Atur hidup mu, sepertimana Dia sukai, bukan seperti yang kamu sukai: 8hb Oktober 2010

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ringkasan Suhbah Harian Maulana Syaikh Nazim

8 Oktober 2010 (Jumaat)

Atur hidup mu, sepertimana Dia sukai, bukan seperti yang kamu sukai

A’uzubillah himinsh shaitan nirrajeem

Bismillahir Rahman-nir Raheem

Assalamu’alaikum wrh wbkt

  • Maulana memberi Suhbah yang tegas hari ini, beliau mengharapkan yang kamu semua menyedari bahaya besar yang akan menimpa tidak lama lagi, kerana manusia hidup dalam keadaan derhaka dan saling benci-membenci.
  • Di seluruh dunia, manusia melakukan kezaliman dan kekejaman, setiap insan melakukan yang seburuk mungkin terhadap tetangganya dan saudaranya. Mereka senang menyakiti satu sama lain dan mengabaikan hak orang lain. (Bacalah suhbah yang lepas mengenai pentingnya melakukan yang terbaik untuk jiran-jiran dan saudara2 dalam masyarakat kamu). Manusia telah kehilangan sifat peri kemanusiaan, mereka telah menjadi seperti binatang2 buas – mereka berbunuhan, melukai dan merampas haq satu sama lain, tidak ada sedikitpun perasaan belas kasihan yang tersisa di dalam hati kebanyakan orang hari ini.
  • Allah mencipta Manusia, supaya mereka boleh dikenakan pakaian kehormatan, tetapi kebanyakan Manusia telah mengikut iblis, mereka telah dipakaikan dengan pakaian kebuasan dan sifat2 liar. Hati seorang insan yang mengenal Tuhannya akan menjadi wadah Cinta Ilahi, tetapi hati manusia zaman sekarang, telah terisi sarang kebencian.
  • Kamu telah banyak membaca kisah2 dalam Kitab Suci Al-Quran, mengenai ummat dahulu yang telah membangkitkan kemurkaan Tuhan, dan yang kemudian nya dihancurkan dengan  balasan dari Ilahi. Setiap ummat yang derhaka telah di hancurkan sehingga menjadi debu – tidak ada seorang pun yang terselamat dari bencana2 mengerikan yang ditimpakan atas mereka.
  • Mengapakah Allah dedahkan kisah2 musibah2 yang menimpa ummat2 dahulu di dalam Kitab Suci Al-Qur’an? Kerana terdapat contoh/tauladan/pelajaran yang amat penting dalam setiap dari kisah2 ini! Kepada setiap ummat telah diutus seorang Nabi untuk membimbing mereka, dan setiap Nabi  membawa cara hidup yang di redhai Allah, yang disenangi oleh Tuhan semesta alam. Setiap insan wajib mengamalkan contoh hidup yang di pamerkan oleh para Nabi dan Rasul. Manusia wajib menukar/mengatur kehidupannya sehingga dia mencerminkan apa yang dibawa oleh Nabi yang diutuskan kepada mereka.
  • Cara hidup selain dari apa yang dipaparkan oleh para Nabi dan Rasul, tidak di redhai oleh Allah. Dan jika seseorang melakukan apa yang tidak menyenangkan Allah, dia berada dalam bahaya besar, kerana Allah memang mampu menurunkan azab yang pedih!

فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ

Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. (Quran 88:24)

أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَيَنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ دَمَّرَ ٱللَّهُ عَلَيۡہِمۡ‌ۖ وَلِلۡكَـٰفِرِينَ أَمۡثَـٰلُهَا

Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (dari ummat ini yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu. (Quran 47:10)

  • Apabila kamu meniru cara hidup Nabimu, dan mengatur kehidupan kamu sesuai dengan perintah surgawi, Allah akan meredhai dirimu, dan Dia akan menghiasi dirimu dengan pakaian kehormatan dan kemuliaan.
  • Tetapi jika kamu berdegil dan meneruskan gaya hidup yang bertentangan dari yang di bawa para Nabi dan Rasul, dan kamu enggan untuk mengatur kehidupan kamu sesuai dengan apa yang menyenangkan-Nya, kamu akan di laknat oleh-Nya dan Dia akan memalukan dan menghina kamu. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada kaum Bani Israel, ketika mereka berdegil:

فَلَمَّا عَتَوۡاْ عَن مَّا نُہُواْ عَنۡهُ قُلۡنَا لَهُمۡ كُونُواْ قِرَدَةً خَـٰسِـِٔينَ

Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina. (Quran 7:166)

قُلۡ هَلۡ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ۬ مِّن ذَٲلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِ‌ۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيۡهِ وَجَعَلَ مِنۡہُمُ ٱلۡقِرَدَةَ وَٱلۡخَنَازِيرَ وَعَبَدَ ٱلطَّـٰغُوتَ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ شَرٌّ۬ مَّكَانً۬ا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ

Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul. (5:60)

  • Lihatlah mereka yang telah di hina oleh Nya! Mereka yang menolak nasihat untuk mengatur kehidupan mereka, kepada kehidupan yang menyenangkan Nya, telah ditukar menjadi kera dan babi.
  • Wahai yang hadir, beristighfarlah kepada Allah dan bertaubatlah, serta mengaku kepada Tuhanmu, “Wahai Tuhanku! Ya Rabb! aku tidak menetapkan hidup ku sebagaimana Engkau redhai, ampunkan diriku Ya Allah! “
  • Setiap kali penduduk sebuah bandar atau desa menentang Allah, Dia timpakan atas mereka dengan musibah. Maka apa yang akan terjadi jika seluruh dunia menyimpang dan menolak amaran-Nya? Lihatlah apa yang telah berlaku kepada Ummat Nabi Nuh (as). Allah mengirim kepada mereka banjir yang besar untuk menghampus setiap orang yang memberontak! Manusia zaman ini sekarang berada di ambang bencana/musibah.

  • Maulana memberi amaran bahawa Allah akan menghantar kepada kamu malapetaka banjir – bukan banjir air – tetapi banjir api, yang akan mengakibatkan banjir berdarah.
  • Kamu harus mengatur hidup mu, sepertimana Rasulullah (saw) telah menunjukkan padamu, contohilah baginda. Dunia ini penuh dengan manusia yang hanya mencari kesenangan peribadi, mereka mengatur kehidupan mereka, sesuai dengan apa yang menyenangkan mereka, bukan menurut apa yang menyenangkan Allah. Mereka tidak mencontohi cara Nabi, tidak menjunjung Perintah2 Tuhan Yang Maha Kuasa.
  • Seluruh cara hidup orang-orang yang tidak beriman, tidak ada sedikitpun yang di redhai Allah. Setiap sesuatu berkenaan cara hidup mereka, adalah dibenci oleh Allah!

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡمُشۡرِكُونَ نَجَسٌ۬

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis (Quran 9:28)

  • Kamu wajib menyingkirkan gaya hidup seperti mereka, sepenuhnya dari kehidupan mu, sepertimana kamu membuang sampah dan menyucikan dirimu dari kotoran (najasun).
  • Bagaimana keluarga kamu berinteraksi dalam rumah, bagaimana kamu mencari rezeki  dan bahkan bagaimana kamu berpakaian juga- semua itu wajib diubah.
  • Kamu harus mengganti/mengubah seluruh cara-cara orang kafir dengan apa yang di bawa oleh Nabimu. Setiap orang beriman wajib melakukannya. Pakaian zahiriyah pun penting didalam zaman fitnah ini – lelaki dan wanita yang beriman, wajib berpakaian dengan pakaian yang menggambarkan Syiar Islam.
  • Hormatilah ketiga-tiga bulan Suci ini (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram) dan bertaubatlah. Jika kamu tidak berubah dengan sepenuhnya, Maulana mengingatkan, yang dia sedang melihat kepulan2 awan yang gelap dan menakutkan di ufuk, datang Muharram ini. Dan apabila laknat Allah turun, tidak akan ada tempat perlindungan, maka pada sa’at itu, sudah terlambat untuk mencari belas kasihan Allah.

