Melodi Sayu Sang Seruling

Suhbah Maulana Shaykh Nazim

Melodi Sayu Sang Seruling

1 Mac 2011, Selasa

A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem

Bismillah-hir Rahman-nir Raheem

Assalamu’alaikum wrh wbkt

Bahagian 1

( Video pendek ini mengandungi dua bahagian, 3 minit pertama ialah persembahan muzik menggunakan sejenis alat muzik asing dipanggil ‘hang‘, sebuah kuali tembikar yang menhasilkan bunyi mistik dan merehatkan.Saksikan dan nikmati halwa telinga sepanjang 3 minit apatahlagi ia dimainkan oleh pemuzik muda yang bersemangat. Sila klik di sini.)

  • Ia sebuah persembahan yang mempesonakan dan mampu membuatkan seseorang seperti berada di alam lain. Maulana menceritakan kepada  pemuzik muda itu bahawa alat muzik ‘hang’ bukan suatu alat muzik yang baru dicipta seperti yang dikata ramai (termasuklah Wikipedia), tetapi ia telah dimainkan sejak zaman Kesultana Uthmaniyah  lagi. Dimainkan oleh wanita-wanita  Harem Diraja di Perkarangan Istana Uthmaniyah bertujuan memberi ketenangan kepada para Sultan.Maulana dengan merendah diri bersyukur kepada Allah kerana menghantar seorang pemuzik muda yang mana persembahan muziknya membantu meringankan bebanan Maulana.

Antara koleksi 'hangs'.

 

Tamat bahagian 1.

Bahagian 2

(Pada bahagian seterusnya dalam video, Maulana memberikan satu pengertian kepada sejenis instrumen muzikal seperti seruling yang menghasilkan irama  sayu dan melankolik dipanggil ‘nay‘. bagi memudahkan, kita gunakan istilah seruling bagi ‘nay’ ini kerana tidak ramai yang tahu apa itu ‘nay’.Setelah Maulana berucap, dapatlah difahami yang intipati dari video ini sebenarnya  bukanlah sekadar persembahan muzikal seruling.)

  • Irama yang dihasilkan seruling senantiasa sayu, melankolik dan mistik. Mengapa?
  • Seruling diperbuat daripada buluh. Buluh itu asalnya dari pohonan buluh. Sejak potongan buluh itu terpisah dari pohon ibunya, potongan buluh berukir yang sedih itu, kini ia sebatang seruling, menangis dan meratap lalu menghasilkan melodi menyayat hati, penuh kerinduan untuk kembali ke asalnya, kepada pepohon buluh.
  • Roh manusia dicipta di Syurga, dan untuk tempoh masa yang tidak tercapai dek akal, Roh kita tinggal disana dengan penuh ketaatan dalam puncak kenikmatan berada dalam Kerajaan Illahi.
  • Diturunkan ke bumi tanpa kehendak, dan diletakkan kedalam penjara jasad kesombongan dan keinginan-keinginan buruk, ia meratapi perpisahahan yang tidak dijangka ini, ia mencari jalan pulang, ke Syurga.
  • Ketika Maulana memperdengarkan alunan seruling , beliau terkenang keluhan derita Ruh-ruh, mencari jalan pulang. “Dengarkan apa yang diperkatan buluh itu,”beliau berkata, “Dengarkan rintihannya!Ia merintih akan perpisahannya daripada pohon asalnya.
  • Maulana memuji pemuzik diakhirnya, mengatakan yang persembahannya ‘hidup’, sebuah persembahan yang lahirnya bukan dari akal, tetapi dari hati!” Persembahan bagaikan persembahan seorang pemuzik handalan,”kata Maulana, “Saya berasa tenang dan senang dengan persembahannya. Dan Guru saya, Syaikh Akbar Abdullah, juga mengesahkannya.”

Al-Fatihah

Huraian

1) Perpisahan dan Perhimpunan Semula

  • Sepertimana bayi menangis apabila ia terpisah dari keselesaan rahim ibunya, perpisahan seruling dari pohon induknya, suatu pengalaman yang menyakitkan dan menyayat hati. Demikian juga, Kematian, perpisahan Roh dari jasad, digambarkan sebagai pengalaman yang mengerikan, ketika Roh meninggalkan jasad, berpisah dari sel dengan sel.
  • Allah memperlihatkan melalui kehidupan dunia, perpisahan sangat menyakitkan, dan perhimpunan semula adalah penawar termanis.
  • Setiap orang akan meratapi kematian orang yang disayangi, malah ada yang tidak dapat menerima hakikat perpisahan tersebut. Meskipun begitu, dalam setiap perpisahan terbentangnya harapan dan keindahan perhimpunan semula. Maulana berkata, walau kita ‘terpisah’ dari makan ketika berpusasa untuk beberapa jam, tiba saat berbuka, hanya sesuap makanan kelihatan begitu lazat dan mengenyangkan.
  • Sabda Rasulullah (saw), “Kerinduan seseorang mukmin adalah suatu tanda keimanan.”
  • Wahai orang yang beriman, tidaklah kamu diciptakan di dunia.Kamu tidak diciptakan untuk dunia. Kamu tidak pernah menjadi sebahagian dari dunia.Dan kamu tidak akan membawa dunia balik bersamamu. Dengarkan rintihan jiwamu! Kamu datang dari tempat nan abadi. Bagi yang mencari, mereka akan dihimpunkan semula kepada Tuhan Maha Kuasa, tiada lagi perpisahan, selamanya.
  • Keabadian, kata Maulana, adalah perkataan terindah, memberi harapan disebalik kekecewaan hidup yang sementara, memberi kegembiraan disebalik kesedihan dan derita hidup, memberi kenikmatan disebalik kesakitan dan racun hidup.Keabadian.

