Suhbah pada 10hb June 2010
Berusahalah untuk mengatasi sifat2 kebinatangan dalam diri mu!
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalamu’alaikum wrh wbkt. Setiap manusia mempunyai sifat2 kebinatangan. Ramai di antara kamu yang telah di kuasai oleh sifat2 kebinatangan. Seperti seorang anak kecil yang bersama ibunya, yang masuk ke pasar raya, anak kecil itu terkagum dengan beraneka jenis barang2 yang dipamerkan, dan apabila anak kecil itu tiba tiba menangis kerana mahukan sesuatu yg menarik perhatiannya, si ibu mula kebingungan dan mencuba sedaya upaya untuk menenangkan si anak. Si ibu di kuasai oleh tangisan anak tersebut.
Maka manusia adalah seperti anak kecil itu, mereka tidak dapat menguasai/mengawal sifat2 kebinatangan mereka, maka mereka adalah seperti haiwan. Lihatlah bagaimana orang yang dewasa (si ibu) di kuasai oleh anak kecil yang menangis, sehingga dia menjadi hura hara dan mencuba sedaya upaya untuk menenangkan sekaligus memuaskan kehendak anak kecil tersebut. Begitu juga, akal kamu di kuasai oleh sifat2 liar sehingga ia hanya mencari jalan untuk memuaskan nafsu egomu.
Tetapi, mereka yang mentaati orang2 aleem, tidak sedemikian sifat mereka, mereka dapat mengendalikan ego mereka dan mengawal sifat2 kebinatangan mereka, maka mereka adalah orang2 yang baik. Mereka ini dapat menunggang ego mereka dan mengarahkan kuda (ego) mereka ke arah menta’ati Tuhan. Bagaimanapun kebanyakan manusia zaman ini tidak dapat mengendalikan diri mereka, mereka tidak dapat menguasai binatang tunggangan mereka, sehingga mereka sebaliknya mentaati kehendak binatang tersebut.
Manusia di bahagi kepada dua golongan. Satu golongan bersifat binatang, dan satu lagi sebaliknya (sifat manusia).
Golongan pertama taat kepada ego (kuda) mereka, mereka hidup untuk memuaskan ego mereka. Mereka tidak memikirkan tujuan hidup mereka yang sebenarnya.
Allah mengutus Nabi2 dalam bentuk manusia, tiada yang di utus dalam bentuk malaikat. Allah mengutus Wakil2Nya dalam bentuk manusia – mempunyai sifat2 manusia dan rupa manusia.
Mereka yang taat kepada binatang tunggangan mereka (ego mereka), selalu menentang para Nabi. Mereka selalu berkata, “Jika kamu mendakwa kamu di utus oleh Sang Ilahi, kami tidak akan menerima haqiqat itu melainkan kamu di utus dalam bentuk malaikat. Kami tidak dapat terima yang Allah mengutus manusia biasa seperti kami untuk membimbing kami.”
Itulah bantahan kaum yang menta’ati ego mereka. Mereka menolak manusia yang di utus, mereka menanti malaikat untuk di utus kepada mereka.
Ummat Muhammad (saw) pun bertanya, “Mengapa Allah mengutus Nabi yang yatim? Mengapa Allah tidak memilih, sebagai manusia pilihanNya, pemimpin2 Makkah dan Madina atau Raja2 yang hebat?” Itulah persoalan mereka yang bermakna mereka membantah pilihan Allah, mereka memandang dari sudut yang berlainan. Mereka tidak dapat menerima bahawa seorang manusia BIASA dapat membawa risalah syurgawi.
Sebab itu manusia sentiasa menentang Nabi2 yang diutus, dan membantah ajaran2 mereka. Nabi2 datang untuk menjelaskan sifat2 kebinatangan yang ada di dalam diri manusia, tetapi sebaliknya mereka pula di tentang dan di serang oleh Ummat2 mereka yang bersifat kebinatangan, yang menolak keNabian mereka.
Mereka yang membantah berkata, “Jika kamu benar2 seorang Nabi, bawalah khazanah untuk kami, atau tunjukkan kami malaikat2 di keliling mu.” Mereka tidak memahami bahawa wakil tersebut di utus untuk menyelamatkan mereka, malahan mereka menentang wakil yang dikirim Allah!
Allah berfirman, “Mereka adalah seperti binatang ternakan!”
Ayat ini menerangkan keadaan manusia yang menentang wakil2 Allah. Fahaman sedemikian, adalah seperti fahaman seekor binatang!
Allah berfirman, “Muhammad adalah manusia yang paling mulia di sisiKU, manusia yang menentang keNabian Baginda, adalah seperti binatang.” Mereka ada sifat2 kebinatangan dalam diri mereka!
Allah menujukan Ayat ini khusus kepada semua manusia yang menentang Rasulullah (saw), sehingga hari qiyamat. Ayat ini menenangkan hati Baginda (saw), mereka yang menentang Baginda adalah seperti binatang2 ternakan, maka Nabi di anjurkan supaya tidak menghiraukan mereka.
