Suhbah pada 28hb June 2010
Kamu adalah hamba, tetapi kamu tidak kenal perhambaan!
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Shafaatkanlah kami, ya Sayyidi ya Rasulullah. Salam atas Imam kami, Qutbul Zaman, Sahibul Zaman. Kami memohon dukungan dari Grand Shaykh, dia yang bertanggungjawab atas bumi ini, kami memohon pertolongan dari Ilahi.
A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem.
Apabila seseorang menembak senapang yang di isi dengan peluru ‘A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem‘, peluru itu pasti akan terkena tepat pada sasarannya. Apabila kamu mengucap A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem, kamu sedang menembak kearah shaitan, dan itu adalah tembakan/serangan yang akan kena tepat pada sasarannya. Maka sebutlah A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem, dan shaitan akan di tembak. Selepas ia di tembak, ia akan berdiri lagi, maka jika kamu rasa seolah2 shaitan mengganggu kamu lagi, bacalah lagi A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem. Jangan sebut hanya A’uzubillah, tanpa menghabiskan Ayat itu dengan sempurna. Jika kamu sebut hanya A’uzubillah, kamu memohon perlindungan dari apa?
Sebutlah Bismillah hirrahman nirrahheem, bacaan itu adalah satu kuasa yang hebat. Kamu boleh menggoncang bumi ini dengan Basmalah. Kami memohon dukungan dari Guru yang Suci, dan kami menyebut Bismillah hirrahman nirraheem, moga2 kami di ampuni dan di berkahi.
Yang berkumpul untuk mendengar Suhbah hari ini, ini adalah hanya segelintir manusia dari permukaan bumi ini… mereka adalah hamba2 Allah. Mereka adalah hamba2, tetapi mereka tidak mengenal apa itu erti PERHAMBAAN.
Assalamu’alaikum.
Kamu kenal segala2nya dalam hidup ini, dan di atas bumi ini, tetapi kamu tidak mengenal apa itu perhambaan. Tanyalah kepada mereka yang mengaku pandai. Mereka tahu segala2nya, kecuali bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenar benar nya.
Assalamu’alaikum wahai yang hadir.
Kamu mendakwa kamu tahu segala2nya, wahai ulama’2 Salafi. Kamu tidak sedar yang kamu adalah hamba. Kamu menyangka yang kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Setiap ulama’ Salafi menyangkakan yang mereka adalah orang2 kenamaan. Memang kamu boleh mendakwa demikian. Saya adalah hanya seorang hamba yang lemah. Maka saya tujukan pertanyaan ini kepada mereka ini – adakah kamu hamba Allah? Dan adakah Allah telah mengangkat kamu sebagai manusia yang mempunyai maqam yang tinggi, manusia yang mencapai kedudukan perhambaan yang setinggi2nya?
Saya hanyalah seorang hamba yang lemah, saya sendiri belum mengenal dengan sepenuhnya, apakah itu perhambaan.
Maka saya bertanya kepada ulama’2 Salafi….kerana kamu telah mendakwa yang kamu di utus untuk memperbaharui agama Islam…..maka apakah yang kamu akan perbaiki? Apakah ajaran baru yang akan kamu sebarkan? Dari sudut manakah dan arah manakah ajaranmu yang baru itu akan ditujukan/dimulakan? Manakah jalan yang benar untuk manusia, ajarkanlah kami, wahai ulama’2 Salafi? Apakah nama jalan yang benar itu?
Seluruh dunia Islam sedang menanti jawabanmu.
Inilah waktunya manusia sejagat mesti mengambil perhatian mengenai realiti/haqiqat Islam. Manusia telah sampai ke tahap itu sekarang, kerana mereka semua rasa yang mereka telah sampai di suatu ruang yang mereka tidak dapat berdiri atau pun duduk – mereka tidak tahu apa yang mereka harus lakukan. Adakah patut mereka berdiri? Atau patut kah mereka duduk? Mereka mesti punya tempat, untuk duduk ataupun berdiri. Apakah tempat itu, foundasi itu, yang kepercayaan manusia di bina diatasnya?
Inilah abad ke 21. Inilah soalan yang sangat penting sekali. Kamu tidak boleh duduk tanpa berada di atas sesuatu tempat/maqam. Dan kamu tidak dapat berdiri, tanpa berada di satu tempat/maqam juga. Tanpa tempat yang kamu berdiri di atasnya, kamu sedang hidup TANPA PENDIRIAN!!
Pada awalnya, inspirasi datang dari luar diri manusia, sehingga inspirasi ini meresap ke jiwanya – ini sangat penting. Ia hanya akan berlaku, jika kamu memberi perhatian kepada apa yang terjadi di sekeliling mu. Maka manusia yang menerima inspirasi ini, akan mula bertanya kepada diri mereka – SIAPAKAH DIRIKU? KAMI BERADA DI MANA SEKARANG? KE MANA AKAN KAMI PERGI SELEPAS KEHIDUPAN DUNIA INI? Manusia mula mencari jati dirinya.
Manusia merasa terkagum dengan kehebatan teknologi masa kini. Mereka telah mula bertanya, mereka sangat hairan akan kehidupan ini. Mereka terkejut dengan apa yang mereka sedang lihat dan nikmati dengan teknologi moden yang sungguh hebat sekarang. Memang sifat manusia semula jadinya sentiasa ingin tahu sesuatu, itu adalah sifat yang Allah kurniakan kepada manusia. Manusia telah mencapai ketinggian dengan materi yang mereka miliki, begitu hebat teknologi mereka, sehingga mereka sendiri terkagum dengan nya. Ini adalah batasan bagi teknologi. Mereka mula mencari sesuatu untuk kerohanian mereka pula sekarang. MENGAPAKAH AKU BERADA DI SINI? Manusia telah mula bertanya.
