Musnahkan patung2 berhala dalam dirimu! 3hb June 2010

Suhbah pada 3hb June 2010

Musnahkan patung2 berhala dalam dirimu!

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum kpd mereka yg beribadah soleh – kami memberi salam kpd mereka yg mentaati perintah2 Allah, Pencipta Kami. Assalam’alaikum kpd yg hadir. Kamu boleh hadir atau tidak, itu terpulang kpd diri mu. Jika kamu hadir dalam Suhbah yg tawadduk ini, kamu akan bahagia, kerana, akan di hilangkan dari dirimu, segala kesusahan.

Ada yg hadir dalam Suhbah, tetapi mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya, dan akibatnya, mereka mengganggu Suhbah ini, sehingga hubungan saya dengan guruku terputus. Wahai manusia, kamu mesti beradab/berdisiplin. Allah telah mengajar kehidupan berdisiplin kpd manusia.

Kebiasaan untuk memulakan Suhbah ini dengan Ta’awwuz dan Basmalah, adalah dari disiplin syurgawi yg kami di perintahkan supaya mentaati. Berdisiplin adalah sukar utk manusia, kerana manusia adalah makhloq yg sombong, ia rasa sangat susah utk menuruti perintah atau menjadi PENGIKUT, itu sangat sukar utk ego kami melakukan, kerana ego lebih suka utk MEMERINTAH.

Seorg hamba tidak semestinya melakukan mengikut sesuka hatinya, kerana seorg hamba, tertakhloq  di bawah perintah Tuhan semesta alam. A’uzubillah, tabiat membaca Ayat ini, adalah sebahgian dari disiplin syurgawi, yg di amalkan oleh para Nabi dan Rasul dan seterusnya oleh org2 aleem, sehingga hari ini.

Pemerintahan yg haqiqi adalah hanya bagi Allah yg Maha Kuasa. Tuhan semesta alam adalah Maha Esa, hanya DIA yg dapat memilih hamba2 utk mewakili diriNYA, mengikut kehendakNYA.

Tiada makhloq yg dapat menjadi Tuhan, atau dapat menjadi Penguasa, hanya DIA lah yg Maha Kuasa.

Tiada yg boleh memberi pangkat di sisi Allah, tanpa izin dariNYA. Ini disebut di dalam Kitab2 Suci. Ia juga di sebut oleh Sayy Muhammad (saw), yg membawa risalah terakhir, Kitab Suci Al-Quran.

Al-Quran mengandungi mesej yg terakhir utk mengajar manusia mengenai kedudukannya yg sebenar, kerana manusia, atas dasar ciptaannya, mudah di sentuh shaitan, maka manusia semuanya selalu berkata ‘AKU’!

Sebutan ‘AKU’ adalah pengakuan seolah dia itu Tuhan, itu adalah sifat yg paling buruk yg di miliki manusia, iaitu utk mengaku, ‘AKU BERADA DI SINI.’

Shaitan meggesa manusia utk membuat pengakuan, “AKU mempunyai kedudukan, AKU adalah yg berilmu…AKU adalah TUHAN!”  Manusia tidak mempuyai haq utk mengaku yg ia mempunyai sesuatu, tetapi shaitan mengajar manusia utk membuat pengakuan tersebut.

Shaitan mengajar manusia utk mengaku “AKU ADALAH ORG PENTING” kerana manusia itu adalah presiden, Raja, ketua tentera…..maka manusia demikian membuat pengakuan yg menentang Allah, “AKU JUGA TUHAN ….selain Allah!”

Seluruh pelajaran manusia sekarang membuahkan kesombongan tersebut! Hanya satu Tuhan, iaitu Allah, dan kami adalah HAMBAnya sahaja. Selagi kamu tidak mengaku bahawasanya kamu adalah seorg hamba, kamu masih bersyubhat dengan shaitan.

Wahai ulama’, adakah kamu mengajar semua ini kpd pengikut2 mu? Jika tidak, kamu yg duluan yg akan di azab di akherat, kerana kamu mempunyai tanggungjawab di atas bahu kamu, kamu memikul tanggungjawab utk mengajar manusia, tetapi kamu tidak menjalankannya.

Ajarlah manusia bahawasanya ego suka mengaku dirinya sebagai tuhan! Maka berbicaralah dengan egomu – “Apakah seorg yg mengaku dirinya sebagai VIP/Tuhan masih perlu ke tandas? Bagaimana org yg mengaku dirinya penting, masih perlu ke tandas utk kadar hajatnya?”

