Zaman kejahilan yang kedua
Ya Allah, kurniakan kami kemampuan utk menunaikan perintah2 MU, tepat pada waktunya. Kurniakan kami sifat, yg kami sentiasa senang terhadap takdirMU, di dunia dan di akherat. Kami juga memohon tambahan cahaya ilahi, supaya kami memahamai apa yg kami menyaksikan.
Sebut A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem. Bismillah hirrahman nirraheem.
Ya Allah, jadikan kami manusia yg berbahagia di dunia dan di akherat, kami adalah hamba yg sangat lemah. Kami mengharap agar Allah membantu kami supya dapat menginjak2 shaitan. Sesiapa yg tidak menerima
Kami adalah hambaMu yg miskin dan lemah, Ya Allah.
Wahai kamu yg bergelar ‘Salafus Soleh’? Kamu hanya mendakwa yg kamu adalah golongan Salafun Soleh, tetapi kamu bukan benar2 pengikut mereka. Sebenar2 Salafus Soleh, adalah Sahabah2 Nabi (saw). Kamu sangka yg Salafus Soleh adalah golongan yg datang selepas Sahabah2. Mengapa kamu tidak berkata, “Kami mengikuti bintang2 di langit, iaitu para Sahabah2?” Kamu mahu menjadikan perbezaan di antara Sahabah dan mereka yg dtg selepas para Sahabah2. Nabi (saw) telah bersabda, “Sahabah ku adalah sepeerti bintang2 di langit. Sesiapa pun kamu mengikuti, ia akan membawa mu kepada keselamatan.” Kamu sangat sombong sekali, sehingga kamu membelakangkan para2 Sahabah, dan kamu mahu menjadi pengikut mereka yg dtg selepas para Shabah. Mengapa?
Assalamu’alaikum wahai yg hadir. Adakalanya, seorang yg lemah seperti saya di arahkan utk meninggikan suaru ku utk menegur kesalahan manusia. Dari mana kamu mengambil fahaman baru ini? Kamu mengajak manusia kpd sesuatu yg salah. Fahaman, jalan dan niat kamu salah – sehingga kamu membelakangkan para Sahabah! Shaitan menimbulkan shak wasangka dalam hatimu, sehingga manusia zaman ini rasakan dirinya sangat berjauhan dari Rasulullah (saw).
Kamu (golongan Wahhabi) mendakwa, yg kamu berada di atas jalan yg benar, dan seluruh ummat yg lain, adalah sesat. Walau geleran yg kamu memberi dirimu pun salah, kerana nama itu menandakan yg kamu telah berpisah dari kelompok besar org Islam, dan kamu mewujudkan satu kumpulan kecil yg membawa fahaman, yg konon2nya, adalah yg benar.
Sentiasalah sebut A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem, kerana setiap saat, shaitan berusaha utk menyesatkan org2 yg beriman. Maka berlindunglah dengan Allah!
Ini adalah pertemuan yg sederhana, kami tidak mendakwa apa2 kehebatan kalau di bandingkan dengan majalis yg lain.
Sungguh ajaib sekali, dakwaan orang2 Wahhabi ini. Mereka sepatutnya menukar nama golongan mereka, dan mengistiharkan bahawa mereka akan menghidupkan jalan para2 Sahabah.
Lihatlah betapa tawadduk sekali Rasulullah (saw), ia memuji para Sahabatnya, dengan menggelar mereka sebagai bintang di langit, tetapi ia tidak pernah memuji dirinya, padahal Baginda adalah MATAHARI DI LANGIT, kalau di bandingkan dengan cahaya kecil yg di bawa oleh bintang2! Baginda (saw) tidak pernah bersabda, “Aku adalah matahari yg akan menyinar hidup mu, ikutlah aku!” tetapi Baginda (saw) bersabda, “Sahabat2 ku adalah bintang di langit, bintang yg bercahaya terang….” Nabi (saw) tidak menceritakan keaiban Sahabat2, yg mereka semuanya berada di dalam dunia kegelapan sebelum di utusnya Rasulullah (saw), dan apabila mereka beriman kpd Rasulullah (saw), barulah hati mereka mula menyala dengan cahaya yg hebat. Maka Nabi (saw) bersabda, “Ikutilah mereka ini (Sahabah), mereka adalah sumber cahaya.” Pada zaman dahulu, pelaut dan nelayan memang menggunakan cahaya dari possisi bintang, utk mencari jalan, apabila mereka sedang berada di laut, maka kiasan tersebut di gunakan oleh Rasulullah (saw), utk menerangkan kedudukan para sahabatnya. Maka, sesiapa pun dari 124 000 Sahabah Nabi yg kamu ikuti, kamu akan sampai ke alam terang benderang.
