Tuhanmu Maha Pemurah, maka jangan putus asa! 9hb June 2010

Suhbah pada 9hb June 2010

Tuhanmu Maha Pemurah, maka jangan putus asa!

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum wahai hamba kepada Tuhan semesta alam, Assalamu’alaikum kepada yang hadir. Mereka yang hadir mengharap agar di tambahkan cahaya mereka dan mereka juga mengharapkan keampunan dari Allah Azza wa jal.

Sesiapa yang di ampuni Allah, dia telah sampai ke kemuncak permintaan nya, ia telah mencapai kejayaan yg paling tinggi sekali. Manusia boleh meminta apa pun yang dikehendakinya. Allah mengurniakan sekurang2nya sepuluh kali ganda permintaan seorang manusia. Sesiapa yang memohon kurnia2 Allah, Allah Yang Maha Pemurah akan memberinya sepuluh kali ganda apa yang dipinta.

Jika kamu memohon dari Allah, Allah akan memberi lebih dari apa yang dipinta dan tanpa henti. Wahai manusia, mohonlah sebanyak2 nya, dan kamu akan meraih keuntungan sepuluh kali ganda permintaanmu itu. Ingatlah, minta tanpa segan dari Allah, tiada batasan bagi pemberian Allah. Selagi seorang hamba meminta, Allah tetap memberi lebih dan lebih lagi. Hal meem mazid, wahai Tuhan kami, tambahlah lagi!

Allah berfirman, “Pemberian KU berterusan tanpa henti, selagi kamu meminta… AKU akan memberi. Aku mengerakkan kamu untuk meminta, kerana Aku SUKA MEMBERI. ANA AL-KAREEM. Aku sangat PEMURAH. Mustahil bagi satu makhloq pun untuk memahami sifat pemurah Ku”.

Maka, manusia mesti sentiasa bersyukur atas pemberian Allah dan sifat pemurahNya.

A’uzubillahiminasy syaitan nirrajeem….Ya Tuhan kami, kami memohon perlindunganMu dari shaitan.

Shaitan sentiasa menanam rasa was2 di dalam kepercayaan manusia, shaitan sentiasa menanam kefahaman yang salah, sehingga jiwa kamu terganggu, sehingga nikmat kamu terputus. Shaitan tidak pernah senang melihat hamba2 Allah menikmati keseronokan dan kepuasaan, maka ia sentiasa merancang untuk melenyapkan kegembiraan manusia. Jika shaitan memandang manusia sedang menikmati keseronokan, ia terasa seolah2 dirinya telah di campak kedalam neraka jahannam. Kesenangan kamu sangat menyakitkan shaitan!

Manusia zaman ini tidak merasakan nikmat dalam kehidupan mereka lagi. Mereka tidak dapat rasakan kepuasan dalam hidup. Tetapi mereka masih mencari kepuasan jiwa tanpa bosan, tanpa disedari mereka diheret oleh shaitan untuk menyelam ke lautan2 kegelapan untuk mencari sesuatau yg membawa ketenangan, tetapi mereka tidak berhasil menemukannya. Kamu mesti sedar yang Allah telah mencipta lautan2 cahaya dan lautan2 kegelapan. Anehnya, manusia lari menuju ke lautan2 kegelapan, shaitan mendukung manusia ke lautan2 tersebut, padahal Allah menyeru manusia ke lautan2 cahaya.

“Wahai manusia, pandang kepada diriKU, jangan putus asa, AKU adalah Tuhanmu, aku mempunyai alam semesta yang serba luas, dan aku tidak memerlukan nya, AKU mewujudkan itu semua untuk mu, supaya kamu dapat menikmati kepuasan/kebahagian/kesenangan. Walau seluruh alam bergabung tidak akan sampai pada satu zahrah kurnia ku, mengapa kamu berputus asa?”

Bagi setiap fahaman, tabiat, sifat yang salah dalam dirimu, sebutlah Astaghfirullah.

Allah mengatakan kepada hamba2Nya, setiap kali mereka melakukan dosa dan mempunyai fahaman yang salah, “AKU tidak bosan untuk mengampuni dan menyelamatkan hamba2KU, dan AKU tidak bosan mengurniakan hamba2KU pemberian dari lautan2KU, lautan keindahan, kekuasaan, kehebatan. Maka, jangun berputus asa atas rahmat KU. Bersamalah dengan KU, dan jangan khuatir. “

Tetapi jika kamu berjalan bersama shaitan, kamu akan di selubungi kegelapan. Itu adalah keadaan manusia zaman ini. Shaitan menakutkan manusia denganberbagai khayalan2 ngeri, sehingga ketakutan masuk kedalam hati manusia. Allah berfirman, “Takut hanya kepada KU, jangan takut kepada alam.”