Wahai ulama’, permudahkanlah ajaran mu supaya senang di fahamai. Bimbinglah murid2mu, supaya jangan menyombong, Allah tidak senang terhadap hamba yg sombong. Sesiapapun yg membawa kesombongan, tidak akan jejak syurga! Ini adalah ajaran yg penting, manusia mesti kenal diri mereka dan mereka mesti mengenal Allah swt.

Setiap ajaran dalam zaman ini, hanya utk mengajar pemuda dan pemudi utk membanggakan sijil2 mereka dari Universiti2 yg terkenal, maka mereka menjadi sombong and angkuh. Mereka merasakan diri mereka sangat penting/pandai/hebat.

Shaitan meniup ke dalam ego manusia sehingga ego mereka membesar dan mereka tertipu – mereka sangka yg mereka adalah manusia yg berkedudukan, dan penting!

Wahai ulama’ Salafi, mengapa kamu tidak menerangkan kedudukan sebenar manusia kpd diri mereka? Adakah kamu sangka yg Kitab Suci di turunkan utk memberi manusia pangkat tiruan? Setiap gelaran di atas bumi ini adalah gelaran palsu/tiruan. Sebenar2 gelaran adalah dari syurga.

Shaitan membisik kpd manusia, sehingga mereka sangka mereka pun adalah Tuhan diatas bumi. Haqiqatnya- hanya Allah adalah Tuhan, tiada selain DIA yg berkuasa dan berkedudukan.

Seluruh dakwaan kita adalah palsu, maka hancurkan egomu! Sebenarnya, kehebatanmu hanyalah di dalam khayalanmu, maka hancurkan khayalan2 tersebut. Allah mengirim org2 aleem, utk mengajar manusia supaya membinasakan gelaran2 palsu yg mereka telah mengada-adakan, supaya manusia sedar dan bertaubat dan pulang ke pangkal jalan, dan mereka mengaku diri mereka sebagai hamba2 Allah.

Allah berfirman dalam Al Quran mengenai Nabi Ibrahim (as) dan perbuatannya sewaktu di dunia. Rakyat Namrud mengukir patung2 berhala, yg menggambarkan kesombongan ego mereka.

Sayy Ibrahim (as) berkata , “Aku akan menghancurkan patung2 berhala ini.”

Adakah ini cerita dongeng? Sayy Ibrahim (as) berkata, “Aku akan menghancurkan seluruh patung2 berhala yg didakwa mewakili Tuhan. Hanya DIA adalah Tuhan”

Al Quran bukan buku cerita, ia adalah ajaran buat manusia. Setiap manusia mempunyai patung berhala di dalam diri mereka, dan selagi kamu tidak menghancurkan patung berhala tersebut, kamu belum benar2 beriman kpd Allah. Sebenarnya, manusia memelihara patung2 berhala ini, dengan teliti sekali.

Allah mengajar manusia – “Kamu mesti menghancurkan patung berhala ego kamu. Jika tidak, kamu bukan hambaKU, kamu adalah hamba shaiatn, keluar dari sini!”

Allah tidak mencipta manusia utk mengaku diri mereka adalah TUHAN. Tidak!

Allah adalah Tuhan yg mutlak kuasaNYA.

Selepas perang Badr yg cukup hebat, Nabi (saw)  bersabda kpd Sahabat2 Baginda, “Wahai Sahabat2 ku, kami baru habis berperang dengan tentera yg di atas jalan yg batil, dan Allah telah mengurniakan kami kemenangan. Tetapi kami akan memulakan perang yg baru, dengan musuh yg lebih dasyat, musuh yg paling ketara!”

Sahabat2 bertanya dengan terkejut, “Siapakah musuh ini?”

Nabi (saw) bersabda, “Jihadun nafs!” Itu bermaksud, “Berperanglah dengan ego mu, hancurkan patung berhala mu.”

Kamu pernah berperang dengan ego mu? Manusia yg tidak berbuat demikian adalah makhloq yg tidak memperolehi penghormatan di langit, dan di akherat mereka akan di lontar ke dalam neraka jahannam, kerana niat/sifat mereka yg buruk.

Cuba memahami, jangan izinkan egomu bersuara dan melaungkan kehebatan dan kebesaran dirimu! Tinggalkan pakaian kehebatan dan pakailah pakaian seorg hamba! Dengan berbuat demikian, Allah akan memakaikan kamu dengan pakaian perhambaan, Allah suka hambaNYA berpakaian demikian, DIA tidak suka manusia pakaian selain dengan perhambaan.

Fatihah.

This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.