Maka Nabi mengajar kami sebaik2 adab. Dia bersabda, “Aku di ajar dan di kurniakan oleh Tuhanku, sebaik2 adab dan sifat2 yg terpuji.” Dalam menasihati Ummatnya utk melihat contoh2 Sahabahnya, Baginda juga sedang mengajar kami utk memandang sebenar2 jiwa manusia, bukan zhahirriyyah mereka. Zaman ini, manusia memutuskan sesuatu berdasarkan pakaian dan penampilan mereka. Kami memandang akan rumah yg mnereka miliki, apa yg mereka makan dan minum – jangan pandang itu semua – sebaliknya, lihatlah, berlian syurgawi apakah yg di bawa oleh manusia tersebut? Para Sahabah semuanya adalah hasil dari ajaran Rasulullah (saw), tetapi Baginda tidak menyombong atas perkara itu. Setiap Sahabah mengambil dari cahaya syurgawi, ke dalam hatinya.
Malangnya, sekarang telah timbul golongan Wahhabi, dan mereka telah menyebarkan fahaman yg di dasarkan atas menghukum amalan2 org Islam dari golongan2 yg lain, dan mereka juga menghukum amalan2 para2 Sahabah!
Allah berfirman dalam Surah Teen,
أَلَيۡسَ ٱللَّهُ بِأَحۡكَمِ ٱلۡحَـٰكِمِينَ
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? (95:8)
Maka tiada makhloq yg berhak utk memberi hukuman atas amalan2 manusia. Jgn menjadi sekutu Allah, jgn menshirikkan Allah, dengan menjadi penghukum selain DIA. Hanya Allah yg akan membuat keputusan atas setiap kejadian, hanya DIA yg akan memberi hukuman dan kemuliaan dan balasan – manusia tidak ada urusan langsung dalam keputusan Allah.
Mengapa mereka menggelar diri mereka sebagai golongan Wahhabi? Mengapa mereka mendakwa yg mereka adalah golongan Salafi? Gelaran itu adalah sesuatu yg , dan ianya di tolak. Mereka berkata, “Kami mengikuti para2 Sahabah…seperti Sayyidina Umar, atau Sayyidina Abu Bakr, atau Sayyidina Ali…” atau mana2 satu dari 124 000 Sahabah.”
Katalah, aku mengikuti para Sahabah. Kamu bisa ikut mana2 satu dari para Sahabah, mereka semuanya penuh dengan ilmu. Mereka telah mewarisi ilmu dari hati Rasulullah (saw), mereka belajar dari Rasulullah (saw) dengan cara yang ajaib sekali. Apabila mereka memandang wajah cerah Rasulullah (saw), walau sebentar sekalipun, hati mereka akan mewarisi ilmu yg sungguh aneh dan hebat. Ilmu itu langsung menembus hati mereka, dan membawa mereka ke tingkatan langit yang amat tinggi sekali. Lihatlah, hanya dengan sekali memandang wajah Rasulullah (saw), para Sahabat mewarisi ilmu yang melebihi seluruh tuntutan ilmu yang manusia yang datang selepas wafatnya Baginda, dapat pelajari.
Nabi (saw) tidak pernah menghukumkan amalan2 para2 Sahabat. Siapa di antara para Sahabat yg dtg kpd Baginda, dan ia tenggelam dalam Lautan Tauhid, itu sahaja yg Nabi (saw) mahukan bagi mereka. Maka kamu mesti ikut haqiqat dan kamu mesti kenal dan mengikutinya.
Kami berada di dalam zaman kejahilan yg kedua sekarang ini! Zaman pertama adalah sewaktu sebelum di utusnya Rasulullah (saw).
Wahai ulamak Salafi, tidakkah kamu pernah memikirkan Ayat Al Quran,
وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman yang pertama (33:33)
Kamu kan org Arab, kamu patut memahami dengan lebih mendalam! Mengapa Allah berfirman dalam Ayat di atas, “Zaman jahiliyya yg pertama!” Renungkan, kerana setiap Ayat Al Quran mempunyai hikmah2 yg mendalam! Ia bermakan, “Wahai manusia, jangan kembali ke zaman ke jahilan, seperti kejahilan yang berlaku sebelum Nabi (saw) di utus!” Ayat ini menandakan yg akan terjadi zaman kejahilan yg kedua juga – itulah tafsir Ayat itu. Maka kami sedang menyaksikan dengan jelas, kebenaran Ayat itu! Allah telah berfirman kpd kaum wanita dan menasihati mereka, supaya tidak menghias diri mereka, utk menampakkan kecantikan mereka kpd kaum pria, kerana kaum wanita memang suka berbuat demikian.
Maka, dengan terbenamnya matahari Islam, kami telahpun masuk ke zaman kejahilan yg kedua. Dalam zaman ini (zaman kejahilan), kaum wanita dan pria sedang mengikuti perbuatan2 manusia yg hidup SEBELUM Nabi Muhammad (saw) di utus kpd mereka.
