Category Archives: Suhbah @mk

Cerita tentang Si Pencuri dan Wali Allah

Suhbah dari Shaykh Muhammad (Mehmet) Adil Al-Haqqani An-Naqshbandi 5hb September 2012 Suhbah ini, melalui cerita tentang si pencuri dan seorang Wali Allah, menggambarkan sifat-sifat mulia dan kebijaksanaan disebalik setiap tindak laku para Wali-wali Allah. Allah telah memerintahkan manusia supaya hidup … Continue reading

Posted in Suhbah @mk, Suhbah Sheikh Mehmet Adil (asli) | Comments Off on Cerita tentang Si Pencuri dan Wali Allah

Gunakanlah warna hijau untuk perlindungan Ilahi

Shaykh Mohammad Nazim Al-Haqqani An-Naqshbandi, Suhbat pada tanggal 30hb September 2012. Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Wahai manusia zaman ini, warna apakah yang paling indah? Ia adalah warna hijau. Sesiapa yang berpakaian dengan topi atau baju hijau; atau yang mengecat rumahnya hijau; … Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Tagged , | Comments Off on Gunakanlah warna hijau untuk perlindungan Ilahi

Warna yang paling indah adalah hijau

Shaykh Muhammad Nazim Al-Haqqani An-Naqshbandi, Suhbat pada tanggal 29hb September 2012. Pintu kuasa telah mula bertambah luas Takbir! Allahu Akbar, Allahu Akbar, la ilaha illa Allahu wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillah al Hamd. Jika bacaan ini ditujukan/diarahkan kepada senjata … Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Comments Off on Warna yang paling indah adalah hijau

Tindak balas yang sesuai terhadap kebiadaban orang bukan Islam

Kaum Muslimin telah bertindak dengan penuh kemarahan terhadap penerbitan filem, ‘Innocence of Muslims’, yang menonjolkan keperibadian Nabi (saw) dari sudut negativ.

Inilah Suhbah dari Maulana Shaykh Nazim yang penuh hikmah, yang menerangkan tidak balas yang paling sesuai, terhadap ‘anjing yang memakan najis’ dan pelajaran yang sangat penting mengenai tuntutan orang2 kafir di akherat kelak. Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Comments Off on Tindak balas yang sesuai terhadap kebiadaban orang bukan Islam

Shaykh Raja Ashman berada di Maqam Arba’en! Maulana Shaykh Nazim menjelaskan

Shaykh Raja Ashman adalah satu daripada 40 Abdal (Wali2 yang tertinggi)! Shaykh Mohammad Nazim Adil Al-Haqqani An-Naqshbandi, Sohbah pada 1hb Mei 2012. Pada waktu Almarhum Raja Ashman (semoga Allah merahmati ruh beliau) mangkat, keadaan kesihatan Maulana belum begitu stabil, untuk … Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Comments Off on Shaykh Raja Ashman berada di Maqam Arba’en! Maulana Shaykh Nazim menjelaskan

Moga wajah kita dipenuhi dengan cahaya dan hati kita murni!

Dalam Suhbah yang dipenuhi dengan nasihat umum ini, Maulana menyentuh mengenai pendidikan Universiti, pergaulan bebas di sekolah antara jantina, kelebihan perkahwinan muda, dan juga rahmat-rahmat menjadi seorang suri rumah. Beliau juga member arahan-arahan terperinci untuk mendapatkan perlindungan pada waktu malam, dengan nasihat khusus untuk penduduk Istandbul. Maulana juga mengajarkan hadirin, satu doa yang berkuasa yang tidak pernah ditolak, yang akan member kesan kepada kita mempunyai wajah yang bercahaya, hati yang bersih dan istimewa dalam kehadiran Agama. Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Tagged , , , , , , , , , | Comments Off on Moga wajah kita dipenuhi dengan cahaya dan hati kita murni!

Hanya Merendahkan diri, dapat meningkatkan Darjat

Biarpun menjadi makhluk yang lemah, Manusia percaya dia berkuasa kerana dengan teknologi, pengetahuan, tentera dan sumber-sumber yang dimilikinya. Syaitan sentiasa mendesak Manusia mengikut ejjak langkahnya yang dikutuk – iaitu mengaku keutamaan dan memandang rendah yang lain, sama seperti yang syaitan lakukan kepada Adam (as). Tariqah sebaliknya, mengajar Manusia yang berlawanan – untuk menjadi tidak dikenali, dilupakan dan yang merendah diri, sama seperti Mariam (as) berdoa di dalam Al Quran. Menurut kata-kata Maulana, “Tariqah melatih anda, menerima menjadi Bukan Sesiapa,” Begitu menyedihkan bahawa hari ini, walau mereka yang di dalam Tariqah, telah melupakan matlamat utama ini dalam perjalanan mereka, dan ramai daripada mereka sibuk memandang ke bawah dan mengecam Muslim yang lain dengan niat yang jahat; mereka berasa lebih utama berbanding teman sepencarian mereka yang berada dalam perjalanan yang sama dan begitu ramai murid bertelagah dengan murid-murid yang lain. Ini telah menyebarkan penyakit tuan Shaykh – setiap orang mahu menjadi Shaykh, setiap orang mahu disedari, setiap orang mahu mendapatkan perhatian – tetapi tiada siapa yang mahu menjadi murid yang merendah diri, hamba yang tidak dikenali atau pengikut yang dilupakan. Perjalanan ke arah Kewalian adalah yang kemudian itu, tetapi begitu sedikit yang mengikut jalan itu hari ini. Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Tagged , , | Comments Off on Hanya Merendahkan diri, dapat meningkatkan Darjat

