Suhbah pada 17hb June 2010
Alam ini melambangkan kebesaran Allah
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Ya Allah…Ampunkan kami, kami bermohon demi dia yang paling mulia di sisiMU, Sayyidina Muhammad (saw).
Assalamu’alaikum wahai yang hadir.
Berilah sedikit waktu untuk menghadiri dan untuk mendengar. Jika kamu hanya mampu untuk hadir buat beberapa minit atau beberapa sa’at sekalipun, hadirlah dalam pertemuan/Suhbah ini. Kehadiran mu dalam majlis seperti Suhbah ini lebih bernilai/berharga dibandingkan dengan seluruh harta dunia ini. Ini adalah kerana harta dunia ini bukan untuk mu sebenarnya. Segala harta dunia, kamu tidak akan dapat bawa bersama mu ke akherat. Tetapi setiap saat yang kamu luangkan untuk hadirkan dirimu dalam majlis ini, kamu akan membawa balasannya ke akherat buat selama2nya, kerana kamu hadir untuk memuliakan penutup seluruh Nabi (saw).
Zaman ini, manusia mengejar sampah, segunung sampah (dunia). Mereka membelakangkan segunung khazanah/harta akherat, mungkinkah mereka semua tidak siuman?
Assalamu’alaikum wahai Sultanul Awliya, dia yang bertanggungjawab atas segala2 yang berada di atas muka bumi ini, dan dia (Qutbul Mutassarif) di beri kekuasaan untuk menghancurkan setiap tipu daya serta perangkap/jerat2 yang di pasang shaitan. Kami mempunyai guru syurgawi, dan kami memberi salam kepada nya juga. Subhanallah, segala kemuliaan bagi Allah.
A’uzubillah himinasy syaitannirrajeem. Bismillah hirrahmannirraheem.
Kehidupan dunia ini adalah satu persembahan/pertunjukkan Ilahi di atas bumi ini. Manusia menyangka yang Allah mencipta hanya satu dunia sahaja. Subhanallah, kamu telah di anugerahkan kefahaman dan kekuatan serta kemuliaan agar kamu dapat memikirkan atau menggambarkan di luar batasan alam semesta ini – Allah telah mencipta alam2 yang tidak terkira banyaknya. Alam ini hanya satu2nya sahaja yang kamu mengenal.
Sebelum dan selepas kejadian alam ini, apa yang telah diwujudkan dan apa yang akan diwujudkan seterusnya, hanya Allah, Tuhan semesta alam yang Maha Mencipta…hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Sedaya upaya jika kamu cuba bayangkan dan cuba memahami, kamu akan meningkat dalam tingkatan syurgawi. Selagi kamu di penjarakan di dalam bentuk ini (berjasad), dan kamu cuba meningkat melalui jasmani kamu, kamu tidak dapat meningkat.
Di malam hari, langit yang sama (yang kamu lihat pada siang harinya), tiba2 di penuhi dengan bintang2 yang bertaburan dan galaksi2 ciptaan Allah. Allah berfirman, “Adakah Tuhan selain AKU?” Seluruh ciptaan yang wujud di alam maya ini milik Allah. Dan setiap ciptaan membawa sifat2 Ilahi, yang tiada dapat kamu memahami dengan sepenuhnya. Pada masa in, ramai orang yang jahil, yang menggunakan perkataan ‘mencipta’ dengan sewenang2nya. Bagaimanakah manusia boleh mengatakan, “Aku mencipta ini dan itu…” Padahal manusia begitu lemah sekali! Manusia amat lemah sekali, setiap nafas yang disedut/hidu, manusia bergantung kepada Allah. Mungkin manusia dapat hidup tanpa memerlukan makan dan minum, tetapi setiap sa’at, manusia perlukan udara untuk bernafas untuk kekal hidup, maka itu menunjukkan kepada manusia, yang mereka perlukan pertolongan Allah dalam setiap saat/detik dalam hidupnya. Tanpa dukungan Ilahi, manusia akan rebah dan mati.
DIA adalah Sang Pencipta. Yang lain semuanya adalah mahluk dan ciptaan2NYA. Untuk apa DIA mencipta? Kehidupan kamu adalah hanya seperti sebutir atom sahaja. Mengapa bumi ini di cipta? Untuk apa? Untuk siapa? Sebagai kurnia kepada siapa? Setiap atom….di cipta untuk apa? Allah berfirman dalam Surah Ali Imran, “Tiada ciptaan yang di cipta sia2 sahaja, semua ciptaan ada tugas/misinya.”
Allah berfirman, “Setiap ciptaan melambangkan kebesaran Ku.”
