Suhbah Jumaat Maulana Shaykh Nazim
Hanya Merendahkan diri, dapat meningkatkan Darjat
25hb Mac 2011
A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem
Bismillah-hir Rahman-nir Raheem
Assalamu’alaikum wrh wbkt
(Walaupun Suhbah ini ditujukan terutamanya kepada para diktator Arab seperti Ghaddafi dan Assad, tersirat di sebalik kekuatan Suhbah ini, ajaran-ajaran untuk menjinakkan ego suka memerintah dalam setiap orang.)
- Maulana bermula dengan mengingatkan semua, bahawa manusia adalah hamba Allah yang lemah, tetapi ego kita tidak pernah menerimanya – maka kebanyakan orang percaya yang mereka berkuasa, dan cuba menggunakan kuasa sebegitu ke atas orang di sekelilingnya. Penipu terbesar, kata Maulana, adalah orang yang mengaku mempunyai kuasa. Sentiasalah berkata kepada diri sendiri – kami hanyalah hamba Allah yang lemah!
- Terdapat hikmah di dalam semua ciptaan Allah. Dia telah menentukan yang kita hidup dengan bernafas – manusia menyedut 24 000 nafas setiap 24 jam. Allah Maha Berkuasa, Dia boleh menjadikan Manusia makhluk yang hidup tanpa perlu bernafas, tetapi tidak. Mengapa? Supaya setiap ketika keperluan terhadap udara ini, adalah peringatan berterusan terhadap kelemahan dan ketidak upayaan dan terhadap pergantungan sepenuhnya kita pada Yang Maha Besar. Pada ketika tempoh masa nafas kita terhenti – kita mati serta merta! Jika tidak dibenarkan untuk menghembus apa yang kita telah sedut, atau jika tidak dibenarkan untuk menyedut sebaik selepas kita – maka, itulah berakhinya kewujudan kita di dunia. Begitulah lemahnya kita – Kita adalah perayu dalam setiap saat hidup kita, merayu untuk satu lagi nafas udara daripada Allah. Dengan menjadikan Manusia memerlukan Nya, dalam setiap saat kewujudannya, Allah mengajar kita yang kita adalah makhluk Nya, kita tidak boleh hidup tanpa Nya.
وَخُلِقَ ٱلۡإِنسَـٰنُ ضَعِيفً۬ا
Manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah An-Nisa 4:28)
- Allah telah menentukan bahawa Manusia adalah lemah, jadi bagaimanakah manusia boleh mengaku bahawa dia seorang yang berkuasa? Hanya kerana anda sedang duduk di atas Takhta, dan memakai sebuah Makhkota, tidak menjadikan anda berkuasa, atau berbza daripada yang lain! Begitu ramai diktator, disokong oleh pasukan tentera yang kuat dan senjata pemusnah yang menakutkan, merasakan berkuasa dan lebih kuat ke atas orang awam di bawah mereka. Lihat dan pelajari daripada apa yang berlaku di Jepun dua minggu yang lalu. Bolehkah Takhta dan Mahkota yang anda miliki, atau pasukan tentera terlatih anda atau senjata bereka bentuk canggih anda, membantu anda apabila hukuman Allah datang dari langit, atau dari laut atau dari bawah kaki anda? Tidak. Tetapi manusia masih mengaku yang dia berkuasa.
- Syaitanlah yang mengajar Manusia dia adalah berkuasa. Dengan membuka jalan kepada Manusia terhadap pengunaan kekuasaan teknologi, syaitan telah menjadikan Manusia makhluk yang angkuh. Apa yang telah dibukakan kepada Manusia hanyalah laluan yang sangat kecil terhadap penggunaan rahsia-rahsia sains, tetapi dia masih berfikir yang dia tidak dapat dikalahkan dan tidak takutkan sesiapa, dan dia benar-benar percaya yang dia tidak bergantung kepada Tuhannya . Wahai manusia, jangan turut syaitan!
أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَـٰنَۖ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬
“Bukankah aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!(Surah Ya-Sin 36:60)
- Biarpun mengetahui bahawa cara syaitan membawa kepada kesesatan, begitu ramai orang telah ditipu melalui kepetahan lidahnya mempercayai yang mereka mempunyai kuasa dan bahawa, dengan bantuan teknologi, mereka boleh mengawal apa yang berlaku dalam hidup mereka. Apabila kepercayaan ini berakar umbi di dalam mereka, mereka mula berasa yang mereka boleh mengawal yang lain dan melakukan mengikut sesukanya, memandangkan mereka memiliki kewangan, pengaruh, pengetahuan dan kuasa. Akhirnya khalayan ini menjadikan mereka penindas kuku besi dan diktator.
- Bagaimanakah idea yang mengatakan mereka adalah makhluk yang berkuasa boleh memasuki minda khayalan mereka? Apakah yang membezakan diktator daripada rakyatnya? Hari ini, seorang diktator sebegitu berada di Libya, menafikan seruan berjuta rakyatnya untuk pergi, percaya dengan teguh yang dia berhak untuk memerintah, dan bahawa dia lebih berkuasa berbanding semua rakyatnya. Dia berkata, “Saya akan lakukan apa yang saya suka.” Seorang lagi berdiri di puncak di Syria, juga dengan ideologi yang serupa – “Saya akan melakukan dengan cara saya, walau jika saya perlu menghancurkan kehendak ramai! Apa yang mereka mahu, tidaklah penting. Apa yang saya mahu, itulah yang penting! Sayalah yang berkuasa, dan berjuta di luar sana mesti mematuhi arahan saya dan patuh dengan kehendak saya.” (Baca Suhbah terawal tentang terdapatnya Firaun dalam setiap daripada kita)
- Maulana melabelkan penindas sebegitu sebagai orang tidak berminda, tidak beriman dan pembantu syaitan. Allah mengingatkan semua pemimpin dan mereka yang dianggap ‘berkuasa’: “Kama juga manusia, tidak berbeza daripada manusia yang kamu perintah. Kamu sama seperti sesiapapun di antara mereka. Kamu tidak istimewa, kamu bukannya lebih berkuasa berbanding mereka.” Maulana berkata, bukanlah seperti mereka memiliki sesuatu yang luar biasa, seperti mempunyai empat kaki, lima tangan, dua mulut atau ekor.
- Namun begitu biarpun kelihatan seperti manusia biasa lain di bawah pemerintahan mereka, syaitan telah mengajar mereka bahawa adalah hak mereka untuk memerintah dan menyuruh berjuta yang lain tunduk terhadap nafsu syahwat mereka, dan bahawa adalah hak mereka yang mereka akan perlu dipatuhi dengan taat oleh berjuta yang lain, tanpa bantahan. Bagaimanakah seseorang mengaku hak itu?
- Adakah anda begitu istimewa, Maulana bertanya, sehingga anda tdak perlu melepaskan hajat di tandas? Jika anda sememangnya mempunyai kedudukan istimewa di atas orang biasa, maka pastinya anda tidak akan perlu melakukan perbuatan yang merendahkan seperti membuang air kecil dan besar, seperti yang dilakukan orang biasa setiap hari! Atau mungkin, apa yang anda hasilkan di tandas adalah agak berbeza dan lebih utama berbanding orang biasa.
- Tetapi jika sememangnya anda pergi ke tandas, dan melakukan apa yang orang biasa lakukan di situ, maka bagaimana anda menganggap diri anda manusia luar biasa yang lebih utama, yang keinginannya lebih penting berbanding segala di bawah pemerintahan anda? Mereka berkata seperti penjajah, “Saya tidak mahu meninggalkan kedudukan saya sebagai pemimpin.” Siapakah awak, Maulana berkata, untuk berkata sebegitu?
- Wahai para diktator yang sesat, anda makan dan minum seperti orang biasa lakukan, dan anda menghasilkan sisa buangan yang orang biasa hasilkan; tiada apa yang menjadikan anda berbeza daripada mereka yang anda dakwa. Duduk di bekas tandas perak atau emas tidak menjadikan anda lebih istimewa, dan tidak menjadikan sisa buangan anda begitu berbeza dengan orang biasa.
