بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Ringkasan Suhbah harian Maulana Shaykh Nazim
9th October 2010
Sentiasalah sedar akan hampirnya ajalmu!
A’uzubillah himinsh shaitan nirrajeem
Bismillahir Rahman-nir Raheem
Assalamu’alaikum wrh wbkt
- Maulana memulakan suhbah dengan doa ini, “Kami mengharapkan belas kasihan Mu, kami takut akan hukuman/azab Mu, ya Allah! Ya Allah, ampunkan kami dan belas kasihanilah kami. Engkaulah sebaik2 yang memberi pengampunan. Kurniakan kami kekuatan untuk mengatasi kelemahan2 kami, wahai Tuhan kami.” Doa ini sangat tepat, berdasarkan amaran yang di beri dalam Suhbah semalam.
- Maulana menasihati kamu agar memperuntukkan waktu setiap hari, bagi menghadiri Suhbah beliau, kerana didalam setiap Suhbah ada mengandungi berita berkenaan akherat mu. Sebagaimana kamu sentiasa meluangkan masamu untuk mendengar/melihat berita dikaca TV dan membaca suratkhabar/koran bagi mengetahui perihal dunia, kamu juga mesti mengambil berat berita berkenaan hari akheratmu.
- Maulana menyebut tentang masalah ulama salafi yang berfikiran sempit yang sentiasa dan terus menerus mencari, kesilapan2 Ummat islam. Sebagai contohnya, di dalam sesebuah majlis pengkebumian, mereka melarang yang hadir dari menangis dan membaca talqeen, serta melarang menempatkan segala jenis batu nisan diatas kuburan. Mereka gemar mengawal pengikut mereka serta memaksa fahaman cetek mereka keatas orang2 Islam, seolah2 ilmu mereka sangat mendalam.
- Ulama’2 Salafi menganjurkan agar kuburan ummat Islam di tinggalkan tanpa apa2 tanda, tanpa di pandang, dan tanpa di ziarahi. Mengapa? Rasulullah (saw) dalam sebuah hadees bersabda, bahawasanya kematian adalah penasihat yang terbaik bagi Ummat manusia. (bacalah Suhbah yang menerangkan hal ini), maka mengapakah orang2 Salafi membinasakan kubur2 Islam, padahal kuburan adalah peringatan kematian yang paling berkesan keatas manusia. Rasulullah (saw) telah bersabda, “Kematian adalah sesuatu, yang apabila ia di sebut, ia memutuskan kenikmatan kehidupan dunia ini.”
- Adakah ulama’2 Salafi menyifatkan perbuatan mereka tertera didalam tafsiran Ayat di bawah ini?
وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ
Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar . (Quran 31:17)
- Dengan memusnahkankan kuburan orang2 Islam, ulama’ Salafi sedang menghancurkan sesuatu yang mengingatkan manusia kepada kematian. Sesiapa yang menziarahi tanah perkuburan, dan melihat nama mereka yang di sayangi tertulis di batu nisan, akan teringat, bahawasanya, baru kelmarin orang ini masih hidup dan bergaul mesra dengan familinya, tetapi hari ini, dia telah tiada. Kamu akan teringat pada satu masa dia berjalan di atas permukaan bumi ini, tetapi hari ini, dia menjadi penghuni yang menginap di perut bumi. Dan bermungkinan tulang belulang nya pun telah tiada lagi. Maka haqiqat kematian akan akhirnya benar2 meresap ke dalam hati si pengunjung, dan kamu akan sedar bahawasanya kematian itu pasti akan menimpa mu, dan kamu akan sedar akan kesingkatan kehidupan dunia ini.
- Ketika Nabi (saw) berusia enam tahun, ibu-nya yang mulia, Aminah, menghadapi pergolakan kematian. Sambil menangis, dia memanggil Rasulullah (saw) dan berkata kepadanya, “Wahai anakku yang tercinta! Aku akan pergi tidak lama lagi. Setiap yang hidup pasti akan menghadap kematian. Bagi semua manusia, ajal mereka telah tertulis di Loh Mahfuz, dan ketika waktu ajalnya akan tiba, Tuhan mengarahkan Malaikat Maut, Azra `eel (as), “Capailah, dan bawalah kepada Ku, Ruh hamba-Ku.” Setiap orang pasti akan melalui/merasakan kepahitan Kematian.”