Melodi Sayu Sang Seruling

Dari sebuah persembahan muzikal seruling, Maulana membongkar rahsia ghaib perpisahan sinar mentari dari Matahari, kisah epik pencarian Manusia terhadap lautan Pertemuan semula, setelah dicampak ke dalam dunia yang kegelapan dan penuh kekeliruan. Roh meronta penuh derita kerana dipisahkan dari Asal, mencari kembali jalan pulang kepada keabadian bersama si Kekasih. Maulana menjelaskan dengan sebaiknya tentang perezaan yang jelas antara guru yang menyapa akal pemikiran, berbeza dengan Guru yang bemadah dari hati, dan beliau memberi peringatan kepada murid agar menjauhi golongan yang mengeruhkan jiwa. Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Tagged , , , , , , , , , , | Comments Off on Melodi Sayu Sang Seruling

13 Episod Nasihat Yang Sangat Bermanfaat (Bahagian 2)

13 Episod Nasihat Yang Sangat Bermanfaat (Bahagian 2) Suhbah Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani 22hb April 2011 A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem Bismillah-hir Rahman-nir Raheem Assalamu’alaikum wrh wbkt (Suhbah ini merupakan satu nasihat yang sangat penting dan Mawlana telah memberikan nasihat ini … Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Comments Off on 13 Episod Nasihat Yang Sangat Bermanfaat (Bahagian 2)

13 Episod Nasihat Yang Sangat Bermanfaat (Bahagian 1)

Suhbah kali ini merupakan satu nasihat yang sangat penting dan Mawlana telah memberikan nasihat ini kepada tetamu yang berbeza-beza, dan juga pada semua murid terutamanya yang mahukan kesihatan dan kehidupan yang sejahtera. Bahagian pertama ini dimulakan dengan 4 sub- bahagian. Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Comments Off on 13 Episod Nasihat Yang Sangat Bermanfaat (Bahagian 1)

Hadis ini mengandungi pelbagai pengetahuan/pengajaran: 29 Oktober 2010

Kebanyakan manusia hari ini merasa sangat aman dan selesa kerana secara faktanya, kedudukan geografi mereka tidak berada pada kedudukan garisan/zon aktif gempa bumi atau tidak menjadi sasaran taufan dan barang kali mereka fikir mereka tidak akan sama sekali dilanda tsunami kerana kedudukan mereka adalah di luar ancaman tsunami. Bala bencana datangnya dari Allah dan secara amnya, ia tidak berlaku berdasarkan faktor geografi atau sebagai satu kejadian alam semulajadi semata-mata! Dengan tujuan hidup yang tidak menentu, manusia kini sentiasa berada dalam ketakutan sepanjang hidup mereka. Disebalik kacau bilau dan huru hara yang berlaku ini, bagaimanakah setiap dari kamu dapat mencapai keselamatan dan keamanan dalam diri? Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Comments Off on Hadis ini mengandungi pelbagai pengetahuan/pengajaran: 29 Oktober 2010

Kunci Menuju Kehidupan yang Indah: 18hb Oktober 2010

Jika kamu mengejar seekor semut dan berusaha untuk membunuhnya, ia akan melarikan diri, karena ingin tetap mempertahankan hidupnya dan menikmati rasa manisnya kehidupan. Sesungguhnya semut memiliki pemahaman yang lebih baik tentang dirinya dan tentang Sang Pencipta dibandingkan dengan sebahagian manusia. Ia memahami Siapa yang menciptakan kehidupannya dan ia selalu dalam keadaaan bertasbih, mengagungkan kebesaran Allah, karena ia bersyukur telah diciptakan dari ketiadaan menjadi ada untuk merasakan kenikmatan hidup. Sungguh memalukan bagi Ummat Manusia, yang tidak berada di dalam keadaan selalu mengagungkan kebesaran Allah, meskipun kita telah dianugerahkan kenikmatan lebih dari apa yang dianugerahkan kepada sang semut! Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Comments Off on Kunci Menuju Kehidupan yang Indah: 18hb Oktober 2010

“Ya Tuhanku…hambamu menyerah!” 12hb October 2010

Ramai guru guru agama percaya bahawa mereka telah sampai ke kemuncak kefahaman dalam agama dan bahawa ufuk dimana mereka berdiri sekarang, adalah batas pemahaman manusia. Mereka terlalu bangga untuk merendahkan diri mereka dihadapan seorang Pembimbing2 Kerohanian, yang mempunyai hubungan sejati dengan alam ghaib dan yang memegang kunci2 khazanah Syurgawi yang dapat membuka pintu kefahaman dan tabir hikmah. Apakah Ringkasan/rangkuman, tujuan utama keseluruhan Syariah Islam? Ianya agar, hari demi hari, ego kamu bertambah lemah dan lemah, sehingga akhirnya ego mu menyerah. Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Comments Off on “Ya Tuhanku…hambamu menyerah!” 12hb October 2010