- Para pemimpin yang gila kuasa tidak nampak yang mereka akan disoal pada Hari Pengadilan mengenai pemerintahan dan rakyat mereka. Para pemimpin muslim akan dpertangungjawabkan jka mereka tidak melaksanakan Syariah Allah yang Suci. Adakah mereka fikir Allah menurunkan Syariah supaya manusia boleh mencemarnya, memisah-misahkannya, melenyeknya dan membuangnya keluar ke tingkap? Hari ini para pemimpin Muslim membelakangkan Hukum Syariah, dan menggantikannya dengan Perlembagaan buatan-manusia mereka sendiri, mengingkari secara terbuka Allah SuruhanNya. Setiap pemimpin baru memperkenalkan undang-undang baru, menyesuaikan Perlembagaan itu untuk kepentingan dan keuntungan peribadinya. Adakah mereka tidak berfikir bahawa Allah akan menghukum mereka kerana ini?
- Beginikah cara seorang pemimpin Muslim sebenar berfikir – bahawa undang-undang buatan-manusia lebih utama berbanding undang-undang berdasarkan Nas? Ghadafi mempunyai sebuah Buku Hijau khas yang ditulisnya, yang digunakan dalam pemerintahannya. Tanpa rasa takut, dia membelakangkan Syariah Islam dan Al Quran, tidak menunjukkan sekelumit pun rasa malu atau bersalah! Allah akan menghukum para penindas ini yang begitu berani menentang Allah secara terbuka. Dunia Islam berada dalam kucar-kacir, kerana tiada pemimpin yang menegakkan Syariah yang suci. Para ulama mendiamkan diri apabila para diktator ini mengabaikan Al Quran dan emmperkenalkan cara pemerintahan yang asing terhadap Islam terdiri daripada Parlimen Berdemokrasi yang diperintah oleh Perlembagaan.
- Semua yang dihasilkan oleh seorang manusia daripada dirinya sendiri adalah rembesan dan kumuhan yang kotor, Maulana berkata, dan penciptaan yang asing daripada Islam oleh para pemimpin moden negara Muslim hari ini, masuk ke dalam kategori yang sama –mereka memerintah dengan pemikiran campuran korup yang sumbang.
- Wahai para pemimpin, Allah bukannya tidak mempedulikan apa yang kamu lakukan!
لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬ۚ
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. (Surah Al-Baqarah 2:255)
وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan. (Surah Al-Baqarah 2:140)
Kamu (wahai para diktator) telah diberikan hak untuk memerintah para hamba Allah, untuk menggembirakan dan menyuburkan para makhluk Allah yang dicintai, sebaik yang kamu boleh; bukan mendera atau membunuh mereka! Tetapi kamu bersikap seperti kamu tidak akan dipanggil untuk penghakiman di Mahkamah KeadilanNya. “Mereka adalah hamba-hambaKu,” Allah berkata, tetapi masih para diktator yang kejam ini, diasyikkan dengan beratnya tanggungjawab yang dipikul di bahu mereka, melayan rakyat mereka seperti mereka adalah hamba mereka. Dengan itu hukuman Allah mula diturunkan ke atas dunia Islam, bermula dengan Tunisia, Jazair, Libya, Mesir, Syria, Iraq, Turki, Hijaz dan Yaman.
- Dunia bukan-Muslim akan juga meneima hukuman dari Yang Kuasa, kerana mereka telah berpaling daripada Arahan-arahan dan Kirab Suci Yang Maha Esa, sementara jauh di lubuk hati mereka, mereka tahu dan percaya akan kewujudan Tuhan Maha Besar. Setiap Nabi datang kepada Manusia untuk mengajar orang akan had-had mereka – apa yang diterima dan tidak diterima pada Pandangan Allah, begitu juga untuk mengajar Manusia bagaimana untuk menjalani kehidupan yang diredhai oleh Tuhannya. Setiap manusia yang hidup bercanggah dengan Arahan Yang Esa, membawa kepada kemarahan Tuhan ke atas dirinya sendiri, dengan itu kita melihat banjir sebagai bencana alam yang tiba-tiba menerjah dengan ganasnya.
