Apakah yang dapat kamu berikan pada Tuhanmu? 12hb June 2010

Suhbah pada 12hb June 2010

Apakah yang dapat kamu berikan pada Tuhanmu?

Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani

Assalamu’alaikum kepada kamu semua, kamu sedang mencari jalan supaya dapat menjadi hamba Allah yang sempurna, maka berita baik menanti kamu yang demikian.

Salam saya terutama dia yang bertanggungjawab terhadap Ummat Muhammad, Qutbul Zaman.

Dia yang mewakili Rasulullah (saw) – manusia yang paling mulia di sisi Allah.

Assalamu’alaikum wahai yang hadir, jawablah salam saya dengam WA ALAIKUM SALAM, supaya kemuliaan dan keberkahan yang di kurniakan oleh Allah akan menghujani mu, dan mengelilingi mu, dan memberi kamu kehidupan yang bertambah baik.

Sebut, wahai seluruh manusia, A’uzubillah…YA Allah, perlihara hamba2 MU dari perangkap2 shaitan, sesiapa yang telah jatuh ke dalam jerat shaitan, sangat sukar untuk menyelamatkan dirinya.

Sebutlah Bismillah….Engkau telah memberi kami kemuliaan untuk menyebut namaMU. Kurniakan segala yang membantu kami menjadi hambaMU.

Wahai manusia, rendahkan dirimu, jangan menyombong! Shaitan mengajar manusia supaya menyombong. Seorang hamba mesti berlaku tawadduk. Lebih kamu merendahkan dirimu, lebih kamu akan di naikan derajat mu oleh Allah. Tetapi anehnya, manusia lebih suka menyombong, padahal sifat tawadduk dalam kehidupan ini membawa kamu kemuliaan dan kebaikan. Sifat rendah diri, membawa kepada mu pakaian kemuliaan! Apakah yang kamu akan mencapai dalam kehidupan ini dengan menyombong? Kamu tidak akan mencapai apa2!

Assalamu’alaikum, wahai manusia, wahai hamba. Berbahagialah yang kamu telah di cipta sebagai manusia, dan bersyukur yang Allah tidak mencipta mu sebagai seekor binatang. Kamu mesti bersyukur dan berterimakasih sebanyak2nya kepada Allah atas kurniaNya itu.

Kamu mesti menunaikan HAQ Allah dengan berlaku tawadduk. Sifat merendah diri, adalah adab manusia terhadap Tuhan mereka. Apa yang manusia dapat kurniakan kepada DIA? Tiada apa2! Allah tidak memerlukan kami.

Kamu mesti sedar, yang kamu tidak dapat memberi apa2 kepada Allah, maka berlaku tawadduklah, rendahkan dirimu. Jangan mengaku, “AKU berada di sini, aku wujud dengan sendirinya.” Tidak! Kamu mesti mengaku DIA adalah Tuhan mu, katalah, “Aku tidak punya apa2, hanya Englau yang wujud.”

Sebutlah, “Aku ingin memberi MU sesuatu, YA Allah, Apa yang dapat aku memberi kepada MU?”

“Wahai hamba2 Allah, berilah kepada Allah tawaddukmu, sifat tawaddukmu,” Tawadduk adalah bukti yang seorang hamba menerima akan kewujudan Allah, itu membuktikan yang hamba itu menerima yang ia tidak ada apa2 kedudukan dan kebolehan.

Manusia yang sedar yang dia adalah sesuatu yang tidak wujud, akan merendahkan dirinya di hadapan Allah. “Ya Allah, Engkau adalah pencipta kami, kami tidak dapat mewujudkan diri kami sendiri. Seluruh pujian, kemuliaan, kehebatan hanya untuk MU, kami tidak ada apa2.”

Allah berfirman, “Kamu berkata benar, wahai hambaKU. Aku lah yang ESA, Aku mempunyai segala HAQ untuk menyombong. Kamu patut sujud kepada KU, dan kamu mesti menyerah kepada KU jika kamu mengenal yang kamu tidak wujud, dan hanya AKU yang wujud.”

Maka berdoa, “Kurniakan kami tambahan kemuliaan, sebagaimana Engkau memberi kepada ciptaan2MU.” Setiap yang di cipta, di beri kurnia oleh Allah, Pencipta mereka. Tuhan semesta alam, tidak meninggalkan satu pun ciptaanNYA, tanpa mengurniakan mereka sesuatu kurnia dariNYA.

Apakah pendapatmu, terhadap firman Allah, “Setiap dalam alam ini, sedang berzikir dengan sebutan tasbih dan pujian kepada Allah.” Kerana kurnia Allah sampai kepada semua makhloq2NYA, maka walau sekecil2 ciptaan/makhloq yang di cipta oleh Allah pun, bertasbih dan bertahmid kepada Allah. Allah tidak membiarkan satu pun di dalam alam ini, tanpa mengurniakan mereka sesuatu yang berpatutan dengan diri mereka.

Tiada yang di cipta, tanpa ia menyebut SubhanAllah, SubhanAllah, cuma kamu tidak memahami sebutan mereka, kerana telinga, hati, fahaman, dan akalmu semuanya terkunci oleh egomu.

