13 Episod Nasihat Yang Sangat Bermanfaat (Bahagian 2)
Suhbah Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
22hb April 2011
A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem
Bismillah-hir Rahman-nir Raheem
Assalamu’alaikum wrh wbkt
(Suhbah ini merupakan satu nasihat yang sangat penting dan Mawlana telah memberikan nasihat ini kepada tetamu yang berbeza-beza, dan juga pada semua murid terutamanya yang mahukan kesihatan dan kehidupan yang sejahtera. Bahagian kedua ini mengandungi 9 tajuk sambungan dari bahagian pertama)
Bahagian 5 – Sentiasalah mengambil berat akan orang yang faqir dan miskin
- Orang-orang faqir miskin adalah orang yang lemah. Yang demikian itu, berilah ruang kepada mereka untuk hidup dalam kesempurnaan & keselesaan dengan membantu mereka. Kebanyakan pemerintah dan kerajaan hari ini tidak lagi mempedulikan nasib rakyat mereka yang miskin dan lemah. Justeru, bermula dari kalian, individu muslim wajib mengambil berat akan perihal ini dan memberikan mereka hak serta keistimewaan yang patut mereka perolehi.
Ulasan
- Maulana telah mengingatkan di awal suhbahnya, bahawa kejatuhan kerajaan/ pemerintah yang memerintah hari ini adalah kerana mereka tidak mempedulikan rakyat mereka yang miskin dan lemah. Mereka hanya memenuhi kantung poket mereka dan meninggalkan rakyat dalam kelaparan dan ini adalah titik permulaan kepada berlakunya pemberontakan.
- Terdapat pelbagai cara untuk kalian membantu orang-orang miskin dan susah. Sentiasalah mendampingi mereka dengan menyediakan makanan yang secukupnya dengan membuka pusat penyediaan makanan dan berilah mereka keperluan-keperluan asas yang lain. Tetapi untuk jangka masa yang panjang, bantulah mereka dengan bantuan projek yang boleh dilaksanakan oleh mereka melalui dana kewangan yang kukuh dan ini adalah lebih baik. Bangunkanlah kemudahan dengan menyediakan bekalan air bersih dan elektrik dan dengan cara ini akan dapat merubah wajah sesebuah masyarakat di tempat kalian. Maulana sendiri telah menyalurkan sumbangan kepada penduduk di Afrika sejak beberapa tahun yang lalu. Bantuan dan sumbangan yang diberi kepada guru/pengajar yang bekerja di sekolah tempatan adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan rakyat dan mempelbagaikan lagi kemahiran/ skill dalam pekerjaan mereka.
- Di sebuah perkampungan di Kemboja, kami (penulis dan rakan-rakannya) telah memulakan projek (di Kampung Cham) dengan menyediakan mesin penjana elektrik dan ini telah membolehkan masjid dan sekolah dibuka dan beroperasi pada waktu malam, dan kelas-kelas agama juga dapat dipelajari selepas Solat Isya’. Melalui sumbangan yang telah disalurkan sebagai pendapatan kepada guru Bahasa Inggeris, kami telah mampu memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai subjek/pelajaran di sekolah dan ini adalah satu permulaan seumpama menanam benih dan membajainya, seterusnya akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
- Terlalu banyak jalan untuk kalian membantu orang-orang yang miskin dan susah, dan yang paling baik ialah dengan menunaikan tanggungjawab kalian secara individu/perseorangan, dan jangan kalian terlalu mempercayai pertubuhan yang menggelarkan organisasi mereka sebagai badan kebajikan untuk melakukannya. Kami sangat gembira dapat berkongsi pengalaman ini, dan berharap kalian dapat menyertai kami dalam projek yang sama di mana kami telah melaksanakan beberapa kerja-kerja kebajikan di Indonesia, Pakistan sejak tahun 1990 dan yang terbaru, tahun 2009 di Afrika (Sierra Leone) dan Sri Lanka (2010). Dengan Barakah & restu Mawlana, kami berhasrat untuk melakukan lebih banyak lagi usaha-usaha ini.
