Shaykh Mohammad Nazim Al-Haqqani An-Naqshbandi, Suhbah pada tanggal 24hb September 2012.
Agama adalah nasihat
Dastur Ya Rijal Allah, madad! Bersempena dengan kejadian-kejadian yang menyedihkan yang sedang berlaku, maka menjadi tanggungjawab kami untuk memberi nasihat kepada kaum Muslimin, kerana Rasulullah (saw) telah bersabda, “Agama adalah nasihat.” Walaupun ia tidak di alu-alukan, tetapi, hati nurani saya memaksa saya untuk berkata yang demikian untuk menyampaikan sepatah-dua kata, untuk memperingatkan semua tentang warisan peninggalan Nabi awal dan akhir, Sayyidina Muhammad (saw). “Agama adalah nasihat.” Subhana Allah Al ‘Aliy Al ‘Azim, Allahu Akbar Al Akbar! Allahu Akbar Al Akbar! Allahu Akbar Al Akbar!
Wahai kaum Muslimin, kami semua bersaudara, saya hanyalah seorang hamba yang lemah. Melihat kekejaman yang sedang melanda dunia Islam, hati nurani saya tidak dapat berdiam, sehingga saya menyampaikan nasihat yang sepatutnya kepada kaum Muslimin, seperti yang telah Nabi (saw) bersabda, “Agama adalah nasihat.”
Siapakah golongan ‘Sufaha’?
Saya amat kesal, tiada yang tampil kehadapan untuk memperingatkan dan menasihati Umat Islam, sehingga manusia sekarang dikuasai, oleh mereka yang paling jahil dan zalim. Iaitu kaum ‘Sufaha’. Kamu faham/mengerti maksud perkataan ‘Sufaha’? Ia adalah dari perkataan ‘Safih’. ‘Safih’ adalah manusia yang rendah, yang paling keji akhlaknya. Inilah golongan yang tidak memiliki akal fikiran dan tidak memiliki sifat muhibah. Allahu Akbar! Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahi Al Hamd.
Tanda Qiyamat telah hampir
Wahai kaum Arab, selamat datang. Saya tidak begitu fasih berbicara dalam bahasa Arab, tetapi sudah tentu kamu dapat faham apa yang di maksudkan oleh Rasulullah (saw) dalam sabdanya, di mana Baginda (saw) – Nabi buat Umat akhir zaman, Kekasih kepada Yang Maha Pengasih, kebanggaan seluruh alam, Penghulu awal dan akhir – bersabda, “Apabila urusan-urusan/amanah-amanah tidak diserahkan kepada ahlinya, itulah tanda bahawasanya, Hari Qiyamat telah hampir.” Adalah itu bahasa Arab atau bahasa Turki? Jika ia adalah dalam bahasa Arab, pasti kamu dapat mengerti akan maknanya! Allah Allah! Jika sesuatu urusan/amanah diserahkan kepada yang bukan ahlinya (iaitu tidak pintar dalam menguruskannya), iaitu, apabila ia jatuh ke tangan mereka yang tidak berhak menguruskannya, itu bermakna yang ia telah jatuh kepada golongan ‘Sufaha’, manusia yang paling keji dan zalim, golongan yang tidak dimuliakan oleh Allah (swt) maupun NabiNya (saw). Safih, sufaha, iaitu golongan terendah sekali. Dengarlah Ayat Suci ini dan ambillah pelajaran,
Dan aku tidak membebaskan diriku [dari kesalahan], karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan (Quran 12:53)
Itu adalah ucapan Nabi Yusuf (as) yang termaktub dalam Kitab Suci Al-Qur’an, “Dan aku tidak membebaskan diriku [dari kesalahan], karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” Sebenarnya, beliau (as) adalah seorang Nabi yang tidak berdosa (maksom), dan beliau memandang egonya membawanya kepada kejahatan, maka apatah lagi orang-orang biasa seperti kami semua?
Dengar dan ambil pelajaran
Dan Nabi (saw) bersabda, “Dengarlah, dan ambillah pelajaran, dan jika kamu mengambil pelajaran, kamu akan mendapat manfaat.” Dengar! Dengar akan perkataan-perkataan (Kalam) Allah (swt), dengar akan perintah-perintah Allah (swt). Jika saya dapat berdiri setiap sa’at untuk memberi penghormatan kepada Kalam Allah dan perintah-perintah Allah (swt), nescaya akan saya lakukan, tetapi saya telah pun lanjut usia dan terlalu lemah untuk berbuat begitu, maka, saya pohon kepada Tuhanku (swt), agar Dia membelas-kasihani ku, kerana saya tidak dapat memberi penghormatan yang sewajarnya kepada Tuhan Al-Haqq (swt) dan kepada NabiNya (saw).
