Selidiki mengenai kehidupan Nabi2, itulah jalan keselamatan: 11hb June 2010

Suhbah pada 11hb June 2010

Selidiki mengenai kehidupan Nabi2, itulah jalan keselamatan

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum, A’uzubillah…..Bismillah…..

Wahai manusia yang hadir, dari timur ke barat dan dari utara ke selatan, dari berbagai negara, dari jenis para Jinn dan manusia – kamu mendengar nasihat dari seorang yang di beri kuasa oleh Rasulullah (saw), yang di beri kuasa oleh Grand Shaykh. Mereka mengirim ilmu, menurut tahap kefahaman diri setiap mereka yang hadir.

A’uzubillah….berwaspadalah terhadap shaitan…berhati2 lah agar kamu tidak terjatuh ke dalam perangkap shaitan, tidak mudah untuk meyelamatkan dirimu apabila kamu telah terjerumus ke dalam perangkap/jerat para shaitan.

Manusia takut pada anjing, mereka akan letakkan papan tanda dihadapan rumah untuk memberi amaran pada manusia lain jika rumah mereka mempunyai anjing. Tetapi mengapa mereka tidak berwaspada terhadap Shaitan. Shaitan adalah musuhmu yang paling ketara, ia adalah makhloq yang paling zalim, yang membawa racun yang sangat berbisa lagi merbahaya.

Shaitan lebih merbahaya dari naga yang berkepak! Anehnya, manusia tidak mengambil berat akan bahaya shaitan, mereka tidak mengambil apa2 tindakan untuk memelihara diri dari serangan shaitan. Ada sekeping duit shilling emas, yang terukir pada permukaanya, wajah St. Georange membunuh naga yang berkepak. (itu adalah shilling emas dari England) Shaitan lebih dasyat dari naga itu, ia adalah musush mu yang berada di luar dirimu! Ego pula adalah naga yang paling hebat di dalam diri mu, maka berwaspadalah! Ego memimpin kamu ke lembah2 yang tidak ada tuah/jelek.

Maka berwaspadalah terhadap kehendak egomu! Allah berfirman, ego mu akan sentiasa mengajak/menggoda mu ke jalan menderhaka kepada Allah, maka Allah menasihati manusia untuk berwaspada kepada permintaan ego mu, yang jauh lebih merbahaya dari kejahatan seluruh manusia yang bergabung! Ego boleh menjatuhkan mu, lebih dari seluruh manusia yang bergabung. Ego berkata, “Aku tidak akan ikut kehendak Allah, wahai hamba ku, kamu mesti memuaskan kehendak ku, aku tidak akan mengizinkan kamu merasakan kebaikan (beramal) dalam kehidupan ini. jangan percaya kepada kehidupan akherat.” Lihat, ego menggelar kamu sebagai hambanya!

Ego bersubahat dengan shaitan, dan menghasut manusia untuk menolak/menafikan adanya kehidupan selepas kematian kelak. Ego dan shaitan membisik kepada mu, “Jangan percaya adanya kehidupan selain kehidupan dunia ini, maka carilah hiburan dan keseronokan.”

Dunia ini penuh dengan manusia yang meniru cara hidup Barat, walaupun mereka adalah orang2 Islam. Ada sesetengah orang Pakistan suka saling berbunuh, mereka mendakwa yang mereka adalah orang2 Islam, padahal mereka adalah manusia yang bertopengkan shaitan. Rasulullah (saw) bersabda, “Apabila kamu telah sampai ke akhir zaman, perang akan tercetus, bukan di antara negara2, tetapi di DALAM setiap negara, rakyat sesama negeri akan saling membunuh.”

Rakyat dari negara yang sama akan membunuh antara satu sama lain, mereka mentaati shaitan, mereka membakar dan saling membunuh dan saling membenci. Di negara2 Islam – di Palestin, Turkey, Pakistan, Afghanistan, Egypt…di serata tempat, sedang terjadi demikian! Mereka mengikuti jejak langkah shaitan, mereka tidak beriman kepada Allah. Shaitan membisik, “Jangan percaya adanya neraka, syurga, hari pembalasan…..” Maka menusia berperang tanpa takut akan balasan Allah.

Pada satu zaman, ada satu kawasan, dimana penduduknya belum beriman kepada Allah. Maka sekumpulan pemuda dari situ (yang belum beriman) pergi bertemu seorang tua yang beriman, maka pemuda2 tersebut menghadap orang tua itu, dan mereka berkata. “Wahai Shaykh, engkau mengatakan yang ada kehidupan yang abadi selepas kehidupan ini, tetapi kami tidak yakin.”