Bahagian 6 – Perkhidmatan Spiritual
- Bagi jemaah Naqshbandi di Negeri yang tidak mempunyai Dergah/ Zawiyah/Pusat Zikir dan berhasrat untuk menarik lebih ramai murid dan orang ramai, kalian boleh menyewa Dewan Serbaguna selama 2 jam setiap minggu dan umumkannya sebagai Pusat Spiritual atau Pusat Perubatan Islam. Sediakan minuman (kopi/ teh) untuk hadirin dan bukalah sesi soal jawab untuk orang-orang bertanyakan mengenai hal-hal kerohanian/spiritual, dan ia mesti dibuka untuk dihadiri oleh orang ramai dan bertanyakan hal-hal yang mereka senangi, dan ini dapat memberi pemahaman yang lebih baik lagi mengenai makna sebenar kerohanian.
- Seorang dari tetamu telah berkata kepada Mawlana, “ Ya Saidi, datanglah ke perhimpunan/majlis zikir kami, Insya ALLAH. Datanglah Ya Mawlana , Insya ALLAH setiap masa bersama kami. Selalulah bersama kami setiap masa. “Lalu Mawlana menjawab, jika kalian “memanggil” daku, sudah pasti aku akan “datang” kepada kalian semua.
Ulasan
- Di awal suhbah, Mawlana telah menyebut, “ Kepada muridku yang tidak dapat datang kepadaku, Aku sendiri yang akan datang kepada mereka”.
- Dalam Kitab Haqiqatul Haqqani, Mawlana telah menyebut, daku telah diberikan perintah untuk membuatkan kalian para murid agar lebih jelas iaitu, pada masa-masa kesulitan, atau kalian di luar kawalan dan berada pada kesukaran, bersegeralah kalian berhubung denganku melalui qalbu secara spiritual/rohaniah. Jika mereka, para murid memikirkan mengenaiku, maka ia akan segera membuat satu hubungan/ relatif denganku dalam keadaan yang pantas sekali. Mereka hanya perlu mengingatiku (rabithah/Madad) dan itu akan membuatkan daku segera datang membantu kalian. Jaringan hubungan yang terbentuk ini akan menimbulkan satu kuasa yang kuat melalui dirimu dengan pantas dan dapat melindungi kalian daripada jatuh ke dalam situasi yang merbahaya. Ini bukanlah kuasa spiritual ku, sebaliknya aku adalah sentiasa terhubung dengan rantaian- rantaian yang terhubung dengan Ilahi melalui para Awliya. Dan daku (Mawlana) merupakan rantaian yang terakhir yang akan menemukan/menghubungkan kalian. Ia umpama soket elektrik yang disambung dan dihidupkan, kemudian akan menghasilkan tenaga elektrik yang akan mengalir dan seperti itulah yang akan berlaku.
- Dalam Kitab yang sama turut ditulis, Jika pada mana-mana waktu, para Mureed menyebut/memanggil Mawlana Shaykh Nazim dengan menyebut, “ Madad, Ya Sayyidi”, Mawlana akan segera menghantarkan kepadanya Pertolongan Ilahiah dalam qalbunya, dan qalbu mureed tersebut akan diterangi dengan Cahaya Ilahiah”. KALIAN HARUS YAKIN!
Bahagian 7 – Jangan Keluar Dari Rumah Kalian Pada Waktu Malam
- Mawlana telah menasihati semua para Mureed, tetamu, dan orang-orang di luar sana agar sentiasa berpegang kepada Nasihat /Sunnah Rasulullah SAW seandainya kalian ingin selamat di dunia dan akhirat. Mawlana kemdian mengingatkan semua agar memastikan anak-anak kalian semua berada di rumah pada waktu menjelangnya Maghrib, sepertimana yang diketahui pada waktu tersebut, Syaitan berada pada segenap sudut untuk menyerang manusia, dan ia (Syaitan) tahu kita semua sedang menuju kepada Hari Kebangkitan , oleh sebab itu, syaitan mahu mengheret sebanyak mungkin manusia agar mengikutnya sekali ke dalam neraka dengan mengetuai manusia yang sesat dan berpaling dari jalan yang lurus.
- Syaitan sangat aktif berkeliaran pada waktu malam, dan jika tidak mengapa Rasulullah SAW meninggalkan wasiat/nasihat kepada umatnya,” Apabila matahari mulai terbenam (datangnya Maghrib), pastikan anak-anak kalian semua berada di rumah, kerana syaitan mulai keluar dan berkeliaran pada waktu tersebut.