Saya rasa sangat kesal mengenai kejadian-kejadian yang telah menimpa kaum Muslimin dan yang sedang melanda negara-negara Arab hari ini. Tujuan nasihat ini, adalah seperti yang telah di sabdakan oleh Nabi (saw), Baginda menganjurkan Umat agar “mendengar dan mengambil pelajaran, wahai kaum Muslimin.”
Jangan melukai, dan jangan membelas walau kamu dilukai
Wahai kaum Muslimin, Nabi (saw) telah bersabda, “Jangan melukakan /mencederakan dan jangan juga membalas kekejaman, dalam (ajaran) Islam.” Itu mencukupi! Itu mencukupi, ia hanyalah dua ayat yang singkat, tetapi ia dapat mengajar seluruh penduduk dunia ini bagaimana untuk hidup dengan aman dan damai, ia mengajar manusia mengenai adab dan akhlak. Inilah sabda Baginda (saw), “La darar, wa la dirar, fil Islam.” Benar tak? Ya, ia adalah Haqq. Apakah yang telah kamu lakukan sekarang? Apakah yang telah kamu lakukan wahai penduduk-penduduk Muslim dari negara-negara Islam? Kaum muslimin telah bangkit dengan kemarahan. Semoga Allah (swt) merahmati dan mengampuni kami.
Anjing yang berlumuran najis
Kami tidak dapat terima apa yang telah berlaku (mengenai filem yang menonjolkan keperibadian Nabi dari sudut negativ). Ada sebuah pepatah yang bermaksud, “Jika seekor anjing memakan najis, ia tidak akan dapat mengotori lautan yang luas dengan najisnya.” Itu adalah pepatah Turki Muslim. “Jika seekor anjing memakan najis, ia tidak akan dapat..mengotori lautan yang luas, dengan najisnya.” Seekor anjing yang memakan najis, dan yang melempar najisnya kedalam lautan (Islam), adakah najis itu akan mengotori Lautan (Murni Islam)? Adakah perbuatan demikian, dapat menodai kehormatan Nabi (saw), insan yang makhloq dari seluruh alam, berdiri untuk menghormatinya? Yang telah dinodai, adalah anjing yang memakan najis itu sendiri.
Seekor anjing telah memakan najis, ia berlumuran dengan najis, memang ini adalah perkataan yang kurang manis, maka kami berkata, dia adalah seorang ‘ibu ayam’, yang telah memakan najis. (Ini adalah satu penghinaan buat penerbit filem itu). Mengapakah dia (si penerbit filem) mesti dihukumi? Maka adakah perbuatan anjing ini, jika seekor anjing memakan najis, adakah itu akan mengotori sebuah lautan? Hasha! Hasha! Apa yang anjing itu makan (apa yang si penerbut filem itu melakukan), akan ‘memakan’ dirinya kembali. Apakah hubungan/kaitan perbuatan dia dengan kamu?
Penderitaan di bumi Sham diketepikan
Mereka telah membangkit di negara-negara Muslim, seluruh rakyat, mereka bangkit dan memprotes/menunjuk perasaan dgn ganas. Maka kami sampaikan nasihat ini, dari Nabi (saw), sabdanya, “Tidak di benarkan untuk menyakiti atau membalas (jika disakiti), dalam (ajaran) Islam.” Dalam zaman ini, siapa lagi yang menta’ati nasihat Nabi (saw)? Manusia lebih cenderung kepada bisikan-bisikan shaitan. Disebabkan seekor anjing memakan najis, juta’an manusia berdemonstrasi dan menunjuk perasaan dengan ganas. Anehnya, mereka tidak berbuat demikian (berprotes), atas kekejaman yang sedang berlaku di negara-negara Muslim, seperti di negeri Sham (Syria). “Bumi Sham adalah Kinanat-Allah,” iaitu, ia adalah rumah khazanah-khazanah Allah (Hadis Qudsi).
Tetapi, mengenai perkara bodoh seperti filem ini, mereka sanggup, demi perbuatan persis shaitan ini oleh si penerbit filem, untuk perbuatan yang remeh ini, mereka sanggup berdemonstrasi, tetapi untuk kekejaman yang sedang berlaku di Sham, mereka hanya berdiam diri. Mereka patut merasa malu. Malulah mereka yang menimbulkan fitnah dalam negeri-negeri Muslim. Perbuatan mereka menyakiti dan membawa penderitaan kepada manusia, padahal Nabi (saw) telah pun bersabda, “Jangan menyakiti dan jangan juga membalas (perbuatan yang menyakiti), dalam (ajaran) Islam.”