- Sesuatu yang cukup memalukan bahawa para pemimpin Muslim Negara-negara Islam menolak melaksanakan Hukum Syariah, tetapi kini, para pemimpin Muslim lebih memalukan Islam. Dengan mendakwa dan membunuh rakyat mereka sendiri, sehingga negara-negara bukan-Muslim perlu masuk campur untuk menyelmatkan mereka! Lihatlah bagaimana mereka telah merosakkan keindahan Islam dengan tindakan mereka yang hina itu! Maulana berdoa semoga para pemmpin penjenayah ini dihapuskan.
- Dengarlah, dan taati, Suruhan-suruhan Allah, kerana setiap orang yang ingkar akan dihukum. Maulana berdoa semoga Allah menghantarkan tentera SuciNya untuk menegakkan Hukum Syariah, dan untuk menjatuhkan mereka semua yang menentangnya. Maulana mengingatkan semua yang hadir, bahawa dia bukan bercakap daripada egonya, dia hanyalah memaklumkan apa yang telah di terima dalam hatinya.
Komentar
- Semua manusia diciptakan sama. Rasulullah (saw) bersabda, “Oranga dalah bersamaan seperti sebaris gigi.” Maulana menerangkan dengan cara yang ringkas dan merendah diri di atas, bahawa kita semua mempunyai organ-organ yang sama dan melakukan perbuatan yang sama seperti perlu pegi ke tandas, jadi kita mesti sentiasa mengingati bahawa kita tidaklah lebih baik daripada yang lain.
- Tetapi iblis mengendangkan gendang berbeza. Dia menggambarkan dirinya lebih baik daripada Sayyidina Adam (as), dan dengan berbuat demikian, mendapat kemurkaan dan kelaknatan Allah. Dibuang dari syurga, dia bersumpah untuk menyesatkan Manusia – dan dia melakukannya dengan menjadikan Manusia melakukan apa yang dilakukannya, supaya Manusia juga akan dilaknat dan dibuang. Iblis mengajar Mansuia melihat dirinya di atas dan lebih utama berbanding mereka di sekelilingnya. Ini adalah punca di sebalik kejatuhan Iblis, dan ini adalah misi utama iblis – untuk menanamkan di dalam Manusia rasa bangaa dan bongkak melihat dirinya sendiri sebagai lebih baik daripada yang di sekelilingnya. Seseorang dengan kesombongan sebesar atom dalam hatinya, tidak akan mencium bau Syurga, bersabda Rasulullah (saw). Walau jika anda berasa lebih utama berbanding seseorang, anda telah melakukan seperti mana iblis lakukan, kerana dia berasa lebih utama berbanding seseorang juga.
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” (Surah Al-A’raf 7:12)
- Syaitan sentiasa mengajar Manusia, bahawa hanya dengan menjadi ‘seorang dariapda yang ramai’ tidak cukup baik. Kamu mesti tunjukkan pada dunia yang kamu adalah lebih baik berbanding yang lain, dan kamu mesti megisytiharkannya dengan bangga! Maka syaitan menjadikan Manusia bangga diiktiraf dan dipuji kerana kemahiran, kemampuan dan bakatnya, menajdikan Manusia lupa bahawa semua ini adalah anugerah pemberian-Tuhan. Dengan itu orang mula mencari kemasyhuran dan nama. Mereka mahu menjadi penyani terbaik, ahli sukan terbaik, usahawan terbaik, model terbaik, musabaqah terbaik atau manusia tercantik. Orang sanggup menghabiskan seluruh hidup untuk berlatih trampolin atau di dala kolam renang, hanya untuk berdiir di atas pentas beberapa minit bersama sebuah pingat disekitar leher mereka, mengakui yang ‘Saya adalah yang terbaik di dunia!’ Kuiz dan pertandingan memberikan peluang yang lebih dari cukup untuk membuktikan bahawa seseorang adalah yang terbaik.
- Jika syaitan mampu menjadikan menusia menaikkan drinya melebihi yang lain, dia telah berjaya ‘mengklonkan’ dirinya, mencipta satu lagi kejahatan yang sombong, yang mahu orang lain tunduk kepadanya, tetapi terlalu bangga untuk menundukkan dirinya. Dengan menggalakkan ego, syaitan membantu Manusia membina dan mendaki langkahnya, mengisytiharkan kehebatan dan keutamaannya.