Ulasan
- Mawlana telah memberi nasihat dalam 2 suhbah sebelum ini iaitu pada 7 April dan 11 April (belum di alih bahasa)
- Syaitan tahu bahawa para anak-anak/ remaja/muda-mudi hari ini mudah dipengaruhi dan diperdaya. Mereka masih “hijau” dalam kehidupan mereka, dan dilimpahi dengan nafsu dan kehendak yang pelbagai dan ini menyebabkan mereka amat mudah sekali terjebak/terjerumus dan ketidakmatangan ini menyebabkan mereka mudah sekali hanyut dalam kehidupan mereka.
Bahagian 8 – Elakkan tinggal di Kotaraya/ Bandar Besar
- Mawlana mengatakan adalah amat berbahaya sekali jika kalian tinggal di kota besar. Para imigran/tetamu dinasihatkan agar kalian berpindah ke desa kecil atau pinggir bandar yang selamat di tempat kalian. Hal ini kerana kebanyakan bencana besar yang berlaku hari ini akan menimpa bandar besar dahulu, dan ini akan menyebabkan kematian dengan jumlah yang sangat besar, bangunan-bangunan juga akan mengalami kerosakan yang dahsyat. Mawlana mengingatkan kepada semua agar selalu mendoakan beliau agar beliau dapat meneruskan tugasnya menunjukkan kepada jalan dan teladan yang baik.
Ulasan
- Mawlana telah menyampaikan hal ini dalam suhbahnya sebelum ini.
Bahagian 9 – Ajarilah Anak Kalian Dengan Kemahiran Yang Praktis Dan Berguna
- Mawlana telah memberi nasihat kepada para tetamu agar mengajar anak mereka kemahiran yang praktis kerana kemahiran ini akan membantu keluarga mereka pada hari kemudian seperti pertukangan dan lain-lain. Hari ini, universiti hanya menghasilkan graduan yang hanya mempunyai pengetahuan di atas kertas sahaja, dan akhirnya graduan yang malang ini tidak dapat menemui pekerjaan yang tepat sesuai dengan kelulusan mereka.
- Maka, ajarilah kemahiran yang praktis kepada anak-anakmu iaitu kerja-kerja yang dilaksanakan sendiri oleh tangan dan hasil titik peluh mereka (kerana pekerjaan semacam inilah yang paling barakah bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan Mawlana (Q)) daripada hanya berbicara mengenai teori di atas kertas sahaja, tetapi tiada aplikasi yang bersesuaian dengan kehidupan seharian kalian yang sebenar. Sekeping ijazah hanyalah sekeping kertas yang tidak berguna jika kalian tidak dapat menemui pekerjaan yang sesuai mengikut kelulusanmu. Latihlah anak-anakmu sejak dari umur mereka masih muda lagi agar mereka dapat memperolehi kemahiran tersebut, dan kelak mereka tidak akan menghadapi kesukaran dan pada masa yang sama hal-hal berkaitan kerana kemahiran mereka amatlah diperlukan oleh masyarakat pada hari ini.
Ulasan
- Nasihat ini juga telah disampaikan oleh Mawlana dalam suhbah sebelum ini.
Bahagian 10 – Kahwinkan anakmu
- Mawlana mengatakan bahawa ini adalah wasiyah/nasihat yang telah diberikan oleh beliau kepada para tetamu, dimana kahwinkanlah anak kalian apabila mereka telah cukup umur dan syarat mereka, kerana zaman ini adalah masa-masa sukar bagi anak-anak muda yang masih belum berkahwin.
- Hari ini syaitan telah berjaya memperdaya ratusan malahan ribuan wanita, yang kini telah berkhidmat dengannya (syaitan), untuk memperdaya para lelaki dan menarik mereka kepada perzinaan. Syaitan telah mempergunakan mereka (wanita) untuk memusnahkan anak-anak remaja hari ini. Mawlana turut mengingatkan bahawa mereka patut meninggalkan kehidupan yang penuh dengan kemewahan dan jangan menganggu orang lain.
Ulasan
- Gaya hidup yang bebas pada hari ini telah mendorong kepada hubungan seksual yang melampau, di mana syaitan telah menjadikan ianya sebagai salah satu senjata utamanya. Berikutan gaya hidup yang bebas dan melampaui batas hari ini, ia telah cenderung kepada suara-suara/atitude yang mahukan kebebasan, dan hari ini baik lelaki mahupun perempuan saling merosakkan/mengancam antara satu sama lain, menjatuhkan moral dan kehormatan apabila mereka hanya mengikut ego/nafsu mereka dengan melakukan perhubungan luar nikah. Dan hal ini telah di sebut dalam suhbah sebelum ini.
