Pakailah pakaian Taqwa! 23hb June 2010

Suhbah pada 23hb June 2010

Pakailah pakaian Taqwa!

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum kepada mereka yang beribadah soleh.

Sebutlah A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem dan Bismillah hirrahman nirraheem.

Wahai sekelian yang hadir dari jenis Jinn dan manusia yang tinggal di atas bumi ini. Hanya manusia dan Jinn yang bertanggungjawab atas perbuatan masing2, mereka menanggung tanggungjawab sebagai hamba2 Allah.

“Engkau adalah Tuhan kami, Engkau mencukupi bagi kami, kami memohon ampun demi kemuliaan Sayyidina Muhammad (saw).”

Wahai yang hadir, yang mengaku diri mu sebagai orang aleem, kerana kamu telah menuntut ilmu. Apa yang kamu telah pelajari, jika di timbang, tidak sampai satu atom beratnya jika di bandingkan dengan kebesaran bumi ini.

Beritahu saya, berapa tinggikah ilmu kamu?

Maha Suci Allah yang Maha Tinggi. Manusia adalah makhloq yang paling sombong di antara ciptaan2 Allah yang maha Esa. Benih kesombongan telah tertanam di dalam ego mereka. Maka manusia selalu mendakwa dirinya sangat mulia, mereka memandang diri mereka sebagai Tuan kepada seluruh ciptaan. Jika manusia hidup selama 70 atau 1000 tahun atau satu billion tahun, kamu tidak akan mencapai apa2 pun selagi ilmu yang di pelajari menjadikan kamu sombong.

Seluruh ciptaan di atas alam ini, setiap darinya, di kurniakan satu RAHSIA, sesuatu hikmah/kebijaksanaan di sebalik ciptaannya. Dari Lautan Hikmah yang sangat LUAS, yang begitu luas, sehingga tiada makhloq yang akan dapat memahami permulaan dan penghabisannya. Di dalam manusia juga tertanam benih hikmah yang tersembunyi.

Maka, tinggalkan apa yang berada di sekeliling mu, dan carilah yang tersembunyi DI DALAM JIWAmu. Manusia menggunakan mikroskop untuk mencari rahsia2 ciptaan2 yang paling kecil sekali, seperti kuman2 virus. Mengapa kamu tidak menggunakan ‘mikroskop’ untuk meneliti di dalam jiwa mu?

Adalah mustahil kamu akan dapat mempelajari mengenai ciptaan2 yang paling kecil dengan mikroskop, kerana, walaupun kamu dapat melihat ciptaan2 itu, kamu tidak akan mengerti tujuan serta rahsia yang ianya di cipta. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran, Ayat 191:

رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Rabbana ma khalaqtana ma za batila, subhanaka faqinaa azhaabannar.

Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Surah Ali-Imran 3:191)

Maka kamu hanya dapat MELIHAT ciptaan2 Allah sahaja, kamu tidak akan mengetahui tugas yang telah ditentukan atas ciptaan itu.

Wahai Pencipta kami, Engkau telah mencipta, dan ciptaan itu bukan sesuatu yang tiada makna/maksud, pasti ada tujuan/misi (rahsia) bagi ciptaan tersebut.

Fahaman manusia mempunyai batasan, maka apabila kamu sampai ke batasan itu, kamu mesti menyerah dan berkata seperti Ayat di atas, “Rabbana ma khalaqtana ma za batila, subhanaka faqinaa azhaabannar,” yang tafsirnya adaLAH, “Kami tidak faham mengapa Engkau mencipta makhloq demikian, hanya Engkaulah yang maha mengetahui.”

Adakalanya, seorang hamba mengajar sesuatu yang mendalam, sehingga kamu tidak dapat memahami keseluruhan pelajaran itu. Maka manusia yang telah mencapai makam nya sebagai khalifah Allah di bumi ini, mereka dapat dikenali dengan sifat peri kemanusiaan, mereka ini akan di beri penghormatan. Allah berfirman dalam Al Quran,

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِىٓ ءَادَمَ

Wa la qad karramna Bani Adama

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam (Surah Al-Isra' 17:70)

Allah telah memuliakan manusia di antara seluruh makhloq2 Allah. Allah telah memberi mereka pujian, dan Allah telah memberi manusia penghormatan dan kemuliaan syurgawi. Pujian yang serupa tidak di beri kepada maklhloq2 yang lain.

Walaupun kami membicarakan hanya satu Ayat yang singkat sesuatu, kami ingin supaya manusia mengenal kemuliaan yang telah di kurniakan kepada mereka. Setiap makhloq, walau yang paling kecil sekalipun, mempunyai rahsia2, hikmah2 dan tugas/misi yang tertentu, maka bayangkanlah, apa yang tersurat dan tersirat dalam diri manusia, yang menjadi makhloq pujian Allah. Tiada yang faham dengan sebenar2nya, kemuliaan yang di kurniakan kepada manusia, kerana Allah telah bersumpah, yang manusia akan di angkat dengan kemuliaan. Tiada yang akan memahami keseluruhan kemuliaan yang di kurniakan Allah kepada kamu semua.

Wahai ulama’2 Salafi, selamat datang. Kamu pernah membaca dan membicarakan Ayat itu, yang di kirim melalui Malaikat Jibrail (as)? Berkatalah,

رَبَّنَآ ءَامَنَّا بِمَآ أَنزَلۡتَ وَٱتَّبَعۡنَا ٱلرَّسُولَ فَٱڪۡتُبۡنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ

Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu). (Surah Ali-Imran 3:53)

Maka jangan cuba memberi pendapatmu atas apa yang di bawa oleh Rasulullah (saw)! Serahkan dirimu kepada Allah, dan mengakulah, yang kamu tidak faham rahsia di sebalik setiap ciptaan Allah.