- Orang melihat dirinya berkuasa, dan dengan itu utama, dalam pelbagai cara. Sesetengah berfikir yang mereka berkuasa secara fizikal, yang lain pecaya mereka secara rohani begitu. Juga yang lain percaya meeka mempunyai intelek yang berkuasa, tentera yang kuat, kewangan yang kukuh dll. Syaitan sentiasa mengingatkan kita bahawa kita berkuasa, dan ego suka dimaklumkan sebagai utama berbanding yang lemah. Budaya mencari keutamaan berbanding yang lain, adalah fahaman ego kita, dan Shaykh bagi ajaran-ajaran membina-ego yang merosakkan sebegitu tidak lain adalah iblis sendiri. Jadi nasihat ringkas tetapi berkesan daripada Maulana ini, untuk mengingatkan diri kita bahawa kita sememangnya lemah, adalah penawar bagi penyakit yang semakin berleluasa yang menimbulkan kekacauan pada manusia hari ini.
- Apabila sebuah negara berasa lebih utama berbanding yang lain, ia akan mahu menjajah dan menjadikan rakyatnya sebagai bahan. Apabila satu bangsa berasa lebih utama berbanding yang lain, ia akan mahu mendakwa dan mendominasibangsa yang lain. Apabila seorang individu berasa lebih utama, dia mahu yang laut patuh dan menurut perintah kepadanya. Lihat bagaimana ajaran-ajaran syaitan membawa Manusia kepada perang, persengketaan, kebencian dan kekejaman dengan mencipta penzalim, diktator dan penderita megalomania.
- Ironiknya, tiada siapa mahu menjadi penganut terbaik, pasangan terbaik, ibubapa terbaik atau hamba terbaik kepada Tuhan Maha Kuasa. Tiada pingat dianugerahkan untuk ini, tiada pentas untuk hadiahnya, jadi ia adalah pencapaian yang tidak menarik untuk dicapai.
- Maulana sendiri sentiasa berkata yang dia adalah hamba yang lemah, dalam perkataannya sendiri, ‘Saya mungkin hamba Allah yang paling lemah’. Jika Tuan dan Sultan kita sendiri yang mengatakannya, setiap timbalan, murid dan muhib sepatutnya malu untuk mengakui keberanian rohani atau darjah yang tinggi bagi diri mereka.
- Tariqat melatih penganutnya melihat diri mereka sebagai seorang yang merendah diri, tidak berkepentingan. Di sebalik menaikan ego kita ke atas ayunan langkah, tariqat melakukan yang sebaliknya – kita diajar dan dilatih untuk merendahkan diri kita ke dalam perasaan penuh malu. Kita diajar untuk tidak melihat yang lain lebih baik berbanding diri kita. Apabila kita melihat yang muda, kita tahu mereka adalah lebih baik berbanding kita kerana mereka lebih sedikit berdosa. Apabila kita melihat pada yang tua, kita tahu mereka adalah lebih baik kerana mereka telah melakukan lebih banyak kebajikan berbanding kita. Kita mencari untuk setiap alas an dan sebab bagi menaikkan yang lain dan memarahi diri kita.
- Baca apa yang Shaykh Abdul Qadir jilani (q) katakan tentang rasa malu.
Dengan kerana nilai ini, rasa malu, kediaman hamba itu diluaskan, darjatnya dinaikkan, kehormatan dan keunggulannya disempurnakan pada pandangan Allah (Maha Suci bagiNya) dan pada pandangan makhluk-makhlukNya, dan bahawa diperkasakan untuk mencapai matlamat keduniaan dan akhiratnya. Nilai ini adalah akar, dahan dan himpunan daripada semua nilai, dengannya hamba itu mencapai darjat-darjat muhsin, mereka yang cukup dengan Allah (Yang Maha Besar) dalam suka dan juga duka. Ini adalah kesempurnaan takwa.