Bahagian 11 – Amalan Seharian Untuk Keluarga Kalian
- Mawlana telah menyarankan kepada semua agar sentiasa mengucapkan Rabbunallah, Hasbunallah dan DIA akan sentiasa melindungi kalian.
- Bagi anak-anak muda, Para remaja, tidak perlu kalian memaksa mereka pergi ke (menunaikan ibadah) di Masjid, dan ia sudah memadai dengan kalian menasihatkan/melatih mereka agar melaksanakan perintah solat 2 rakaat setiap hari di rumah kalian sebagai latihan/permulaan.
Bahagian 12 – Mengenai Isteri-Isterimu
- Mawlana telah menasihatkan kepada para hadirin agar jangan kalian meninggalkan Isteri-isteri kalian dan anak perempuan kalian sendirian di rumah, tanpa ahli keluarga/ mahram lain menemani mereka. Ini adalah sangat berbahaya sekali dengan berbuat demikian.
- Kecuali, ketika kalian berpergian untuk bekerja, dan yang terbaik untuk para wanita ialah tetaplah tinggal di rumah kalian. Jika mereka memerlukan sesuatu keperluan dari luar, seperti bahan makanan, yang paling baik sekali ialah kalian (kaum lelaki) pergi membeli untuk mereka. Mawlana berkata, jika kalian sendiri yang membiarkan mereka pergi sendirian di luar, tiada kepastian untuk mereka pulang ke rumah dengan selamat.
- Sebagai ketua keluarga/pemimpin, kalian harus tahu dimanakah ahli keluarga kalian berada dan ke manakah tujuan mereka, bila mereka meninggalkan rumah tidak kira pada bila-bila masa.
Bahagian 13 – Tubuhkanlah Baitul Mal di kalangan Komuniti Kalian
- Ini adalah umpama sumber kewangan komuniti kalian, di mana setiap ahli masyarakat dapat membuat pinjaman, dan jangan kalian letakkan faedah/riba dalam urusan ini. Ini adalah Kebajikan Islam dan semua harus memberi sumbangan bagi setiap tujuan yang akan digunakan. Setiap isi rumah yang Muslim haruslah memiliki ‘tabung kewangan “ di mana setiap hari kutipan yang dibuat bagi setiap ahli keluarga kalian, dan setiap minggu, maka dana/tabungan yang telah dikumpul itu haruslah kalian serahkan kepada pihak Baitul Mal.
- Semakin berkembang jumlah dana/tabungan yang kalian kumpul, Maka ALLAH akan memberikan kalian Barakah atas usaha kalian, ALLAH akan memberkati dengan melindungi komuniti kalian. Pada masa yang sama ia boleh digunakan untuk membantu secara berterusan, atau memberi pinjaman tanpa kalian mengenakan riba, dan boleh juga digunakan pada masa mustahak sepertimana yang kita lihat pada projek sistem kewangan dimana bantuan yang diberi telah dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil menjalankan perniagaan mereka.
Ulasan
- Secara ringkasnya, Baitul Mal boleh juga dimaksudkan sebagai Badan Kewangan. Dalam kehidupan realiti hari ini, , ia merupakan pusat penyimpanan dana/kewangan untuk masyarakat/komuniti, di mana semua sumbangan yang dikumpul adalah melalui kemampuan masing-masing, dan ia boleh digunakan sebagai dana/simpanan tetap untuk membantu ahli masyarakat kalian yang memerlukan bantuan pada setiap masa.
- Terdapat ahli masyarakat atau tetangga yang mungkin ditimpa sakit atau kemalangan, tiada pekerjaan atau yang ditimpa dengan musibah yang tak dijangka, jadi dengan adanya kutipan dana dan pinjaman tanpa riba ini, maka tanggungan boleh dibiayai kepada mereka yang memerlukannya. Ia umpama Badan Kebajikan Masyarakat, tetapi ia mestilah bebas dari penyalahgunaan dan ketidaktelusan sepertimana yang kalian lihat di Negara-negara Barat pada hari ini.
Al-Fatihah
Ini adalah Suhbah dalam sarikata Inggeris selama 22 minit dan boleh dilayari di www.Saltanat.org. Klik di sini dan tontonlah sekarang. Saltanat TV adalah laman web rasmi Mawlana Shaykh Nazim dan telah diberi kebenaran dan diiktiraf oleh Beliau sendiri.
You must be logged in to post a comment.