Ringkasan Suhbah Maulana Shaykh Nazim (20th. April 2010).
“ Tidak DuniaKu atau Syurga Ku dapat mengisi Aku, tetapi hati hamba yang beriman dapat mengisi Aku.”
Assalamu’alaikum wrh mtll wbkt…. A’uzubillahi minasy syaitan nirrajeem…. Bismillahir Rahmanir Rahim.
- Maulana meminta kita memikirkan tentang rahmat dan kuasa yang terkandung di dalam suatu hadees. Berbilion manusia mendapat petunjuk dan menukar seta memperbetulkan arah kehidupan mereka melalui satu hadees Rasulullah SAW.
- Memahami secara mendalam tentang perkara berkaitan agama sangat sukar tanpa sokongan. Kita memerlukan pertolongan seseorang yang dapat membuka pintu kepada khazanah ini. Kunci bagi membuka khazanah ini telah Allah berikan kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Siapakah mereka yang terpilih ini. Mereka adalah dari golongan manusia yang telah memalingkan diri dari dunia sepenuhnya. Mereka secara keseluruhannya tidak berminat dengan kehidupan dunia dan apa yang ada di dalamnya. Mereka ialah orang yang bersih dan suci, yang pada setiap ketika bekerja keras meningkatkan kefahaman mereka.
- Susu asli adalah produk tenusu yang bersih, tetapi jika dituang kedalam bekas yang kotor, susu yang suci itu akan serta-merta menjadi tercemar dan tidak suci – oleh itu, ia mesti dibuang. Allah tidak akan menuangkan kurniaan syurgawi yang merupakan ilmu sebenar, yang bercahaya, kedalam hati yang kotor. Hanya mereka yang mempunyai hati yang bersih dan suci dapat menerima kurniaan syurgawi dari Allah. Allah melihat kedalam hati mereka yang dipilihNya, yang diantaranya akan menerima penghormatan Ketuhanan. Dalam satu hadees Qudsi yang terkenal, Allah Berfirman ” Bukan Dunia Ku atau Syurga Ku dapat mengisi Aku, tetapi hati Hamba yang beriman mengisi Ku.” Di dalam hadees yang lain Allah Berfirman ” Aku Yang Maha Besar tiada yang lebih Besar dari Ku!” Dunia dan Syurga tidak dapat mengisi Ku (mereka kami ciptakan sebagai makhluk yang mudah tanpa mempunyai keupayaan mengisi Maqam Allah), dan Aku mengurniakan kepada manusia hati (Qalb); ia hanyalah sebesar sepenumbuk, kamu boleh lihat yang hati itu sangat kecil, secara fizikalnya, tetapi hati fizikal itu sebagai simbol mewakili hati (Qalb) yang sebenar yang Aku kurniakan kepada Khalifah Ku. Tiada siapa yang dapat memahami tentang hati yang sebenar, kerana hati hamba yang beriman dapat mengisi Ku.
- Hati orang yang beriman mempunyai keupayaan yang tidak terhad. – dan di dalam hati yang begitu, Allah ada di dalamnya. Manusia yang bersifat syurgawi tidak mempunyai had. Apabila kita berkata hati manusia itu mempunyai keupayaan yang tidak terhad, kita mengatakan dari sudut kemanusiaan bukan dari sudut Ketuhanan, kerana hanya Allah tidak mempunyai had pada arti kata yang sebenarnya.
- Keupayaan yang tidak terhad yang Allah kurniakan kepada hati kita adalah suatu penghormatan bagi kita., kerana manusia dikurniakan dengan kefahaman yang sangat luas, lebih luas dari makhluk yang lain. Walaupun manusia mempunyai makam yang tinggi berbanding makhluk yang lain, manusia masih lagi sebahagian dari makhluk. Ia selamanya hamba Allah dan tidak akan menjadi sebahagian dari Ketuhanan – kedudukan itu adalah diluar dari sempadan makhluk, tiada yang setanding atau hampir denganNya. Adalah mustahil ciptaan akan mencapai taraf Pencipta. Makhluk hanyalah menyaksikan KeEsaan Allah. Meraka menyaksikan Keindahan nama-nama dan Sifat-Sifat Nya, tetapi tidak boleh memasuki daerah Ketuhanan. Inilah hadnya- sempadan- yang di tentukan oleh Allah. Tuhan yang bagiNya tidak mempunyai had atau sempadan.
- Setiap makhluk mempunyai makam dan darjatnya yang tersendiri dan ia menyaksikan Nama-nama dan Sifat-sifatNya dari makam mereka yang tersendiri, itulah yang mereka lihat dan faham. Dan manusia telah diberikan tingkatan/makam yang paling tinggi diantara makhluk-makhlukNya, untuk menyaksikan KeEsaanNya. Martabat tertinggi manusia sebagai ciptaan, bermakna ia mempunyai keupayaan yang tidak bertepi, oleh itu hati orang yang beriman dapat mengisi Allah, inilah hadnya, satu pencapaian yang hanya manusia boleh mencapainya. Tidak ada sesuatu makhluk di dalam penciptaannya dapat memahami had ini. Suatu had yang hanya manusia dapat mencapainya, tetapi di luar had itu, manusiapun tidak boleh menghampirinya, ia adalah alam Ketuhanan, kita (atau makhluk yang lain) tidak boleh kesana, kita tidak setanding, kita sentiasa hambaNya, walau setinggi mana penghormatan atau darjat yang Allah berikan kepada kita!