  • Bertanyalah kepada sesiapa yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang dan dicintai, apa yang sanggup mereka korbankan untuk mendapatkan peluang untuk bertemu semula dengan arwah walau buat beberapa ketika-peluang untuk merasai sentuhan kasih, belaian mesra orang yang dirinduinya sepenuh hati. Andai dia diberi peluang untuk bertemu semula dan meluangkan masa bersama selama setahu? Takala itu, hatinya menari dan menyanyi kebahagiaan.
  • Wahai orang yang beriman, tidakkah kita sedar yang kalian kita telah ditawarkan peluang untuk berhimpun semula bersama Kekasih kita, bukan untuk sekadar beberapa ketika, atau setahun, tetapi buat selama-lamanya! Buat selama-lamanya, abadi, Dia akan menghujani kita dengan limpahan kasih sayangNya tanpa berpenghujung, jiwa kita tidak akan lagi menderita akan perpisahan denganNya. Tak kala mengetahui hal in, ketika ini, Jiwa kita sedang merayu agar kita berusaha kearah perhimpunan semula yag abadi itu, dan ambillah segala harapan dan kekuatan dari rintihan itu!
  • Namun, kita mengendahkan rintihan Jiwa yang telah ditinggalkan ini, sebaliknya kita meninggalkan keabadian, kita memilih perpisahan dari-Nya – lantas kita memilih dunia. Maka, apabilakita pulang ke kampong akhirat, kita kan merindui dunia, memandangkan kita tidak akan kembali ke dunia, tiba giliran kita pula menangis kerna dipisahkan selamanya dari yang kita cintai-dunia.

 

2) Pembimbing  Sebenar adalah Penakluk-penakluk Hati

  • Di penghujung video, Maulana ada memuji pemuzik tadi dengan jolokan Pakar, dia meniup seruling dari hati, dan bukan dari mindanya, maka, alunan seruling itu ‘masuk’ ke dalam hati Maulana, memberi ketenangan dan kesenangan. Maulana sedang mengajar kita bahawa pada dewasa kini, ada dua golongan ulama.
  • Golongan pertama adalah golongan Intelek, kata-kata mereka lahir dari minda yang penuh dengan hafalan nota dan diskusi intelek. Mereka ini sibuk mencari-cari pangkat dan penghormatan, dan mereka sangat pandai berbicara, mengutip sedikit sebanyak dari penyelidikan dan kertas-kertas tesis mereka. Dek kerana perkataan yang keluar dari mereka datangnya dari akal, ia hanya dapat sampai ke akal-akal pendengar, tetapi tanpa cahaya, ia membebankan minda. Seorang pelajar mendapati dirinya penuh dengan pelbagai ilmu, namun masih tidak dapat melawan kejahatan dalam dirinya.
  • Maulana berkata, Guru dalam golongan ini percaya bahawa untuk mengajar sesuatu topik/subjek, seseorang itu mesti menelaah kitab yang berkaitan. Mereka berkira-kira jika banyak membaca dan menghafal buku-buku bolehlah mereka digelar aleem. Perkataan yang sampai di pemikiran murid tidak dapat memberikan kepuasan, kepuasan akan tiba hanya apabila ilmu sampai ke dalam hati murid.
  • Guru dalam golongan kedua pula, mengeluarkan kata-kata dari hati yang bercaya, dari mutiara-mutiara hikmah dan dari permata kefahaman yang sebenar. Ilmu mereka adalah ilmu rasa, tiada yang dapat mencari mutiara atau permata tanpa melalui perjalanan yang sukar. Guru yang diberkati ini , berkata-kata kepada hatimu, dan hatimu menjadi tenang dan segar berada dalam lingkungan mereka.
  • Anda pasti nampak perbezaanya!Kata Maulana, perbezaannya seperti syurga dan bumi! Pasti sahaja manusia dapat membezakan buah dari plastic dengan buahan yang asli. Salah satu jenis ucapan(dengan ego), ditujukan kepada akal, ia membebankan anda, manakala yang satu lagi, ia menenangkan dan membawa kepada kepuasan Jiwa. Maka carilah Guru yang sejati, yang berkata-kata dari hati ke hati,kerana dari hati ke hati, terjalinlah ikatan.
  • Maulana mengingatkan semua murid, sepertimana anda mampu untuk memuntahkan kembali makanan yang tercemar yang anda telah telan , lain pula halnya dengan ilmu yang tercemar ( pengajaran oleh guru golongan pertama tadi), anda tidak dapat memuntahkannya keluar dengan mudah. Ia akan sentiasa bersama anda, meracun anda hingga ke akhir hayat anda. Maka, kata Syaikh Akbar, kita harus berhati-hati dan menjauhi golongan yang menolak Tarikat dan Mursyids, jika tidak, kita bakal menanggung beban kegelapan dan hidup dengan hati yang luka!

This Summary is dedicated to the loving memory of dearest Sister Maryam Fatima, daughter of Shaikh Muhammad Baba Ishtiyaque (Maulana’s representative for UAE), who passed away hours before this Summary was posted. She was the sublime inspiration behind this Summary, for whilst she tasted the sweetness of reunion, we were left with the sadness of separation. May Allah bless her Soul eternally, and may her loved ones be bestowed everlasting tranquility, for the grief that they have borne so patiently. Ameen. Al Fatihah.

 

 

This entry was posted in Suhbah @mk and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.