Kamu mesti ikut contoh Rasulullah (saw) dan jangan cuba menyombong diri dengan cara pakaian mu dan jangan ikut cara hidup moden, untuk menarik manusia kepada ajaran kamu. Ulama’2 Salafi mengikut cara hidup moden dengan pakaian2 fesyen baru. Mereka mengikuti cara hidup Barat, dan fesyen2 Barat, dan mereka menggelar diri mereka sebagai ulama’2 yang moden juga. Jangan berbuat demikian! Kamu mesti berpakaian sebagaimana Allah berfirman, “Pakailah pakaian TAQWA!”

يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسً۬ا يُوَٲرِى سَوۡءَٲتِكُمۡ وَرِيشً۬ا‌ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ مِنۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ يَذَّكَّرُونَ

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A'raf 7:26)

Di mana pakaian taqwa mu? Saya mengajukan soalan ini kepada ulama’2 dan Raja2.

Pakaian taqwa adalah lebih baik bagi mu. Di mana taqwa mu? Adakah taqwa mu tersimpan dalam muzium atau dalam kitabmu? Mengapa kamu tidak mengamalkan nya? Allah telah melarang (dalam Shariat Suci) pakaian yang nipis2, yang tidak benar2 menutupi auratmu.

Manusia hari ini tidak lagi memakai pakaian TAQWA, kerana ianya bukan lah pakaian yang moden, mereka lebih cenderung kepada pakaian2 moden dan terkini. Selepas kamu mati, pakaian2 moden mu akan di tanggalkan, dan kamu akan di masukkan ke dalam keranda. Kamu tidak dapat membawa pakaian2 moden yang kamu banggakan ke dalam kuburmu, tetapi kamu hanya dapat membawa pakaian taqwa bersama mu.

Kamu telah membelakangkan cara hidup para Nabi dan Rasul kerana kamu tidak mengikuti mereka yang berjalan di atas jalan yang lurus. Kamu mesti berguru dengan seorang yang memahami nilai hidup ini dan nilai dunia ini, ikutilah mereka yang demikian.

يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى قَدۡ جَآءَنِى مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَمۡ يَأۡتِكَ فَٱتَّبِعۡنِىٓ أَهۡدِكَ صِرَٲطً۬ا سَوِيًّ۬ا

Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. (Surah Maryam 19:43)

Sayang sekali, kamu mengikuti ego dan nafsu mu pula.

Oleh itu, kebanyakan manusia tidak memperdulikan nasihat2 ulama’2 Salafi (kerana mereka tidak mengamalkan perjalanan di atas jalan yang benar). Manusia hanya akan mentaati Guru2 yang membawa rahsia dari ajaran Rasulullah (saw), mereka tidak akan mengikuti pemimpin yang memakai pakaian2 moden dan mengadakan ‘fahaman2’ moden juga. Tidak ada ‘kemodenan’ dalam Islam!

Ajarkan/sebarkan lah ajaran ini dalam khutbah Jumaat mu!

Ikutilah jalan mereka yang telah berjalan atas jalan yang lurus seperti Allah berfirman dalam Surah Luqman,

وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَىَّ‌ۚ

Attabi’ sabila man anaaba ilaiy

Turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan kasih sayang) (Surah Luqman 31:15)

“Ikuti mereka yang telah kembali kepada KU.” Ayat itu adalah sebuah Lautan yang Luas sekali.

Manusia yang hidup dalam dunia ini mesti mentaati perintah2 Allah. Ikuti jejak orang2 yang tujuan sebenar mereka adalah untuk mencari keredhaan Allah. Mereka hanya mencari jalan supaya Allah senang terhadap mereka, dan mereka sentias memohon keredhaan Allah, dan mereka tidak membuang masa mencari harta dunia ini. Jika kamu telah bertemu dengan orang yang sedemikian, ikutilah. Orang2 demikian sememangnya wujud, cuma kamu belum bertemu mereka, kerana kamu tidak MEMINTA diketemukan atau mencari mereka.

Kamu lebih senang untuk mengembirakan wanita2 dalam hidup mu. Sebab itu, kamu lebih suka untuk memakai pakaian2 baru apabila bergaul dengan masyarakat mu, kerana kamu mahu di pandang dan menarik perhatian wanita2. Awliya adalah mereka yang di kasihi di sisi Allah, dan kamu tidak dapat mengikuti mereka, kerana kamu takut dengan isteri2mu!

Manusia zaman ini menuruti nafsu dan ego mereka, dan seburuk2 permintaan dan kehendak, berasal dari ego kamu. Ikutilah manusia yang di sebut dalam Ayat Quran di atas – mereka yang sentiasa hanya menyebut/mengucapkan ILLALLAH ILLALLAH, (melainkan Allah).

Manusia sekarang menyebut illa dunia, mereka mengucapkan LA ILA HA ILLA DUNIA. Astaghfirullah!

Sebutlah kalimah LA ILA HA ILLALLAH. Nabi bersabda “Sebaik2 sebutan seluruh para Nabi adalah LA ILA HA ILLALLAH.”

Manusia yang paling jahil, adalah mereka yang menghalang/menghentikan zikir dan sebutan kalimah tauhid, kerana mereka yang sebut Kalimah Tauhid akan mewarisi syurga.

Wahai manusia, datanglah dan berusahalah untuk menjadi hamba Allah, dengan mengamalkan cara hidup sebagaimana Allah menghendaki. Ya Allah, ampunkan kami, Fatihah.


This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.