Maka Shaykh itu berkata, “Aku bertanya kepada kamu, satu soalan. Jika kamu hadiri satu majlis, dan kamu di hidangkan satu periok yang penuh dengan susu , dan apabila kamu baru sahaja mahu mula minum susu itu, tiba2 kamu di panggil ke tempat yang lain. Kemudian, apabila kamu kembali ke tempat tersebut untuk menyambung majlis itu, kamu di beritahu oleh seseorang di sana, yang seekor ular yang sangat dahsyat racunnya, telah minum dari periok susu itu, dan ular yang beracun itu telah melarikan dirinya. Maka selepas amaran itu, siapa di antara kamu yang masih berani meminum dari periok susu itu yang mungkin mengandungi racun yang berbisa?” Semua pemuda itu berkata, “Kami tidak akan menghampiri susu itu!”

Maka Shaykh itu menyambung, “Mengapa kamu tidak berani meminum susu itu, padahal kamu tidak melihat ular itu dengan mata kepala mu sendiri? Tidak kah mungkin orang itu membohongi mu?”

Maka pemudi2 itu menjawab, “Kami hidup hanya sekali, Shaykh, kami tidak akan mengambil tindakan yang boleh membawa maut kepada kami. Kami tidak akan membahayakan nyawa kami, walaupun kami tidak pasti adakah susu itu terkena racun atau tidak, kerana mungkin, apa yang kami di nasihati itu adalah benar.”

Maka Shaykh itu berkata, “Kamu pandai sekali. Kamu percaya perkataan orang biasa yang membawa berita mengenai sesuatu yang membahayakan kehidupanmu. Atas kemungkinan yang berita itu mungkin benar, kamu telah mengambil langkah untuk menyelamatkan dirimu. Allah telah mengirim 124 000 Nabi untuk memberitahu kamu, yang akherat itu benar, dan neraka itu pun benar, mengapa kamu tidak terfikir yang ada kemungkinan yang berita itu benar, mengapa kamu tidak membuat persiapan?”

Lihatlah kebijaksanaan Shaykh itu, yang mengajar pemuda-pemudi itu dengan kiasan yang cukup mendalam dan bijaksana.

Shaykh itu menyambung, “Kamu percaya kepada amaran dari orang biasa yang memberi nasihat kepada mu tentang ular (yang kamu tidak melihat). Kamu berkata, mungkin itu benar. Tetapi kamu menolak nasihat Nabi2, yang membawa berita akherat (yang kamu juga tidak melihat). Mengapa kamu tidak mengatakan, mungkin berita itu benar? Mengapa kamu tidak menggunakan akal mu? Binatang tidak menggunakan akalnya, maka jangan jadi seperti binatang. Kamu patut berkata, MUNGKIN berita akherat itu benar, dan kamu sepatutnya menyelidiki kehidupan para Nabi dan Rasul. Mengapa kamu tidak bertanya, apakah misi serta tujuan mereka?”

Kamu akan dapati, dari awal sehingga akhirnya, setiap Nabi di utus dari maqam syurgawi. Anehnya, kamu menyelidiki mengenai kuman virus selsema khinzir (pig flu), tetapi kamu tidak menyelidiki kehidupan para Nabi dan Rasul?? Berjuta2 dolar di belanjakan untuk penyelidikan mengenai kuman yang begitu kecil sekali, yang kamu tidak dapat melihat walau di bawah mikroskop yang paling kuat.

Kamu takut dan berwaspada terhadap kuman itu, tetapi kamu tidak menyelidiki mengenai 124 000 Nabi yang Allah utuskan? Kamu tidak takut kepada apa yang menanti kamu di akherat, kamu tidak mengendahkan nasihat dan berita yang di bawa oleh para Nabi dan Rasul? Mengapa? Mereka adalah guru kepada semua manusia, tetapi manusia menganggap shaitan sebagai gurunya, dan shaitan telah menganjurkan kamu untuk membelakangkan penyelidikan (terhadap para Nabi dan Rasul) itu, agar kamu tidak akan terselamat dari tipu daya nya.

Kekacauan dalam bumi adalah dari hasutan shaitan terhadap mereka yang tidak beriman, itulah perangkap shaitan yang paling hebat. Selagi manusia tetap mentaati segala bisikan jahat shaitan dan mengikuti segala sifat2 shaitan, mereka akan membinasakan manusia di bumi ini, dan seluruh yang manusia telah bina sejak awal kejadian.

Shaitan tersangat gembira bila melihat kehancuran dan pembunuhan yang sedang terjadi sesama manusia, kerana ia telah mencapai hasratnya, agar manusia saling menghancurkan kehidupan mereka dan bumi ini. Hasrat kedua yang shaitan ingin lihat tercapai, ialah apabila manusia berduyun duyun masuk ke dalam neraka di akherat kelak, itu akan menjadikan shaitan sangat gembira dan berpuas hati sekali.

Dari itu wahai manusia, jangan menolak tanpa memikirkan atau menyelidiki sesuatu ajaran/nasihat/berita dari Ilahi, kamu akan kerugian di dunia dan di akherat kelak.

Fatihah.

This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.