Tinggalkan anjing bersama najisnya
Adakah kamu mendengar nasihat ini? Tinggalkan penerbit filem itu dengan najisnya sendiri. Mengapakah dunia mesti dinajisi oleh perbuatan-perbuatan shaitan itu? Shaitan itu (penerbit filem) adalah penolong iblis, laknat Tuhan akan menimpa dirinya. Adakah perlu untuk jutaan manusia bangkit dan berprotes dengan ganas, sambil membinasakan harta serta membakar? Sama ada atas niat untuk mempertahankan Haqq atau tidak, kamu tidak diizinkan untuk bertindak dengan cara yang dilarang dalam Islam! “La darar wa la dirar fil Islam.”
Dia yang telah memulakan seluruh fitnah ini adalah seekor anjing yang hina. Seluruh najis yang ia telah makan tidak akan dapat menodai kesucian Lautan Islam. Apabila kamu bangkit dengan niat untuk membantah perbuatan durjananya dengan cara yang kasar dan tidak beradab, kamu sendiri telah memainkan peranan untuk menyebarkan najisnya dari Timur ke Barat. Kamu telah menjadikan imej Islam, dalam pandangan dunia, seolah-olah Islam adalah binatang yang buas, binatang yang membinasakan, seolah-olah Islam adalah agama yang tidak memelihara hak-hak asasi manusia.
Di manakah orang-orang Muslim yang sebenarnya? Tidak ada seorang pun dari mereka yang berani kehadapan untuk menyampaikan Hadis Nabi (saw) yang mulia ini: “La darar wa la dirar fil Islam.” Dari manakah kamu mendapatkan izin untuk membakar (harta benda manusia), untuk mencerobohi kediaman-kediaman orang dan untuk berlaku zalim terhadap manusia? Padahal, perbuatan itu dilarang bagi seluruh kaum Muslimin, kami dilarang untuk melakukan sesuatu yang menyakiti sesama manusia. “Tiada keizinan untuk menyakiti dan untuk membalas segala perbuatan yang menyakiti, dalam (ajaran) Islam.”
Tuntutan yang paling berat diakherat!
Shariah mengajar kamu, Shariah yang dijunjung mengajar kamu bahawasanya, pada Hari Pembangkitan kelak, Yawm Al Qisas, Allah (swt) tidak akan mengabaikan hak sesiapapun. Setiap insan, seluruh bani Adam akan ditunaikan / dilunaskan seluruh hak mereka, dengan sempurna dan seadilnya. Balasan yang paling berat, yang akan menimpa seorang yang beriman, adalah tuntutan dari manusia yang mereka zalimi, dari golongan yang tidak beriman kepada Allah, iaitu golongan yang kafir. Mereka tidak akan mengampuni dosa orang yang telah menganiaya mereka.. dan mereka akan berdo’a, “Wahai Tuhan kami, kami tidak mema’afkan dia. Kami menuntut imannya dari dirinya, baru akan kami menerima pemohoman ma’afnya.” Inilah tuntutan yang tersangat berat pada Hari Pembangkitan dan Pembalasan kelak.
Maka kerana itulah, (dalam sejarah Islam) kaum Muslimin menghormati orang-orang yang bukan Muslim, dan memelihara kehormatan mereka, harta benda mereka dan jiwa serta maruah mereka. Ini adalah hakikatnya / realitasnya. Maka selama empat belas abad lamanya, kaum yang tidak beriman, yang tinggal di negeri-negeri Islam, hidup dengan aman dan bahagia, tanpa diancam atau dihina, sambil menganut agama masing-masing (tidak dipaksa untuk anuti agama Islam), dan tetap dengan agama dan fahaman masing-masing. Gereja-gereja dan sinagoga-sinagoga (bangunan ibadah orang Yahudi), tidak pernah disentuh oleh Kaum Islam. Sejarah menjadi saksi akan keadilan yang diamalkan dalam Islam, kesucian Islam, serta kehormatan Islam. Maka siapakah yang mengajar mereka hari ini untuk bertindak sedemikian rupa (dgn keganasan)? Juta’an manusia bertindak seperti binatang-binatang buas, bertindak dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang dalam Shariah yang mulia, dengan perbuatan-perbuatan yang akan mengancam diri masing-masing pada Hari Pembalasan kelak. Hari dimana, tuntutan yang paling berat sekali akan dibuat, hukuman terhadap perbuatan keji mereka sendiri, iaitu kerana mereka telah menindas Ahlul Kitab. Pasti akan ada balasannya!
