Sebarkan kasih sayang dan laungan Azan: 5hb Oktober 2010

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ringkasan Suhbah Maulana Shaykh Nazim

5hb Oktober 2010

Sebarkan kasih sayang dan laungan Azan

A’uzubillah himinsh shaitan nirrajeem

Bismillahir Rahman-nir Raheem

Assalamu’alaikum wrh wbkt

  • Maulana memulakan Suhbahnya dengan hadees dari Penutup Sekalian Nabi, Nabi kepada sekelian para manusia dan Jinn, baginda bersabda, “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.” Maulana berkata, “Tulis lah hadees in dengan tulisan emas, dan sentiasalah renungkan maknanya. Untuk menghuraikan hadees ini akan memakan masa sehingga Hari Qiyamat, begitu luas ilmu serta nasihat yang tidak ternilai yang terkandung/ tersembunyi di dalam nya!”
  • Hadees ini mengandungi lautan ilmu yang amat luas sekali. Ia mengandungi pengajaran yang akan membawa kegembiraan, kelegaan, kepuasan, keseronokan dan kemesraan sesama saudara yang beriman. Sesiapa yang mengamalkannya, akan terselamat dari terjerumus ke lembah neraka Jahannam, dan mereka akan di pertingkatkan derajatnya, dari tahap yang paling rendah (asfala safileen), ke tahap yang tertinggi sekali. Hadees ini akan merubah mereka yang berperangai amat buruk, sehingga mereka menjadi manusia yang berakhlaq dan beradab mulia.

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬. ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (Surah At-Tin 95:4-5)

  • Hadees in bermakna, sesiapa yang tidak menghiraukan saudaranya dan jiran-tetangganya, tidak akan menjadi manusia yang benar-benar beriman. Kamu mesti mengambil tahu keadaan sekurang-kurangnya empat puluh dari tetanggamu. Ambil berat tentang kesusahan dan masalah2 mereka! Tanyakan, adakah mereka sedang menghadapi apa2 kesusahan/kesulitan? Berpenyakit? Penderitaan? Krisis kewangan? Kamu mesti ambil tahu, kamu mesti ambil berat!
  • Sebaik2nya, setiap empat puluh buah rumah orang2 beriman mesti menyumbang kepada dana pungutan – yang di panggil Baitul Mal – dan pungutan tersebut mesti di gunakan untuk meringankan beban, membantu di antara empat puluh keluarga tersebut yang memerlukan bantuan. Apabila orang2 beriman bergabung dan berganding bahu sambil bantu-membantu (seperti memberi makan kepada mereka yang tua, cacat atau miskin, atau memberi bantuan kewangan kepada janda2 dan anak2 yateem), rahmat Allah menghujani serta meliputi mereka, kerana mereka saling kasih mengasihi.
  • Inilah sebenar2 yang di katakan sifat peri kemanusiaan. Setiap empat puluh keluarga beriman seharusnya melakukan sedemikian, dan Allah akan mengirimkan rahmat dari syurgawi dan santapan rohani untuk Ruh mereka. Masyarakat yang tidak di seliputi oleh rahmat Allah, akan di penuhi dengan perasaan benci dan iri, sehingga mereka saling menyakiti dan berbunuhan, sepertimana kamu saksikan sekarang ini.
  • Apabila empat puluh keluarga2 orang beriman telah bergabung, mereka dianjurkan untuk menyediakan sebuah kawasan kecil untuk di gunakan bagi bersembahyang berjema’ah. Azan mesti dilaungkan di surau itu, lima kali sehari semalam. Dengan cara demikian, Azan akan berkumandang di seluruh muka bumi ini, dari Timur ke Barat, dan dari Utara ke Selatan.
  • Itulah yang sepatutnya menjadi tujuan hidup setiap orang yang beriman – seruan Allahu Akbar mesti berkumandang tanpa henti, di segenap permukaan bumi ini. Tidak pernah sehari berlalu tanpa Rasulullah (saw) memperjuangkan perkembangan Islam. Bagaimanakah Islam boleh sampai ke tanah Cyprus? Sultan2 Ottoman telah berjuang dengan tekun sehingga seruan Azan sampai ke sini. Kamu mesti berjuang sehingga nama Allah kedengaran di laungkan di seluruh muka bumi ini, setiap hari! Apakah yang kamu sedang lakukan untuk menyebarkan seruan Azan? Kamu tidak melakukan apa2!
  • Islam tidak menggalakkan penubuhan kota2 yang besar. Dalam kota2 besar, penduduk2nya sibuk dengan urusan peribadi dan keduniaan masing2, dan mereka tidak menghiraukan nasib saudara mereka yang terlantar, malahan ada yang menginjak2 saudara mereka yang sedang di timpa musibah! Penduduk2 kota biasanya membutakan mata mereka kepada kesusahan manusia di sekeliling mereka, sehingga sifat peri kemanusiaan mereka terluput.
  • Walaupun kota2 besar sememangnya mempunyai masjid2 agung yang dapat menampung ramai jema’ah, dan setiap masjid itu melaungkan Azan, tetapi Allah lebih senang jika kedengaran ribuan Muazzin melaungkan Azan, dan panggilan Azan berkumandang di seluruh negeri – satu laungan Azan bagi setiap kumpulan empat puluh keluarga. Ini adalah Syiar agama yang cukup hebat, ia adalah seruan yang mengingatkan manusia mengenai kebesaran Allah.
  • Bukan sahaja mereka yang mengabaikan rukun2 Islam yang akan di dakwa di akherat nanti, malahan mereka yang tidak memperlihatkan kemuliaan Islam dan meninggikan kewibawa’an Islam juga akan di pertanggungjawabkan di akherat kelak. Maka, walaupun hanya ada tiga keluarga Islam dalam kampung mu, bergabunglah, bantu-membantulah, laungkan Azan dan solatlah berjema’ah.
  • Orang2 beriman diwajibkan bersatu hati, tanpa memandang warna kulit atau kewarganegara’an. Kemuliaan kamu tidak ada kaitan dengan bangsa atau negara mu – mahupun kamu dari Turki, Pakistan atau Benua Arab. Tidak! Kemuliaan kamu adalah apabila kamu dapat mengenepikan semua itu dan mengistiharkan…Aku adalah seorang Muslim! Dan aku adalah hamba Allah!”
  • Wahai orang2 yang beriman, bersatu hatilah! Bergabung dalam kumpulan2 kecil dan saling bantu-membantu, berkasih-sayanglah, laungkan Azan dan solat bersama. Dan apabila kamu di minta untuk membuat sumbangan kepada Baitul Mal, berilah dengan murah hati dan seikhlasnya, dan janganlah kamu lokek/bakhil.

