Adab yang paling tinggi bagi seorang hamba: 24hb June 2010

Suhbah pada 24hb June 2010

Adab yang paling tinggi bagi seorang hamba

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kekasihmu, KhalifaMu dari pra-abadi sehingga abadi, kurniakan kepada Baginda, dari lautan kemuliaan MU yang tiada akhirnya, kurniakan kami kemuliaan untuk menjadi sebenar2 pengikutnya, moga2 Allah mengampunkan kami.

Kami menyampaikan salam kepada Qutbul Mutassarif, Sahibul Zaman, yang mengawasi Suhbah yang tawadduk ini. Kami juga memohon dukungan syurgawi. Mungkin dukungan itu sangat lemah, tetapi ia mencukupi untuk meningkatkan kami ke pusat2 syurgawi. Kami perlu kepada manusia sedemikian, mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kebolehan serta diberi kuasa untuk meningkatkan darjat diri kami.

Wahai yang hadir, mohonlah untuk meningkat ke darjat dan maqam yang lebih tinggi. Berusahalah sedaya upaya dan tanpa jemu untuk mencapai darjat yang setinggi2nya. Cubalah meningkat dari tingkatan (rendah) kamu, ke tingkatan yang lebih tinggi lagi.

Assalamu’alaikum kepada yang hadir, yang sedang memohon untuk di tambah kemuliaan dan kenikmatan serta kepuasan dan juga pujian dari Tuhan semesta alam. Berilah perhatian yang sepenuhnya wahai pendengar.

Sebutlah A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem. Bangkitlah! Jangan lalai! Kamu mesti cuba membangkitkan dirimu dari kelalaian!

Assalamu’alaikum kepada mereka yang mempunyai minat untuk mempelajari ilmu. Setiap manusia mempunyai minat terhadap sesuatu. Lebih baik, kamu punya minat terhadap sesuatu yang kekal. Kamu mesti mempunyai minat terhadap kehidupan abadi mu! Jika kamu tidak menghiraukan kehidupan akherat mu, kamu akan menjadi debu sahaja dalam kubur mu.

Wahai ulama’2 Salafi, selamat datang. Sebutlah Bismillah hirrahman nirraheem. Kamu mendakwa dirimu sebagai ulama’ yang tinggi ilmunya, dan kamu mendakwa yang darjatmu melebihi darjat seluruh manusia dalam Ummat ini.

Allah menyebut dalam Al Quran yang Suci,

أَجَآءَهَا ٱلۡمَخَاضُ إِلَىٰ جِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ قَالَتۡ يَـٰلَيۡتَنِى مِتُّ قَبۡلَ هَـٰذَا وَڪُنتُ نَسۡيً۬ا مَّنسِيًّ۬ا

“Dia (Maryam) berkata, alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang kenang! (19:23)

Maryam ingin menjadi makhloq yang di lupakan, itu adalah lautan ilmu! Kamu boleh mengarang banyak kitab dari Ayat itu.

Mengapa Maryam berkata demikian? Itu adalah permintaannya, Maryam berkata yang dia lebih senang menjadi insan yang tidak pernah di cipta. Dia ingin supaya dirinya tidak terkenal. Maryam tidak mahu menjadi seorang yang terkenal di kalangan makhloq2. Dia meminta agar dirinya ditenggelamkan di dalam lautan syurgawi, yang di dalamnya, tiada selain Allah yang mengenal dirinya.

Dia tidak mahu apa2 darjat bagi dirinya, dia tidak mahu apa2 untuk dirinya. “Aku tidak mahu apa2.”

Tetapi shaitan menggoda manusia supaya mereka ingin menjadi seseorang yang terkenal. Bandingkan itu dengan permintaan Maryam, yang ingin supaya dia tidak dikenali. Maryam tidak mahu menjadi terkenal, dia hanya mahu tenggelam dalam lautan Tauhid kepunyaan Tuhan semesta alam. “Aku tidak mahu menjadi makhloq yang di kenal oleh makhloq2 yang lain,” kata Maryam, “aku ingin tenggelam dalam lautan, yang di dalamnya, aku tidak di kenali lagi.”

Itu adalah adab yang terbaik bagi seorang Hamba. Seorang hamba tidak mahu di sanjung dan dia tidak akan menunjukkan kelebihannya di sisi Allah.

Ada dua macam lautan (bahr). Bahrul Wahdaniyyah (Lautan Sifat2) dan Bahrul Ahadiyya (Lautan keEsaan).

Apakah bezanya? Seluruh manusia di wujudkan dari Lautan Wahdaniyyah, maka setiap insan memiliki Sifat2 kehebatan/kebaikan dari Lautan tersebut. Contohnya, orang yang pandai, yang kaya dan yang kuat – mereka telah mengambil kepandaian, kekayaan dan kekuatan mereka dari Lautan tersebut. Setiap manusia ingin berada dalam lautan itu, kerana selagi mereka berada dalam Lautan tersebut, mereka akan melihat KEBOLEHAN dan KEMULIAAN diri mereka sendiri, mereka akan hidup di atas bumi ini, dengan penuh sedar akan kelebihan dan kedudukan diri mereka, itulah yang di panggil identitas atau personalitinya.

Lautan Ahadiyya, adalah Lautan dimana personaliti kamu akan lenyap. Dalam Lautan itu, kamu akan melihat segala2nya adalah kepunyaan Allah, kamu tidak akan melihat dalam dirimu walau satu kebolehan/kebaikan/kemampuan sekalipun. Semuanya adalah milik Allah, kamu adalah ciptaan yang di kurniakan kebaikan2 tersebut, tetapi kamu mengenal yang semua itu bukan lah kepunyaan/milik mu, kamu akan malu kepada Allah dan tunduk kepadaNya dengan tawadduk – kamu akan tenggelam dan hanyut dalam kebesaranNYA – itulah yang di sebut sebagai fana’.