- Manusia dengan kedudukan dan makam yang tinggi adalah sentiasa lemah, Maulana berkata, kita sentiasa di tahap kosong dan Allah ialah 1. Maulana memberi perumpamaan : Allah ialah angka 1 dan kita adalah angka 0, Jika 0 diletakkan dikiri 1, kita mendapat nombor 01, ia tetap sama dengan 1, dan itulah kedudukan manusia yang asal- kosong. Tetapi jika Allah menghendaki mengurniakan seseorang itu satu kurniaan, ia akan bergerak kekanan 1 dan kamu menjadi 10, sekarang kamu mempunyai nilai!, Dengan itu Dia menjadikan kamu seorang yang memandang, melihat, faham, tahu, mengerjakan, menurut perintah, menghormati, menyerah, dan beribadat –setiap masa! Allah akan memberi kamu harga. Sekiranya kamu mencari pengetahuan yang berharga.
- Allah telah memberi penghormatan kepada Manusia dengan memberi petunjuk dan kefahaman, dengannya mereka akan mengabdikan diri dengan beribadat kepada Allah. Berada di dalam khidmat Ketuhanan, Ini adalah penghormatan yang tidak ada tandingannya – tidak ada makhluk lain yang telah dikurniakan penghargaan itu.
- Mereka yang mencari ilmu rahsia dari Allah, mesti tahu yang rahsia itu hanya akan dicurahkan ke dalam hati yang suci sahaja, ilmu seperti itu tidak boleh datang selain dari Syurga. Apakah ilmu yang terdapat di dalam hati yang seperti itu? Ilmu tentang dunia, perkara-perkara berkaitan dunia tidak akan dijumpai di dalam inspirasinya. – Ilmu yang memberi kefahaman tentang dunia, tidak ada harga di hadapan Tuhan. Hanya ilmu Ketuhanan mempunyai harga, ilmu seperti itu memenuhi lautan ilmu yang berada di dalam hati para Rasul (SAW). Kita mesti mencuba untuk mengambil dari lautan tersebut walaupun setitik, atau kurang dari itu,.
- Kita tidak di datangkan Allah ke dunia ini untuk belajar tentang dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kita tidak pernah dihantar untuk menguasai kejelekkan dunia ini!, Namun, hari ini, penekanan di seluruh dunia ialah untuk mencari ilmu keduniaan, manusia belajar siang dan malam, dan mereka mengajar hanya ilmu keduniaan di setiap peringkat di dalam masyarakat. Manusia tidak didatangkan kesini untuk belajar bagaimana menjadi kaya atau bagaimana membina Empayar – kamu tidak akan membawa itu semua ke peringkat akhir perjalanan kamu!
- Rasullallah (SAW) telah diberikan kunci kepada semua ilmu keduniaan dan Akhirat, tetapi beliau tidak pernah menghiraukan tentang ilmu keduniaan. Beliau tidak pernah menyibukkan diri dengannya. Rasullullah (saw) menggalakkan Ummahnya supaya belajar ilmu yang bermanafaat dan tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan menghabiskan seluruh kehidupan dengan mengejar keseronokkan dan hiburan. Dengan meraih ilmu yang tidak berguna dan tidak berfaedah, kamu kehilangan harga dihadapan Tuhan. Rasullullah (saw) sedar bahawa ilmu duniawi itu tidak berfaedah, Beliau tidak pernah mengajarnya mahupun menggalakkan kita untuk menguasainya.
- Malah, Rasullullah datang untuk membawa manusia dari hidup keduniaan ke tingkatan Syurgawi. Perjalanan yang tidak dapat dicapai melalui peralatan seperti roket, peluru berpandu atau jet. Manusia beriman mesti mencari ilmu yang dapat membuka kefahaman tentang jiwa (yang dipunyai oleh syurgawi) dan tentang tujuan hidup mereka, dan dengan mengambil ilmu yang berguna dari hati Rasullullah (saw), kamu akan memperolehi penghormatan dan kedudukan,.
- Tujuan menjadi orang yang terpelajar bukanlah untuk meraih penghormatan dari manusia disekeliling kamu- ramai cendikiawan gembira dengan mempamerkan pakaian cendikiawan mereka dan membawa kitab dibawah ketiak mereka. Itu bukanlah tujuan kejadian mereka. Tujuan mereka sebenar ialah agar menjadi pancuran nasihat-nasihat yang jujur kepada masyarakat mereka, untuk mengajar pengikut mereka ilmu yang sebenar- Sekarang, mereka adalah dijemput dan akan ditunjukkan kepada mereka tangga menuju kepada peningkatan kerohanian – bukan ke dalam perut dunia!.
- Ummah ketika ini telah jatuh ke lembah kegelapan, ianya diselubungi dengan kerohanian yang gelap yang telah merebak ke empat penjuru dunia. Apabila kerohaniannya gelap, kamu tidak dapat mencari jalan kamu, dan apabila kamu telah kehilangan arah, kamu akan sesat! Carilah mereka yang mewarisi warisan Anbiya’, yang mewarisi penutup segala Rasul. Hati mereka adalah hati hamba yang beriman dan di dalamnya tercurah cahaya ketuhanan, nur yang menerangi kegelapan disekeliling kita. Jejaki mereka, duduk bersama mereka dan mereka akan membawa kamu kembali ke Syurga.