Al-Fatihah

Huraian

  • Dalam dunia yang penuh cabaran dan persaingan hari ini, manusia hidup dalam keadaan tamak dan penting diri. Suhbah ini memberi jalan mudah supaya manusia kembali kepada sifat2 peri kemanusiaan, belas kasihan dan saling kasih-mengasihi. Dengan mewujudkan kumpulan2 kecil dalam masyarakat kita, kita akan dapat berganding-bahu, dan menjalin hubungan yang mesra, hubungan yang di bina atas dasar Hablu minan naas – khidmat kepada manusia, kerana Allah.
  • Masyarakat yang bersatu hati, yang dapat mengenepikan sifat2 perkauman, akan dapat beribadah sebagai jema’ah yang benar2 melakukan Hablu minallah, pengabdian kepada Allah.
  • Maka dalam hadees tersebut, terkandung ibadah kepada Allah, dan ibadah sesama manusia. Ia mengandungi ibadah persendirian dan ibadah berjema’ah. Ia mengandungi juga ibadah yang tersembunyi (seperti sedekah) dan yang di istiharkan, yang menjadi Syiar agama (seperti melaungkan Azan). MasyaAllah!
  • Suhbah ini mengandungi pelajaran yang mudah di fahamai oleh semua. Ambil tahu mengenai kesusahan masyarakat di keliling mu. Bantulah mereka, seberapa yang kamu mampu. Bergabunglah dengan famili, sanak-saudara dan jiran2 mu, dan saling membantu, serta solatlah berjema’ah. Akhirnya, ketepikan perasaan perkauman, bersatulah demi iman kepada Allah!

Maulana Syaikh Nazim mengajar setiap hari pada jam 1 pagi WIB, sila ke lelaman www.Saltanat.org untuk mengikuti pelajaran beliau. Maulana mengajar dalam Bahasa Inggeris, tetapi alih bahasa di siapkan dalam Bahasa Melayu/Indonesia. Salinan ringkasan terdapat di lelaman Naqsybandi Singapura, recent.sufihub.com.


This entry was posted in 2010 @id, Oktober and tagged , , . Bookmark the permalink.