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ
Setiap jiwa akan merasakan kematian (Quran 21:35)
- Ingat, wahai manusia, bahawa kamu akan meninggalkan dunia ini, maka persiapkan dirimu untuk kehidupan selepas kematian! Kematian tidak bermakna, kehidupan kamu telah berakhir, kamu tidak akan tenggelam ke dalam ketiadaan atau dilupakan, tidak! Kematian membawa kamu ke sebuah permulaan baru, ke alamul barzakh, kepada satu kehidupan/alam baru didalam kubur.
- Selama 1400 tahun, tidak ada yang menyentuh makam para sahabat di Makkah dan Madinah. Kemudian datang orang2 berfahaman Wahhabi yang menghancurkan seluruh kuburan di sana. Mereka telah memusnahkan sebuah warisan yang telah wujud/utuh sekian lama, yang telah berfungsi sebagai peringatan yang kuat untuk generasi akan datang. Kubur2 tersebut adalah seperti satu buku sejarah yang nyata, mereka mengandungi begitu banyak pelajaran yang akan dapat membantu kaum Muslimin mengingati sejarah warisan mereka. Kubur2 tersebut juga menjadi peringatan untuk kematian.
- Jangan menyangka yang kamu mempunyai umur yang pajang di hadapan mu. Begitu juga, jangan terpedaya dengan kata2 sebahagian ahli2 saintis yang mendakwa bumi ini punya umur yang panjang lagi, dan Qiyamat adalah satu fenomenon yang mungkin akan berlaku seribu tahun dari sekarang! Khataman Nabiyyin (saw) bersabda kepada para sahabat, ketika ditanya berapa lama Ummatnya akan berada di bumi, “Ummat ku akan diberi satu hari oleh Allah, jika mereka berjalan di atas jalan yang lurus (iaitu menurut Syariat Allah dan tanpa menyimpang), dan setengah hari, jika mereka menyimpang dari jalan yang benar.” Sehari di sisi Allah, adalah seribu tahun di dunia ini. Kaum Muslim yang awal telah berjalan di atas jalan yang lurus, sementara kaum Muslim akhir zaman telah banyak menyimpang, maka usia Ummat ini adalah seribu lima ratus tahun. Sekarang kamu berada dalam tahun 1431 selepas hijrah, maka Maulana mengatakan bahawa kita memiliki antara 60 dan 70 tahun sehingga sangkakala di tiup.
- Mengapakah Hadis2 tersebut tidak diajarkan dan disebarkan kepada orang2 yang beriman, sehingga mereka akhirnya menyedari yang mereka sedang berdiri diambang Qiyamat. Ramai guru agama takut untuk mengistiharkan hadis2 sedemikian, kerana mereka risau akan diejek dan dibangkang oleh orang-orang materialistik, dan oleh mereka yang menolak fahaman seperti itu, tapi itu seharusnya tidak dijadikan alasan bagi mereka untuk berhenti mempertahankan kebenaran (Haq), kerana hadis2 membawa kebenaran.
- Mengapa takut? Nabi (saw) berkata, “Katakan yang benar, dan jangan takut.”
- Kita sekarang hidup didalam zaman di mana terdapat banyak kezaliman – banyak negara diperintah oleh penguasa2 yang zalim, dan ramai manusia juga hidup dalam keadaan mereka menzalimi diri mereka sendiri, mereka mengamalkan kekejaman dan kejahatan, dan memimpin diri mereka ke jalan yang sesat. Setiap insan yang tidak menta’ati Syariat Allah adalah penzalim, dan setiap yang zalim (yang tidak bertaubat), pasti akan dihukum.
- Maka seringlah mengingati kehidupan akherat, iaitu dengan mengingati kematian. Ianya akan melenyapkan kelalaian dan kezaliman dalam diri mu. Setiap hari, pastikan kamu menasihati keluargmu mengenai akherat, berkenaan Syurga dan Neraka. Telah bersabda Rasulullah (saw), “Jika sehari berlalu, dan tiada seorang pun yang nasihat menasihati dan memberi peringatan mengenai akherat, dalam sebuah keluarga, maka khabar buruk bagi orang-orang dalam keluarga tersebut.” Jadi mengapa kamu takut berpesan pada pasangan mu dan anak-anakmu? Katakan yang benar! Malangnya, manusia zaman ini melarikan diri dari memberi dan menerima nasihat yang benar. Ingatlah, kamu di hantar ke dunia untuk meneruskan perjalanan mu, menuju kematian. Tidak ada yang datang ke sini untuk menetap buat selamanya.