Seluruh dunia telah jatuh ke dalam keadaan berputus asa, mereka berada di dalam lautan kegelapan. Manusia tidak sedar yang shaitan telah memimpin mereka kearah lautan itu. Allah menyeru kepada hamba2NYA.

“Mengapa kamu berputus asa? Mengapa kamu melontarkan diri mu kedalam lautan kegelapan? Aku adalah Tuhan mu! Apakah alasan mu sehingga kamu melontarkan dirimu kedalam lautan kegelapan? Jika kamu terjatuh ke dalam lautan kegelapan yang jutaan kali lebih besar dari dunia ini, AKU akan selamatkan kamu dalam sekelip mata. Jika AKU menghilangkan satu makhloq, ia tidak dapat mewujudkan dirinya lagi, buat selama2nya. Jangan menzalimi dirimu sendiri, wahai manusia.”

Manusialah yang menyusahkan dirinya sendiri, dia yang melontar dirinya ke dalam lautan kegelapan dengan kezaliman dirinya sendiri. Manusia yang menentang perintah2 Ilahi, adalah manusia yang zalim, merekalah yang menyusahkan/menzalimi diri mereka sendiri. Maka jangan salahkan sesiapapun, jika kamu berada di dalam kesusahan/kesengsaraan. Buka mata mu (jangan terlena). Kamu hanya pandai membuka mulut mu (mencari makanan sahaja). Bukalah telinga mu dan hati mu.

Apakah misimu dalam hidup yang singkat ini? Jangan pandang wanita yang jelita, tutup mata mu! Jika kamu di hidangkan dengan daging kambing yang enak, kamu akan lupakan segala2nya, dan hanya pandai membuka mulutmu sahaja. Daging kambing panggang cukup untuk menjadikan kamu lupa kepada segala2nya. Jangan ikut kehendak nafsu dan ego mu. Hentikanlah!

Dunia ini perlukan keamanan. Keamanan/ketenangan tidak akan wujud, sehingga setiap jiwa menjadi aman. Bagaimana untuk mendapatkan keamanan dalam jiwa mu?

“Matikanlah ego mu.” firman Allah.

Qatlahu anfusahum.”

Cara untuk selamatkan dirimu adalah untuk matikan egomu! Kamu akan bebas dari pengaruh jahat egomu, dan kamu akan aman, bahagia dan puas.

Bagaimana kamu dapat menyelamatkan diri mu di dunia dan di akherat?

Dengan membuka mata mu, dan melihat kebesaran Allah!

Perintah Allah adalah untuk matikan egomu. Setiap insan yang ingin selamat dari shaitan dan kejahatan, mesti mematikan ego mereka. Jika egomu dapat dilenyapkan, tidak akan ada kekacauan dan kejahatan dalam dirimu lagi.

Saya tidak pernah mengaku yang saya adalah ulama’. Wahai ulama’, jika kamu mahu menyelamatkan manusia dari mengikuti jalan shaitan, ikutilah nasihat ini untuk mematikan egomu. Jika kamu mahu selamat dari terjatuh kedalam jerat2/perangkap2 shaitan, matikanlahlah ego mu, dan kamu akan selamat. Ego memimpinmu kepada jerat2 shaitan.

Bukalah mata mu walaupun ia tidak perlu di buka. Bukalah mata hati mu, gunakan mata hati untuk melihat dan memandang, supaya kamu selamat.

“Bukalah mata hati mu.” Ada manusia yang memandang, dan melihat. Tetapi ada yang memandang, tetapi tidak melihat apa2. Ada manusia hanya memandang haq.

Wahai manusia, jangan putus asa akan rahmat Allah yang tiada kesudahannya. Allah memerintahkan hamba2 untuk terus berdoa dan meminta dariNYA.

Allah tidak senang jika seorang hamba berada di dalam kegelapan. Allah mahu manusia mencari jalan yang mudah, jangan mencari jalan yang sukar, jalan kegelapan, jangan masuk kedalam kegelapan itu, kerana kamu akan menderita/sengsara.

Sahutlah seruan Allah, dan kamu akan bahagia,gembira dan dapat rasakan ketenangan. Ajar manusia, agar mereka tidak berputus asa terhadap Allah.

Selagi manusia tidak bergantung kepada Allah, mereka tidak akan mencapai keselamatan dan nikmat di dunia dan akherat.

Ya Allah , kirimkan kami seorang pemimpin yang dapat mengajar kami menjadi hamba yang dapat mentaati kehendak mu, demi kemuliaan penutup sekalian Nabi, Fatihah.

Berbahagialah, jangan berputus asa. Yakinlah kepada Allah, Tuhan semesta alam, dan terhadap jalan Sayyidina Muhammad (saw). Fatihah.

This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.