Rasa malu bermakna bahawa hamba itu tidak pernah bertemu sesiapa tanpa mengandaikannya lebih bernilai daripada dirinya. Dia akan sentiasa berkata: “Mungkin lebih baik berbanding saya pada pandangan Allah, dan lebih tinggi darjatnya.” Jika dia adalah seorang muda, dia akan berkata: “Orang ini belum lagi mengingkari Allah (Yang Maha Besar) seperti yang telah saya lakukan, jadi dia pastinya lebih baik berbanding saya.” Jika dia adalah seorang yang lebih tua, dia akan berkata: “Orang ini menyembah Allah lama sebelum saya melakukannya.” Jika dia adalah seorang terpelajar, dia akan berkata: “Orang ini telah menerima seusatu yang saya belum alami, dan telah memperoleh sesuatu yang saya tidak perolehi. Dia tahu benda-benda yang saya abaikan, dan dia mengamalkan ilmunya.” Jika dia adalah seorang yang lalai, dia akan berkata: “Orang ini telah mengingkari Allah dengan kelalaian, sementara saya telah mengingkariNya secara sedar. Saya tidak tahu apakah hujung hayat yang telah ditetapkan olehNya untuk saya, atau juga apakah hujung hayat yang telah ditetapkan olehNya untuknya.” Jika dia bukan orang Islam, dia akan berkata: “Saya tidak tahu mungkin dia akan memeluk Islam dan berakhir dengan kebaikan di hujungnya, dan mungkin saya akan menjadi tidak beriman dan mendapat penghujung yang buruk.” |
- Baca petikan berikut daripada kisah benar seorang daripada Shaykh Besar Naqshbandi kami, iaitu murid terbaik Shaykh Sayyid Jamaluddin al-Ghumuqi al-Husayni ad-Daghestani (q), Orkallisa Muhammad, menemui satu tahap, apabila dia menyedari bahawa dia adalah manusia terkeji di dunia. Baca apa yang berlaku kepadanya seterusnya.
Suatu masa Sayyid Jamaluddin al-Ghumuqi (q) telah bersama-sama para pengikutnya dalam sebuah majid besar bandar itu sedang mengerjakan sembahyang malam secara berjamaah. Apabila solat-solat itu telah selesai, setiap orang keluar dan mengunci masjid itu dari luar. Seorang yang tinggal kekal di dalam masjid, bersembunyi di sebalik sebatang tiang. Namanya ialah Orkallisa Muhammad, seorang daripada murid terbaik Sayyid Jamaluddin (q). Dia bercakap kepada dirinya sendiri dan berkata, ‘O Orkallisa Muhammad, sekarang tiada siapa bersama dengan kamu, kamu bersendirian. Pertahankan diri kamu.” Dan menjawabkan dirinya sendiri, “Bagaimana saya boleh mempertahankan diri saya? Saya adalah orang terkeji yang Allah telah ciptakan di atas muka bumi ini. Untuk membuktikannya, saya bersumpah bahawa untuk membuktikan apa yang saya kata bukan yang sebenarnya saya percaya, maka isteri saya adalah haram bagi saya!” Dia tidak tahu bahawa Shaykhnya juga sedang menyembunyikan dirinya di dalam masjid memerhatikannya. Shaykh memandang ke dalam hatinya. Dia lihat di dalam hatinya dia sebenarnya percaya dirinya sebagai orang terkeji pernah tercipta. Sayyid Jamaluddin (q) menampakkan dirinya, ketawa dan berkata, “Orkallisa mari ke mari.” Orang itu kelihatan sangat terkejut melihat Shaykhnya kerana dia fikir dia bersendirian. Shaykh itu memberitahunya, “Kamu betul dan kamu juga taat dan ikhlas.” Sebaik dia mendengarkan ini, Orkallisa Muhammad terapung dan melanggar kepalanya ke siling masjid itu. Dia turun dan terapung dan turun semula. Ini berlaku tujuh kali. Apabila murid ini dibersihkan daripada dunia rohnya akan mengangkatnya dan dia akan terbang seperti burung. Kemudian Shaykh Jamaluddin memberitahunya, “Duduk,” dan dia duduk. Shaykh itu menunding dengan jari telunjuknya ke hati Orkallisa Muhammad dengan pergerakan membulat. Semasa dia memutarkan jarinya dia telah membuka hatinya, bukan untuk Ilham dari Tuhan, tetapi untuk rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalam hatinya sendiri. Apa yang dia dedahkan kepadanya adalah enam tahap yang mesti dibuka kepada pencarinya untuk memulakan langkah pertama dalam Jalannya. Ini adalah: Realiti Tarikan (haqiqat al-jadhba), Realiti Menerima (haqiqat al-fayd), Realiti Mengarahkan Kuasa Hati terhadap Seseorang (haqiqat at-tawajjuh), Realiti Bertawasul (haqiqat at-tawassul), realiti Panduan (haqiqat al-irshad), dan Kemampuan untuk bergerak dalam Ruang dan Masa dalam satu Ketika (haqiqat at-tayy).