Seperti seekor unta yang membawa dua buah beg yang diletakkan dibahagian kanan dan di kiri, Allah boleh menjadikan bumi ini sekecil sebutir atom, yang diletak kan dalam beg yang di bawa oleh seekor unta. Allah Maha Kuasa atas segala2nya.
Kamu sedang membuang kurnia yang paling berharga pada dirimu (dengan berterusan hidup dalam kelalaian). Kamu mesti mengambil tahu siapa yang mencipta kamu dan mengapa kamu di cipta. Kamu bermain-main/berpoya-poya sahaja dalam waktu yang singkat yang di berikan pada mu untuk hidup di dunia ini. Dengan mengenal tujuan hidup kamu, kamu akan menjadi hamba yang mulia, dan kemuliaan itu akan memberi kamu kekuasaan, dan kekuasaan itu akan membawa mu dekat ke tabir Ilahi.
Tetapi manusia di tipu oleh shaitan. Dan shaitan pun tidak di cipta tanpa tugas/misi juga, ia juga mempunyai tugas. Shaitan adalah ujian dari Ilahi bagi manusia. Ia adalah sesuatu yang dapat meningkatkan darjat manusia. Kapalterbang tidak dapat terbang tanpa minyak. Maka shaitan adalah seperti minyak yang diperlukan bagi meningkatkan/manaikkan kapalterbang (darjat) kamu. Maka kamu mesti tahu bagaimana untuk menggunakan shaitan dan ide2nya untuk memberi manfaat pada diri mu. Kapalterbang membawa manusia dari satu tempat ke tempat yang lain, maka shaitan di cipta oleh Allah dengan hikmah. Manusia yang jahil tidak memikirkan itu, dan mereka tidak dapat menggunakan shaitan untuk meningkat darjat mereka.
Allah mengutus Nabi dan Rasul untuk menerangkan kepada manusia, mengapa mereka di cipta. Tugas/Matlamat utama (yang manusia di cipta), adalah untuk menjadi mahluk yang semulia2nya (sebenar2 manusia), kerana mereka telah di angkat sebagai Khalifa Allah, maka setiap mahluk yang Allah cipta mesti membantu manusia meningkat dari satu tingkatan ke tingkatan/darjat yang lebih tinggi.
Menurut kefahaman masing2, serta kebolehan masing2, Allah memberitahu manusia yang langit mempunyai tujuh tingkatan. Lebih dari itu, ada lagi sebenarnya. Jibrail (as) berhenti di Sidratul Muntaha, dan ia tidak di izinkan untuk menyambung perjalanannya, hanya Sayyidina Muhammad (saw) yang di izinkan untuk menyambung dan meneruskan perjalanannya.
Walaupun kami dapat menerangkan perkara ini di sini, tetapi kami tidak dapat memberi kamu kefahaman jika kamu tidak ada hubungan dengan mereka yang ada talian hubungan Ilahi. Sangat sayang sekali, manusia terlepas peluang untuk meningkatkan kedudukan mereka buat selamanya/abadi (dengan membelakangkan pelajaran2 sedemikian). Alam2 yang tidak terkira banyaknya, yang di cipta dengan membawa sifat2 Ilahi, kami tidak sanggup memahami segala2nya, cuma yang kami tahu, setiap ciptaan itu di kurniakan sesuatu supaya mereka yang berada didalamnya akan berbahagia dalam hidupnya.
Allah berfirman, “Setiap ciptaan ada darjat masing2.”
Tiada yang akan dapat gambarkan apa yang Allah telah ciptakan. Allah mengarahkan hamba yang lemah ini untuk mengajarkan kepada kamu ini semua, supaya manusia belajar beradab terhadap Tuhan mereka. Jika manusia meminta, “Tambahkan untuk kami.”, Allah akan berfirman, “Pemberian KU tidak pernah tamat.”
Dunia ini tidak di cipta semalam. Dan selepas ia di hancurkan, jangan sangka yang tiada lagi yang akan di cipta. Allah mempunyai alam ciptaan yang luas, dan Allah suka memberi kurnia, dan DIA murka terhadap mereka yang tidak meminta dari kurnia2Nya. DIA murka terhadap mereka yang tidak meminta dariNYA. Sesiapa yang meminta untuk pemberian dari syurgawi, kurnia itu akan sampai dengan sekelip mata. Manusia lupa untuk meminta dari Allah, sebab itulah keadaan mansuia bertambah buruk sekali.
