Mudahkan bagi manusia, jangan menyusahkan: 16hb June 2010

Suhbah pada 16hb June 2010

Mudahkan bagi manusia, jangan menyusahkan

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum wahai yang hadir. Demi kemuliaan Rasulullah, Allah mengirim angin yang membawa nyawa kepada (hati2/jiwa2) manusia. Angin tersebut datang dari syurga/langit, dan angin syurgawi yang sampai kepada manusia ini, membawa (kekuatan) kehidupan yang sebenarnya.

Sebagaimana angin membawa/memberi kehidupan di bumi ini pada musim bunga, angin syurgawi ini juga, apabila ianya sampai kepada seorang manusia di muka bumi ini, akan membawa berbagai faedah serta kebaikan. Mereka yang menyiapkan diri untuk menerima ketibaan angin dari syurga ini, akan mendapati yang angin ini memberi kehidupan kerohanian kepada mereka juga dan menjadikan mereka orang-orang yang di berkati.

Marilah kami bermohon agar angin syurgawi ini sampai ke arah kami, supaya kami semua dapat menjadi manusia yang mendapat barokah. Angin dari syuga ini membawa kekuatan kehidupan yang sebenarnya. Sesiapapun yang mahu berada dalam keadaan yang baik di dunia dan di akherat, mesti menumpukan perhatian mereka untuk menerima kedatangan angin dari syurga ini. Apabila angin ini sampai ke jasad kamu, jasad mu nantinya akan ambil barokahnya, kemudian kerohanian kamu, iaitu sebenar2 diri kamu, akan mengambil sebahagian darinya juga.

Tiada yang faham atau mengerti bila kerohanian kamu benar2 di cipta. Kamu mungkin tahu bilakah jasad kamu di cipta, tetapi kerohanian mu, kamu tidak tahu bila permulaannya, kerana ia berasal dari waktu, pada waktu belum tercipta.

Sekarang kamu berada di atas bumi ini, dan kamu memerlukan angin syurgawi ini, untuk sampai kepada kamu, agar kamu dapat merasakan nikmat dari kurnia2 syurga dari Tuhan mu. Sesiapa yang meminta untuk kehidupan yang baik, suci dan bersih, dan yang mahu berada di dalam kenikmatan dan keseronokan, mesti mencari jalan agar angin syurgawi ini sampai kepada mereka. Kamu mesti bersiap sedia untuk menerima kedatangan angin ini.

Kami bermohon untuk adanya angin dari syurga dalam setiap Suhbah. Angin syurgawi ini membawa nikmat kepada jasad kamu. Ia juga membawa kepada kerohanian kamu, nikmat serta keseronokan yang berterusan tanpa putus. Maka, wahai yang hadir, jangan larikan diri dari Suhbah ini, rajin2kan lah diri agar selalu hadir. Datang lah kepada Suhbah2 ini yang di utus oleh Ilahi, datang dan ambil/rasakan nikmat! Jika tidak, kamu akan berada di dalam kegelapan. Sesiapa yang berada di dalam kegelapan, akan sentiasa di selubungi dengan ketakutan. Dia tidak akan dapat melihat, merasa, mendengar – dia kehilangan segala nikmat!

Manusia mengejar nikmat jasad (materi) sahaja. Nikmat demikian tiada nilainya, jangan di kejar itu. Tinggalkan urusan dunia mu, dan kejarlah nikmat Ilahi, yang datang melalui angin Ilahi ini, yang datang seperti gelombang ke bumi, supaya kamu mencapai kehidupan yang sebenarnya, supaya kamu tidak menjadi debu dalam kuburmu.

Angin ini juga membawa perlindungan untuk jasadmu, tetapi angin ini juga sangat penting untuk kerohanian mu, yang mana amat memerlukan angin itu untuk mencapai kenikmatan syurgawi. Kamu memerlukan kepuasan dalam Ruh mu, dan ianya hanya akan tercapai apabila kamu sampai ke Lautan Keindahan, kamu tidak boleh memasuki Lautan itu dengan jasad (materi)mu…tetapi hanya dengan kerohanian mu.

Kami memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kami, dan kami menyebut kalimah A’uzubillah himinasy syaitan nirrajeem.

Kejarlah kurnia2 Ilahi. Ambillah, walau hanya sebutir dari intan berlian itu, ambillah, walau sebutir pun mencukupi, ini adalah satu-satunya peluang keemasan yang diberi pada mu. Mengapa kamu lalai, sehingga kamu tidak terkejar-kejar untuk mendapatkan walau sebutir batu berharga, walau sebutir intan, walau sebutir mutiara, walau sebutir zamrud , mengapa kamu tidak terlari-lari untuk mengambil walau satu pun dari gunung intan, berlian, rubi dan zamrud yang dipersembahkan di hadapan mu yang datang dari syurga! Mengapa kamu tidak membuka mata mu dan mengambil sebanyak yang mungkin! Mengapa kamu tidak membuka mata mu, dan mengambil dari kurnia Allah itu?

Assalamu’alaikum wahai yang hadir.

A’uzubillah himinasy syaitan nirrajeem. Ini adalah permulaan Suhbah yang sangat bernilai, supaya manusia sampai kepada intan/berlian/mutiara/zamrud/rubi dsb yang sebenarnya – bukan yang kecil, bukan yang sedikit, Allah memberi se gunung untuk manusia. Jika manusia rasa senang dengan SEBUTIR intan yang kecil, apakah yang ia akan rasai jika di beri segunung intan yang berkilauan? Manusia di beritahu “Itu (segunung intan) adalah untuk mu!”