Maryam tidak mahu berada dalam Lautan Wahdaniyyah, dia ingin berada dalam Lautan Ahadiyya, Lautan dimana didalamnya, dirinya akan fana’. Itulah Lautan fana’ – ada 3 maqam fana’ – fana’ fillah, fana’ fi rasul dan fana’ fi masyaikh. Ulama’2 Salafi menolak fana’ kerana mereka tidak mahu personaliti mereka hilang begitu, mereka mahu kebolehan/kemampuan mereka di sanjung dan di puji, mereka mahu di kenali dan di muliakan. Maryam sampai ke darjat yang tiada manusia lain yang dapat atau pernah sampai pada nya.

وَإِذۡ قَالَتِ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ يَـٰمَرۡيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَٮٰكِ وَطَهَّرَكِ وَٱصۡطَفَٮٰكِ عَلَىٰ نِسَآءِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: Wahai Mariam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu dan mensucikanmu dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu). (3:42)

Ulama’2 ingin Isbatul Wujud, mereka suka ‘mewujudkan’ diri mereka, iaitu memperkenalkan/memperlihatkan kehebatan diri sendiri, supaya di lihat manusia di keliling mereka. Allah tidak menyukai semua itu.

Allah suka kepada mereka yang mengenal diri mereka, firman Allah, “La ila ha ila Ana.” Tiada yang wujud melainkan AKU (Allah). Walau satu atom yang mahu terkenal pun, Allah tidak suka kepada sifat tersebut.

Ini adalah ajaran yang mendalam sekali, agak sukar bagi manusia untuk menjadi sesuatu yang tidak dikenali, mereka selalu mahu di kenali. Maka ambil pelajaran dari Maryam, dari Qalamullah Al-Quran, jadilah makhloq yang tidak terkenal. Jangan mencari nama dan jangan menyombong diri kepada Allah!

Jika kamu dapat mencapai Maqam fana’, itulah kurnia Allah yang paling tinggi bagimu, kurnia dari Allah kepada hamba2NYA, setitik air yang tenggelam dan lenyap dalam Lautan Ahadiyya, itulah setinggi2 adab. Kamu mengucap, La sharikalah, tiada sekutu bagi Allah, tetapi egomu berkata, “Aku menolak itu, Aku juga wujud dengan sendirinya, ” itulah sebesar2 musibah bagi manusia, dia tidak akan mencapai keamanan di dunia dan akherat.

Selagi kamu meneggakkan kewujudanmu, kamu tidak akan mencapai keamanan. Kurbankan lah dirimu, baru kamu akan sampai sebenar2 Tauhid.

Saya di arahkan untuk menasihati kamu malam ini, ini adalah ajaran yang lebih mendalam dari Suhbah biasa. Kebanyakan orang biasa seperti kamu, mahu menonjolkan diri kamu agar menjadi terkenal, kamu ingin menunjukkan “AKU JUGA WUJUD” (selain Allah, Aku juga wujud). Itulah punca kesusahan/kesengsaraan manusia dalam kehidupan mereka di atas bumi ini. Ini adalah ajaran yang sangat penting bagi manusia.

Sayang sekali manusia tidak mencari dan tidak bertanya, apakah tujuan sebenarnya mereka di cipta. Mereka menyangka, mereka telah di cipta untuk menimbun harta dunia, tetapi harta dunia ini adalah najis sebenarnya. Kerohanianmu, bukan dunia ini,merupakan pemberian Allah yang paling bernilai sebenarnya. Dunia ini adalah bangkai pada haqiqatnya. Oleh kerana manusia membelakangkan peningkatan kerohanian mereka, mereka menderita di dunia dan juga di akherat.

Dunia ini adalah tempat untuk kamu meningkat, tempat bagi kamu ‘terbang’ ke darjat yang lebih tinggi. Tetapi, jika kamu mengangkat beban yang berat (dunia) atas permintaan ego mu, kamu tidak akan dapat ‘terbang’ langsung. Seekor semut tidak dapat terbang, tetapi seekor helang dapat terbang. Manusia zaman ini adalah seperti seekor ayam betina yang gemuk, sehinggakan mereka terlalu gemuk untuk berjalan pun, tidak perlu menyebut tentang terbang! Mereka sepatutnya menjadi seperti burung pipit, yang dapat terbang dengan mudah.

Cuba berusaha mencapai darjat2 kefahaman/amalan yang lebih tinggi, Allah membuka pintu2 untuk peningkatan mu, tiada yang menghalang manusia, selain dari dirinya sendiri. Sebanyak mungkin yang manusia pinta dan berusaha, sejauh itulah mereka akan meningkat.

Tinggalkan dunia dan tujulah ke Maula.

Tinggalkan dunia dan tujulah kepada Allah.

Manusia zaman ini lebih cenderung kepada dunia, kerana shaitan mengajak/memujuk mereka. Dunia ini tempat yang kotor, ia adalah bangkai, dan manusia berbondong2 berlumba2 untuk mengumpul dunia.

Wahai Raja2, mengapa kamu menimbun harta yang bernajis, kamu patut memberi ke jalan Allah. Renungkanlah nasihat ini, sebelum kamu bertemu kematian.

Moga2 kami di ampunkan oleh Allah, demi kemuliaan dia yang paling mulia di sisi Allah, Sayyidina Muhammad (saw).

Fatihah

This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.