Ayat ini mempunyai banyak tafsir. Ia juga bermakna, “Wahai kaum lelaki, kamu akan sampai kpd zaman kejahilan yg kedua, yg kamu akan di goda oleh wanita, maka kamu mesti berusaha utk mengamalkan ajaran Nabi (saw).” Akhlaq manusia zaman ini telah membangkitkan kemurkaan org2 Aleem.
Org Arab pun telah kembali kpd zaman kejahilan, dan kesombongan, seperti kaum Arab pada zaman Nabi (saw) juga. Pada zaman itu, mereka sangat keras kepala, mereka tidak mahu di pimpin, dan Arab zaman ini pun tidak suka di nasihati. Pada zaman jahilliyah yg pertama, manusia tidak mahu di bimbing, mereka hanya mahu mentaati ego diri mereka sendiri.
Maka, sekkarang , dalam zaman kejahilan yg kedua, manusia sekali lagi TIDAK SUKA MENTAATI SIAPA2, MEREKA ENGGAN BERKATA, “AKU MENTAATI RASULULLAH.” Mereka tidak mahu tunduk dan menuruti Sunnah Nabi. Sebaliknya, mereka berkata, “Kami mentaati jalan Salafun Soleh,” seolah itu adalah perjalanan yg berbeza dari ajaran Rasulullah (saw).
Golongan Wahhabi mahu supaya ummat Islam mentaati AJARAN MEREKA, bukan AJARAN NABI (saw), padahal Nabi (saw) ibarat MATAHARI bagi Ummatnya. Para Sahabat mengambil cahaya mereka dari cahaya itu. Cahaya MATAHARI tidak akan lenyap, ia adalah cahaya yg tetap menyala dari pra-abadi sehingga ke abadi. Maka para Sahabah mengambil inspirasi mereka dari cahaya itu.
Golongan Wahhabi mesti berhenti dari ajaran mereka yg memecah-belahkan Ummat ini. Mereka tidak patut menggunakan gelaran ‘Salafus Soleh’, mereka hanya boleh menggelar diri mereka sebagai Tabiin (murid).
Golongan Wahhabilah menghukum kebanyakan amalan Ahli Sunnah wal Jemaah, sebagai bidaah. Tetapi mereka lah yg memecah-belahkan Ummat ini, dan bukankan itu sesuatu yg menjadi perbuatan bidaah yg lebih dasyat? Allah berfirman,
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai (3:103)
Maka merekalah yg awal yg akan di lontar ke neraka jahannam, dan mereka akan menghadap tanggungjawab yg sangat berat di akherat kelak. Itulah sebesar2 bidaah/dosa, yg mereka menganjurkan perpecahan dalam Ummat ini!
Jika saya mengajar yg benar, benarkan apa yg saya menasihati kamu, dan berubahlah, moga2 kamu bahagia di dunia dan akherat.
Ajaran Ini adalah Lautan yg sangat dalam, cuba memahami dengan mendalam kerana inilah sebab Ummat ini berpecah kepada 73 golongan yg bermusuhan. Shaitan berusaha siang dan malam utk memecahkan kesatuan Ummat islam. Shaitan berusaha siang dan malam tanpa lelah, utk menyemai perselisihan faham dalam Ummat ini, dengan menanam khayalan yg mengarut, sehingga mereka menolak kebaikan Sahabah!
Mengapa Ummat Islam hari ini, tidak menghormati para Sahabat2 lagi? Mereka menolak bintang2 yg bercahaya, dan mereka mengadakan fahaman baru yg menyesatkan. Jika kamu tidak kembali ke jalan yg lurus, kamu akan di laknat oleh Allah, dan kamu mungkin mati terkejut. Ini adalah amaran syurgawi.
Saya tidak mendakwa yg saya berkuasa. Saya hanya org tua yg lemah, tetapi saya di arahkan oleh kekuasaan syurgawi utk menasihati Ummatul Muhammad (saw), sebelum mereka di timpa oleh musibah. Moga2 kami semua di ampuni, demi dia yg paling mulia di sisi Allah, Sayyidina Muhammad (saw). Fatihah.
Tiada yg boleh menolak sesuatu yg benar. Golongan Wahhabi memang dalam kesesatan, maka mereka di beri amaran ilahi melalui hamba yg lemah, dan mereka mesti berubah.
Dome dome dome dome. Ini adalah muzik syurgawi, dan ianya adalah halal. Yg haram, adalah muzik dari shaitan.
Jgn khayal sewaktu Suhbah, kamu boleh merenungkan isinya, SELEPAS Suhbah ini selesai, bukan semasa ia sedang di sampaikan.