Dimanakah ulamak-ulamak kami? Tidakkah mereka tahu perkara ini? Oleh kerana mereka berdiam diri, maka orang seperti saya ini terpaksa kehadapan untuk menerangkan betapa beratnya dosa ini. Al Hamdulillah. DIAlah yang telah memuliakanku dengan umur yang panjang, dan menghiasi diriku ini dengan akal dan Islam, dan kesedaran.
Jangan mencederakan manusia dengan senjata
Bom-bom dan senjata-senjata yang meletup untuk mencederakan manusia, yang dicipta oleh manusia, adalah dilarang dari awal ciptaannya! Allah (swt) tidak redha terhadap ciptaan bom, ia tidak diredhai oleh Tuhan kami, ataupun KekasihNya (saw)! Hati nurani manusia pun tidak dapat menerima ciptaan senjata demikian dan sesiapapun yang punya sifat manusiawi, akan menolaknya! Wahai kaum Muslimin, tinggalkan semua yang dilarang, terutama yang jelas sekali haramnya! Kembali kepangkal jalan, kejalan Allah. Tuhan semesta alam yang Maha Mulia, telah mendidik seluruh para Nabi dan Rasul Nya (as), terutama sekali Nabi akhir zaman (saw). Baginda (saw) telah mengajar kamu segala-galanya, tetapi kamu tidak mempelajari apa-apa pun! Kamu hanya pelajari apa yang diamalkan oleh kaum kafir dan perbuatan-perbuatan orang yang keji! Dan kamu sedang ikuti jejak langkah mereka! Semoga Allah (swt) memelihara kami dari perbuatan-perbuatan demikian!
Memang ada diantara kamu, mereka yang benar-benar beriman kepada Allah. Mereka adalah Rijal Allah! Jika mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’, nescaya senjata-senjata tidak akan dapat berfungsi dan digunakan lagi! Baik bom-bom, maupun kapalterbang-kapalterbang perang. Semua tidak akan dapat berfungsi lagi! Dimanakah kaum Muslim yang sebenarnya? Dimanakah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah? Inilah golongan yang tidak menyakiti sesiapapun, dan dalam itu, mereka memelihara diri mereka sendiri dari disakiti (diakherat kelak). Lihatlah kemuliaan dan kesempurnaan Islam, kehormatan Islam, dan akhlak mulia kaum Muslimin!
Azab Allah adalah melalui kekacauan sesama manusia
Wahai kaum Muslimin, adakah kamu mempelajari perbuatan-perbuatan ganas ini dari orang-orang jahil dari golongan orang-orang kafir dan keji? Kamu telah menjadi mureed kepada mereka, dan kamu telah membelakangkan ajaran-ajaran murni Islam, serta adab dan akhlak yang diajar dalam Islam, dan kamu mengikuti ajaran mereka! Maka, Allah (swt) telah membalas perbuatan kamu dengan kejahatan perbuatanmu sendiri! Nauzu Billah Ya Rabbi! Ya Rasulallah, ampunkan kami. Utuskan seorang Raja, Ya Rasulallah, yang akan berjuang hanya untuk Allah (swt). Itulah keinginan kami! Kami inginkan seorang Raja! Tiada lagi Raja yang memerintahkan Umat ini. Setiap raja dalam zaman ini sibuk dengan dirinya (bukan rakyatnya)! Mereka telah membelakangkan jalan yang benar/Haqq. Mereka mengabaikan nasihat Nabi (saw). Wahai kaum Muslimin, kembalilah ke pangkal jalan, kerana jalan yang kamu lalui ini, terhalang dan jalan ini adalah jalan yang akan membinasakan dirimu. Jika kamu terus demikian (tidak berubah) tidak akan ada seorang pun dari kalangan kamu, yang akan terselamat!
Allah (swt) berfirman, Astaizzu Billah,
Katakanlah: “Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan [yang saling bertentangan] dan merasakan kepada sebahagian] kamu keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti agar mereka memahami [nya]. (Quran 6:65)
Dan Nabi (saw) bersabda, Aman Ya Rabbi, “Jangan turunkan keatas Umatku, azab/balasan dari langit, dan jangan pula mengazab mereka, dari bawah kaki mereka (bumi).” Tetapi jika mereka meneruskan perjalanan mereka diatas jalan yang batil iaitu mengikuti jejak langkah shaitan mereka akan merasakan azab, seperti yang tertulis dalam Ayat Suci ini: Aw Yalbisakum Shiya`an Wa Yudhiqa Ba`dakum Ba’sa Ba`din” (6:65) Iaitu mereka akan rasakan azab dari kalangan sebahgian kaum mereka sendiri. Kembalilah! Kembali mentaati Shariah, Shariah yang Mulia. Wahai kaum Muslimin, jika kamu engkar dan tetap membelakangkan Shariah, maka:
“Sesungguhnya azab Tuhanmu benar-benar keras/pedih!”(Quran 85:12)
Maka berhati-hatilah! Wahai kaum Muslimin dari Timur ke Barat saya memang tidak mahu memberi nasihat mengenai filem ini, tetapi nasihat ini adalah sesuatu yang saya telah diperintahkan untuk disampaikan, saya diarahkan untuk memberi nasihat kepada dunia Muslim, supaya mereka kembali kepada ajaran-ajaran murni Islam, kembali menta’ati perintah-perintah Allah!