Shaitan, (laknatulklah alaih, moga2 Allah menjauhkan musuh ini dari kami) menghampiri manusia dari berbagai2 sudut, supaya manusia jatuh kedalam kelalaian, dan sehingga manusia tidak sedar akan wujudnya gunung2 intan/berlian dsb yang berkilauan itu di hadapan mata mereka.

Ruh kamu tidak akan mati. Jasad kamu memang akan mati, tetapi Ruh kamu akan hidup buat selama2nya. Kenikmatan manusia datang dari kefahaman, dan kefahaman adalah milik KEROHANIAN kamu, bukan jasad kamu.

Assalamu’alaikum, wahai manusia yang lalai. Kamu semua adalah hamba-hamba yang lalai. Kamu semua asyik/tekun mengejar dunia, dan kamu tinggalkan kurnia2 Allah yang jauh lebih bernilai dan berharga! Itu adalah kemuncak kelalaian.

Shaitan memasang jerat2 untuk memerangkap ramai manusia. Maka Allah berfirman, “Berilah peringatan, sesungguhnya, peringatan itu membawa manfaat bagi mereka yang mukmin.” Tafsir Ayat itu adalah demikian: Allah berfirman, “Wahai kekasihku, beritahu manusia, di hadapan mereka terdapat berbagai kurnia2 KU, yang mata mereka tidak pernah melihat, dan telinga mereka tidak pernah mendengar, dan akal mereka belum pernah memikirkan. Hamba2 KU tidak pernah faham apa yang AKU telah siapkan bagi mereka.”

Assalamu’alaikum, wahai ulama’2 Salafi. orang Wahhabi memenjarakan diri mereka dalam penjara empat tembok – haram, kufur, bida’ah, shirik. Mereka tidak dapat keluar dari penjara itu, sehingga mereka tidak dapat melihat kebesaran dan keEsa an Allah.

Mereka sangka yang Islam di hantar, untuk memenjarakan manusia. Itulah sangkaan orang2 Wahhabi. Seolah2 Allah mengeluarkan perintah2 untuk memenjarakan hamba2Nya. Orang2 Wahhabi penjarakan manusia dalam empat tembok itu, sehingga manusia tidak dapat bergerak dan melihat kebenaran.

Itu adalah fahaman yang salah! Allah mengeluarkan perintah2 Ilahi, bukan untuk memenjarakan hamba2 NYA, tetapi untuk mengalahkan shaitan dan kuncu2nya, kerana permusuhan mereka dengan anak2 Adam.

Allah mencipta Adam dan Hawa, dan mereka di tempatkan dalam Syurga, bukan dalam penjara.

Allah mencipta manusia untuk memberi manusia dari lautan kurniaNya. Ia tidak mencipta manusia untuk memenjarakan mereka. Shaitanlah yang menjadikan kehidupan manusia di dunia ini seperti penjara. Cara hidup yang pertama yang Allah tunjukkan kepada hamba2NYA, adalah kehidupan syurga. “Dengar nasihat KU, ta’ati KU, dan kamu akan berdiam di sini buat selama2NYA,” firman Allah kepada Adam. “Berhati2lah terhadap shaitan, ia tidak mahu sujud kepada kamu, Adam, maka shaitan mahu keluarkan kamu semua dari syurga. Di luar syurga, hanya azab dan kesedihan/kesengsaraan yang wujud, serta penderitaan, masaalah, kejahatan dan kegelapan, tiada selain itu. AKU mencipta delapan syurga untuk mu, untuk memberi mu dari kurnia dan nikmat KU yang tiada hentinya, tetapi shaitan akan cuba memenjarakan kamu dalam dunia yang kamu tidak boleh keluar darinya. Shaitan akan membawa kamu kepada tempat, yang kamu tidak akan merasakan nikmat kebahagiaan buat selama2nya. Shaitan akan membawa kamu kepada penjara dunia, kamu akan merasakan azab dan kesulitan/kerumitan hidup dan sesuatu yang menyusahkan dan menyakitkan sahaja, supaya kamu sentiasa runsing dan sedih dan menderita. Itulah tujuan/misi shaitan. Aku mencipta mu untuk menghuni syurga, AKU mahu kamu berada di sana buat selama2nya. Tetapi shaitan sentiasa mahu mengeluarkan kamu dari syurga.”

Awliya tidak mahu kamu masuk penjara, hanya shaitan yang mahukan manusia masuk penjara. Shaitan mahu kamu makan tanpa menikmati apa2 rasa, lihat tanpa memahami, mendengar tanpa kefahaman. Shaitan mahu manusia berada dalam kerugian, tanpa peluang untuk selamat.

Allah memerintahkan kepada Nabi (saw), “Dalam pergaulan manusia sesama manusia, mereka mesti mentaati perintah2 KU.”

Allah berfirman, “Mudahkan bagi manusia, dan kamu juga akan di permudahkan.” Jangan menyusahkan manusia. jangan jadikan kehidupan manusia itu susah. Jangan menghalang manusia dari merasakan nikmat Allah.

Allah mencipta kamu dalam Syurga, dan Allah menyiapkan syurga buat selama2nya untuk jadi milik mu. Tetapi zaman ini adalah zaman yang penuh kesusahan, kerana manusia suka menghalang dan pemimpin2 tidak menunjukkan pengikut2 mereka, jalan yang menuju ke syurga dan mereka hanya suka mengarahkan manusia untuk jatuh kadalam Api neraka.

Dengar dan mentaati lah. Mudahkan urusan manusia di keliling mu, dan kamu akan di lindungi. Moga2 kami di ampuni, demi kemuliaan Rasulullah (saw). Fatihah.

This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.