Atur hidup mu, sepertimana Dia sukai, bukan seperti yang kamu sukai: 8hb Oktober 2010
Manusia zaman ini hidup dalam keadaan derhaka dan saling benci-membenci. Allah mencipta Manusia, supaya mereka boleh dikenakan pakaian kehormatan, tetapi kebanyakan Manusia telah mengikut iblis, mereka telah dipakaikan dengan pakaian kebuasan dan sifat2 liar. Mengapakah Allah dedahkan kisah2 musibah2 yang menimpa ummat2 dahulu di dalam Kitab Suci Al-Qur’an? Kerana kepada setiap ummat telah diutus seorang Nabi untuk membimbing mereka, dan setiap Nabi membawa cara hidup yang di redhai Allah, yang disenangi oleh Tuhan semesta alam. Cara hidup selain dari apa yang dipaparkan oleh para Nabi dan Rasul, tidak di redhai oleh Allah. Dan jika seseorang melakukan apa yang tidak menyenangkan Allah, dia berada dalam bahaya besar.