Gunakanlah warna hijau untuk perlindungan Ilahi

Shaykh Mohammad Nazim Al-Haqqani An-Naqshbandi, Suhbat pada tanggal 30hb September 2012.

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Wahai manusia zaman ini, warna apakah yang paling indah? Ia adalah warna hijau. Sesiapa yang berpakaian dengan topi atau baju hijau; atau yang mengecat rumahnya hijau; atau yang menggantung bendera hijau di keretanya, inilah yang dapat dilihat dari atas dan yang diberi perlindungan. Tiada diberi perlindungan untuk warna-warna yang lain, hanya untuk hijau.

 

Marilah kita semua, menggantung bendera hijau di bahagian belakang kereta masing-masing. Bendera hijau, jika mereka mahu, mereka boleh gantung bendera lama Mesir, warnanya pun hijau. orang Turki juga memiliki bendera hijau yang mereka boleh gunakan. Dengan itu, jika musibah turun dari langit, ia tak akan menyentuh mereka. Siapapun yang memakai baju atau songkok hijau, tidak akan ditimpa balak. Ini adalah buat sesiapa pun yang mengambil berat mengenai nasihat ini, dan berusaha untuk memakai pakaian hijau.

Warna hijau adalah lambang naungan Ilahi. Ia melambangkan perlindungan Syurgawi. Maka kamu mesti memberi perhatian kepada warna hijau. Semoga Allah (swt) mengampuni kami. Fatiha.

Warna hijau adalah warna yang terindah sekali. Ia melambangkan kehidupan, ia adalah warna yang turun dari Syurga. Maka berilah perhatian kepada nasihat untuk menggunakan warna hijau ini. Fatiha.

Musibah tidak akan menyentuh orang yang mencintai warna hijau di dunia dan di akhirat. Inilah arahan terbaru dari langit: Hijau adalah warna kehidupan ini. Ia adalah warna yang dicintai oleh para Malaikat. Sundus, sundus al-akhdar (sutera halus yang berwarna hijau) – pakaian syurga yang berwarna hijau, ia adalah warna yang paling indah dalam syurga.

Kaum wanita mesti memakai tudong kepala, yang diperbuat dari sutera hijau. Mereka boleh menambahkan jahitan/sulaman kepada tudong itu, jika mereka mahu. Mereka juga mesti memakai serkop berwarna hijau; mereka tidak akan menderita sakit kepala (migrain) lagi, mereka akan bebas dari penyakit itu.

Ada malaikat-malaikat yang ditugaskan khususnya untuk melindung mereka yang menggunakan pakaian hijau. Walau seluruh musibah-musibah yang tersedia di langit, turun sekaligus ke bumi ini, ia tidak akan menyentuh mereka yang di lindungi oleh malaikat-malaikat ini.

Seperti ini, jaket juga mesti berwarna hijau. Jika manusia semuanya mengamalkan penggunaan warna hijau, penderitaan dunia akan diangkat darinya. Maka berilah perhatian kepada nasihat ini. Mereka mesti mencintai warna hijau. Warna hijau sangat dicintai oleh penghuni-penghuni syurga  mereka memakai sundus al-akhdar, iaitu sutera hijau. Tidakkah begitu? Wahai Allah (swt), Engkau Maha Mengetahui.

Mereka yang tidak mencintai warna hijau, akan ditimpa dengan berbagai kesusahan. Ada malaikat-malaikat yang khusus, tugasnya adalah untuk memelihara mereka yang memakai warna hijau. Malaikat itu turun dari Syurga. Maka berilah perhatian kepada nasihat ini.

Nasihat ini adalah buat kaum wanita dan lelaki, semuanya. Sekurang-kurangnya, sematkan pin baju berwarna hijau didada. Ianya akan memelihara kamu. Wanita seharusnya pilih warna gelap. Warna yang gelap seharusnya jadi pilihan kaum wanita. Sebab itu saya tidak suka pada warna yang terang, tidak suka sama sekali. Mudah-mudahan Allah mengampuni kami semua. Fatiha.

Jika mereka mahu mengecat bahagian luaran rumah,seharusnya memilih cat berwarna hijau. Mereka digalakkan memilih warna hijau buat pakaian-pakaian juga. Begitu juga buat perhiasan dalaman rumah, hijau juga. Ianya membawa tuah. Warna hijau membawa tuah. Warna lain tidak begitu, kecuali hijau, ialah warna kehidupan. Mereka harus memakainya, gunakannya. Mereka akan bertuah.

Jika manusia hari ini mengambil perhatian tentang hal ini, mereka tidak akan mengeluh, “Wahai kepalaku, wahai gigiku.” Mereka yang menutupi kepala mereka dengan sesuatu yang berwarna hijau, tidak akan dapat sakit kepala.

Fesyen Islam terkini pada akhir zaman ini, inilah dia. Jika mereka beramal dengan selain petunjuk ini, sesuatu akan menimpa mereka. Sekurang-kurangnya, mereka mesti memakai selendang hijau dikeliling leher mereka. Dan mereka boleh mengenakan serban atau serkop hijau juga. Cat kereta-kereta mereka hijau. Maka warna hijau akan ‘ghalib’ (mendahului warna-warna yang lain). Warna hijau menghindarkan azab. Ia menepis musibah. Ia memalingkan diri dari kemalangan. Ini adalah arahan baru. Peliharalah nasihat ini dengan baik. Fatiha.

Kaum lelaki mesti memakai kerongsang mawar (roset) hijau di dada mereka. Kaum wanita mesti mengguna barang-barang kemas yang dihias dengan bebatu hijau. Jika penggunaan warna hijau berleluasa – seluruh kesusahan dunia akan lenyap!

Wahai Tuhan kami, semoga Engkau mengampunkan kami. Kirim kepada kami, hamba2 Mu yang dapat mendidik dan membimbing kami. Tersirat dalam warna hijau, adalah naungan Ilahi. Mereka patut menggantung bendera hijau di kereta-kereta mereka. Gantunglah bendera yang mempunyai tiga anak bulan atau tiga bintang, atau yang ada satu anak bulan dan tiga bintang. Warnanya mesti hijau.

Mereka tidak akan ditimpa kemalangan atau musibah. Semoga Allah mengampuni kami. Warna hijau membawa kemuliaan, para malaikat mencintainya. Merah adalah warna api – manusia zaman ini sangat menggemari warna merah. Tren feshen yang terkini, adalah merah. Ia adalah api yang akan membakar mereka. Warna hijau membawa keselesaan, keindahan, ketenangan dan barokah. Maka peliharalah pesan ku ini. Wahai wanita zaman ini, hiasilah dirimu dengan warna hijau. Fatiha.

Lihatlah kepada alam semulajadi yang penuh kehijauan. Bersamalah pohon-pohon yang hijau kerana setiap yang hijau tumbuh dengan kekuasaan Allah (swt). Makanlah sayur-sayuran, dan tanamlah sayur-sayuran. Kurangkan pemakanan daging. Memakan sayur-sayuran menjadikan dirimu ramah dan lembut. Ia menjadikan dirimu baik hati dan bersifat mulia (baik untuk kaum lelaki maupun kaum wanita). Jika kamu tidak makan sayur-sayuran dan sebaliknya, banyak memakan daging, kamu akan jadi seperti binatang buas. Allah!

Semoga Allah mengampuni kami. Fatiha.

Tontonilah video Suhbah ini dengan sarikata dalam bahasa Melayu di Saltanat TV.

This entry was posted in Suhbah @mk and tagged , . Bookmark the permalink.