Ayat ini ditujukan kepada semua yang menentang Nabi, bukan sahaja pada zaman Baginda, tetapi Ayat ini juga ditujukan kepada semua yang menentang Baginda pada zaman2 selepas wafatnya Baginda. Mereka yang menentang Baginda, sifat2 kebinatangan telah mengatasi sifat2 kemanusiaan dalam diri mereka.
Allah memberitahu Baginda, akan adanya manusia yang lebih zalim dari mereka yang menentang Nabi dalam zamannya. “Akan ada jutaan dan billionan manusia pada masa akan datang, dari Ummat mu, Wahai Muhammad, yang akan menolak keNabian mu! Dan mereka semua berada di bawah darjat manusia yang menentang mu dalam zaman mu!”
Wahai ulama’ Azhar, terangkan Ayatul Karimah kepada semua manusia. Nasihati manusia, kerana manusia zaman ini membelakangkan ajaran2 Rasulullah (saw), mereka menolak ajaran syurgawi, mereka memandang ilmu mereka lebih hebat, sehingga mereka mengharamkan Kitab2 Suci dalam pusat2 pengajaran mereka.
Zaman ini, hampir semua doktor2 Islam, dan Professor2, mendakwa mereka telah mencapai kemuncak ilmu, dan mereka tidak lagi memerlukan apa2 kiriman syurgawi! Tetapi mereka tidak sedar, yang darjat mereka adalah di bawah orang2 jahil! Ummat ini sekarang berada dalam zaman KEJAHILAN, manusia tidak memandang Al Quran lagi. Mereka menolak AL Quran! Maka tahap kefahaman manusia demikian berada di bawah tahap binatang!
Kerana manusia membelakangkan Al-Qur’an, sumber segala ilmu dalam zaman ini, adalah dari sumber yang kotor (bernajis). Maka ilmu manusia zaman ini kotor dan menyesatkan manusia. Mengapa ulama’2 tidak menerangkan semua ini kepada murid2 mereka? Mengapa doktor2 shariat tidak membangkitkan pengikut2 mereka. Kami memerlukan orang2 yang dapat membangkitkan Ummat ini. Kami berharap agar Allah yg Maha Esa akan mengirimkan kami sebenar2 ulama’, bukan ulama’2 palsu. Ulama’2 palsu hanya pandai berbual, dari Kitab2 yang mereka karang sendiri, dari kefahaman mereka yang kolot. Ilmu mereka tidak muncul dari hati mereka. Hati adalah pusat yang mengandungi cahaya Ilahi, cahaya itu menunjukkan kepada manusia apakah yang hitam dan apa yang putih. Maka jangan mendakwa yang kamu adalah orang yang pandai/berilmu.
Seorang Aleem dari warisatul Anbiya, berkata dalam kitabnya, “Feehi ma feehi“, segala yang kamu cari, berada di dalam Al-Quran, seluruh kemusykilan kamu akan terjawab, tiada yang ketinggalan dalam kitab suci itu, ia adalah lautan yang mencukupi untuk kamu, ia adalah kurnia Ilahi.
Ulama’2 mesti berpegang kepada Al-Quran. Rasulullah (saw) adalah Guru bagi seluruh makhloq, termasuk makhloq2 syurgawi. Hanya Baginda yang dapat memetik haqiqat2 yang sesuai untuk mu, sehingga kamu akhirnya dapat mencapai kemuliaan yang sangat tinggi sekali.
Sebahagian manusia mempunyai sifat2 manusia, dan sebahagian mempunyai sifat2 haiwan. Berhenti dari mengikut sifat2 haiwan. Hadir dalam pengajian ini, dengarlah nasihat2 yg di beri dan amalkan apa yang Allah telah kurniakan kepada mu agar kamu benar2 menjadi manusia. Dengar dan belajar dan keluarkan/bersihkan diri dari berperangai seperti binatang, cuba berusaha sedaya mungkin utk pertingkatkan diri agar menjadi manusia yang sebenarnya.
Ya Allah, ampunkanlah kami, demi kemulian Nabi Muhammad (saw), kirimkan lah kepada kami pemimpin yang akan membawa kefahaman kepada dunia orang Islam dan orang2 kafir juga, kerana itu adalah sesuatu yang amat bermanfaat bagi dunia ini. Kami berada dalam zaman yang kacau bilau, ia adalah kerana manusia tidak mahu meninggalkan sifat2 dan tingkah laku kebinatangan mereka, mereka menghancurkan dan membinasakan segala2nya, mereka tidak mahu keluarkan sifat2 binatang dari diri mereka, untuk menjadi manusia sebenarnya. Mereka yang membuat kehancuran/kemusnahan di atas muka bumi ini, mereka akan di lenyapkan oleh Allah.
Moga2 Allah melindungi kami. Fatihah.