Enam kuasa ini yang dibukakannya kepadanya adalah Langkah Besar Pertama Perjalanan Sufi. Apabila dia membuka enam kuasa ini, dia mampu membawanya kepada Tahap Menyaksikan. Dalam tahap pemandangan itu dia telah melihat dirinya duduk bersama 124,000 burung-burung putih mengelilinginya. Seekor burung besar berwarna hijau terbang di tengah-tengahnya. Selepas pemandangan itu burung-burung putih pun hilang dan di tempat itu muncul 124,000 roh-roh para wali. Kemudian burung hijau itu hilang dan di situ muncul bentuk rohnya Sayiddina Muhammad . Rasulullah berkata said, “Saya bersaksi bahawa dia telah mencapai tahap Kesempurnaan dan kini kamu boleh bergantung padanya. Berikannya rahsia Tatacara Naqshbandi.” Kemudian Sayidd Jamaluddin meluahkan dari hatinya ke dalam hati Orkallisa Muhammad rahsia-rahsia dan ilmu yang dia tidak pernah bayangkan. Dia berkata kepada Shaykhnya, “Wahai Shaykhku, adakah perkara-perkara ini wujud dalam tariqat?” Dia membalas, “Ya, anakku, dan itu hanyalah Permulaan Perjalanannya.” Telah disebut bahawa rahsia Shaykhnya boleh dilihat dalam Orkallisa Muhammad. Dia akan naik ke atas mimbar pada hari Jumaat dan dia akan menepuk tangannya dan berkata, “Wahai kamu sekalian menangislah!” dan mereka semua akan mula menangis. Kemudian dia akan menepuk tangannya dan berkata, “Ketawa!” dan mereka akan ketawa. Kemudian dia akan membaca doa yang menyebut, “Ya Allah mereka menangis kerana bertaubat dan meminta keampunan. Maafkan mereka. Dan mereka ketawa dengan limpahan rahmatMu!” Kemudian dia akan menepuk kali ketiga dan berkata, “Adakah kamu menerima Tatacara Sufi Naqshbandi sebagai Tatacaramu?” dan mereka akan berkata, “Ya.” Kemudian dia akan bertanyakan mereka, “Adakah kamu menerima untuk mengulang 5000 kali, ‘Allah,’ dengan lidah dan 5000 kali, ‘Allah,’ di dalam hati?” dan mereka akan menjawab, “Ya.” Dengan cara ini beliau menyebarkan Tatacara Naqshbandi ke seluruh wilayah Daghestan, Kazan, Rusia Selatan dan di kalangan tentera Imam Shamil. |
Jadi apabila Orkallisa Muhammad telah mencapai tahap terendah yang menampakkan dirinya sebagai terkeji, dia telah disaksikan oleh Rasululllah (saw), dan diberikan rahsia Tatacara Naqshband! Dan itu, hanyalah permulaan Perjalanannya! Jadi bagaimana dengan kita semua yang begitu bangga dengan pengetahuan dangkal yang kita miliki? Kita belum lagi memulakan perjalanan itu , masyaAllah, sehingga kita menerima rahsia daripada Shaykh kita! Dan satu-satunya cara untuk melakukannya, ialah merendahkan diri kita, kerana pintu kepada Allah ialah rasa malu, seperti yang disebut oleh Shaykh Abdul Qadir Jilani (q). Kerana itulah mengapa Maulana sering memetik Ayat Al Quran, yang mana Mariam (as) menyebut:
قَبۡلَ هَـٰذَا وَڪُنتُ نَسۡيً۬ا مَّنسِيًّ۬ا
Alangkah baiknya kalau aku menjadi sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” (Surah Maryam 19:23)
