Tag Archives: keganasan

Temu Ramah yang Menarik bersama Maulana

temu ramah ini membwa kedepan jawapan candid, jujur dan dalam makna terhadap perjalan manusia kepada Tuhannya. Seperti biasa, Maulana tidak akan mengecewakan kita, beliau sentiasa mensajikan kita dengan ilmu yang luas dalam perkataan yang mudah. Sebagai contoh, beliau menyimpulkan perjalanan murid dalam suatu ayat berharga, dan beliau menekankan nasib wanita dalam dunia yang kejam kini. Mesti dibaca oleh semua murid! Continue reading

Posted in Disember, Maulana Shaykh Nazim's Suhbahs | Tagged , , , , , , , , , | Comments Off on Temu Ramah yang Menarik bersama Maulana

Hanya Merendahkan diri, dapat meningkatkan Darjat

Biarpun menjadi makhluk yang lemah, Manusia percaya dia berkuasa kerana dengan teknologi, pengetahuan, tentera dan sumber-sumber yang dimilikinya. Syaitan sentiasa mendesak Manusia mengikut ejjak langkahnya yang dikutuk – iaitu mengaku keutamaan dan memandang rendah yang lain, sama seperti yang syaitan lakukan kepada Adam (as). Tariqah sebaliknya, mengajar Manusia yang berlawanan – untuk menjadi tidak dikenali, dilupakan dan yang merendah diri, sama seperti Mariam (as) berdoa di dalam Al Quran. Menurut kata-kata Maulana, “Tariqah melatih anda, menerima menjadi Bukan Sesiapa,” Begitu menyedihkan bahawa hari ini, walau mereka yang di dalam Tariqah, telah melupakan matlamat utama ini dalam perjalanan mereka, dan ramai daripada mereka sibuk memandang ke bawah dan mengecam Muslim yang lain dengan niat yang jahat; mereka berasa lebih utama berbanding teman sepencarian mereka yang berada dalam perjalanan yang sama dan begitu ramai murid bertelagah dengan murid-murid yang lain. Ini telah menyebarkan penyakit tuan Shaykh – setiap orang mahu menjadi Shaykh, setiap orang mahu disedari, setiap orang mahu mendapatkan perhatian – tetapi tiada siapa yang mahu menjadi murid yang merendah diri, hamba yang tidak dikenali atau pengikut yang dilupakan. Perjalanan ke arah Kewalian adalah yang kemudian itu, tetapi begitu sedikit yang mengikut jalan itu hari ini. Continue reading

Posted in Suhbah @mk | Tagged , , | Comments Off on Hanya Merendahkan diri, dapat meningkatkan Darjat