- Apa yang paling penting, bukan hanya sekadar mendengar berita/cerita mengenai akherat, neraka dan syurga, tetapi untuk benar-benar percaya sehingga kamu memiliki kepastian/keyaqeenan. Hal ini penting bagi seluruh ummat Islam, kerana hanya dengan mencapai kepastian/keyaqeenan dalam keimanan, mereka akan di kurniakan kekuatan yang akan membawa mereka ke jalan syurga! Kepastian/keyaqeenan dalam keimanan sangat penting bagi umat Islam, kerana tanpanya, akan menjadi keldai kepada egomu dan syaitan. Wahai manusia, kamu tidak dicipta untuk di tunggangi. Kamu telah diciptakan untuk berkhidmat serta mengabdikan diri padaNya.
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Aku menciptakan jin dan manusia hanya supaya mereka menyembah-Ku. (Quran 51:56)
Fatihah
Sekeping foto bersejarah yang memaparkan bagaimana keaadaan Makam Ma’ala di Makkah , sebelum pembongkaran makam2 oleh pengikut fahaman Wahhabi. Makam di tengah2 adalah makam Ummul Mukminin Khadijah Radhiallahu. Sahabat2 yang di maqam kan di sini termasuklah Abd Manaf, Abdul Muttalib serta Qasim, anak kepada Nabi (saw).
Huraian
- Ingat lah akan kematian, sebanyak mungkin yang kita mampu, kerana ingatan itu akan menghilangkan rasa nikmat dunia ini. Ketika kita melupakan kematian, kita mula untuk menikmati lebih dan lebih dari kenikmatan duniawi, dan itulah yang disebut kelalaian (ghafeel). Pada awal setiap hari Islam (saat matahari terbenam), selepas solat Maghrib, kita di galakkan melakukan solat Jenazah Ghaib, untuk seluruh orang2 Muslim yang telah meninggal dunia pada hari itu. Ini adalah untuk mengingatkan kita yang setiap orang yang beriman, adalah saudara, sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran, “Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. (92),” (Quran 21:92), dan Nabi (saw) berkata, “Kaum Muslim adalah seperti satu tubuh ….”. Solat Janazah juga merupakan peringatan seharian yang mengingatkan kita mengenai kematian, itulah sebabnya kita diminta untuk melakukannya pada permulaan setiap hari.
- Setelah kita berada di atas bumi ini, kematian itu pasti. Ingatkanlah orang orang yang kita cintai tentang akhirat, dan tentang kematian yang merupakan satu peristiwa penting yang akan membawa kita kepada kehidupan yang kekal abadi. Maulana mengingatkan kita untuk menasihati keluarga kita, setiap hari, tanpa jemu, bahkan walau nasihat itu hanya untuk beberapa minit sahaja, contohnya, selepas sembahyang berjemaah, kita boleh mengumpulkan keluarga dan memberi sepatah dua kata mengenai kematian. Setiap rumah tangga yang tidak ada kata2 nasihat seperti itu, adalah keluarga yang malang!
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Quran 66:6)
- Iman sejati bererti memiliki/mempunyai kepastian atas setiap ayat yang kita baca dari Kitab Suci, dan dari Hadis yang kita dengar dari Rasulullah (saw), tanpa was2, tanpa syak wasangka dan keraguan! Untuk menjadi dari golongan orang-orang yang punya kepastian dalam Iman mereka, kita digalakkan berdamping dengan mereka yang sudahpun mewarisi sifat kepastian itu, kerana hanya mereka yang mempunyai kepastian, boleh berkongsi dengan yang lain. Itulah sebabnya kita diperintahkan dalam Al-Quran untuk berdamping dengan orang-orang yang benar (Sadiqeen). Dan kita harus berjuang dalam ibadah sehingga kepastian berakar umbi dalam hati kita.
وَٱعۡبُدۡ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأۡتِيَكَ ٱلۡيَقِينُ
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (Quran 15:99)
Maulana Syaikh Nazim mengajar setiap hari pada jam 1 pagi WIB, sila ke lelamanwww.Saltanat.org untuk mengikuti pelajaran beliau. Maulana mengajar dalam Bahasa Inggeris, tetapi alih bahasa di siapkan dalam Bahasa Melayu/Indonesia. Salinan ringkasan terdapat di lelaman Naqshbandi Singapura, recent.sufihub.com.
You must be logged in to post a comment.