu di hadapan mu dan satu di belakang mu.

Sesiapa yang mengangkat dirinya sebagai pemimpin (yang tidak di iktiraf), akan masuk neraka Jahannam, dan mereka yang mengikuti pemimpin2 sedemikian, juga akan masuk neraka.

Waktu kamu di dunia ini, telah di tetapkan had nya, ia tidak akan di tambahi atau di kurangi. Adakah kamu akan habiskan waktu mu yang sedikit itu dengan bergaduh sahaja? Bagaimana kamu akan dapat menyenangkan Allah jika begitu?

Kamu mesti menulis apa yang kamu dengar dan pelajari ini dan mengajar manusia untuk hidup hanya untuk mencari keredhaan Allah. Allah memerintahkan dalam Al Quran,

وَلَا تُجَـٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik (29:46)

Lihatlah, walau kepada orang2 yang bukan Muslim (Ahlul Kitab), Allah menganjurkan yang kamu mesti berlemah lembut dengan mereka, dan mengajak/memperdiskusi/memperbaiki keadaan mereka tanpa kekerasan; apa lagi terhadap sesama Muslim?

Rasulullah (saw) sangat lembut terhadap Ummatnya, dari mana kamu pelajari kekerasan dan kekasaran, sehingga manusia lari darimu dan dari ajaran mu? Itu bukan cara mengajar manusia. Allah menganjurkan kelembutan sesama manusia, mengapa kamu menyerang sesama muslim, apakah dosa kami (Ahli Sunnah) terhadap mu (golongan Wahhabi)? Maka sebarkan ajaran ini – jangan berlaku keras, berlembutlah sesama manusia dalam pergaulan mu!

Akhlaq mu mesti menjadi sesuatu yang menyenangkan Allah. Tinggalkan perkelahian/pergaduhan serta permusuhan! Bawalah manusia ke jalan untuk mencari keredhaan Allah.

Saya tidak meminta harta atau wang ringgit dari mu.

Katakan kepada manusia, kehidupan kamu adalah waktu yang punya batasan, dan satu hari, kamu akan mati dan di bawa kedunia yang kamu tidak kenal, dan kamu akan di hadapkan (untuk di hukum) dihadapan Allah. Tinggalkan pergaduhan. Berilah penghormatan kepada manusia dan berlaku lembutlah terhadap mereka. Mudahkan bagi semua yang di keliling mu, walau kepada mereka yang sombong.

Moga2 Allah ampunkan kami. Fatihah.


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.