Warna yang paling indah adalah hijau

Shaykh Muhammad Nazim Al-Haqqani An-Naqshbandi, Suhbat pada tanggal 29hb September 2012.

Pintu kuasa telah mula bertambah luas

Takbir!

Allahu Akbar, Allahu Akbar, la ilaha illa Allahu wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillah al Hamd. Jika bacaan ini ditujukan/diarahkan kepada senjata (meriam), ia akan meletup.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, la ilaha illa Allahu wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillah al Hamd. Jika bacaan ini ditujukan/diarahkan kepada kapal terbang, ia akan jatuh terhempas.

Pintu kuasa telah pun dibuka. Pembukaan kuasa ini telah mula bertambah lebih luas.

Elakkan warna merah, gunakan warna hijau

Penggunaan warna merah tidak digalakkan. Jika kamu memakai warna hijau, malaikat-malaikat akan melindungimu. Buaya-buaya tidak akan menyerang orang-orang yang memakai pakaian warna hijau. Ular-ular tidak akan mematok orang yang menggunakan pakaian hijau, ular itu yang akan diracuni! Ini adalah perintah dari Shah-e-Mardan, kepada semua.

Jangan memakai warna merah di mana-mana tempat sekali pun. Ia melambangkan api! Gunakan warna hijau, nescaya malaikat akan melindungimu. Api adalah lambang kekufuran! Naudhu billah.

Warna yang paling indah sekarang adalah warna hijau. Ia melindungi dari atas. Warna yang paling buruk sekali adalah warna merah. Pakaian warna merah adalah tren yang terbaru. Itu tidak direstui. Fatiha.

Pindah dari kota ke kampung

Kota-kota yang besar akan lenyap, mereka tidak akan dapat bertahan lama lagi. Maka, binalah rumah untuk dirimu di kawasan perkampungan, jauh dari Bandar-bandar yang penuh kesesakan. Setiap kelompok mesti terdiri dari tiga buah rumah, sekurang-kurangnya.

Pakai pakaian Islam, gunakan topi/Fez

Ambillah beberapa helai pakaian dari pakaian-pakaian yang telah saya gunakan. Pakailah. Ia akan menjadi perisai buatmu, dengan izin Allah (swt). Jahitlah pakaian seperti pakaian ku ini. Sentiasalah bertopi. Mereka boleh menggunakan Fez juga, itu adalah baik bagi mereka. Semoga Allah melindungimu. Fatiha.

Urusan wanita

Semoga mereka tergolong dari kalangan mereka, yang membuka jalan MU. Lindungilah mereka dari seluruh kejahatan, wahai Tuhan. Fatiha.

Sebaik-baiknya, ia tidak patut bergaul bersama kaum wanita. Kaum wanita harus duduk berasingan. Jangan izinkan mereka duduk bersama.

Sebaik-baiknya, kaum wanita jangan diizinkan bekerja diluar rumah. Mereka dinasihati agar tetap di rumah sahaja.

Baiklah, teruskan perjalananmu, anakku, saya serahkan mu kepada penjagaan Allah. Saya serahkan dirimu kepada Allah. Pergilah dan semoga pulang dengan selamat. La ilaha illa Allah. Muhammad Rasul Allah. Fatiha. Aman ya Rabbi. Aman ya Rabbi.

Tontoni video Suhbah ini, dengan sarikata bahasa Melayu, disini.

This entry was posted in Suhbah @mk. Bookmark the permalink.