Fatihah.

Huraian

  • Ini merupakan satu Suhbah yang benar-benar mengerikan/menggerunkan. Maulana telah berkata tanpa berselindung, “Jika manusia tidak berubah, kutukan pasti akan menimpa mereka, dan hukuman pasti akan diturunkan atas mereka.” Kita harus hidup untuk menyenangkan-Nya. Lakukan apa yang diredhaiNya, bukan apa yang menyenagkan diri kita kerana kita bukan milik diri kita sendiri.
  • Para Nabi dan Rasul membawa kepada ummat2 mereka, apa yang Allah senangi. Sebalinya, cara hidup orang-orang yang tidak beriman, tidak disukai Allah. Jika kita mencampuri kedua2 gaya hidup tersebut, kita sedang mencampuri sesuatu yang bersih dengan sesuatu yang kotor. Jika setitik air najis terjatuh ke dalam secawan susu, semuanya menjadi kotor, dan kita tidak akan mahu meminumnya.
  • Buanglah seluruh cara hidup orang-orang kafir, dari segala aspek, baik yang lahir mahupun yang bathin.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Quran 2:208)

  • Allah berfirman kepada orang2 yang beriman, untuk masuk Islam, dengan kaaffah, iaitu dengan sepenuhnya. Kita wajib mengamalkan Sunnah zahiriyah dan bathiniyah Rasulullah (saw). Cara hidup orang-orang kafir mengundang azab Allah, maka jika kita mengamalkan walau sedikit dari cara hidup mereka, kita sedang mengundang musibah atas diri sendiri.
  • Maka bertaubatlah, berusaha ke arah keampunan Ilahi, dan mohonlah bantuan dan belas kasihanNya, supaya kita diberikan perlindungan ketika musibah terjadi, kerana hanya sebuah golongan kecil dari pengikut Sayyidina Nuh (as) yang telah terselamat dari banjir dahsyat yang menimpa mereka. (Maulana telah menyebutkan dalam Suhbah2 yang lalu, bahawa enam daripada tujuh orang akan mati dalam peperangan dunia yang terbesar, tidak ada satupun dari kalangan mereka yang memiliki sifat2 kezaliman atau kekejaman dalam hatinya, yang akan dapat mengelakkan kematian dalam peperangan ini nanti.).
  • Rasulullah (saw) pernah bersabda, “Ahlul Bait (ahli rumah tangganya) ku adalah seperti bahtera Nuh, sesiapapun yang bersama Ahlul Bait ku, akan selamat.” Shaykh Nazim adalah Ahlul Bait yang mengajar kita hari ini, bagaimana untuk mencari tempat dalam Bahtera keselamatan, apabila ‘banjir’ yang merupakan satu peperangan yang dasyat menimpa dunia ini. Caranya hanyalah ini – iaitu dengan mengatur seluruh hidup kita, hanya untuk menyenangkan Dia, dengan mengikuti Sunnah Rasulullah (saw)!

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Quran 33:21)

Maulana Syaikh Nazim mengajar setiap hari pada jam 1 pagi WIB, sila ke lelamanwww.Saltanat.org untuk mengikuti pelajaran beliau. Maulana mengajar dalam Bahasa Inggeris, tetapi alih bahasa di siapkan dalam Bahasa Melayu/Indonesia. Salinan ringkasan terdapat di lelaman Naqshbandi Singapura, recent.sufihub.com.

This entry was posted in 2010 @id, Oktober and tagged . Bookmark the permalink.