Dan Allah (swt) akan memelihara orang-orang yang beriman. Sadaqa Allahu Al Azim. Ya Rabbi, kami bertaubat dan kami kembali menta’ati Mu, Ya Rasulallah, tawba, Ya Rasulallah, Tawba Ya Rabbi. Kirim kepada kami, seorang Raja, Ya Rabbi, supaya kami dapat berjuang kerana Allah (swt). Wahai Tuhan kami, Subhansin, Sultansin. Kirim kepada kami seorang Raja. Utuskan Raja yang dijanjikan, Mahdi (as) untuk menyelamatkan kami dari tangan/perbuatan-perbuatan/ kezaliman kaum yang kafir, dari golongan yang keji dan jahil, dan dari golongan yang tidak berlaku adil terhadap kami. Aman Ya Rabbi. Tawba Ya Rabbi. Tawba Ya Rabbi.
Wahai kaum Muslimin, maafkan saya. Jika saya tersilap, mohonlah kepada Tuhan agar saya diampuni. Saya hanyalah seorang hamba yang lemah. Jika saya melakukan kesalahan, DIA dan utusanNYA (saw) akan menghukum diriku ini. Dan jika saya tidak bersalah (iaitu nasihat ini tepat), dan kamu tetap meneruskan perbuatan salahmu, Allah (swt) akan menghukum dan mengazab kamu! Shukur kepada Allah (swt). Shukur kepada Allah (swt), dan kepada NabiNya (saw). Shukur dan pujian. Allah..Allah.
Jangan membantu/mendokong orang-orang yang zalim
Kami sangat malu dihadapan Nabi kami (melihat perbuatan kaum Muslimin ini). Ya Rabbana, ampunkan kami. Wahai Penghulu awal dan akhir, do’akan kami, dan berikan kami syafa’atmu! Kirim kepada kami Raja yang akan menyatukan kami semua, yang akan menyatukan kaum Muslimin. Wahai engkau yang telah memberi kami berita yang baik, Ya Sayyidi, Ya Rasulallah, “Selepas pemerintahan tiran-tiran/penguasa-penguasa zalim, akan muncul seorang dari keluargaku, yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kebaikan, bagaimana ianya dipenuhi kezaliman dan kekejaman, sebelumnya.” Nabi (saw) ditanya,”Siapa yang akan memimpin, selepas (kewafatan)mu, ya Nabi (saw)?” Baginda (saw) menjawab, “Akan ada selepas kewafatanku, Khalifa-khalifaku.” Maka Baginda (saw) ditanya lagi,”Selepas (kewafatan) Khalifa-khalifamu?” Baginda (saw) menjawab, “Selepas Khalifa-khalifaku, akan ada Putera-putera, dan selepas mereka, Raja-raja, dan selepas mereka, penguasa-penguasa zalim. Berwaspadalah, wahai hamba-hamba Allah (swt), dari menyokong tiran-tiran/penguasa-penguasa zalim ini, kerana kamu akan ditimpa oleh balasan musibah, seperti apa yang akan menimpa t tiran-tiran/penguasa-penguasa zalim ini!”
Tawba Ya Rabbi, kami bertaubat dan kembali ke jalan Mu. Saya ingin menyaksikan Mahdi (as), menjadi Sultan dunia Muslim dan juga Sultan buat seluruh dunia! Bersiap sedialah untuk menyambut Mahdi (as) – tiada selain beliau yang dinanti-nantikan! Kamu tidak akan mencapai keselamatan, melainkan dengan Mahdi (as)! Semoga Allah (swt) mendukung/ membantu beliau, supaya beliau muncul, sebagai jawapan kepada do’a-do’a kami, demi kemuliaan NabiNya (saw), Fatiha.
Video Suhbah boleh ditonton disini, sarikata dalam bahasa Melayu telahpun disiapkan.