Kamu di kuasai oleh egomu, maka kamu tidak dapat mendengar sebutan tasbih dan pujian yang setiap makhloq memberi kepada Allah. Hanya egomu yang tidak menyebut, “SubhanAllah!” kepada Allah.

Allah mencipta dan mengurniakan kepada ciptaanNya , kurnia2 ilahi. Apakah pendapat mu, mengenai Ayat Quran yang tersebut tadi? Mengapakah setiap ciptaan memberi pujiannya kepada Allah? Jangan pandang mahkhloq2 kecil sebagai lemah. Setiap ciptaan sebenarnya kecil sekali, seluruh alam/makhloq adalah kecil di sisi Allah.

Tiada yang berani bersuara, “Aku di sini.” Hanya Allah yang berkata, “Aku di sini.” Wahai manusia, datang dan fahamilah, hari ini kamu berada di sini, esok lusa, kamu akan menghadap Allah.

Apakah yang kamu dapat memberi kepada Allah, Penciptamu?

Wahai ulamak2 , doktor2 shariat, dan penguasa2 agama lain – apa yang kamu dapat memberi kepada TuhanMU? Wahai Raja2, dan Sultan2, apakah yang kamu dapat memberi kepada Allah? Kamu begitu sombong (padahal kamu tidak dapat memberiNYA apa2)!! DIA tidak memerlukan apa2, DIA adalah Tuhan semesta alam.

Kamu mesti memikirkan sesuatu yang kamu tidak pernah memikirkan mengenainya. Apakah Allah meminta darimu, wahai manusia? Emas, perak, intan, perak atau khazanah2 kamu? Kamu adalah orang2 yang hebat ilmunya, maka jawablah soalan ini – apakah yang kamu dapat memberi kepada Tuhanmu? Kamu tidak dapat memberi DIA apa2!

Tetapi Allah berfirman, “Berilah mereka yang memerlukan. Jangan simpan kekayaan yang AKU kurniakan kepada mu, untuk dirimu sahaja. Bersedekah kepada mereka yang perlu, AKU tidak meminta untuk diriKU, berilah kerana KU, bukan kepada KU.” Wahai Sultan2, Raja2 – dengar dan mentaati apa yang Allah memerintahkan. Berilah untuk Allah dengan ikhlas, bukan beri kepada Allah (hasha, Allah Maha Pemberi, DIA tidak memerlukan apa2).

Nabi bersabda, “Berilah kepada manusia yang memerlukan, sedekah.” Allah berfirman, “Jangan simpan khazanah2 KU, jangan menutup tangan mu, bukalah dan bersedekahlah dan bantulah mereka yang susah. AKU memberi mu, dan kamu mesti memberi apa yang AKU memberi kepada mu, untuk KU. Inilah Islam! Wahai hamba2KU, jangan menimbun harta. AKU memberi kepada mu, berilah atas nama KU. Berilah, jika tidak kamu akan mati seperti QARUN, yang di timbun oleh hartanya, dan ia mati dalam derhaka kepada AKU.” Qarun menimbun harta nya, ia mengambil dari Allah, tetapi ia tidak memberi untuk Allah. Siapa yang menyimpan harta dengan bakhil/lokek, ia akan menyesal dalam kematian nya.

Maka Allah memerintahkan manusia, untuk memberi kerana Allah! “Wahai hamba2 KU, kerana kamu memandang harta mu, kamu menyombong, AKU tidak suka sifat itu. Berlaku tawadduk di depan KU, akau hanya meminta rendah diri darimu, AKU tidak meminta apa2 selain itu dari mu.”

Itulah ajaran Rasulullah (saw), “Aku makan seperti hamba, dan aku duduk seperti hamba.”

Rasulullah (saw) mengajar Ummatnya dan seluruh para Nabi dan Rasul, supaya bersifat tawadduk.

Di mana fahaman ulama’ zaman ini,dan raja2? Mereka tidak memahami apa2. Satu hari, kamu memang akan memahami, tetapi waktu itu sudahpun lambat (selepas kematian).

Ambil dari khazanah Allah yang tidak akan terputus, dan berilah kepada hamba2 Allah. Moga2 Allah mengampunkan kami. Walau zarrah yang kecil, memberi penghormatan yang tertinggi kepada PenciptaNYA. SubhanAllah, Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Tuhanku, yang mencipta diriku.

Berapa kali sehari kamu bertasbih? Manusia zaman ini begitu malas sehingga mereka tidak sebut 33 SubhanAllah, 33 ALhamdulillah dan 33 Allahu akbar, selepas solat.

Ya Allah, Engkau tahu keadaan kami, kurniakan kami seorang yang akan mengajar kami adab menjadi hambaMU. Moga2 Allah ampunkan kami, kami sangat lemah, Fatihah.

Jangan marah terhadap diriku, kemarahanmu akan membakar wajah mu. Kemarahan dari egomu, akan membakar wajahmu. Kemarahan kerana Allah, akan membawa kemuliaan, kemarahan kerana ego akan menjunamkan kamu ke lembah kegelapan yang hina, astaghfirullah, Fatihah.

This entry was posted in 2010 @id, Juni. Bookmark the permalink.