- Ini adalah pepenjuru kepada perjalanan dunia kita – untuk mencari supaya menjadi yang dilupakan dan tidak dikenag! Jadi sementara Syaitan menggesa kita untuk menjadi yang dikenali dan bangga sepetinya, ajaran-ajaran Rasulullah menyeru yang sebaliknya, untuk kita mencari rasa malu kerana ini membawa Manusia kepada Maqam-maqam tertinggi – lihat apa yang Allah riwayatkan tentang Maqam Mariam (as), yang meluahkan kata-kata di atas:
وَإِذۡ قَالَتِ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ يَـٰمَرۡيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَٮٰكِ وَطَهَّرَكِ وَٱصۡطَفَٮٰكِ عَلَىٰ نِسَآءِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Ingatlah! Ketika malaikat berkata: “Wahai Mariam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam. (Surah Ali-Imran 3:42)
- Begitu ramai orang Islam yang disesatkan oleh ego-ego mereka dan syaitan untuk melakukan yang pastinya berlawanan – mereka mahu menunjukkan keajaiban-keajaiban mereka (karamah), peringkat-peringkat merkea (maqam), mereka berusaha untuk menjadi Shaykh-shaykh dan mahu mengajar dan menarik para pengikut. Mengapa? Itukah tujuan Tariqah? Atau bukankah kehambaan, penyerahan, cinta dan pelenyapan terhadap yang dikasihi? Menurut kata-kata murid yang rapat dengan Maulana, dia berkata, “Maulana mempunyai tiga juta murid hari ini. Separuh menyangka yang mereka adalah Shaykh. Separuh lagi mahu menjadi Shaykh, dan tiada siapa mahu murid, tiada siapa mahu menjadi hamba, tiada siapa mahu menjadi Wali.” Lihat bagaimana syaitan telah mengaburi mata kita, sehingga kita semua berfikir yang kita adalah berkuasa dan seorang yang istimewa?
- Jadi, seperti yang Maulana petik dari Al Quran, kita mesti berhenti mengikut syaitan. Kekal tidak dikenali, merendah diri dan dilupakan – jangan biarkan serban besar yang anda pakai , atau janggut panjang yang anda tayangkan, atau jubah Wali yang anda kenakan, atau kenyataan bahawa anda memimpin zikir/Khatam di sebuah pekan, menjadikan anda kembang dengan bangga dan kebongkakan. Itu bukanlah tujuan berada dalam Tariqah! Menurut kata-kata Maulana Shaykh Nazim sendiri di bawah:
Menyerah kepada Kebenaran (Haqq)
Tariqat kami (Naqshbandiyya) adalah berdasarkan Hubungan
Dengan Shaykhnya. Apabila anda bersamanya, masuk ke dalamnya, lebur di dalam realitinya dan menyertainya dalam penyatuan.
Melalui penyatuan itu anda bersatu dengan Rasulullah (SAW)
yang akan membawa anda kepada Lautan Kesatuan Allah Maha Agung.
Anda akan meninggalkan personaliti anda sendiri dan menerima menjadi Bukan Sesiapa.
Inilah cara Sufi Sebenar. Tetapi pada har ini segalanya disalah ertikan. Orang berfikir yang apabila mereka
Masuk ke Tariqat mereka perlu menunjukkan diri mereka
yang lebih dan lebih berkuasa.
Mereka fikir yang mereka perlu membuktikan diri mereka sendiri.
Tatacara Naqshbandi yang paling unggul mahu
Menyingkirkan semua itu dan menjadikan anda memahami bahawa anda adalah… Bukan Sesiapa.
Sulthanul Awliya Mawlana Shaykh Muhammad Nazim
Adil Al Qubrusi An Naqshbandi Al Haqqani (ق)
Madad Yaa Sayyidi!
Tariqah melatih kamu menjadi Bukan Sesiapa