Manusia hidup dengan kebencian antara satu sama lain, Manusia ‘memakan’ satu sama lain, mereka saling berbunuhan dan menghancurkan – itu bukan sifat kemanusiaan. Walau harimau pun akan memburu untuk makan, tetapi ia akan membunuh hanya untuk keperluan makan nya sahaja, ia tidak akan membinasakan tempat atau kediaman musuh/mangsanya. Sekarang, manusia telah jatuh ke lembah yang gelap sekali, mereka melakukan kezaliman sesama manusia. Demi kebahagian kamu dunia dan akherat, mohonlah kurnia syurgawi dari Allah. Jika mereka tidak memahami, mereka akan binasa. Atas setiap yang zalim, Alah akan mengirim balasan. Moga2 Allah membangkitkan kami (dari keadaan lalai, tidur, leka dan mabuk ini).
Wahai ulama’ Salafi, datang dan dengarlah, jika saya mengajar sesuatu yang salah, betulkan saya. Tetapi jika saya sampaikan/mengajar yang benar, benarkan lah dan katakan bahawa saya telah menyampaikan haqiqat untuk manusia memahami.
Maka, wahai ulama’2 dan doktor2 shariat, dan ulama’ Azhar dan ulama’2 yang bangga dengan sijil2 kamu, kesombongan dan kebanggaan bukanlah yang di minta dari mu. Tugas kamu adalah untuk menerangkan kepada manuisa, seperti yang di ajar oleh Rasulullah (saw). Zaman ini, manusia telah menukar fahaman mereka dari haq kepada batil. Tugasmu adalah untuk memperbetulkan fahaman manusia. Saya akan menuntut kamu di hadrat Ilahi, jika kamu tidak membantu saya menyebarkan agama yang benar ini. Saya membawa laungan yang di laungkan oleh 124 000 para Nabi dan Rasul. Siapa di antara Nabi2 itu yang pernah mengajar sesuatu yang bersalahan dengan apa yang saya sampaikan ini?
Maka betulkan hatimu (niatmu), sehingga ia mencari hanya wajah Allah. Kamu mesti sedar yang Allah bersama mu, dan melihat dan menyaksikan perbuatan2 mu. Jika saya tinggikan suara, itu adalah terhadap ego ku. Jika kamu pun berbuat demikian, pertolongan Ilahi akan bersama mu. Kamu tidak takut kepada shaitan dan kekotoran yang di bawa oleh nya? Selamatkan dirimu dari kekotoran shaitan!
Wahai manusia, kami tidak mengajar dengan mengharapkan apa apa bayaran dari mu! (Itu yang di katakan oleh setiap Nabi)
Peliharalah haq orang2 miskin. Jika kamu lokek dengan orang2 miskin, maka Allah akan menimpakan mu dengan azab. Raja2 dan Pemimpin2 patut takut kepada Allah, mereka mempunyai harta dari jualan minyak (kurnia Allah), tetapi mereka tidak memberi sedekah di jalan Allah. orang2 susah ramai sekali, mengapa kamu menimbun harta? Mengapa kamu tidak memberi kepada orang2 miskin? Allah akan menyoal kamu dan akan berkata kepada mu, “AKU memberi mu untuk memberi pada mereka yang susah!” Setiap hari, apa yang engkau belanjakan atas hiburan buat keluarga dan rakan2 mu, lebih dari mencukupi untuk memberi makan orang2 yang fakir miskin.
Sekarang saya sampaikan berita yang baru, dari amaran Ilahi. Sejak seminggu ini, negeri Perancis dilanda banjir. Malam tadi, seorang dari pemimpin kami berkata kepada saya, “Kamu tahu mengapa Perancis di banjiri?” Saya menjawab, “Tidak, Ya Sayyidi.” Maka dia menjawab, “Kerana pemerintah Perancis telah mengistiharkan undang2 untuk menghalang wanita2 Islam untuk menutup wajah2 mereka.” Perintah2 Allah adalah di atas undang2 negeri, maka undang2 ini (dari pemerintah Perancis) yang mengharamkan wanita Islam dari menutup wajah mereka, membangkitkan kemurkaan Allah, dan Allah akan menjadikan Perancis negeri yang dibanjiri seperti lautan kelak, jika mereka meneruskan bantahan mereka terhadap undang2 Islam. Dan Presiden Perancis akan hilang kuasa tidak lama lagi.
Mengapa ulama’2 Salafi tidak melindungi wanita2 Islam? Pemerintah Perancis melampaui batas dengan perbuatan mereka. Negara2 Islam patut menghentikan perniagaan dengan Perancis sebagai balasan. Saya melaung2kan pesanan2 syurgawi. Pemerintah Perancis sebetulnya bermusuh dengan penggunaan Serban oleh orang2 Islam, Serban adalah Tahta orang2 Arab, sesiapa yang memuliakan penggunaan Serban, Allah akan memuliakannya, dan siapa yang meremehkannya, Allah akan meremehkannya.
Moga2 Allah ampunkan saya dan kamu juga. Fatihah.