Setiap yang telah tercipta, mesti berdiri di atas sesuatu (Maha Suci Allah yang tidak bertempat, maka makhloq yang berlawanan dengan Khaliq, mesti mempunyai TEMPAT untuk wujud).
Maka di mana kamu sedang berdiri atau sedang duduk? Bumi ini? Maka bumi ini wujud di atas dasar apa? Bagaimana ia di tempatkan? Menurut pakar pakar ilmu sains, bumi ini berada di dalam Sistem Solar. Maka Sistem Solar itu di tempatkan di mana pula? Atas dasar apa?
Adakah kamu sedang duduk atau berdiri? Kamu duduk di atas kerusi? Maka jika semua orang duduk di atas kerusi, semua orang adalah pengerusi. (Maulana bercanda) Suami patut menjadi pengerusi. Isteri sepatutnya mentaati suami, tetapi mereka juga mahu menjadi pengerusi. Jika semua orang menjadi pengerusi, siapa yang akan menjadi pengikut?
Wahai ulama’2 Salafi, kamu berdiri atau kamu sedang duduk? Katakanlah…kami berdiri untuk menghormati Allah, dan Rasulullah (saw). Ini adalah sesuatu pertanyaan yang penting – apakah tujuan manusia di wujudkan? Apakah misi/tujuan hidup ? untuk berdiri atau duduk? Tanpa apa2 tujuan, kamu tidak akan ada arah dalam hidupmu.
Apakah tujuan sebenarnya, manusia di cipta? Siapa yang mencipta kami? Mengapa DIA mencipta manusia? Apakah tujuan utama – misi yang paling penting untuk manusia? Orang Muslim dan kafir semuanya sedang bertanya soalan ini.
Mungkin seorang manusia akan berkata kepada temannya, “Wahai temanku, mengapa kami di cipta?” Jawabannya, “Wahai saudara ku, aku pun tak tahu jawaban kepada kemusykilan kamu. Kami mesti mencari orang yang bijak pandai untuk bertanya, apakah tujuan utama kamu di cipta.”
Maka ia di tanya lagi “Kepada siapakah kami harus bertanya?”
Temannya menjawab, “Kepada Pope? Itu adalah untuk dunia orang Kristian. Kamu seharusnya bertanya kepada orang aleem dari kalangan kamu. Mungkin kamu boleh bertanya kepada mereka yang mendakwa, yang mereka adalah satu2 nya kumpulan yang benar, mereka ini adalah ulama’2 Salafi, dan mereka mendakwa selain dari golongan mereka, seluruh dunia Islam menganut sesuatu yang sesat.”
Maka apakah jawabannya, wahai ulama’2 Salafi? Apakah tujuan utama manusia di cipta? Sebutlah. Katakanlah. Adakah kehidupan kamu untuk mencapai gelaran2 palsu? Atau untuk mencapai gelaran2 supaya manusia menghormati kamu? Atau mengenal kamu? Adakah itu tujuan hidup?
Mengapa mereka tidak berkata – KAMI DI CIPTA UNTUK PERHAMBAAN!
Mengapa kamu (ulama’2 Salafi) sibuk mengkafirkan ummat Islam yang tidak mengikuti fahaman Wahhabi? Tinggalkan itu semua. Adakah kamu seorang hamba, atau adakah kamu Penghukum?
Tujuan utama manusia di cipta, adalah untuk PERHAMBAAN. Beritahu Raja2 dan Sultan2 – beritahu mereka, yang mereka juga adalah HAMBA ALLAH. Raja2 dan Sultan2 mesti sedar yang gelaran mereka adalah sesuatu yang palsu/tiruan. Sebenar2 kemuliaan adalah PERHAMBAAN. Itulah dasar kehidupan kamu, di atasnya kamu akan berdiri atau duduk. Tanpa dasar PERHAMBAAN, kamu tidak mempunyai pegangan hidup, kamu hanya melayang tanpa pendirian.
Setiap hari, kamu di panggil Muazzin untuk solat 5 kali sehari. Apabila azan berkumandang, itu adalah panggilan kepada perhambaan, maka, apa yang kamu lakukan? Apabila Muazzin/Bilal melaungkan ALLAHU AKBAR, kamu mesti memanggil manusia kepada perhambaan, dan tunaikan solat mu/sembahyang mu. Tanpa dasar perhambaan, seluruh usaha kamu sia2 sahaja.
Itulah tujuan utama, yang Allah berfirman kepada Rasulullah (saw), “Berilah peringatan, sesungguhnya, peringatan itu baik bagi mereka yang beriman.” Maka setiap hari, saya memanggil mu, mengajak mu, kepada perhambaan. Ada pepatah yang berbunyi, “Manusia sentiasa LUPA, mereka di jadikan atas dasar kelupaan.”
Maka jangan bosan mendengar nasihat. Selama 23 tahun, Nabi memberi peringatan dan nasihat kepa para Sahabatnya. Nabi mengajak Ummatnya kepada perhambaan, maka berilah hidupmu untuk perhambaan. Jika tidak, kehidupan mu akan di racuni, dan kamu akan binasa. Moga2 Allah ampunkan kami semua.
Fatihah.